Powered by Blogger.

Thursday, November 07, 2019

Ratah Asam Pedas Ikan Patin



Assalamualaikum! Antara ikan yang aku suka makan ialah ikan patin. Masak lemak tempoyak atau masak asam pedas, kalau jumpa lauk ni memang aku tak pandang ayam, daging atau ikan lain dah. Memang ikan patinlah yang menjadi pilihan tekakku. Nikmat sungguh!


Tapi harini aku amik asam pedas ikan patin dan salad sahaja. Mana nasi?? hahaha aku pun tak percaya aku boleh ratah je ikan dan salad ni. Haaa itulah nak bagitahu ni. Aku sekarang dalam proses nak menurunkan berat badan la ni :p. Walaupun baru harini tak makan nasi (hehe) tapi nak try la ketar lutut ke tak kalau tak 'sentuh' nasi seharian. 

Yang dah biasa tengok aku in-person mesti cakap ah poyo la kau ni Nim, dah kurus nak kurus lagi. Celah mananya kau gemuk?? Allahu..aku memang tak tipu weh, berat aku naik mendadak kebelakangan ni. Kalau tengok carta BMI, berat aku yang ideal ialah 68kg untuk ketinggian 169cm tapi sekarang dah lebih dari 75kg! Nangis aku nangissss :p.

Aku tak tahu la samada aku dapat teruskan makan tanpa nasi ni haha tapi harapan nak capai berat ideal tu tetap ada walaupun nafsu makan membuak-buak haha! 

Tak tahan dah telinga ni dengar anak-anak cakap mama boroi muahahaha.

Yang pernah kurus,

Hanim

1 comment:

  1. waalaikumussalam. nasi tak pernah bersalah. hehehe. kak pun penah obese dan sakit lutut. alhamdulillah sekarang semua dah hilang ^_^

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.