Powered by Blogger.

Monday, July 01, 2019

Percutian Ke Western Australia Yang Dinanti-nantikan!


Assalamualaikum! Bila dah melepasi tempoh setengah tahun ni, mula la fikiran tu melayang-layang ke tempat atau negara yang teringin untuk aku jejakkan kaki. Asyik main kat dalam negara je, sesekali nak juga treat myself dengan percutian ke luar negara. What's on my mind? -Western Australia! Walaupun aku bukan kaki travel tapi aku ada satu impian untuk pergi sana nanti. Tapi sebelum tu, kena la ada perancangan dan survey dulu kan. Kot-kot ada promosi untuk tiket ke, hotel ke so kalau boleh jimat banyak kenapa nak bayar lebih kannnn?

Australia adalah sebuah negara yang besar terlalu banyak tempat-tempat cantik dan menarik yang boleh kita terokai dan lawati, terutama di bahagian Australia Barat atau Western Australia. Nak pergi jalan-jalan satu Australia tu takla, tapi pilihan tempat yang nak pergi tu memang banyak so kenala pilih yang berbaloi.



Bila bercakap tentang Australia, pasti yang terbayang adalah kangaroo atau beruang koala mereka kan? Tapi sebenarnya, tarikan yang ada di Western Australia ini lebih dari itu. Mereka ada semuanya dari taman negara, bandar dalam taman, pantai yang cantik dan semua yang berkaitan dengan alam semulajadi. Untuk itu, aku ada senaraikan 5 tempat yang tersangat best dan menarik untuk dilawati.

5 Tempat Menarik Di Australia Barat Yang Mesti Dikunjungi

1. Perth


Perth adalah starting point untuk kita jejakkan kaki kalau kita nak melawat Australia Barat. Tak lengkap percutian kalau tak jejakkan kaki kat sana kan! Ia adalah bandar yang sangat unik dan mempunyai pemandangan bandar dalam taman yang boleh kita nikmati ketika berjalan-jalan di sana.


2. Karijini National Park


Ia bukan taman negara seperti yang biasa kita tengok atau kunjungi, Karijini National Park meliputi  keluasan seluas 627,422 hektar dan merupakan taman negara kedua terbesar di Australia Barat.

Pemandangannya bukan saja boleh membuat kita terpukau, tapi ia turut dikelilingi oleh gunung-gunung batu yang berusia lebih 2.5 juta tahun.

Apa aktiviti yang best kita boleh buat kat sini? Kita boleh berjalan menikmati keindahan kawasan di sekeliling taman negara ini dan kita juga melakukan aktiviti berenang. Memang cantik dan berbaloi!


3. Claisebrook Cove Bridge


Kalau waktu siang, Claisbrook Cove Bridge mungkin seperti bandar lain yang biasa tapi bila malam menjelma, Claisbrook Cove Bridge memberikan pemandangan cantik dengan bangunan-bangunan yang dibina ditepi sungai, pada waktu malam kerana kita boleh berjalan merentasi jambatan Claisebrook Cove Bridge sambil menikmati lampu-lampu yang berwarna-warni.


 4. Caversham Wildlife Park (CWP)


Tak lengkap melawat Australia Barat tanpa berjumpa haiwan kebanggaan rakyat Australia ni kan. So, Caversham Wildlife Park adalah tempat yang sesuai untuk kita kunjungi bersama keluarga. Kat sini adalah pelbagai jenis haiwan dari pelbagai spesis tapi yang paling menarik perhatian pengunjung sudah semestinya haiwan-haiwan marsupial seperti kangaroo dan koala. 

Pengunjung boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan disini. Bayangkan dapat peluk dan bergambar dengan kangaroo dan koala..mesti best kan!


5. Cottesloe Beach


Rugila melawat Australia Barat kalau tak jejakkan kaki di pantai mereka yang cantik tu. Cottesloe Beach merupakan tempat tumpuan pelancong yang terletak di kawasan pedalaman barat Perth.

Pantai yang cantik ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti seperti berenang, snorkeling dan surfing. So, ia sangat sesuai untuk kita yang suka buat aktiviti air bersama keluarga, dan juga boleh menjadi tempat untuk berpiknik. 

Terbang Ke Western Australia Dengan Traveloka Berbaloi!

Apabila merancang percutian ke luar negara, penerbangan ke destinasi adalah permulaan kepada keperluan pengangkutan kita. Untuk itu, setiap perjalanan yang jauh perlu dirancang dengan teliti supaya kita dapat sampai dari tempat A ke tempat B bukan saja dengan selamat tapi mudah dan menjimatkan masa!

Bila cakap pasal pakej pengangkutan untuk travel ni terutama ke luar negara, tak perlu pandang jauh tak perlu cari yang lain,  memang aku pasti akan pilih Traveloka sebab promosi Traveloka sentiasa menyediakan tawaran promosi untuk penerbangan, hotel serta pakej-pakej yang menarik dan berbaloi untuk kita nikmati! 

Kali ini, Traveloka menawarkan pakej promosi untuk penerbangan, hotel serta tarikan dan aktiviti yang boleh kita buat di tempat-tempat menarik di Western Australia. 

Nak tahu apa promosi tu? Jom baca di bawah ;)

Penerbangan

Untuk tiket penerbangan ke mana-mana destinasi ke Western Australia, korang boleh enjoy RM100 OFF dari tiket tempahan yang dibuat. Korang cuma perlu tempah dari sekarang sehingga 31 Ogos 2019, so jangan tunggu lagi klik je 'Get it here' untuk lihat destinasi yang korang boleh pilih dan tempah sekarang ok!


 Hotel

Buntu memikirkan hotel untuk penginapan? Tak payah susahkan diri, semakkan kepala sebab Traveloka promo boleh buat korang tersenyum gembira! Korang tak perlu risau, sebab Traveloka sedia menawarkan diskaun 15% OFF untuk penginapan di mana-mana hotel yang ditempah dari sekarang sehingga 31 Ogos 2019. Korang hanya perlu klik di 'Get it here' untuk mendapatkan kod kupon dan melihat lokasi hotel yang available. Fuh! senang banyak, jimat banyak dah kat situ!


Pakej Penerbangan + Hotel

Kalau korang nak gabungkan penerbangan dan hotel, promosi Traveloka juga ada pakej penerbangan sekali dengan hotel. Korang boleh tempah dari sekarang sehingga 31 Ogos 2019 dan dapatkan diskaun 15% sehingga RM100. Semua dah teratur elok untuk korang, hanya perlu klik pada 'Get it here' untuk dapatkan kod kupon.


Tarikan & Aktiviti

Traveloka promo bukan hanya memudahkan penerbangan dan penginapan korang, tapi korang juga boleh dapatkan promosi diskaun bagi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di Western Australia. Tempahan yang dibuat dari sekarang sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati diskaun 15% OFF. Jimat besar kalau korang gunakan kod kupon ni tau!


6 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Promosi & Diskaun Dari Traveloka

Macam mana nak dapatkan promosi diskaun istimewa terhebat dari Traveloka? Korang kena ada Apps Traveloka dulu supaya bertambah mudah urusan tempahan. 


Jom ikuti 6 langkah mudah ni:

1. Download Apps Traveloka dan daftar diri. Cari dan tempah produk yang korang nak di Traveloka App.
2. Pilih cara pembayaran
3. Klik 'Apply' pada paparan untuk pembayaran
4. Masukkan kod kupon tadi dan klik 'Apply'
5. Lengkapkan pembayaran
6. E-ticket/ voucher akan dihantar ke Traveloka App dan email korang




Senang bukan! Mudah sungguh nak bercuti bila ada Traveloka promo ni. Semuanya dihujung jari, kita hanya perlu rancang destinasi, penerbangan ke sana, hotel serta aktiviti semuanya telah tersedia dengan promosi yang hebat dan berbaloi dari Traveloka.

Pendek kata, ada Traveloka semua tempat boleh pergi! Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website www.traveloka.com


Love,
Hanim

3 comments:

  1. Bestnya kalau dapat pi Western Australia kan..memang akak idam2kan sangat ni...bila la dapat pi agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, memang teruja nak gi sana melawat tempat-tempat menarik. InsyaAllah nanti kita gi ye kak :)

      Delete
  2. sedang penuhkan tabung nak ke Perth ni, Nim.
    kakak ipar sulung kat sana.
    5 sekeluarga. nak kena ada rm20k all in kot. in shaa Allah...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.