Breaking

Showing posts with label Denaihati.Com. Show all posts
Showing posts with label Denaihati.Com. Show all posts

Tuesday, September 10, 2019

Tuesday, September 10, 2019

Blog Aku dan Denaihati.com

Assalamualaikum! Diam tak diam dah hampir tujuh tahun aku dalam dunia blogging. Walaupun tempoh itu agak baru kalau nak dibandingkan dengan rakan blogger yang lain yang sudah berbelas tahun berkongsi cerita dan pengalaman,  namun kesempatan dan peluang untuk mengenali mereka selama ini menjadikan aku lebih menyintai dunia penulisan blog.

Dari awal pembabitan aku dalam penulisan blog, dari sekadar hanya suka-suka dan untuk mengisi masa lapang, namun kini blog telah menjadi salah satu platform untuk menjana pendapatan. Walaupun tidak banyak, namun ia adalah sesuatu yang tidak terjangka olehku pada masa tu. Tak dinafikan juga perkenalan dengan rakan blogger melalui blog-blog mereka adalah salah satu punca aku masih istiqomah sehingga sekarang.

Penulisan blog aku bermula pada tahun 2012, tapi aku mula aktif dua tahun kemudian dan event pertama yang aku join sebagai seorang blogger adalah Sepetang Bersama Blogger 2014 (SBB) anjuran Denaihati.com. Memang SBB dan Denaihati.com berpisah tiada. Siapa pengasas Denaihati.com? Dialah abg Amir Hassan, tapi masa tu aku kenal dia sebagai ‘Abg Denaihati’ hehe.


Selain SBB 2014, aku berpeluang join event beliau di SBB 2016. Itulah antara kenangan berharga aku sepanjang jadi blogger. Mula-mula join untuk berkenalan dengan rakan blogger yang tak pernah bersua muka lagi dan dari sinilah aku sedar betapa besar dan pentingnya SBB sebagai platform membentuk sillaturrahim sesama blogger. Buktinya, walaupun aku sudah jarang turun event, namun hubungan dengan rakan blogger yang dikenali sejak dari mula masih lagi utuh sehingga ke hari ini. Untuk itu, aku bersyukur dan berterima kasih pada Abg Denaihati a.k.a Hj. Amir kerana memberi peluang pada aku, blogger yang masih ‘hijau’ pada ketika itu.

Dan sebagai blogger baru pada waktu itu, penulisan Abg Denaihati a.k.a Hj Amir memberi ilham untuk aku memperbaiki kemahiran dalam penulisan blog. Buktinya, aku pernah join kontes penulisan entri blog anjuran beliau.

Beliau bukan saja pengasas Denaihati.com malah mempunyai team atau pasukan sendiri yang juga terdiri daripada blogger. Bukan saja tau, team Denaihati mempunyai portal beli-belah mereka sendiri iaitu denaisell.com. Korang bolehlah singgah ye!


Blogger always,
Hanim

Saturday, August 23, 2014

Saturday, August 23, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger


Assalamualaikum!


Dalam banyak-banyak kontes anjuran blog Denaihati.com yang aku join, kontes gajet impian ni la yang paling mencabar fizikal dan mental aku. Mana taknya, tarikh luputnya esok baru malam ni aku nak draf, siapkan dan hantar!

Kalau ikutkan diri ini, memang tiada apa yang boleh aku ceritakan mengenai gajet impian iPhone 5s yang menjadi rebutan dan impian ramai. Mungkin memiliki sebuah sepertinya sama bahagianya dengan memiliki satu set barang kemas Habib Jewels. 

Sepertimana aku tidak pernah bermimpi untuk memiliki iPad sebelum ini, sama juga la saat ini yang aku rasakan, mungkin juga aku tidak bisa memiliki iPhone 5s ni. Tapi, rezeki itu rahsia Allah kan.





Aku tidak berapa mahir dengan teknikalnya, tapi itu aku akan belajar once aku dapat iPhone 5s aku sendiri nanti, dari kontes ini atau dari sesiapa yang sudi nak menghadiahkan aku sebiji hehe. Tapi, sepertimana yang aku baca review mengenainya, ini yang dapat aku kongsikan.


Key Features :

  • Quad-band GSM and quad-band or penta-band 3G support with 21 Mbps HSDPA, 42 Mbps DC-HSDPA and 5.76 Mbps HSUPA
  • LTE support on all models and CDMA support when sold by CDMA carriers
  • 4" 16M-color LED-backlit IPS TFT capacitive touchscreen of 640 x 1136px resolution, 326 ppi
  • Corning Gorilla Glass, fingerprint-resistant coating
  • 1.3 GHz dual-core ARMv8 64-bit CPU, PowerVR G6430 GPU, 1GB of RAM, Apple A7 SoC
  • iOS 7 and iCloud integration
  • 8 MP autofocus camera, 1/3'' sensor size, 1.5µm pixel size, True Tone dual-LED flash, touch focus, digital image stabilization
  • 1080p video recording at 30fps, 720p@120fps slow motion videos
  • 1.2MP secondary front-facing camera, 720p video recording
  • Touch ID fingerprint scanner embedded into home button
  • Wi-Fi 802.11a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
  • GPS with A-GPS connectivity, GLONASS support; digital compass
  • 16/32/64GB storage options
  • Accelerometer, proximity sensor and a three-axis gyro sensor
  • Active noise cancellation with a dedicated secondary microphone, dedicated third microphone for Siri
  • Standard 3.5 mm audio jack, stereo Bluetooth v4.0
  • Apple Maps with free voice-guided navigation in 50-odd countries
  • iTunes Radio
  • AirDrop file transfer
  • Voice recognition, Siri virtual assistant
  • Supports HD Voice (needs carrier support too)
  • FaceTime video calls over Wi-Fi and cellular
  • Impressively slim and light





Dan, sepertimana orang lain yang suka bergambar dengan smartphone canggih, begitu juga dengan aku. Kalau diberi pilihan, aku inginkan smartphone yang boleh capture gambar dan imej 'tajam' dan jelas! Aku tahu iPhone 5s ada semua tu. 

Lagipun, aku tak mungkin mampu nak membelinya sendiri dan semua orang pun tahu harganya memang tak mampu milik hehe. Nak membeli kamera DSLR pun aku perlu fikir beribu kali, inikan pulak nak beli iPhone hehe. Andai ada rezeki aku ngan iPhone 5s, pastinya aku tak menolak!

Untuk kontes gajet impian bersama Denaihati.com kali ini, bukan sahaja hadiah gajet yang ditawarkan. Hadiah berupa wang tunai juga turut disediakan buat pemenang bertuah. Aku tak berani nak meletakkan harapan, tapi dalam hati dok 'membaca' doa juga moga terlepas dalam saringan pertama ni wakakaka :D

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24hb Ogos 11.59pm, dengan sambutan terhadap kontes yang ekstravaganza meriahnya serta barisan penaja yang sangat hebat dalam kontes ini, aku yakin kontes gajet impian ini akan meyaksikan persaingan yang sengit dan sihat antara rakan-rakan yang menyertainya.



Senarai Penaja Cabaran iPhone 5s.


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.





Tuesday, August 19, 2014

Tuesday, August 19, 2014

Ephyra Kali Yang Ketiga!


Assalamualaikum!




Alhamdulillah dah 3 kotak Ephyra dah aku kasi perabih rupanya hehe. Dok ada sekotak lagi nak kasi pulun ni. Kalau bulan puasa ari tu, aku adjust sikit timing minum Ephyra ni, tapi bila dah habis puasa ni aku readjust balik ikut time lama hehe.

Saturday, July 05, 2014

Saturday, July 05, 2014

Selepas 40 Sachet Ephyra


Assalamualaikum!

Salam Ramadhan 2014 buat semua umat Islam! Tetengah malam buta ni takleh tido plak kan, jeles pulak nengok anak-anak kat sebelah lena diulit mimpi masing-masing. Kakak tido buas takleh blah! Kaki dia kat perut aku, yang adik plak kepala duk bawah pinggang aku. Dah aku ni kat tengah-tengah dah macam ape ntah! hehehe.

Actually, ini review kedua aku bersama Ephyra. Sebulan lebih dah aku consume pek Ephyra yang kedua ni dan dah banyak perubahan yang aku dapat rasai sendiri! Kalau nak baca review pertama aku, korang boleh terjah SINI.

Alhamdulillah, Ephyra serasi sangat ngan aku ^^


Wednesday, May 28, 2014

Wednesday, May 28, 2014

Menang Kontes Cabaran Komen Terbanyak Denaihati


Assalamualaikum!

Sebenarnya, lama dah aku nak buat satu entri khas penghargaan di atas hadiah-hadiah yang telah mereka berikan sepanjang aku menyertai kontes-kontes anjuran Denaihati Network.




Setakat ini dah 4 kontes yang aku join di bawah kelolaan Denaihati.com. Dan, alhamdulillah rezeki aku memang sentiasa ada dengan mereka hehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.