Breaking

Showing posts with label Barang Bundle. Show all posts
Showing posts with label Barang Bundle. Show all posts

Saturday, December 24, 2022

Saturday, December 24, 2022

Jiwa Bundle

 

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitulah kalau dah diajar dari kecik suka pada bundle, sampai ke remaja masuk bundle je la. Di zaman yang serba mencabar kewangan ni, kami jarang masuk kedai baju baru tapi selalu masuk bundle


Ayahnya kata ada satu kedai baju bundle kat Bandar Utama, boleh la kalau kita nak pergi tengok-tengok baju kot ada yang berkenan di hati. Yang diaorang ni apa lagi, melompat la bila ayahnya ajak gi bundle😂


Kedai bundle 2nd Street Bundle Shop ni agak besar jugak, ruang dalam dia luas dan pelanggan boleh pilih baju dengan selesa tanpa perlu berlaga bahu atau badan. Ada tiga seksyen iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak. Aku tengok omputih pun ada yang datang beli baju di sini. Ada bangku untuk duduk kalau dah penat mencari baju.







Anak-anak pilih baju le apa lagi. Banyak juga pilihan kat sini, especially kalau yang suka warna terang. Selain baju, ada kasut, backpack, sling bag, beg tangan, beg tote, seluar jeans, seluar slack, tali pinggang dan aksesori.


Harga pun ok, masih boleh dapat baju dengan harga RM5 dari kedai yang deko dia urban macam ni memang berbaloi la. Tengok je la atas kaunter tu baju kakak dan adik je yang banyak. Aku punya 1 helai seluar hehe. Ada 7 helai semuanya. Baru RM35! 





Setel beli jiwa anak-anak. Kadang-kadang tu aku geram gak beli baju pastu bila nak pakai kalau dah hari-hari pergi sekolah. Katanya takpe simpan nanti nak keluar lagi boleh pakai baju tu. Ye la....

Thursday, January 12, 2017

Thursday, January 12, 2017

Bundle | Tali Pinggang Kulit Levis


Assalamualaikum!


Pergi mana-mana, tak sah kalau tak masuk kedai bundle. Balik Melaka pun sama, kedai bundle kat Duyong tepi jalan tu memang dah jadi port wajib dia 'cuci' mata. Hari tu dia 'menyelam' dalam almari dan terjumpalah tali pinggang idaman hati! hehe.

Macam-macam jenis tali pinggang kulit dok ada dalam almari tu. Berkunci ok! menandakan harga dia bukan sa ringgit, bukan puluh ringgit tapi ratus ringgit wooo! Dan tali pinggang kat situ original kulit koleksi rare mungkin berusia puluhan tahun berdasarkan rekabentuk dan keadaan kulitnya.



Thursday, January 05, 2017

Thursday, January 05, 2017

Kasut Bundle Melaka | Cari Kasut Di Fit Well Bundle


Assalamualaikum!


Misi pencarian kasut bundle diteruskan dan kali ni di Melaka! Baju yang diidam dah dapat, topi yang diidam dah dapat. Tali pinggang ... haaaa tali pinggang rare kulit original vintage Pak Jelan beli, korang tau harga dia berapa? Bukan sepuloh ringgit, bukan lima puluh ringgit ok! Nak nangis rasanya kalau tau harga dia tapi memang berbaloi la. Yang tu nanti aku cerita hari lain k 😉.

So, hari tu kitaorang jalan-jalan sekitar bandar Melaka lepas berjimba main air di Pantai Klebang. Nama je kampung kat Melaka, tapi itulah kali pertama aku dan keluarga jejakkan kaki di Pantai Klebang hehe. Yang tu pun nanti aku cerita lagi k.



Balik dari Klebang, lalu depan Banda Hilir. Sekali Mira tegur,"eh kasut bundle ..!" Pak Jelan kan telinga sensitif, mana boleh dengar perkataan bundle ni, terus naik 'sheikh' la dia haha. Terus dia pusing stereng masuk simpang dan parking depan kedai tu.

Selalu layan baju ngan seluar je kan, kali ni Pak Jelan nak cari kasut pulak. Biasanya kitaorang layan bundle kat Duyong tu je, ni dah terjumpa satu lagi kat bandar, haruslah 'menjamu' mata. Kot-kot ada yang berkenan dihati dan kena pula dengan harganya ..why not!







Macam-macam jenis kasut ada kat sini. Kasut bola, kasut sukan, sneakers lelaki dan perempuan, kasut jalan, kasut sarung, kasut bertali, kasut kulit, but koboi blablabla. Rambang gak mata Pak Jelan tengok, aku dah naik risau dah hehehe ...











sedang menerai. Kaler dah sama dah dengan kasut sendiri,
 tapi saiz pulak tak ngam! hehe

boring duduk saje sebab kasut budak takda *sujudsyukur*


Harga kasut kat sini kira berpatutan juga la kalau kena dengan taste kita. Aku suka susun atur dalam kedai ni, teratur dan selesa. Ruang dia luas dan deko simple je. Kasut yang diidam Pak Jelan pun dah dapat. 


Van of The Wall




So, kalau korang ada di Melaka bolehla singgah kat Fit Well Bundle ni 😉 

Monday, December 26, 2016

Monday, December 26, 2016

Menerjah E-Bundle, Temerloh!


Assalamualaikum!


Di satu hari yang cerah, kami sekeluarga membuat keputusan untuk masuk negeri Pahang negeri kelahiran kakak dan adik untuk berjalan-jalan sambil makan angin. Lebih tepat lagi, kami ke Temerloh! Bukan untuk makan ikan patin, bukan untuk pergi berjalan-jalan mandi air terjun. Tapi kami ke sana semata-mata nak layan B.U.N.D.L.E!!😂

Walaupun alasannya barangkali tak masuk dek akal ... hahaha. Ye la, macam la kat KL dan Selangor ni takda kedai bundle kan. Tapi apakan daya, kalau dah ada peminatnya dalam keluarga ni, bundle di Korea pun boleh sampai yop! heeee😁


kasut sukan berjenama

kasut sukan

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.