Breaking

Showing posts with label Bila Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Bila Balik Kampung. Show all posts

Thursday, February 15, 2024

Thursday, February 15, 2024

Bersedia Nak Tukar Baru?

 

Tahun 2023 memang tahun 'sakit' bagi exora kesayanganku. Dari awal tahun dia buat hal, sampai dah habis tahun pun dia 'merajuk' lagi. Padahal aku tak cakap pun nak tukar kereta baru 'depan' dia haha.

Hari tu breakdisc belakang buat hal. Survey barang spare part punya harga mak aii. Mujur encik suami dah beli awal barang tu, jadi hantar ke bengkel je la bayar upah pasang.




Ingatkan tu kali terakhir dia buat hal. Rupanya, masuk tahun baru dia sambung 'merajuk' hahahaha. Kejadian berlaku ketika encik suami sedang motong rumput guna mesin tangan, tak sedar batu-batu kecil tu melantun kena pada cermin 'mati' sebelah tepi belakang.

Walaupun batu kecil, tapi lantunannya boleh meretakkan dan menembusi cermin. Bayangkanla laju tak laju ...padahal batu tu kecik je! Nak marah pun tak guna, benda bukan disengajakan. Mujur cermin tu tak jatuh semuanya sebab ditahan lapisan tinted cermin.

Encik suami terpaksa gam dengan pita pelekat buat sementara waktu. Dah la kena time orang cuti pulak tu, memang la banyak bengkel tutup. Terpaksa tunggu sampai balik KL.



Drive atas highway pun sopan je sebab nak bagi jangan terhentak. Esoknya terus bawak ke bengkel dan pasang baru. Haa terbang lagi tiga ratus lima puluh ringgit! Awal tahun dia dah makan modal haaaa. Kang kalau tak tukar baru bahaya pulak. 

Kadang-kadang aku terfikir nak amik kereta kedua. Kalau macam ni la gayanya dia punya 'rajuk', baik amik baru terus! Tapi banyak kali jugak aku reverse-pshyco balik diri ini supaya fikir baik-baik, sedalam-dalamnya sebelum nak amik kereta baru.

Dengan keadaan OPR yang naik tak menentu sekarang, hutang akan menjadi makin bertambah. Exora tu dah takda beban ansuran, cuma nak repair tu je la. Kalau aku amik kereta baru, dah tentu tiap2 bulan kena istiqomah bayar ansuran, tak termasuk servis kereta dan lain-lain lagi.




Bila dah ada dua kereta, kena bayar dua insuran dan dua road-tax! Aku belum bersedia nak tambah hutang lagi buat masa ni. Aku sendiri tengok macam mana peritnya orang yang ada dua buah kereta dan kena maintain insurans serta servis. Memang tak cukup baki duit yang tinggal walaupun dua orang bekerja!

Biarlah exora ni jadi kuda putih tunggal kami. Rosak sikit-sikit tu kami repairla sikit-sikit ikut bajet. Yang penting, tiap2 bulan tak kalut tak serabut mikir nak bayar bank dengan opr yang entah apa-apa. Nak pakai barang baru, biar ikut kemampuan diri membayarnya. Kalau tak reti membayar jangan berhutang!



Friday, January 13, 2023

Friday, January 13, 2023

Berjuang Selagi Masih Ada


Perjalanan kehidupan kita takkan sama dengan orang lain. 

Nikmat dan ujian juga tak sama. 

Harta benda yang dimiliki juga takkan kekal. 

Tapi ada satu 'harta' yang sangat bernilai di depan mata kita yang kadang-kadang kita terlepas pandang.


Kehilangan abah secara mengejut pada tahun 2020 membuatkan aku bertambah rindu pada arwah. 

Arwah 'pergi' dalam keadaan yang sangat tenang tanpa sakit yang panjang.

Pernah arwah berkata, dia taknak masuk hospital dan dikelilingi dengan wayar sehingga ke akhir hayatnya. 


Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan arwah.

Mak juga masih merindukan arwah abah. 

Kalau datang rindunya, dia akan cium dompet arwah sebab disitu 'bau' peluh arwah masih ada. 

Kadang mak merenung jauh dari dapur dengan mata redupnya. Aku tahu dia tersangat rindu. 

Aku hanya mampu memandang dari jauh.



Ada orang dikurniakan kemewahan, tapi sangat sedikit masanya untuk mak dan ayah.
Ada orang dikurniakan masa yang banyak tapi tiada wang ringgit.
Tiap kali bisikan syaitan menerpa di telinga ini, aku 'tepis' jauh-jauh.
Aku tak peduli itu semua.
Biarlah aku berjuang disamping mak sehingga ke akhir hayatku.


Bersyukurlah kita masih diberikan peluang dan ruang untuk berbakti pada mereka.
Bersyukurlah kita masih diberikan sedikit rezeki untuk pulang menjenguk mereka
Bersyukurlah kita masih boleh cium pipi, sentuh tangan dan peluk mereka.
Ya Allah terima kasih untuk segala nikmat ini dan panjangkanlah kesempatan ini agar aku dapat merasa syafaat doa dari seorang ibu yang aku kasihi.






Ya Allah... kurniakanlah kesihatan yang baik buat ibuku agar dia dapat beribadah kepadaMu dengan lebih baik dan lindungilah dia selalu dengan kasih sayang dan redhaMu.

Aaamiinnn aamiinn yarabbal alaminn....


Tuesday, January 03, 2023

Tuesday, January 03, 2023

Celup Kaki Di Pantai Puteri

 

Hujung tahun tak tahu nak bawak anak-anak kemana, jadi disinilah destinasi kami pada hari terakhir 2022. Tarikan negeri Hang Tuah ni bukan setakat asam pedasnya, tapi pantainya yang cantik.  

Kali ni kami pergi Pantai Kundor atau sekarang dikenali sebagai Pantai Puteri. Inilah kali pertama kami jejakkan kaki disini, dan serius kat sini lebih cantik dari Klebang!

Pantai Puteri ni tak jauh pun dari Klebang. Memula jumpa Klebang, pas 2km dah boleh nampak persisiran Pantai Puteri. Sedikit info tentang Pantai Puteri ni, ia terletak di Melaka Tengah bermakna tak jauh dari bandar. Dari kampung kami cuma 40 minit je itupun sebab jalan jem. Kalau tak jem, mungkin 20 minit dah sampai.

Yang bestnya, kat sini ada baaaaanyak deretan kedai makan. Kena pandai pilih je yang mana sedap, tapi kami tak singgah makan pun. Sebab target kami cuma nak jalan-jalan celup kaki di Pantai Puteri :p





Kami sampai sini dalam pukul 6pm. Waktu ni memang syok orang mandi-mandi sekeluarga. Cuaca pulak elok berangin dalam seminggu ni. Tak panas asyik mendung je. Kat Klebang tak boleh nak main air sangat tapi kat sini sepanjang-panjang tepi pantai ni mesti ada orang berendam dalam air.

Kat laut kita boleh nampak kapal-kapal besar dan pelabuhan. Yang best tu, ada batu-batu besar yang boleh kita duduk atau naik atas untuk bergambar.





Pemandangan disini bertambah cantik bila sunset. Waktu ni, aku tengok ramai yang keluarkan phone untuk tangkap gambar matahari nak terbenam termasuklah aku dan anak-anak2 hehe. Subhanallah .... cantik sungguh kan.




Dapat celup kaki dalam air pun jadilah. Ketenangan dan kelembutan pasir tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa ringan sekejap badan dan otak ni. Tenang rasa jiwa bila air laut menyentuh kaki. Damai rasa hati mendengar deruan ombak menyapu pantai.





Dah puas main air, tak sah lah kalau tak bergambar dengan kakak dan adik. Kami singgah pulak kat batu besar ni sebelum balik. Alhamdulillah tahun 2022 kita lalui dengan penuh kesabaran walaupun banyak sangat ujian datang. Syukur yang teramat kerana Allah masih beri kesempatan untuk kita lalui kehidupan untuk tahun 2023. 


Buat kakak dan adik, besar dah anak-anak ibu. Moga korang diberikan nikmat kesihatan dan kebijaksanaan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ibu dah bawak jalan-jalan pantai ni, moga korang boleh jawab dengan cemerlang exam nanti ye haha.


Bestlah datang sini. Next time nak bawak mak pulak  .... ;) 

Monday, August 15, 2022

Monday, August 15, 2022

Semua naik!

 

Assalamualaikum. Baru-baru ni masa bawak mak pergi check-up kat klinik, aku berhadapan dengan situasi yang menghibakan . Kebanyakan yang datang ke klinik tu adalah orang tua samada ditemani pasangan, atau anak atau datang seorang. 


Kalau datang check-up first kena pergi kaunter pendaftaran letak buku temujanji. Tunggu nama dipanggil, pastu bawak mak pergi cucuk amik darah hujung jari untuk test glukosa. Pastu pergi bilik sebelah pulak amik berat badan tekanan darah. Pastu pergi pulak kaunter satu lagi ikut zon dan letak buku dan tunggu lagi nombor dipanggil. Lepas tu barulah masuk bilik jumpa doktor.



Begitulah rutin aku dan mak setiap kali ada temujanji di klinik. Kalau yang datang ditemani pasangan atau anak takpela. Ni ada yang datang seorang, terkial-kial tak tahu ke mana hala tuju lepas pendaftaran. Ada seorang pakcik ni dia datang seorang, lepas pendaftaran dia pergi ke tempat nak cucuk darah dan terus letak buku dalam bakul dan pergi duduk di kerusi. Aku yang tengok tak sampai nak buat tak tau. Aku panggil pakcik tu balik dan tekankan nombor giliran dan ketip satu nombor di buku dia, satu lagi suh dia pegang. Kalau nombor disebut baru pergi ke kaunter. Terkial-kial dia blur disitu, tak tau la dia faham ke tak aku cakap ape. 


Mak yang turut ada kat situ pun cakap,"macam tu la abah kau dulu. Sorang-sorang datang tak tau nak pergi mana dulu. Mak dulu pun masuk klinik sorang-sorang. Abah kau tunggu kat luar". Hmm terdiam aku. InsyaAllah mak ... pasni mak takkan keseorangan lagi di klinik. Anim akan teman mak selagi anim mampu.


Dan alhamdulillah sejak dari temujanji mak di Hospital Melaka lagi sampai sekarang, aku yang akan balik pastikan mak dapat pergi klinik. Bagi aku perkara sebegini memang jadi tanggungjawab anak. Bukan tanggungjawab cucu atau anak sedara melainkan ada hal mustahak yang tak boleh dielakkan, barulah boleh mintak tolong orang lain. Tapi sebolehnya, aku akan usahakan jugak untuk balik atau paling teruk pun tukar je tarikh temujajanji. Asalkan tidak menyusahkan sedara mara.




Tapi tu la keputusan pemeriksaan kesihatan mak kali ni membuatkan aku sedikit risau. BP naik, gula naik, berat badan pun naik! Mana taknya, makan durian aritu sepuas-puasnya mak cakap. Pastu raya haji dapat sumbangan daging korban makan lagi. Mana tak naik segala. Aku diamkan je la, memang betul pun haha. Tapi pasni mak kena kawal balik ye.


Puas duduk seminggu ngan mak. Bawak mak keluar makan di kedai hampir setiap hari. Happy sangat tengok mak dapat jalan-jalan sekitar pekan walaupun hanya untuk pergi beli barang. Haihh sedih lagi :(. Moga satu hari nanti aku dapat transfer sini balik duduk ngan mak...


Monday, July 04, 2022

Monday, July 04, 2022

Sepetang Di Dusun Durian

 

Assalamualaikum! Sekarang masih rancak orang membeli durian walaupun dah nak hujung musimnya. Kat kawasan umah ni pun orang masih rancak mengambil kesempatan menjual dan membeli durian sementara harganya masih berpatutan.


Aku ni pulak tertahan-tahan dari awal bulan lagi nak beli ke tak durian tu. Hari-hari berjalan kat tepi port diaorang menjual tapi mampu jeling tepi dan berlalu pergi haha. Dah la situ dapat sambutan ramai pulak yang sanggup beratur semata-mata nak membeli dan merasa pelbagai jenis gred durian yang dijual. Bayangkan lepas solat Jumaat, pelanggan dah beratur depan port tu untuk beli. 


Tak pernah lagi aku tengok sambutan luar biasa macam tu. At least bukan kat tempat aku ni la. Tapi kali ni memang betul-betul orang sanggup demi nak makan durian. Dipendekkan cerita, satu hari aku dapat panggilan. Suara tu aku kenal betul. Rupanya pakcik sedara aku😂

         

First time dapat capai buah durian sambil kaki berpijak dibumi. Ini betul2 atas kepala ni!😆


Pakcik ajak ke dusun buah dia di Rembau amik buah durian. Ya Allah, sungguh aku tak teringat pakcik sendiri ada dusun durian padahal mak pernah bercerita sebelum ni yang dia dan arwah abah pernah pergi sebelum covid melanda. Kali ni memang langkah kanan betul! Kebetulan minggu tu aku memang niat nak balik kampung tengok mak walaupun dapat cuti sabtu ahad je. Ahad petang kami dah kena balik KL dan pakcik pulak kena balik  Johor. Jadi kena sampai jugak ke dusun tu hari Sabtu.


Patutlah aku dok tertahan-tahan nak beli durian, rupanya nak jadi rezeki kami sekeluarga merasa durian piyor dan fresh dari dusun pakcik aku ni.  





Yang bestnya, pokok durian kat dusun ni tak berapa tinggi sampaikan ada yang boleh dicapai dengan tangan je hehe. Kami sampai dusun dalam pukul 6 lebih tapi langit masih cerah cuaca pulak baik memang sesuai la nak lepak-lepak makan durian kat sini.


Tapi sebelum makan, kami kena kutip buah durian yang baru gugur. Apa lagi, laju-laju la aku tolak troli ikut suami meronda kawasan kutip buah. Tapi aku cuak jugak le sebab jalan bawah pokok, mula la kepala ni membayangkan yang bukan-bukan! :p


Hasil kutipan

Tukang sorong :p


Bertambah happy aku bila pakcik kata yang kutip kami boleh bawak balik. Kami dapat kutip 2 troli penuh! Yang nak dimakan buah durian lain yang memang dah ada so jom kita layan sebiji dua!





Alhamdulillah puas hati dapat makan durian sepuasnya. Mak pun happy dapat merasa lagi durian tahun ni. Sebelum ni mak datang ngan arwah abah bila nak makan durian. Kami je la yang pertama kali jejakkan kaki ke dusun pakcik aku ni.


Aku tak tahu la berapa biji dah bedal. Asal pakcik belah je, aku ngap haha. Pakcik banyak tanam durian IOI, tembaga dan musang king. Merasa jugak la kami semua jenis gred buah tu. Memang berbeza rasa dan tekstur setiap gred tu. Aku tak kira dah gred apa semuanya aku bedal haha.






Termenung jap suami tengok berbakul-bakul buah durian depan mata :p


Ingatkan kami bawa balik yang dalam troli je, rupanya ada sebakul lagi yang dah dikutip untuk dibawa balik. Buat tempoyak boleh nak makan pun boleh. Yang berbakul-bakul tu dah ada tuannya. Yang nak dibawa balik dok atas tanah tu, dalam troli dan bakul pink. Fuhh! hah makan la durian tu sampai lebam nim. Tak yah gaduh-gaduh nak beli durian dah. Takyah jeling-jeling durian tepi jalan tu dah :p.


Fuhh memang satu pengalaman baru buat aku. Kutip buah dan menikmati durian yang segar dari pokok. Terima kasih sangat kat pakcik aku yang ingat kat kami :D moga murah rezeki selalu.


Tuesday, May 10, 2022

Tuesday, May 10, 2022

Bazar Ramadan Duyong

 

Assalamualaikum! Tahun ni aku dapat cuti raya yahoooo! So kena la amik peluang ni balik kampung seminggu awal untuk setelkan apa yang patut. Macam kat KL, di kampung pun aku rajin beli makanan di bazar ramadan.


Tapi tahun ni, bazaar ramadan di KL tak best sangat. Tak banyak pilihan dan tak ramai yang menjual. So bila balik kampung, aku nak merasa pulak suasana di sana. Seronoknya, dekat-dekat nak raya bazar ramadan di bandar akan jadi lengang dan tak ramai yang menjual. Berbeza di kampung, lagi dekat nak raya lagi best sebab peniaga bazar akan ambil peluang 'buat' duit meniaga di saat-saat akhir sebab orang bandar akan pulang ke kampung.







Ternyata memang meriah suasana bazar di kampung. Lepas asar, jalan masuk dah sesak dengan kenderaan dari dua arah. Tapi lagi sesak lagi orang suka kan haha. Walaupun bazar ni tak sepanjang di KL, tapi banyak la jugak pilihan makanan disana. 


Di sini jugak, suami amik peluang bayar zakat di meja yang dikhaskan. Walaupun boleh bayar online, tapi dia lebih 'old school' bab ni. Aku ok je janji bayar. Kalau tak sia-sia je puasa tak bayar zakat.





Monday, July 06, 2020

Monday, July 06, 2020

Mira dapat 'kaki' baru!


Assalamualaikum! Mira punya pesen kalau kayuh basikal dia akan tekan pedal tu ke belakang. Boleh bayangkan la kan basikal tu gerak ke tak haha. Tapi tu dulu la, masa dia umur 2-3 tahun. Sekarang dah pandai kayuh ke depan hehe.

Tapi satu basikal yang dari dulu lagi dia takut nak naik ialah basikal ibu. Sebab basikal ibu besar dan tinggi. Hanya kakak yang 'lulus' naik basikal ni. Kesian Mira, hanya mampu duduk belakang je bila kakak dia atau aku mengayuh.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.