Powered by Blogger.

Tuesday, September 03, 2019

Solat Hajat Untuk Kakak


Assalamualaikum! Dup dap dup dap berasa hati ibu ni. Esok adalah hari penting untuk kakak. Esok akak ada peperiksaan penting iaitu UPSR. Walaupun ia tidak sepenting SPM tapi ia adalah permulaan kepada langkah dimanakah halatuju pembelajaran kakak untuk sekolah menengah.

Tahun lepas kakak cemerlang dalam UPKK. Dalam pada ibu tak sangka kakak boleh dapat 8A, kakak telah buktikan yang kakak boleh! Maka, tahun ini ibu yakin dan berdoa agar kakak diberikan kejayaan cemerlang dalam UPSR dan PSRA. Kedua-duanya sama penting bagi ibu.


Sekolah agama

Macam yang ibu selalu cakap, PSRA sama penting dengan UPSR. Dan sebagai ibu, adalah penting untuk ibu beri sokongan dan semangat untuk kakak cemerlang dalam kedua-duanya. Ibu pernah cakap dulu kan, selagi anak-anak ibu bersekolah ibu akan join segala program yang melibatkan kakak dan adik.

Maka, untuk solat hajat kedua-dua sekolah, sekolah rendah dan sekolah agama alhamdulillah ibu dapat hadir dengan jayanya. Memang itulah niat ibu, sumbangan ibu untuk kakak. Doa ibu agar anak ibu ni diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.


Sekolah agama

Sekolah rendah


Setelah kakak belajar dan berusaha dari Tahun 4 hingga 6, maka kini giliran kita untuk berdoa dan berserah pada Allah agar dipermudahkan laluan kejayaan untuk kakak. Ibu dan para guru sentiasa mendoakan anak-anak semua cemerlang dalam UPSR & PSRA tahun ini.




Ya Allah, kurniakanlah Nurul Hazwani Bt Razlan kesihatan yang baik, hati yang terang seperti hati Rasullullah s.a.w, dipermudahkan segala urusan, diberi kefahaman yang baik ketika menjawab soalan dan kurniakanlah idea dan ilmu agar dia dapat menjawab dengan sempurna serta kurniakanlah dia dengan kejayaan dalam UPSR & PSRA tahun ini...aaamiiinnn yarabbal alamin.



Love,
Ibu

No comments:

Post a Comment

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.