Breaking

Showing posts with label Denaihati.Com. Show all posts
Showing posts with label Denaihati.Com. Show all posts

Tuesday, September 10, 2019

Tuesday, September 10, 2019

Blog Aku dan Denaihati.com

Assalamualaikum! Diam tak diam dah hampir tujuh tahun aku dalam dunia blogging. Walaupun tempoh itu agak baru kalau nak dibandingkan dengan rakan blogger yang lain yang sudah berbelas tahun berkongsi cerita dan pengalaman,  namun kesempatan dan peluang untuk mengenali mereka selama ini menjadikan aku lebih menyintai dunia penulisan blog.

Dari awal pembabitan aku dalam penulisan blog, dari sekadar hanya suka-suka dan untuk mengisi masa lapang, namun kini blog telah menjadi salah satu platform untuk menjana pendapatan. Walaupun tidak banyak, namun ia adalah sesuatu yang tidak terjangka olehku pada masa tu. Tak dinafikan juga perkenalan dengan rakan blogger melalui blog-blog mereka adalah salah satu punca aku masih istiqomah sehingga sekarang.

Penulisan blog aku bermula pada tahun 2012, tapi aku mula aktif dua tahun kemudian dan event pertama yang aku join sebagai seorang blogger adalah Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB) anjuran Denaihati.com. Memang SBB dan Denaihati.com berpisah tiada. Siapa pengasas Denaihati.com? Dialah abg Amir Hassan, tapi masa tu aku kenal dia sebagai ‘Abg Denaihati’ hehe.


Selain SBB 2014, aku berpeluang join event beliau di SBB 2016. Itulah antara kenangan berharga aku sepanjang jadi blogger. Mula-mula join untuk berkenalan dengan rakan blogger yang tak pernah bersua muka lagi dan dari sinilah aku sedar betapa besar dan pentingnya SBB sebagai platform membentuk sillaturrahim sesama blogger. Buktinya, walaupun aku sudah jarang turun event, namun hubungan dengan rakan blogger yang dikenali sejak dari mula masih lagi utuh sehingga ke hari ini. Untuk itu, aku bersyukur dan berterima kasih pada Abg Denaihati a.k.a Hj. Amir kerana memberi peluang pada aku, blogger yang masih ‘hijau’ pada ketika itu.

Dan sebagai blogger baru pada waktu itu, penulisan Abg Denaihati a.k.a Hj Amir memberi ilham untuk aku memperbaiki kemahiran dalam penulisan blog. Buktinya, aku pernah join kontes penulisan entri blog anjuran beliau.

Beliau bukan saja pengasas Denaihati.com malah mempunyai team atau pasukan sendiri yang juga terdiri daripada blogger. Bukan saja tau, team Denaihati mempunyai portal beli-belah mereka sendiri iaitu denaisell.com. Korang bolehlah singgah ye!


Blogger always,
Hanim

Saturday, August 23, 2014

Saturday, August 23, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak kontes anjuran blog Denaihati.com yang aku join, kontes gajet impian ni la yang paling mencabar fizikal dan mental aku. Mana taknya, tarikh luputnya esok baru malam ni aku nak draf, siapkan dan hantar!

Kalau ikutkan diri ini, memang tiada apa yang boleh aku ceritakan mengenai gajet impian iPhone 5s yang menjadi rebutan dan impian ramai. Mungkin memiliki sebuah sepertinya sama bahagianya dengan memiliki satu set barang kemas Habib Jewels. 

Sepertimana aku tidak pernah bermimpi untuk memiliki iPad sebelum ini, sama juga la saat ini yang aku rasakan, mungkin juga aku tidak bisa memiliki iPhone 5s ni. Tapi, rezeki itu rahsia Allah kan.





Aku tidak berapa mahir dengan teknikalnya, tapi itu aku akan belajar once aku dapat iPhone 5s aku sendiri nanti, dari kontes ini atau dari sesiapa yang sudi nak menghadiahkan aku sebiji hehe. Tapi, sepertimana yang aku baca review mengenainya, ini yang dapat aku kongsikan.


Key Features :

  • Quad-band GSM and quad-band or penta-band 3G support with 21 Mbps HSDPA, 42 Mbps DC-HSDPA and 5.76 Mbps HSUPA
  • LTE support on all models and CDMA support when sold by CDMA carriers
  • 4" 16M-color LED-backlit IPS TFT capacitive touchscreen of 640 x 1136px resolution, 326 ppi
  • Corning Gorilla Glass, fingerprint-resistant coating
  • 1.3 GHz dual-core ARMv8 64-bit CPU, PowerVR G6430 GPU, 1GB of RAM, Apple A7 SoC
  • iOS 7 and iCloud integration
  • 8 MP autofocus camera, 1/3'' sensor size, 1.5µm pixel size, True Tone dual-LED flash, touch focus, digital image stabilization
  • 1080p video recording at 30fps, 720p@120fps slow motion videos
  • 1.2MP secondary front-facing camera, 720p video recording
  • Touch ID fingerprint scanner embedded into home button
  • Wi-Fi 802.11a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
  • GPS with A-GPS connectivity, GLONASS support; digital compass
  • 16/32/64GB storage options
  • Accelerometer, proximity sensor and a three-axis gyro sensor
  • Active noise cancellation with a dedicated secondary microphone, dedicated third microphone for Siri
  • Standard 3.5 mm audio jack, stereo Bluetooth v4.0
  • Apple Maps with free voice-guided navigation in 50-odd countries
  • iTunes Radio
  • AirDrop file transfer
  • Voice recognition, Siri virtual assistant
  • Supports HD Voice (needs carrier support too)
  • FaceTime video calls over Wi-Fi and cellular
  • Impressively slim and light





Dan, sepertimana orang lain yang suka bergambar dengan smartphone canggih, begitu juga dengan aku. Kalau diberi pilihan, aku inginkan smartphone yang boleh capture gambar dan imej 'tajam' dan jelas! Aku tahu iPhone 5s ada semua tu. 

Lagipun, aku tak mungkin mampu nak membelinya sendiri dan semua orang pun tahu harganya memang tak mampu milik hehe. Nak membeli kamera DSLR pun aku perlu fikir beribu kali, inikan pulak nak beli iPhone hehe. Andai ada rezeki aku ngan iPhone 5s, pastinya aku tak menolak!

Untuk kontes gajet impian bersama Denaihati.com kali ini, bukan sahaja hadiah gajet yang ditawarkan. Hadiah berupa wang tunai juga turut disediakan buat pemenang bertuah. Aku tak berani nak meletakkan harapan, tapi dalam hati dok 'membaca' doa juga moga terlepas dalam saringan pertama ni wakakaka :D

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24hb Ogos 11.59pm, dengan sambutan terhadap kontes yang ekstravaganza meriahnya serta barisan penaja yang sangat hebat dalam kontes ini, aku yakin kontes gajet impian ini akan meyaksikan persaingan yang sengit dan sihat antara rakan-rakan yang menyertainya.



Senarai Penaja Cabaran iPhone 5s.


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.





Tuesday, August 19, 2014

Saturday, July 05, 2014

Saturday, July 05, 2014

Selepas 40 Sachet Ephyra


Assalamualaikum!

Salam Ramadhan 2014 buat semua umat Islam! Tetengah malam buta ni takleh tido plak kan, jeles pulak nengok anak-anak kat sebelah lena diulit mimpi masing-masing. Kakak tido buas takleh blah! Kaki dia kat perut aku, yang adik plak kepala duk bawah pinggang aku. Dah aku ni kat tengah-tengah dah macam ape ntah! hehehe.

Actually, ini review kedua aku bersama Ephyra. Sebulan lebih dah aku consume pek Ephyra yang kedua ni dan dah banyak perubahan yang aku dapat rasai sendiri! Kalau nak baca review pertama aku, korang boleh terjah SINI.

Alhamdulillah, Ephyra serasi sangat ngan aku ^^


Wednesday, May 28, 2014

Wednesday, May 28, 2014

Menang Kontes Cabaran Komen Terbanyak Denaihati


Assalamualaikum!

Sebenarnya, lama dah aku nak buat satu entri khas penghargaan di atas hadiah-hadiah yang telah mereka berikan sepanjang aku menyertai kontes-kontes anjuran Denaihati Network.




Setakat ini dah 4 kontes yang aku join di bawah kelolaan Denaihati.com. Dan, alhamdulillah rezeki aku memang sentiasa ada dengan mereka hehe.

Tuesday, May 27, 2014

Tuesday, May 27, 2014

Ephyra Treasure Hunt 2014 Havoc!


Assalamualaikum!

Ephyra Treasure Hunt 2014

Pada hari Sabtu lepas, 24hb Mei 2014 telah berlangsungnya Ephyra Treasure Hunt 2014 yang melibatkan seramai 27 orang blogger telah berkumpul di Puspanitapuri Presint 10. 

Ini merupakan kali pertama aku join event seumpama ini bersama rakan blogger lain. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa kemeriahan suasana bertreasure hunt bersama mereka, walaupun baru jumpa dan kenal hehe. 

Walaupun pendaftaran bermula pada jam 9 pagi, tapi aku lihat kebanyakan rakan blogger ada yang dah sampai awal lagi, menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi untuk menjayakan treasure hunt julung-julung kalinya dianjurkan oleh Ephyra.






Sebelum memulakan cabaran, kami telah diberikan taklimat ringkas dan ucapan alu-aluan oleh Pengasas Ephyra sendiri, iaitu Pn. Amiza Amiruddin, yang sendiri turun padang pada pagi itu untuk memberikan penghargaan & kata-kata semangat kepada semua rakan blogger yang terlibat.

Mungkin ramai rakan blogger yang telah maklum bahawa Pn Amiza telah pun mengenakan hijab. Pada mulanya, bila Pn. Amiza menegur dan memberi salam kepada aku & Emi, kami tak berapa nak cam. Pas 2 minit merenung, baru aku jerit, "Pn. Amiza"! hahaha. Sorry sangat-sangat, Puan memang nampak berbeza! Berbeza yang cantik!


Team Acerolla

Inilah team aku pada hari tersebut. Semuanya gegurl! GurlPower giteww! ahahaha :).

Walaupun hanya kami bertiga dalam satu kumpulan, tapi ia tidak sesekali mematahkan semangat kami untuk mencabar pasukan lain. Ketua pasukan merangkap ratu racing kami pada hari tu ialah Deqnoor hehe. Mujurlah Deqnoor tahu jugak selok belok sekitar kawasan Putrajaya. Aku ngan Emi dah 'surrender' awal-awal dah hehehe. 


Tugasan 1 - Instavideo Dengan Ephyra

Sebagai memulakan cabaran, kami diminta menghasilkan sebuah instavideo secara individu dengan gaya tersendiri mengikut kreativiti masing-masing dan kongsikannya di akaun instagram & FB.


Haaaa haha acaner? sempat shake shake shake je :D. Ephyra memang telah terbukti memberikan tenaga untuk memudahkan kita melakukan aktiviti sepanjang hari. 

Aku sendiri telah mengalami perubahan bersama Ephyra. Nak tahu lebih lanjut, boleh terjah entri pengalamanku di SINI.

Contohnya, seperti aktiviti Treasure Hunt Ephyra kali ini, masing-masing memang tampak bertenaga dan bersemangat untuk melengkapkan tugasan masing-masing (^_^)


Tugasan 2 - Taman Botani

Kemudian, kami bergegas ke Taman Botani, Putrajaya untuk melengkapkan tugasan kedua kami.

Taman Botani, Putrajaya.
Kredit foto : Hisyamudin Fadzil 
(Shakiddo.com)

Boleh tak ingat nak amik gambo masa ni, sebab masing-masing rushing nak kejar masa setelkan soalan yang diberi hehe. Senang je soalannya, kami dikehendaki mencari nama-nama atau jenis-jenis pokok mengikut kod bernombor yang diberikan dan tuliskan samada nama, spesis atau famili pokok berkenaan.

Walaupun tugasan ni nampak mudah, tapi bagi kami yang baru pertama kali masuk ke Taman Botani ni, agak melilau jugakla nak mencari pokok yang betul hahaha. Turun naik bukit, berlari ke depan ke belakang tapi setiap pasukan tetap bertenaga untuk melengkapkan cabaran. 

Thanks to Ephyra!


Tugasan 3 - SELFIE

Haaaaa yang ni memang menjadi kegemaran ramai kan! Tapi, untuk Treasure Hunt Ephyra 2014 ada sedikit keunikan dan kelainan di situ kerana, tugasan seterusnya kami dikehendaki berselfie DI HADAPAN BILLBOARD EPHYRA! muahahaha.

Billboard Ephyra ini terletak di tepi Highway Plus berhampiran EXIT Bangi. Mujurlah kami tak sesat cuma tersalah jalan (wakakaka!).





Tak pernah dibuat orang, tapi memang agak teruja jugakla tika berselfie di situ hehehe. Walaupun kedudukannya di tepi lebuhraya dan aku perasan ramai pemandu yang membunyikan hon, tapi kami berjaya juga melengkapkan tugasan yang mencabar ini! hehe. 


Tugasan 4 - KLIA 2

Hou yeaaaa! aku dah sampai KLIA 2! At least, ada 'modal' nak eksen kat Pak Jelan kan sebab dia je yang dapat pergi airport sebelum ni muahahaha. 



Kat KLIA 2 ni, ada banyak tugasan yang perlu kami lengkapkan. Macam-macam la kami kena buat, kena amik gambar, cari orang, buat instavideo dan buat team cheer pulak! haha. Tapi, masing-masing tetap komited dan bergembira sambil membuat yang terbaik untuk melengkapkan tugasan yang diberi.



Adik ni memang antara 'mangsa' kami yang paling sporting dan sempoi! muahaha. Kami kena cari orang yang pakai baju tekois (turqoise) dan buat instavideo. So, adik ni la jadi 'mangsa' kami hari tu hehe. Terima kasih adik sebab sporting sangat ngan kitaorg.

Siap tunjuk lagi gigi dia yang putih berseri tu ekekeke, terima kasih lengchai! (^_^)

Antara cabaran yang terpaksa kami tempuhi semasa menyiapkan tugasan di KLIA 2 ini, ialah masing-masing baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini! Kecuali deqnoor, so memang kitaorg berharap sepenuhnya pada ketua kitaorg ni hehehe. 

Lepas tu, antara tugasannya kena cari foreigners dan amik gambar atau buat instavideo di hadapan mereka. Memang benda ni aku tak pernah buat seumur hidup! haha. Ada yang bagi kebenaran, ada yang tak mahu. 

Tapi, sebab semangat nak menang hari tu maka kami gigihkan jugakla bercakap dan minta kebenaran dengan diaorg hehehe.

Bopoloh speaking london uollss!! muahahaha. 

Lagi satu, nak upload gambar & instavideo ke laman sosial memang banyak mengundang masalah. Masalah internet coverage yang memang tak bagus menyukarkan kami menghantar tugasan kepada penal-penal pengadil. Nak kena pergi kat tempat terbuka baru internet laju balik!


Kredit foto : Hisyamudin Fadzil (Shakiddo.com)

Untung jadi orang tinggi muahahaha! :)

Jom gi makan!
Kredit foto : Hisyamudin Fadzil (Shakiddo.com)


Dah siap semua tugasan, pukul 2.30pm kami dikehendaki berkumpul semula dan get ready nak pergi makan. Memang time ni semua orang dah kelaparan ni hehehe. Tapi, sebelum tu blogger KiD sempat mengabadikan kenangan bersama rakan-rakan blogger dengan berselfie beramai-ramai sebelum masing-masing meluru ke kereta masing-masing muehehehe.


Bubye KLIA 2, hope pasni aku dapat lagi pergi KLIA 2 (banyak giler shoplot dia! dah bukan macam airport aku tengok uollss!) untuk naik kapal terbang ekekeke. 


Take a Break!

Keluar dari KLIA 2, kami terus menuju ke stesen Petronas berhampiran dan berkumpul di situ untuk mengambil makanan masing-masing. Jom layan gambar kami tengah makan hehehe.


Sambil-sambil makan, kami masih perlu menjawab riddles yang diberikan ketika di KLIA 2. Tapi, disebabkan riddles tu dalam bahasa Inggeris, maka tak susah nak cari jawapannya ekekeke.

Tugasan terakhir - Putrajaya

Pada mulanya, kami dikehendaki mengambil shuttle bus di PICC untuk ke Karnival Jom Heboh di Presint 3 belakang Istana Kehakiman (Justice of Palace), tapi setelah 15 minit menunggu kami dan satu lagi pasukan membuat keputusan untuk pergi ke sana dengan kenderaan sendiri.

 

Lokasi terakhir Treasure Hunt Ephyra 2014 adalah tak lain tak bukan di Karnival Jom Heboh, Presint 3 Putrajaya. Kesemua pasukan dikehendaki berkumpul di booth Ephyra dan di sana, tugasan terakhir akan diberikan dan markah akan dikira untuk menentukan siapakah pemenang bertuah itu.




Tugasan terakhir kami adalah main bola sepak tutup mata muehehehe. Dua ahli dari setiap pasukan dikehendaki menutup mata dengan kain, dan ahli yang lain akan memberi arahan ketika bola disepak.




Part ni yang kami agak fail sikit, pasal masa ni memang aku jerit pun Deqnoor & Emi tak dengar apa-apa pun hehe. Jerit kat mikrofon pun tak dengar. Memang hingaq sungguh di situ dengan macam-macam bunyinya dari arah lain.

Aku jerit bagai guruh berdentum masa tu, tengok je la pastu kan hujan turun! muahahaha. Tapi, apapun kami dah cuba yang terbaik walaupun tewas 1-0 di tangan pasukan Glutathion.

Syabas Glutathion! (^_^)

Dan, saat yang ditunggu-tunggu oleh semua rakan blogger adalah penyampaian hadiah dan keputusan pemenang bagi acara Treasure Hunt Ephyra 2014!


Pemenangnya adalah .........




Tempat pertama : Kumpulan Glutathion
(RM2000 + Gift Produk Ephyra )




Tempat kedua: Kumpulan Acai Beri
(RM1200 + Gift Produk Ephyra )




Tempat ketiga : Kumpulan Tomato
(RM800 + Gift Produk Ephyra )


Tak lupa juga kepada pemenang hadiah saguhati :



Walaupun kumpulan kami 'short' seorang, tapi kami berjaya memberikan cabaran dan tekanan kepada kumpulan lain. 

Namun, kami redha dan berpuas hati dengan mendapat tempat ke 5 secara keseluruhan. Pun begitu, kami benar-benar seronok dengan aktiviti treasure hunt kali ini. 






Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada team Denaihati & team Ephyra kerana penganjuran treasure hunt yang berjaya menyatukan ukhwah antara blogger-blogger dalam satu aktiviti yang menarik dan best macam ni!

Semoga Team Denaihati & Team Ephyra semakin sukses dan aktiviti treasure hunt seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang! (^_^)


I love you guyssss!! Havoc!!
Kredit foto : Hisyamudin Fadzil (Shakiddo.com)

Habis senget benget dah tudung aku masa ni muehehe. Tak kuendahkan, nak jugak bergambar! :p

Alhamdulillah berbaloi rasanya join treasure hunt kali ini. Bagi orang yang pemalu macam aku ni, aktiviti sebegini boleh membuka peluang untuk aku berkenalan dengan rakan blogger lain dan menjadikan aku lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai.

Korang juga boleh membaca pengalaman adventure rakan blogger lain dalam Ephyra Treasure Hunt 2014, jangan lupa terjah mereka :




Bagi anda yang masih belum merasakan perubahan Ephyra, bolehlah mencubanya hari ini dengan tawaran harga yang cukup berpatutan untuk kesihatan yang optimum.




Apa itu Ephyra?

  • EPHYRA adalah minuman supplemen yang didatangkan dalam kombinasi hebat yang mengandungi 9 bahan dari alam semulajadi yang berkualiti dan bergred super AAA. Gabungan mantap seperti kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat dirumuskan dalam satu rumusan terunggul menjadikan Ephyra berpotensi tinggi menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kita.
  • EPHYRA bukan sekadar menjaga kesihatan kulit kita, malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan artritis dan sakit-sakit sendi.

Kelebihan EPHYRA

  • Memperbaiki keanjalan kulit, melembutkan dan menyinarkan
  • Memperbaiki keadaan kulit yang berjeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mencegah kedutan dan mengurangkan kesan garisan di kulit
  • Memperbaiki kualiti rambut supaya lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol
  • Meningkatkan tenaga dan konsentrasi
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Mengawal berat badan dan membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh
  • Melegakan artritis dan sakit-sakit sendi


Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?

  • Berumur 25 tahun dan keatas
  • Mempunyai kulit yang kering dan kusam
  • Mempunyai kulit yang pucat dan kendur
  • Pigmentasi dan masalah jerawat
  • Mengalami proses penyembuhan yang perlahan
  • Mudah berasa letih
  • Sukar mengingati sesuatu
  • Sakit-sakit badan/ sendi
  • Kadar metabolisme tubuh yang rendah




Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan set Ephyra, bolehlah mendapatkannya dengan harga promosi RM180/1 premium pack (30 sachets). 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di :


Official Website : www.oceanlife2u.com
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com




Friday, May 23, 2014

Friday, May 23, 2014

Ephyra Treasure Hunt : Mu Tunggu Aku Datang!


Assalamualaikum!

Heeeee kurang 12jam lagi akan berlangsungnya event pertama aku bersama Ephyra. Excited jangan cakapla, opkos aku excited pasal ni pestime aku join event begini bersama rakan bloggers yang lain. Hampir kesemuanya aku tak kenal lagi tu heeeee.

Takpe, kita buat ice-breaking nanti kat sana ye :D.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.