Breaking

Showing posts with label Cuaca. Show all posts
Showing posts with label Cuaca. Show all posts

Saturday, September 14, 2019

Saturday, September 14, 2019

Doktor Beni Kongsi Topeng Muka Yang Sepatutnya Dipakai Ketika Musim Jerebu


Assalamualaikum! Jerebu kuat melanda negara dah lebih seminggu. Paling teruk kena sekarang adalah di Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih dari 200. Tapi belum ada arahan untuk tutup sekolah buat masa ni.

Anak-anak pun aku nasihatkan tak payah nak keluar rumah ke kedai kalau takda keperluan. Udara tak bersih, nak bernafas pun tak selesa. Semalam aku ke kedai pun pakai 'topeng muka'. Tapi 'topeng muka' aku tu sebenarnya kain purdah huhu. Jadi la kan dari takde hehe.


Friday, January 12, 2018

Friday, January 12, 2018

Jom jadi RakanMet!


Assalamualaikum!


Sudah dua hari hujan berturut-turut di KL. Di kebanyakan negeri dan kawasan juga mengalami keadaan yang sama. Bila cuaca signifikan atau ekstrem melanda, barulah kita sedar betapa pentingnya untuk mengetahui info tentang cuaca semasa betul tak!

Untuk makluman kawan-kawanku yang dikasihi sekelian, kini kita boleh mendaftar sebagai RakanMET sebagai satu saluran perkongsian maklumat mengenai perkembangan cuaca di Malaysia dan sebagai medium untuk melapor keadaan cuaca kepada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.


Saturday, November 11, 2017

Saturday, November 11, 2017

Monsun Timur Laut Bermula!


Assalamualaikum!


Dah memasuki November bermakna musim tengkujuh bakal tiba. Bagi yang dah faham pattern cuaca negara kita, Monsun Timur Laut bermula November sehingga Mac setiap tahun. Bulan Oktober merupakan monsun peralihan dan bermula minggu hadapan kita akan mengalami episod cuaca hujan lebat di kebanyakan negeri di seluruh negara.

Itu bermakna kita semua kena sentiasa alert dengan perubahan cuaca yang berlaku di tempat kita. Kejadian banjir kilat boleh berlaku dimana-mana dan kita semua kena elakkan dari berada di tempat yang mudah dinaiki air. Dan please, sentiasa 'dekatkan' diri anda dengan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mengetahui sebarang info mengenai cuaca di kawasan anda.


Thursday, October 05, 2017

Thursday, October 05, 2017

Jaga-jaga! Hujan nak mai dah!


Assalamualaikum!


Dua tiga hari ni langit nampak mendung je kan. Orang-orang tu dulu pernah berkata, langit mendung semacam ni tandanya ada 'orang besar' nak meninggal. Sejauh mana kebenarannya? Adakah sekadar kebetulan? Wallahualam ....

Ni dah masuk bulan Oktober, maknanya sekarang kita berada di fasa peralihan Monsun sebelum masuk ke musim tengkujuh bulan November nanti iaitu Monsun Timur Laut. So, dari sekarang kejadian hujan lebat dan ribut petir akan lebih kerap berlaku pada waktu petang dan awal malam terutama di pantai barat di pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah, kawasan barat dan tengah Sarawak.

Friday, April 14, 2017

Friday, April 14, 2017

Tahniah Ketua Pengarah MetMalaysia yang baru!


Assalamualaikum!


Salam Jumaat kaliannnn! Kenapala momentum mengupdate entri kebelakangan ini agak menjunam ye? Sis bukan tak cuba nak update entri setiap hari ... sis cuba ok! Apapun hari ni sis nak update satu cerita baru untuk kalian semua. 

Sis sangattttt ye! haha! Ok la , aku tukar ke 'bentuk' asal. Walaupun cerita ni bukanlah cerita sensasi atau gosip artis terkini, tapi demi kemaslahatan dan info kita bersama, meh la aku kongsikan perkhabaran berita gumbira ini heeeee

Seperti yang tertulis di tajuk atas, tahniah diucapkan kepada En. Alui di atas kenaikan pangkat sebagai Ketua Pengarah JMM a.k.a MetMalaysia yang baru berkuatkuasa 12 April 2017. Pengumuman kenaikan pangkat itu telah diwar-warkan dalam satu perhimpunan bulanan.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.