Powered by Blogger.

Wednesday, November 20, 2019

School Trip Ke Melaka


Assalamualaikum! Dari awal tahun, dua orang budak kenit tu dok 'nyanyi' la kat telinga, maa nak gi lawatan boleh? boleh la maaaa. Yang kakak lagi best alasan dia, maaa boleh la maaa tahun depan kakak dah tak sekolah sini lagi, nanti tak dapat jumpa kawan dah. Boleh la maaa. See? alasan kukuh lagi padu kan? Ada betul jugak cakap kakak tu, kesian pulak dia lagi pun ni tahun terakhir dia di sekolah rendah.

Tapi bila yang sulung nak pergi, yang kecik pun nak ikut! Ibu ni bukan boleh tengok muka kesian seorang budak, memang akan 'cair' punya! So, yang sulung pun pergi yang kecik pun dapat pergi hehe. Alahaiii gi Melaka je pun. Kampung halaman sendiri hahaha tapi walaupun kampung kami tak pernah bawa diaorang pergi melawat tempat-tempat bersejarah kat sana. Sadis kan! 



Impian tercapai nak pergi lawatan ngan kawan hehe

Syok le korang naik bas!


Diaorang punya excited tu, sampai beli hoodie sorang satu. Walaupun hoodie bundle sehelai RM6 tapi seronok bukan main! Katanya nak pakai masa dalam bas dan dalam hotel sebab sejukkkkk. Hmm ye la. 

Duit tambang sendirian berhad ibu cakap. So, beberapa bulan sebelum trip ni diaorang kumpul sendiri duit tabung untuk dibawa ke Melaka. Target diaorang nak shopping kat sana! hehe. Ok, tapi sila kumpul sendiri duit ye. Berapa awak dapat kumpul itulah yang awak bawa pergi sana. Tapi sekali lagi .... mak mana yang akan biar anak-anaknya pergi dengan tangan kosong kan? Mulut je kata kumpul sendiri tapi, time nak pergi kuhulur juga RM10 seorang hahaha. Wan diaorang pun sponsor duit bila dapat tahu diaorang nak pergi trip ni. Terharu sangat ... 😭









Dua hari sebelum lawatan, dua orang my kenit ni kena selsema teruk. Tapi sehari sebelum tu kakak pulih dah. Yang adik masih tak sembuh lagi. Saja la nak nyakat dia, adik takyah pergi la lawatan tu. Selsema teruk tak baik lagi ni, sapa nak bagi makan ubat kat sana? Nak gi...adik nak gi, merengek nak ikut.

Esoknya, bekalkan dia ubat selsema dan batuk suruh dia makan sendiri di sana ikut waktu. Alhamdulillah elok dia pastu hehe. 

Alhamdulillah trip 2 hari 1 malam ke Melaka setel. Seronok diaorang kata, tapi Melaka panasssss ma, adik kena beli kipas tangan sebab panas. Berapa ringgit kipas tu? Dua puloh ringgit ma...

Adehhhhhh!*tepuk dahi

Love,

Ibu

6 comments:

  1. bestnya g lawatan ngn kawan2..:)

    ReplyDelete
  2. Tu dia mahai gak kipas tgn tu, kat kl ritu beli rm10 ja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn nak nangis rasa bila dia cakap dua puloh ringgit kipas tu. Tapi benda dah beli, telan aje la hehe.

      Delete
  3. seronok lain sikit bila join school trip sebab kawan kawan ramai.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.