Breaking

Thursday, November 14, 2019

Hari Anugerah Cemerlang & Majlis Graduasi Kakak


Assalamualaikum! Sehari sebelum hari anugerah cemerlang, ibu 'tumbang' disebabkan pakej demam, selsema dan batuk. Balik rumah ibu dah tak larat nak bukak mata pun. Lepas mandi dan solat maghrib, ibu terbaring atas sofa dengan kain tuala tutup muka sebab nak tahan hingus keluar haha.

Nampaknya kakak dan adik kena jaga ibu la. Kakak memasak, kemas dapur dan adik kemas rumah dan bagi ibu makan ubat. Dia jugalah yang pilihkan baju kerja ibu hehe. Makan pun tak berasa di lidah sebab selsema teruk sangat. Tapi paksakan juga sebab nak makan ubat. Pastu ibu 'pengsan' sampai ke pagi.

Alhamdulillah, esoknya (semalam) ibu bangun pagi demam dan selsema dah hilang. Tinggal batuk je tapi tak teruk sangat. Terima kasih anak2 ibu jaga ibu semalam. Baru ada tenaga nak meraikan hari penting kakak dan adik.

My first born

Cinta hati pertama kami

Disebabkan ibu kerja semalam, maka ibu dan ayah sampai lambat sikit tak dapat tengok kakak dan adik naik pentas terima anugerah Matapelajaran Terbaik dan Sijil Pengawas kakak huhu. Tapi kami sempat tengok penyampaian sijil tamat sekolah rendah kakak sampai habis acara.

So terima kasih cikgu tolong amikkan gambar 😉.

Well done Wani!

Tahniah kakak dan adik. Ibu tak sangka kakak masih boleh terima anugerah untuk Matapelajaran Terbaik BM Penulisan kali ni. Sangat tak sangka sebab ibu tahu kakak dah berpenatan mengadap UPSR dan tak mahu paksa kakak untuk tambah stres. Rupanya memang rezeki kakak dapat anugerah tahun ni.

Good job Mira!

Adik pun tak sangka akan dapat anugerah juga untuk Matapelajaran Terbaik Dunia Seni Visual, sebab ibu tengok adik banyak main haha. Alhamdulillah ada rezeki Mira lagi tahun ni. Tahun depan Mira dah darjah lima, kita sama-sama belajar nanti ye sayang. Tapi ibu garang, tiga kali ulang kalau tak dapat ibu bertukar jadi naga! muahahaha.

Terima sijil pengawas

Yeaaaa kakak dah graduate!

"Look mama, I made it!" - kakak

Teristimewa adalah majlis graduasi kakak. Tahun ni merupakan tahun terakhir kakak di sekolah rendah. Cepatnya enam tahun berlalu! rasanya seperti baru semalam menghantar dia ke kelas darjah satu. Ibu luar je nampak rileks takda apa, tapi dalam hati tu sebak, hiba, sedih, terharu sebab anak sulungku semakin hari semakin membesar dan bakal melalui fasa remaja dan alam persekolahan baru lepas ni. 

Tak dapat ibu gambarkan kakak bila dah habis sekolah menengah nanti! Lepas tu universiti kalau ada rezeki, lepas tu tup tup dah berkerjaya. Adakah kakak akan tinggalkan ibu?? Arghhh ibu tak boleh survive tanpa anak-anak ibu. Tapi itulah 'harga' yang perlu dibayar oleh mana-mana insan yang bergelar ibu dan ayah. Pengorbanan sampai mati. Walau berat hati ini, ibu kena lepaskan awak dan adik juga satu hari nanti. Menaip ni pun air mata dah bergenang. Oh dem, anak baru je tamat sekolah rendah tapi ibu hiba terlebih dos ni dah kenapa???😆😅 

Hey, kalau bukan 'hati tisu' tu bukan mak-mak la kan haha. Apa saja berkait dengan anak mesti buat mata bergenang punya lah!😢




Ibu tak lupa minta kakak bergambar kenangan dengan cikgu-cikgu yang dah banyak bantu kakak dalam UPSR tahun ni. Kalau boleh dengan semua cikgu dari Tahun Satu sampai Tahun Enam hehe tapi hanya dapat capai tiga orang cikgu yang mengajar kakak Tahun Enam. Penghargaan tertinggi kepada Cikgu kelas dan English teacher, Cik Sivajothi, Cikgu Syafiqah ngajar Sains dan Cikgu Rokiah ngajar Matematik. Hanya Allah dapat balas jasa dan bakti semua cikgu. 

Terima kasih cikgu!


Tahniah buat kedua-dua sahabat terbaik dalam hidupku, my precious pearls, my left and right, my bitter and sweet, my dunia wal akhirat, my nyawa. Hanya terbaik buat kamu berdua, doa dari ibu dan ayah. Terima kasih ya Allah beri peluang kepada kami untuk melihat anak-anak membesar dan berkongsi kegembiraan ini dengan mereka. Moga ibu dan ayah diberi peluang untuk sentiasa berada disisi awak berdua untuk tahun-tahun akan datang insyaAllah. Bergenang lagi ...😢.

Kita tiga beranak memang selalu bergaduh manja tapi you never know how much I love you both! Always be good to youself and others ok. Macam yang selalu ibu cakap, berilmu dan beradab. Kalau berilmu tapi tiada adab takda guna. Biar luaran kita orang tak pandang cantik asal hati mesti baik. Tapi anak-anak ibu akan membesar menjadi muslimah yang cantik, berilmu, solehah dan budi pekerti yang baik..aamiinn aaamiinn yarabbal alamin.

Ok sambung nangis.

Love,

Ibumu

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.