Powered by Blogger.

Thursday, October 31, 2019

Kisah telur mata


Assalamualaikum! Wahhh tajuk kemain kau! kita cerita santai-santai je la ye hehe. Kisah telur mata. Berat badan naik pun ada hati mau sembang pasal makan haha. 

Takda telur mata sebiji tak syok makan. Ada masa aku suka telur mata, ada masa aku suka telur dadar. Ikut kesesuaian lauk tu la. Kalau tomyam, asam pedas, masaksyok dengan telur dadar. Kalau Siapa macam aku, angkat kening! hahaha. Kita geng la.

Inilah rupa bekal malamku. Nasi goreng telur mata! Nak dijadikan cerita la, aku dulu tak makan telur kuning yang di tengah tu. Kalau cair lagiiiiiiiiiii aku tolak jauh-jauh! So, siapa yang kena kasi perabih? cik abg aku le hehehe.



Kalau telur dadar aku makan kuning dia. Kalau telur rebus pun aku makan kuning dia (hahaha!) Tapi kalau buat telur mata, tolak awal-awal kuning telur tu. Nak tahu siapa yang ubah semua tu sekarang? siapa yang berjaya ubah aku dari tak suka telur kuning kepada suka? Bukan cik abg akuuuuu....

Yang berjaya ubah aku dari tak suka makan telur kuning kepada suka, ialah Hazwani! Yessssss dari Hazwani la aku belajar makan telur kuning hahaha. Nampak sangat pengaruh anak dah lekat kat mak kan hahaha. Satu hari aku nampak kakak makan nasi lemak dengan telur mata sebiji taruk atas. Telur kuning tu pulak cair...dia kasi pecah dan merebakla kuning telur yang cair tu ke atas nasi lemak. Pastu dia makan... pastu dia cakap sedapnyeeeee.

And I was like.....eeuwww sedap ke??? haha. Then satu hari aku cuba sendiri. Tapi bukan la makan macam kakak buat dengan nasi lemak tu. Aku cuba makan dan akhirnya.....perghhh sedap pulakkkkk dia! Aduhhh selama 30 tahun lebih aku mengelak makan kuning telur mata, dan bila anak sulung makan depan mata, terus aku terpengaruh! hahaha.

Dan sekarang aku dah jatuh suka makan telur mata, terutama kuning telur dia separa masak...uisshhhh! sambal telur mata dengan nasi putih panas-panas pun jadiiiiii! haha.


Pencinta telur(ayam),

Hanim

2 comments:

  1. TELUR MATA KUNING CARI..GOYANG GEDIK PLAK LAGI KUNING TU....SEDAP GILER.....

    ReplyDelete
  2. Memang sedap.. Sha pun macam sis juga dulu..
    Tapi bila tengok anak kecik makan sedap je.. cubalah..
    Eh.. Sedap rupanya.. hahaha

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.