Powered by Blogger.

Friday, July 05, 2019

Bila Mira masuk kereta dengan muka begitu ...


Assalamualaikum! Anugerah dari Illahi, mak-mak ni tau ja anak-anak tu ada masalah ke tak, betul tak. Tengok je la mak kita, kita tak cakap apapun dia hulur juga lima puluh ke seratus ke. Tau-tau je dompet kita tengah berhabuk kan hahahaha. Macam tu la kita ngan anak-anak kita pun. Tengok muka pun dah tahu! Tengok mulut tu muncung sedepa pun dah tahu jantan atau betina bermasalah atau tidak budak ni.

Dah lama tak cerita pasal hal anak-anak, terutama Mira. Dia macam tu la, ada masa happy ada masa down ada masa macam biasa. Kita kena tahu ekpresi wajah dia macam mana tiap kali masuk dalam kereta haha. Kalau dari jauh muka dah senyum tu memang la dia tengah happy-go-lucky.

Tapi kalau nampak sikit....sikittttt je muncung mulut tu dengan muka masam dia, haaaa memang ada isu la ni kat sekolah. So sapa nak kena setel? Ibu lerrrrrr .... 

"Semekom ....", dia bukak pintu masuk letak beg tepi paha.

"Waalaikumussalam .... nape di dik? lain macam muka tu?"

"Ishh tak best la nasyid..."

"Laa...dah kenapa pulak tak best? Beria awak menghafal lagu malam tu. Tak best pulak dah?"

"Ye la... adik nak main alat muzik. Ustad tak bagi. Memula adik main yang macam dram tu, adik salah sikittttt je...ustad suh tukar lain. pastu adik main alat lain, terlambat sikitttt je ustad suh tukar dengan kakak darjah 5. Last-last adik kena berdiri dalam barisan menyanyi. Ishh tak best la....!"

"Alohhh dik...kalau tak dapat main alat muzik pun takpela dik. Awak baru darjah 4, masih ada masa lagi nak main alat muzik. Kalau tak dapat main pun, boleh je nyanyi kan. Lagipun awak bukan sengsorang menyanyi kat atas pentas tu, kan ada kengkawan lain jugak. Pertandingan dah nak dekat, ustad kena la cari budak yang boleh main betul-betul. Kali ni awak tak dapat, mungkin lain kali awak berlatih betul-betul ustad bagi la awak pulak"

Dia diam la pastu. Aku senang je, kalau itu ini tak puas hati baik tarik diri. Tapi tak nak la dia tarik diri disebabkan tak dapat main alat muzik pulak. Beria dia menghafal lagu nasyid tu tau. Lagi pun ini kali pertama dia masuk pertandingan mewakili sekolah, haruslah aku bagi sokongan padu sebagai ibu!


Petang tu balik dia ok dah macam biasa. Siap tanya aku boleh ke tak nak hantar dia ke lokasi pertandingan tu nanti. Bolehhh ibu support selagi boleh kalau anak-anak ibu nak masuk pertandingan ni. 

Begitulah ceritanya dengan si Mira ni. Ko ingat senang jadi mak?! haha. Nak kena seluk apa masalah diaorang, nak kena ada komunikasi dua hala dengan anak. Apa dia tanya nak kena jawab walaupun ibu awak ni kadang-kadang tak larat nak menjawab soalan anak-anak. Tapi kugagahkan juga menjawabnya. Nak menjawab pun tak boleh main redah je, kang terluka pulak hati si kecil tu. Hati tisu gak tu...bukan boleh kira. 


Hati separuh tisu,
Ibu

2 comments:

  1. Hati tisu? Biasanya orang hati tisu ni penyanyang dan suka ambil berat..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi jugak tapi yang pasti kuat sentap tu ada hehe

      Delete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.