Powered by Blogger.

Monday, July 29, 2019

Sambal Ikan Bilis Petai

Monday, July 29, 2019 4 Comments

Assalamualaikum! Musim durian ramai yang upload gambar dan video makan durian. Buah yang muncul setahun sekali ni memang dinanti-nantikan oleh semua terutama penggemarnya betul tak. Termasuk aku juga la tu hehe.

Hilang satu nikmat hidup siapa yang tak suka durian ni weh! hehe. Tapi ada satu lagi nikmat hidup yang rugi kalau tak makan.

P.E.T.A.I!


Tuesday, July 23, 2019

Pilihan Sekolah Menengah : MRSM atau SBP atau SMK?

Tuesday, July 23, 2019 2 Comments

Assalamualaikum! Borang permohonan penempatan sekolah (BPPS) dah keluar pun minggu lepas. Pejam celik pejam celik Hazwani nak masuk sekolah menengah pulak ye. Mula la ibu ni nak hiba, sebak, sedih ni. Anak yang ditatang selama 12 tahun dalam sedikit masa lagi bakal melangkah ke fasa baru alam sekolah menengah.

Agaknya kebanyakan mak-mak pun macam ni kot ha. Perasaan tu bercampur-baur. Kita dok kata dia kecik lagi, tapi sebenarnya dah besar panjang! Esok masuk sekolah menengah, besok lagi masuk universiti, besok lagi dah keje, besok lagi dah kawen huhu.



Friday, July 19, 2019

Waktu Bekerja Fleksibel Berkuatkuasa 1 Ogos 2019

Friday, July 19, 2019 1 Comments



Assalamualaikum! Sejak skim waktu bekerja yang baru diperkenalkan beberapa bulan yang lepas, aku tengok banyak perubahan positif. Kebanyakan staf penjawat awam kat opis ni pun dah tak kelam kabut terkejar-kejar masa nak sampai di opis tepat pada masa.

Sebelum ni, yang mana masuk keje awal terutama pukul 7.30am pasti akan buat 'larian balapan' dari kereta ke tempat thumbprint sebab nak kejar lagi seminit tu. Kalau 7.31am lambat lah jadinya. Cukup bulan laporan attendance keluar, nampak merahhhhhh je atas kertas tu hehe.

Oppss! sebelum tu nak bagitahu, WBF ni untuk yang bekerja waktu pejabat aje ye. Yang syif tu kena patuhi lah waktu bekerja syif yang sedia ada ye. Jangan terkeliru pulak!

Tuesday, July 16, 2019

Restock Produk Kecantikan Di Althea!

Tuesday, July 16, 2019 0 Comments

Assalamualaikum! Time for beauty shoppingggggg. Bestnye dapat shopping kan, lebih-lebih lagi kalau shopping tak guna duit, tebus point je hehe. Nak lagi best kena shopping kat Althea sebab lengkap segala barangan penjagaan dan kecantikan kita boleh kita dapat kat website dia.

So hari tu aku dapat tebus point Althea, dah tentu aku ada plan nak beli apa ngan point tu. Barang yang aku nak memang dah pernah guna dan aku pun dah pernah share kat blog ni, so kalau aku restock tu maksudnya memang baguih la barangan tu untuk aku.



Friday, July 12, 2019

Pertama kali masuk pertandingan dah kena downgrade?

Friday, July 12, 2019 3 Comments

Assalamualaikum! Hari tu dia mengadu ustad dia tak bagi main alat muzik, kali ni kes lain pulak. Tapi dia mengadu tu takdala mukanya masam macam hari tu. Ni dia cerita berseloroh je la dengan kita. Tapi, dalam seloroh-selorohnya tu terasa juga hati my kenit tu.

Bila dia dapat tahu dia dipilih masuk dalam pertandingan nasyid wakil sekolah, punyalaaaa eksaited my kenit tu. Siap suruh ibu carikan lagu yang dia nak hafal tu kat youtube. Hari-hari itulah yang dia nyanyi, sampai ibu pun nyanyi sama la! :)

Satu hari dia balik bercerita, cikgu tak bagi dia pegang mikrofon dah. Bila ditanya kenapa? jawabnya cikgu cakap suara Mira sumbang. Aduhaii...kesian anak ibu ni. Kalau ikutkan 'panas' hati ni, nak je cakap suh cikgu awak je la nyanyi...suara dia merdu sangat kot!


Friday, July 05, 2019

Bila Mira masuk kereta dengan muka begitu ...

Friday, July 05, 2019 2 Comments

Assalamualaikum! Anugerah dari Illahi, mak-mak ni tau ja anak-anak tu ada masalah ke tak, betul tak. Tengok je la mak kita, kita tak cakap apapun dia hulur juga lima puluh ke seratus ke. Tau-tau je dompet kita tengah berhabuk kan hahahaha. Macam tu la kita ngan anak-anak kita pun. Tengok muka pun dah tahu! Tengok mulut tu muncung sedepa pun dah tahu jantan atau betina bermasalah atau tidak budak ni.

Dah lama tak cerita pasal hal anak-anak, terutama Mira. Dia macam tu la, ada masa happy ada masa down ada masa macam biasa. Kita kena tahu ekpresi wajah dia macam mana tiap kali masuk dalam kereta haha. Kalau dari jauh muka dah senyum tu memang la dia tengah happy-go-lucky.

Tapi kalau nampak sikit....sikittttt je muncung mulut tu dengan muka masam dia, haaaa memang ada isu la ni kat sekolah. So sapa nak kena setel? Ibu lerrrrrr .... 

Thursday, July 04, 2019

Aku tak suka nescafe, tapi ....

Thursday, July 04, 2019 2 Comments

Assalamualaikum! Dah masuk bulan Zulkaedah bulan Julai. Moga perancangan kita semua untuk bulan ini dan akan datang dipermudahkan olehNya. Apapun, kita kerja macam biasa, hidup macam biasa, makan macam biasa, tido macam biasa ye hehe.

Sapa sini suka minum nescafe? I'm a tea person actually. Aku tak suka nescafe. Tak suka tu bukanlah tak boleh minum langsung, tapi nescafe bukan my type of drink kata omputih hehe. Kalau orang dah hidang dalam cawan tu aku minum juga sikit tanda hormat. Tapi kalau gi kedai, pilihan utama aku ialah teh tarik. 


Wednesday, July 03, 2019

Jamuan Raya Di Perkarangan Pejabat

Wednesday, July 03, 2019 5 Comments

Assalamualaikum! Hari ni last Syawal, ada lagi ka buat open house? Aku baru je turun dari tingkat 5, rupanya arini diaorang buat open house! Alhamdulillah kenyang perut, jimat duit takyah kuar beli lunch hehe.

Ok, jamuan raya opis sudah, open house kengkawan sudah, tinggal lagi jamuan raya HQ je. Tu pasal la tajuk dia begitu ye hehe. Jamuan raya HQ telah pun selamat diadakan di perkarangan pejabat minggu lepas. 

Berbagai juadah raya disediakan samada melalui catering atau potluck dari setiap bahagian. Bahagian aku order roti jala hehe. 

Anyway, meriah suasana macam biasa, makanan pun banyak pilihan belaka. Cuma tak larat nak perabih suma, so yang mana berkenan di tekak je kita amik makan ye.

Monday, July 01, 2019

Percutian Ke Western Australia Yang Dinanti-nantikan!

Monday, July 01, 2019 3 Comments

Assalamualaikum! Bila dah melepasi tempoh setengah tahun ni, mula la fikiran tu melayang-layang ke tempat atau negara yang teringin untuk aku jejakkan kaki. Asyik main kat dalam negara je, sesekali nak juga treat myself dengan percutian ke luar negara. What's on my mind? -Western Australia! Walaupun aku bukan kaki travel tapi aku ada satu impian untuk pergi sana nanti. Tapi sebelum tu, kena la ada perancangan dan survey dulu kan. Kot-kot ada promosi untuk tiket ke, hotel ke so kalau boleh jimat banyak kenapa nak bayar lebih kannnn?

Australia adalah sebuah negara yang besar terlalu banyak tempat-tempat cantik dan menarik yang boleh kita terokai dan lawati, terutama di bahagian Australia Barat atau Western Australia. Nak pergi jalan-jalan satu Australia tu takla, tapi pilihan tempat yang nak pergi tu memang banyak so kenala pilih yang berbaloi.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.