Powered by Blogger.

Wednesday, June 26, 2019

'Mata' baru Hazwani


Assalamualaikum! Berbulan-bulan terperap di kedai, akhirnya dapat juga tebus semalam. Patahnya dari tahun lepas lagi. Cuba la nak baiki sendiri, tapi kalau dah bukan pakar tu janganlah nak memandai-mandai kan. Akhirnya kena serah pada yang pakar, so ke kedai la jawabnya.

Kalau dah rabun, takda spek mata rasa macam separuh buta. Apatah lagi bila duduk paling belakang sekali dalam kelas. Balik rumah mengadu tak nampak tulisan cikgu kat depan. Pergi tuisyen pun sama, duduk barisan kedua depan pun tak nampak sangat tulisan di papan putih. 

Begitulah perasaan orang rabun macam kami hehe. Aku punya cermin mata pun dah hilang sebab kes tahun lepas. Kes apa? Ha tu kang aku cerita ye hehe. 




Nampak tak tu?? gara-gara ayahnya nak baiki sendiri, berapa tebal dawai dan gam dia letak kat pangkal tangkai cermin mata tu. Pastu rosak balik, buh gam lagi pastu tertanggal balik. Cuba pulak nak tukar sendiri dengan bingkai cermin mata lama yang lain tapi macam tu je la rupanya tak berubah. Rupanya bukan senang-senang macam tu je nak tukar frame lain. Kena ikut corak dan saiz kanta tu baru boleh masuk.

Dah habis ikhtiar, makanya masuk 'hospital' je la cermin mata kakak tu. Bayangkanlah dari bulan 1 dia check-in 'hotel', bulan 6 baru dia check-out hahaha.



Tengokkan harganya...adoi mak! Frame saje dekat RM400! Ni brand cikai je tau dak. Tapi staf situ kata ada diskaun jadi, "RM200 je puan.." sambil tersengih kat aku. Hurmm dua ratus JEEEE tu pun boleh meresahkan hatiku juga tapi takpelah. Demi anak, untuk anak  ... mak takda spek takpa, janji anak ada. Ah gituuuuuuu!

So malam tadi, sebelum dia gi tuisyen kami singgah jap kat kedai cermin mata. Rasa janggal tu biasa la, dah berapa bulan awak tak pakai spek kan. Bila pakai kali pertama tu, tau apa soalannya? "Ma..ok ke? cantik ke ma?" sambil betulkan kepala tudung dia. Rasa macam alien  duk atas muka pe'el dia tu.




"CANTIK??? Awak nak nampak cantik ke atau awak nak nampak mata tu nampak jelas kak?? Ok je tu, sesuai lah dengan muka awak", anak dara nak meningkat dewasa beginilah cara dia. Dah pandai nak nampak cantik, segak, bergaya bagai.

Jaga leklok cermin mata awak tu ye kak. Ibu nak belikan lagi memang takda dah. Moga awak dapat belajar dengan tenang dan lebih baik lepas ni. Moga penglihatan awak yang kabur dapat diterangkan dengan cermin mata baru (bingkai je baru hehe) ni k.

Oh ... yang pasal spek mata aku tu? ceritanya aku kan suka pakai selit kat tepi luar tudung, pastu masa tu kereta bergerak tingkap terbuka pulak. Aku rasa nak bersin, konon nak jaga adab tatsusila la hahaha bila bersin tu dah tentu-tentu muka dan kepala pun bergerak kan, boleh pulak spek mata aku tu terpelanting keluar dari tingkap kereta! Haaaa apa lagi ..... paaaaaadan muka ko Senahhhhhh! haha.



Ibu yang selalu membebel tapi sayang anak,
Hanim

7 comments:

  1. Cantik cermin Mata hazwani..
    Sesuai dgn bentuk muka nya Tu hanim..

    Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir Batin 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai la kan..muka di bulat elok guna frame empat segi. Selamat hari raya kak yati :)

      Delete
  2. bagusnya ada diskaun lagi tu. Saya buat haritu di Kuantan mahal,RM 300. Hukhukhuk,, sabar jerlah. Tapi jenis plastik mudah regang

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM300 mau fikir dua tiga kali gak tu huhu. Memang budak sekolah dia recommend pakai plastik punya kan, kang kalau kaca lagi cekik darah harga dia bagi hehe

      Delete
  3. mak aihhh seram cerita spek mata terpelanting keluar.. haha

    ReplyDelete
  4. alamak. baru teringat nak betulkan cermin mata kakak2.
    nak tukar kan bingkai nyer je.
    sebab diorang da boring dgn bingkai lama. power masih ok.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.