Breaking

Showing posts with label Astetik. Show all posts
Showing posts with label Astetik. Show all posts

Monday, June 22, 2015

Monday, June 22, 2015

Nexus Clinic - Beauty, Aesthetic & Wellness


Assalamualaikum!




Minggu lepas aku berpeluang menjejakkan kaki ke Nexus Clinic di Wisma UOA, Kuala Lumpur. Ini merupakan event aku yang pertama dalam bulan puasa, tapi ia tidak menghalang untuk aku join bersama rakan-rakan blogger lain menghadiri preview Clinic Mediviron's New Aesthetic Wing - Nexus Clinic.

Mediviron? Nexus? Adakah ianya sama seperti klinik Mediviron yang biasa kita daptkan rawatan sakit dan ubat-ubatan? Noooo .. Nexus Clinic KHUSUS untuk rawatan astetik dan kecantikan yang menawarkan pakej rawatan tanpa pembedahan menggunakan prosedur astetik dan rawatan laser yang selamat.






Di majlis tersebut, kami diberikan penerangan lanjut mengenai servis dan pakej rawatan yang terdapat di sini oleh Dr. Jasmine, Medical Director Nexus Clinic. Nexus Clinic ditubuhkan pada tahun 2001, ia merupakan pusat rawatan kecantikan astetik terkemuka terletak di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur.

Antara rawatan yang terdapat di Nexus Clinic ialah :
  • Zeltic CoolSculpting
  • Keremajaan kulit (Rejuvenation)
  • Weight Loss Programme
  • Hair Removal
  • Pigmentation/ Acne Scar
  • Anti-Agieng Treatments

Sebelum kami dibawa melawat bilik rawatan dan memahami servis yang disediakan, rakan-rakan blogger dan media dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan sesi lawatan.

Jom kita tengok apa ada dalam Nexus Clinic ni!



First, Doktor Perubatan Nexus Clinic menerangkan tentang mesin #coolsculpting, iaitu Zeltiq CoolSculpting - teknologi terkini dan paling berkesan dalam prosedur body contouring, yang menjadikan ia rawatan alternatif kepada rawatan sedut lemak  (liposuction).

Ia diperakui oleh FDA (The Food and Drug Administration) dan merupakan prosedur tanpa pembedahan yang menggunakan agen penyejuk terkawal dan mensasarkan pada simpanan lemak yang terdapat di bahagian-bahagian tertentu seperti di perut, belakang badan, tepi pinggang dan sebagainya.

Sudah tentu dengan diet pemakanan yang sihat serta senaman yang konsisten akan memudahkan proses mendapatkan bentuk badan yang menawan. Kami berpeluang melihat sendiri demo yang dijalankan oleh Doktor Perubatan Nexus Clinic. 




Sebelum rawatan dimulakan, kawasan tumpuan lemak dikenalpasti. Bagi kebanyakkan dari kita tak kira lelaki atau wanita, tempat simpanan lemak-lemak 'degil' pastinya tertumpu di bahagian perut.




Doktor Perubatan Nexus Clinic meletakkan sejenis kain yang dibasahkan dengan air sejuk untuk memberikan rasa selesa pada perut sebelum memulakan rawatan coolsculpting dan untuk mengelakkan fros-bite kerana Doktor Perubatan Nexus Clinic memberitahu suhu yang digunakan dalam prosedur ini lebih kurang -4 celcius! 




Bagaimana rasanya? Menurut Doktor Perubatan Nexus Clinic, prosedur coolsculpting ini tidak menyakitkan kulit dan terasa seperti kulit divakum memberikan rasa tegang tight pada kulit. Mesin ini mengenalpasti kawasan simpanan lemak dan memusnahkan sel-sel lemak yang tidak dikehendaki. Prosedur ini lebih selamat kerana tidak perlu menjalani pembedahan atau proses penyedutan lemak (liposuction) yang menyakitkan. Selepas tamatnya rawatan, anda boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa perlu ubat tambahan atau bengkak di bahagian badan.



Sebelum dan selepas beberapa sesi rawatan dengan #CoolSculpting



Next, Doktor Perubatan Nexus Clinic menunjukkan peralatan yang digunakan untuk merawat masalah anti-ageing (penuaan), parut jerawat serta beberapa masalah kulit yang lain tanpa perlu menjalani pembedahan yang menyakitkan.

Nexus Clinic menawarkan rawatan facelift dan necklift menggunakan Ultraformer II High Intensity Focused Ultrasound Therapy. Antara kelebihan rawatan ini :
  • menggunakan mesin ultrasound berintensiti tinggi untuk menggalakkan pertumbuhan lapisan kolagen pada kulit
  • kulit menjadi tegang dan kembali seperti remaja secara beransur-ansur
  • hasil yang hebat tanpa perlu merasa sakit atau tidak selesa.



Doktor Perubatan Nexus Clinic menunjukkan kami peralatan yang digunakan untuk merawat pigmentasi, parut jerawat, tona kulit tidak sekata. Mesin yang diberi nama MedLite Laser & LED Phototherapy ini boleh mengatasi masalah kulit yang dinyatakan di atas.

Keberkesanan rawatan ini bergantung kepada :

a) berapa lama masalah kulit terjadi
b) jenis cara hidup pesakit (contohnya, adakah dia seorang yang bekerja di pejabat atau sebagai pengawal pantai yang terdedah kepada cahaya matahari)
c) adakah pesakit kerap melakukan sun tanning


Turut berlangsung adalah acara Lucky Draw dan Best Dress Award pada malam itu. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah Dkna nampak di tudung merelip yang dipakai malam tu hehehe. 




Untuk melihat bagaimana mesin ini beroperasi, rakan blogger Dkna yang dipilih sebagai Best Dress Award pada malam itu berpeluang merasai sendiri pengalaman menjalani rawatan Medlite Laser ini. Tahniah Dkna! ^^



Muka dicuci terlebih dahulu


Pastikan kulit muka dibersihkan sebelum rawatan dimulakan. Selepas itu, Dkna dibiarkan berehat 5-10 minit 



Doktor Perubatan Nexus Clinic memulakan rawatan laser ke atas kulit muka Dkna. 



Selepas rawatan laser, pembantu perubatan tersebut menyapukan krim sunburn ke atas kulit wajah Dkna. 


Aku yang berada di samping Dkna sepanjang prosedur berlangsung turut bertanyakan bagaimana rasanya dilaser? (hahaa), katanya seperti kena gigit semut je tapi tak menyakitkan kerana ianya sekejap.

Selain Lucky Draw dan Best Dress Award, dua orang rakan blogger turut terpilih menjadi pemenang selepas berjaya menjawab soalan mudah dari Nexus Clinic. Hadiahnyaaaa .......

Rawatan Injectible Fillers yang bernilai RM2,200! Rawatan ini dilakukan oleh pakar perubatan Nexus Clinic secara profesional. Nexus Clinic menggunakan hanya Juvederm atau dikenali sebagai hyaluronic acid. Ia selamat, berkualiti dan dipercayai.





Rakan kita diberikan ubat bius terlebih dahulu.




Lupa pulak nak tanya dia macam mana rasanya hehe. Rawatan ini membantu menaikkan volume wajah, dengan kolagen, elastin dan sel lemak. Semakin kita meningkat usia, asid hyaluronic semulajadi akan berkurangan tetapi dengan dermal fillers ia akan melembutkan dan mengurangkan kedutan di wajah dan menghasilkan bibir yang lebih mungil.




Last but not least, review Nexus Clinic malam itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama blogger-blogger dan staf-staf Nexus Clinic. Tak lupa juga, kami membawa pulang goodies bag bernilai RM350 setiap seorang. 

Terima kasih Nexus Clinic!

Untuk maklumat lanjut mengenai Nexus Clinic, boleh hubungi 03-2163 5699 atau emel ke contactus@mediviron-uoa.com

Nexus Clinic - Beauty, Aesthetic & Wellness
LG 10 Wisma UOA II
No. 21, Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur


Facebook : www.facebook.com/NexusClinic


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.