Bersedia Nak Tukar Baru?
Perjalanan kehidupan kita takkan sama dengan orang lain.
Nikmat dan ujian juga tak sama.
Harta benda yang dimiliki juga takkan kekal.
Tapi ada satu 'harta' yang sangat bernilai di depan mata kita yang kadang-kadang kita terlepas pandang.
Kehilangan abah secara mengejut pada tahun 2020 membuatkan aku bertambah rindu pada arwah.
Arwah 'pergi' dalam keadaan yang sangat tenang tanpa sakit yang panjang.
Pernah arwah berkata, dia taknak masuk hospital dan dikelilingi dengan wayar sehingga ke akhir hayatnya.
Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan arwah.
Mak juga masih merindukan arwah abah.
Kalau datang rindunya, dia akan cium dompet arwah sebab disitu 'bau' peluh arwah masih ada.
Kadang mak merenung jauh dari dapur dengan mata redupnya. Aku tahu dia tersangat rindu.
Aku hanya mampu memandang dari jauh.
Ya Allah... kurniakanlah kesihatan yang baik buat ibuku agar dia dapat beribadah kepadaMu dengan lebih baik dan lindungilah dia selalu dengan kasih sayang dan redhaMu.
Aaamiinnn aamiinn yarabbal alaminn....
Dah puas main air, tak sah lah kalau tak bergambar dengan kakak dan adik. Kami singgah pulak kat batu besar ni sebelum balik. Alhamdulillah tahun 2022 kita lalui dengan penuh kesabaran walaupun banyak sangat ujian datang. Syukur yang teramat kerana Allah masih beri kesempatan untuk kita lalui kehidupan untuk tahun 2023.
Buat kakak dan adik, besar dah anak-anak ibu. Moga korang diberikan nikmat kesihatan dan kebijaksanaan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ibu dah bawak jalan-jalan pantai ni, moga korang boleh jawab dengan cemerlang exam nanti ye haha.
Bestlah datang sini. Next time nak bawak mak pulak .... ;)
Assalamualaikum. Baru-baru ni masa bawak mak pergi check-up kat klinik, aku berhadapan dengan situasi yang menghibakan . Kebanyakan yang datang ke klinik tu adalah orang tua samada ditemani pasangan, atau anak atau datang seorang.
Kalau datang check-up first kena pergi kaunter pendaftaran letak buku temujanji. Tunggu nama dipanggil, pastu bawak mak pergi cucuk amik darah hujung jari untuk test glukosa. Pastu pergi bilik sebelah pulak amik berat badan tekanan darah. Pastu pergi pulak kaunter satu lagi ikut zon dan letak buku dan tunggu lagi nombor dipanggil. Lepas tu barulah masuk bilik jumpa doktor.
Begitulah rutin aku dan mak setiap kali ada temujanji di klinik. Kalau yang datang ditemani pasangan atau anak takpela. Ni ada yang datang seorang, terkial-kial tak tahu ke mana hala tuju lepas pendaftaran. Ada seorang pakcik ni dia datang seorang, lepas pendaftaran dia pergi ke tempat nak cucuk darah dan terus letak buku dalam bakul dan pergi duduk di kerusi. Aku yang tengok tak sampai nak buat tak tau. Aku panggil pakcik tu balik dan tekankan nombor giliran dan ketip satu nombor di buku dia, satu lagi suh dia pegang. Kalau nombor disebut baru pergi ke kaunter. Terkial-kial dia blur disitu, tak tau la dia faham ke tak aku cakap ape.
Mak yang turut ada kat situ pun cakap,"macam tu la abah kau dulu. Sorang-sorang datang tak tau nak pergi mana dulu. Mak dulu pun masuk klinik sorang-sorang. Abah kau tunggu kat luar". Hmm terdiam aku. InsyaAllah mak ... pasni mak takkan keseorangan lagi di klinik. Anim akan teman mak selagi anim mampu.
Dan alhamdulillah sejak dari temujanji mak di Hospital Melaka lagi sampai sekarang, aku yang akan balik pastikan mak dapat pergi klinik. Bagi aku perkara sebegini memang jadi tanggungjawab anak. Bukan tanggungjawab cucu atau anak sedara melainkan ada hal mustahak yang tak boleh dielakkan, barulah boleh mintak tolong orang lain. Tapi sebolehnya, aku akan usahakan jugak untuk balik atau paling teruk pun tukar je tarikh temujajanji. Asalkan tidak menyusahkan sedara mara.
Tapi tu la keputusan pemeriksaan kesihatan mak kali ni membuatkan aku sedikit risau. BP naik, gula naik, berat badan pun naik! Mana taknya, makan durian aritu sepuas-puasnya mak cakap. Pastu raya haji dapat sumbangan daging korban makan lagi. Mana tak naik segala. Aku diamkan je la, memang betul pun haha. Tapi pasni mak kena kawal balik ye.
Puas duduk seminggu ngan mak. Bawak mak keluar makan di kedai hampir setiap hari. Happy sangat tengok mak dapat jalan-jalan sekitar pekan walaupun hanya untuk pergi beli barang. Haihh sedih lagi :(. Moga satu hari nanti aku dapat transfer sini balik duduk ngan mak...
Assalamualaikum! Sekarang masih rancak orang membeli durian walaupun dah nak hujung musimnya. Kat kawasan umah ni pun orang masih rancak mengambil kesempatan menjual dan membeli durian sementara harganya masih berpatutan.
Aku ni pulak tertahan-tahan dari awal bulan lagi nak beli ke tak durian tu. Hari-hari berjalan kat tepi port diaorang menjual tapi mampu jeling tepi dan berlalu pergi haha. Dah la situ dapat sambutan ramai pulak yang sanggup beratur semata-mata nak membeli dan merasa pelbagai jenis gred durian yang dijual. Bayangkan lepas solat Jumaat, pelanggan dah beratur depan port tu untuk beli.
Tak pernah lagi aku tengok sambutan luar biasa macam tu. At least bukan kat tempat aku ni la. Tapi kali ni memang betul-betul orang sanggup demi nak makan durian. Dipendekkan cerita, satu hari aku dapat panggilan. Suara tu aku kenal betul. Rupanya pakcik sedara aku😂
Assalamualaikum! Tahun ni aku dapat cuti raya yahoooo! So kena la amik peluang ni balik kampung seminggu awal untuk setelkan apa yang patut. Macam kat KL, di kampung pun aku rajin beli makanan di bazar ramadan.
Tapi tahun ni, bazaar ramadan di KL tak best sangat. Tak banyak pilihan dan tak ramai yang menjual. So bila balik kampung, aku nak merasa pulak suasana di sana. Seronoknya, dekat-dekat nak raya bazar ramadan di bandar akan jadi lengang dan tak ramai yang menjual. Berbeza di kampung, lagi dekat nak raya lagi best sebab peniaga bazar akan ambil peluang 'buat' duit meniaga di saat-saat akhir sebab orang bandar akan pulang ke kampung.