Breaking

Showing posts with label Dutch Lady. Show all posts
Showing posts with label Dutch Lady. Show all posts

Friday, August 26, 2016

Friday, August 26, 2016

#SindromMakMak - Serbu 7Eleven Sebab Susu Kotak Dutch Lady!


Assalamualaikum!


Sindrom mak mak kembaliiiii! hahaha 'berhantu' betul susu kotak Dutch Lady ni. Aku mana boleh dengar promosi harga murah-murah macam ni. Disebabkan dalam rumah ni ada peminat besar dan setia susu kotak Dutch Lady tak kiralah apa perisanya, maka kami laki bini gagahkan jugakla memborong sempena promosi RM1 HANYA di 7Eleven!

Sebenarnya laki aku yang gigih keluar masuk 7Eleven memborong berkarton-karton susu kotak Dutch Lady 200ml ni hehehe:p Alhamdulillah dapat gak rembat 2-3 karton untuk stok anak-anak bawa gi sekolah dan minum di rumah. Aku pun suka gak minum susu kotak Dutch Lady perisa Strawberi ni, boleh la tumpang minum ngan anak-anak hehehe


Saturday, August 22, 2015

Saturday, August 22, 2015

Tiga Beranak Di Harian Metro


Assalamualaikum!


Harian Metro 19 Ogos 2015

Selamat pagi Sabtu! 

Alhamdulillah ... hari ni rasa bersemangat sikit sebab kakak dah sihat dari demam dan sakit telinga. Pagi semalam bangkit tido dengan mata bengkak ... rupa-rupanya dia menangis sebab menahan sakit telinga takleh nak lena semalaman.

Wednesday, May 06, 2015

Wednesday, May 06, 2015

Pelancaran Susu Dutch Lady Terbaru Mengikut 4 Tahap Kebijaksanaan & Aktiviti Smart Milestone!


Assalamualaikum!


Dalam mengimbangi kecergasan fizikal dan mental anak-anak, pemilihan susu pada peringkat ini amat penting bagi memastikan keseimbangan tumbesaran mereka adalah di peringkat normal. Apabila anak-anak membesar, keupayaan mereka untuk belajar juga berkembang. Perkembangan ini dapat diperlihatkan dalam tahap-tahap kebijaksanaan yang berbeza.

Bermula dengan semangat ingin tahu (curious) yang tinggi, kemudian meneroka (explore) persekitaran mereka. Seterusnya, mereka mula membina (create) sesuatu berpandukan imaginasi mereka dan bila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, tumpuan diberi untuk belajar (learn). 




Bertarikh 18 April 2015, satu majlis pelancaran susu formula terbaru Dutch Lady telah diadakan di Sunway Convention Centre, di mana aku dan keluarga turut dijemput bersama ibubapa lain untuk mengetahui lagi dengan mendalam tentang formulasi terbaru susu Dutch Lady mengikut tahap kebijaksanaan kanak-kanak.

Di samping itu, kanak-kanak dapat melakukan pelbagai aktiviti dan eksperimen menarik serta mengembangkan lagi tahap kebijaksanaan mereka. 




Ada beberapa aktiviti menarik sepanjang pelancaran ini, terutamanya untuk kanak-kanak pada peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Bermula dengan semangat ingin tahu (curious), kanak-kanak pada peringkat umur 1 hingga 2 tahun mula memerhati, mengutip benda, bermain dan menunjuk sesuatu. Salah satu deria penting untuk aktiviti-aktiviti ini ialah penglihatan.

Perkembangan otak juga adalah penting pada fasa ini di mana mereka mula belajar dan mengingati apa yang mereka lihat di sekeliling mereka.

Untuk itu, Dutch Lady telah memperkenalkan formulasi terbaru untuk memenuhi semangat ingin tahu kanak-kanak dalam satu pek iaitu, Curious 1-2 tahun



Seterusnya, kami meneruskan 'pengembaraan' dalam dunia eksplorasi di mana kanak-kanak terutamanya yang berusia 2-4 tahun berpeluang meneroka lebih jauh lagi bermula dengan apa yang ada di sekeliling mereka.

Pada usia ini, mereka akan merasa dan menyentuh segalanya berulang kali. Perbuatan ini akan mencabar ketahanan semulajadi badan mereka. Perkembangan otak juga sangat penting pada fasa ini di mana mereka mula mengaplikasikan apa yang telah dipelajari daripada persekitaran mereka.

Bagi memenuhi nutrisi pemakanan mereka, Dutch Lady 2-4 tahun sedia menjadikan hari kanak-kanak lebih ceria dan aktif serta boleh mula menerokai persekitaran mereka. 




abaikan model tak berbayar yang pegang belon tu ye :p




Antara aktiviti yang berjaya memikat hati kanak-kanak ialah bermain dengan pasir kinetik (kinetic sand)! Masing-masing khusyuk membina pelbagai bentuk menggunakan acuan menarik yang disediakan. Bagi kanak-kanak berusia 4-6 tahun, mereka bersifat lebih kreatif dengan keupayaan semulajadi untuk berimaginasi dan menerokai sesuatu.





Pada peringkat ini, kreativiti adalah satu cara penyelesaian masalah dan memerlukan penyesuaian serta pemikiran fleksibel. Dalam fasa ini juga, kanak-kanak belajar menghafal dan membuat perbandingan.

Antara contoh pencapaian bijak pada fasa ini ialah :
  • memberi penutup baru bagi sesuatu cerita yang biasa baginya
  • membina sesuatu benda berpandukan langkah-langkah mudah
  • membayangkan permainan baru dan suka berimaginasi

Sebab itu, Dutch Lady telah menghasilkan formulasi terbaru untuk menampung keperluan tahap kebijaksanaan kanak-kanak di peringkat 4 - 6 tahun. Nutrien-nutrien penting seperti Tyrosine dan Choline meningkatkan kecerdasan mental dan menguatkan memori.




Kanak-kanak merupakan golongan yang cepat belajar dan faham tentang apa yang berlaku disekeliling mereka. Ini kerana mereka menggunakan sepenuhnya daya tumpuan dan ingatan yang baik untuk terus menyerap seberapa banyak ilmu.

Contohnya, seperti di atas ni dimana kakak dan adik bereksperimen dengan warna menggunakan bahan-bahan mudah. Melalui aktiviti ini, mereka belajar bagaimana menghasilkan warna yang menarik!



Kanak-kanak juga suka didedahkan dengan permainan melibatkan pengiraan. Bagi kanak-kanak terutamanya yang berusia 6 tahun dan keatas, mereka lebih suka dengan mainan berpapan (board games) dan suka melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan penyelesaian.






Sambil kanak-kanak melakukan aktiviti, mereka boleh mendapatkan susu percuma di kaunter susu yang disediakan untuk para pengunjung. Memang sedap!






Ibubapa juga turut mengambil kesempatan ini dengan mendaftar ahli Dutch Lady Moms Club untuk memperolehi maklumat dan keistimewaan baru serta pengenalan kepada pelan insurans untuk anak-anak sehingga RM100,000!




Kami juga tidak lupa bermain lucky draw di sini, dan akhirnya kakak dapat 'kamera' baru dari Dutch Lady hehehe.




Sementara menunggu nak bergambar dengan kak Mia Sara, kakak dan adik ambil peluang ini untuk melakukan aktiviti yang paling diaorang suka ....MEWARNA! hehe.

Tapi adik dengar je orang tu panggil "Mia Sara", terus berhenti mewarna ... tarik-tarik tangan ibu nak ajak bergambar ngan kak Mia hehe...




Yeaayy! akhirnya dapat bergambar ngan kak Mia Sara hehe. Ucapan kat papan tulis tu idea kakak tau hehehe ...




Ibu nak jugakkkkkk! 
Wahhhh fefeeling rasa macam ada tiga orang anak dah ....muehehehehe :p



  • Untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana ibubapa boleh menyokong perkembangan anak-anak, bolehlah layari :



  • Maklumat tentang formulasi susu Dutch Lady terbaru yang Diperbaharui, boleh layari :




Thursday, February 26, 2015

Thursday, February 26, 2015

Bengkel Smart Steps Dutch Lady : Membongkar Rahsia Kebaikan Nutrisi Untuk Perkembangan Anak Anda


Assalamualaikum!


*Sticky post for 24 hours*
*Scroll down for new entry*


Kebahagiaan seorang ibu adalah melihat anak-anaknya membesar dengan sihat dan cergas. Bila dah ada anak, automatik ibubapa mesti nak kena tahu serba serbi tentang pemakanan dan kebaikan nutrisi untuk tumbesaran anak yang lengkap. 

Beberapa minggu yang lepas, aku sekeluarga berpeluang menghadiri Bengkel Smart Steps Dutch Lady bertempat di Auditorium Connexion@Nexus, Bangsar South. Bukan senang nak dapat peluang begini bertemu dengan pakar kanak-kanak dan berkongsi tips dan juga ilmu tentang kesihatan kanak-kanak.

Tambahan pulak yuran pendaftaran sangat la murah hanya RM30 ibubapa dah boleh dapat macam-macam info berkaitan pemakanan dan nutrisi yang baik untuk anak mereka. Yang tak pergi tu ... tersangat la rugi tau! hehe.




Kebanyakan ibubapa mungkin beranggapan menghadiri bengkel sebegini membosankan tapi no no no ... not this bengkel ok hehe. Memang dari start korang takkan berpeluang untuk melelapkan mata sebab setiap saat ko mesti nak dengar tips-tips dan info yang nak disampaikan oleh panel pakar.

Even kakak dan adik juga rupanya suka aktiviti sebegini, sebab dalam dewan yang besar ni pun mereka masih boleh beraktiviti. Nak tahu apa aktiviti diaorg buat dalam auditorium tu? Tungguuuuuuu :)




Jom register dulu :)



Selesai urusan pendaftaran dan sarapan pagi, semua ibubapa dipanggil masuk ke dalam auditorium. 




Tadi aku cakap anak-anak ada aktiviti masa kat dalam auditorium ni kan ... haa iniah aktivitinya! Sebelum masuk tadi, setiap kanak-kanak diberikan sehelai kertas bergambar dan set mewarna. So, nanti masa bengkel Smart Steps berlangsung, kanak-kanak ada aktiviti mereka sendiri ....takda la nak buat bising atau mengganggu kelancaran bengkel nanti hehe. 

Faham-faham je la ... nak handle budak-budak kecil untuk duduk diam setempat bukan mudah. Tapi aku tengok ibubapa yang bawa anak kecil ni sangat la penyabar orangnye hehe. Biasalah dah nama pun budak .. nak jalan sana, jalan sini. Kejap merengek nak itu ini. Kejap nangis nak susu dan sebagainya .... mujurlah dalam auditorium ni selesa dan kalau anak-anak meragam ibu atau bapa boleh bawa anak main sekejap di luar.




Apa benda Session 1 ni? Haaa kanak-kanak yang menghadiri bengkel Smart Steps ini akan menjalani aktiviti Speedsmart seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ni. Kakak dan adik masuk dalam Session 1. Nak tahu apa itu Speedsmart? kena la baca bawah lagi :)




Bengkel dimulakan dengan pengenalan oleh panel pakar jemputan dan hasil kajian yang dijalankan oleh SEANUTS mengenai nutrisi dan perkembangan kognitif di kalangan kanak-kanak di 4 buah negara Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Menurut Prof. Dr. Poh Bee Koon, kajian SEANUTS menyatakan bahawa 1 daripada 4 kanak-kanak didapati kurang makan atau tak cukup makan. Mereka juga didapati kurang mengambil Vitamin A, zat besi & Vitamin D yang diperlukan untuk tubuh untuk tumbesaran dan perkembangan mental yang sihat. 

Tambah beliau lagi, kanak-kanak yang kurang berat badan mempunyai 2 hingga 3 kali ganda risiko IQ yang lebih rendah. Sebab itu, pemakanan yang sihat amat penting buat mereka kerana pada peringkat inilah IQ mula berkembang dan ini pastinya akan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.




Bagi Dr. Alvin pula, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Mereka ingin meneroka dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini satu perkembangan yang normal dan baik di setiap peringkat umur. Sebagai ibubapa kita digalakkan membiarkan anak-anak kita merasai dan mencuba sendiri sesuatu aktiviti untuk merangsang perkembangan mental mereka.




Untuk setiap nutrisi yang diperolehi mereka, ia akan diserap oleh tubuh yang dirangsang oleh deria. Contohnya, nutrisi yang mampu meningkatkan tahap penglihatan adalah Inositol, Taurine & vitamin A. Sebab tu kita selalu encourage anak-anak untuk makan lobak merah (carrot) sebab zat yang terkandung dalam lobak merah mampu ditukarkan kepada vitamin A yang boleh menyihatkan mata dan menerangkan penglihatan.

Prof. Dr. Koh juga menekankan kepentingan pengambilan susu untuk kanak-kanak kerana pada peringkat ini tumbesaran tulang adalah yang penting untuk pembentukan fizikal yang sihat. 




Dr. Yong Junina menyatakan bahawa pemakanan mempunyai kesan kepada perkembangan mental kanak-kanak. We are what we eat. Kalau kita berikan anak-anak kita makanan yang berkhasiat, maka mereka akan membesar dengan baik dan seimbang. Tetapi jika sebaliknya, maka kesihatan dan perkembangan mereka juga akan mengalami kesan di kemudian hari.

Maksud perkembangan disini bukan sekadar fizikal dan mental, tetapi juga termasuk perkembangan emosi. Jadi, amat penting untuk kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita mendapat nutrisi yang seimbang dan secukupnya untuk kesihatan fizikal, emosi dan sosial yang baik.

Ibubapa juga perlu peka pada perkembangan anak-anak kerana setiap individu itu berkembang pada kadar sendiri. Contohnya, ada anak-anak kita yang lambat bercakap tapi cepat berjalan dan sebaliknya. Namun, jika pada usia tertentu mereka masih tidak mampu berjalan atau tidak mampu bercakap, kita perlu cepat-cepat merujuk hal ini pada pakar kanak-kanak. Ingat! pengesanan awal itu lebih baik untuk anak-anak kita.




Sebagai ibubapa, kita bukan sekadar memastikan mereka mendapat nutrisi dari pemakanan seharian tetapi kita juga perlu menyokong perkembangan mental anak-anak kita. Bimbingan emosi dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi mampu menajamkan daya pemikiran anak-anak dan membantu mereka melatih diri mereka untuk lebih ingin tahu tentang persekitaran dan kreatif!




Di akhir forum, semua peserta bengkel dibawa ke sesi Speed Smart di mana aktiviti ini akan mengajar anak-anak kita bagaimana untuk lebih fokus melakukan sesuatu aktiviti dalam masa yang singkat. Ianya menguji tahap kelancaran, kepantasan, dan ketepatan hasil yang diperolehi. Kat rumah pun kita boleh praktikkan aktiviti sebegini dengan anak-anak. Memang  fun  habis!




Adik memang suka bola! So, bila dia nampak ada bola kecil berwarna warni dia terus serbu sini hehe. Macam mana Speed Smart ni yek? Ok, macam game yang Mira main ni, dia kena ambil bola yang sama warna dengan bakul dan masukkan bola ke dalam bakul tu. Speed Smart macam yang aku cakap tadi, kena pantas dan tepat so bila sis tu kata masukkan bola dalam bakulnya dalam 10 saat, Mira kena masukkan bola yang sama warna ke dalam bakul sebanyak yang boleh dalam masa 10 saat! haha.




Yang kakak pulak suka kat mainan lego. So, gamenya kakak kena amik lego berwarna hijau sebanyak yang boleh dalam masa 10 saat! haha. Nak tengok video dia? :D







Sebelum balik, aku sempat tarik tangan Mia Sara untuk bergambar bersama kakak dan adik hehe. Kakak dan adik kemain tanya mana kak Mia Sara, tapi bila Mia berdiri sebelah kelu lidah kakak berbicara! haha. Kemain korang kena peluk ngan Mia yek.



Ibu pun nak jugakkkkkk! :p


Terima kasih Dutch Lady kerana memberi kami peluang untuk menimba ilmu yang sangat berguna pada hari tu. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan untuk kepentingan kesihatan anak-anak tersayang. 


Saturday, January 17, 2015

Saturday, January 17, 2015

Apa Menariknya Join Bengkel Dutch Lady Tahap Kebijaksanaan Si Manja?


Assalamualaikum!

*Sticky post untuk 24 jam*
*Scroll bawah untuk baca entri terbaru*




Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai harganya, begitu juga dengan anak. Semakin mereka meningkat dewasa, semakin tinggi risiko mereka terdedah dengan pelbagai penyakit. Dan, sebagai ibubapa kita pastinya mahu mereka kekal sihat dan cergas terutama di peringkat awal usia.

Membesarkan dua orang anak perempuan mungkin kedengaran mudah, tapi tidak bagi aku! Antara cabaran terbesar yang perlu aku hadapi adalah apabila anak-anak sudah mula cerewet dan memilih makanan. Tambah bila mereka tahu dalam makanan tu ada sayur atau bawang, pasti akan ditolak awal-awal! 

Ibubapa mana yang tidak mahu anaknya sihat. Sihat bukan sekadar sihat tubuh badan tapi juga sihat dari segi perkembangan mental atau dari istilah saintifiknya perkembangan kognitif


Apa itu perkembangan kognitif?
  • Perkembangan kognitif - kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, meamhami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.

  • Teori perkembangan kognitif dipelopori oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Pemikiran kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Ini bermakna, ia adalah satu proses memperkembangkan daya fikir dan membina pengetahuan kanak-kanak.

  • Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu :

  1. Kematangan biologi
  2. Interaksi individu dengan persekitaran
  3. Pengalaman sosial dan,
  4. Keseimbangan. 

  • Menurut prof. Madya Dr. Rohani Bin Abdullah (2003) melalui buku beliau yang bertajuk "Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah", kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu.




Seperti mana kita memahami akan kepentingan perkembangan mental seiring dengan tumbesaran anak-anak, maka adalah penting untuk kita mengetahui juga tentang peranan pemakanan yang betul agar nutrisi sihat dapat diserap oleh anak-anak kita.


Contoh nutrien yang menyokong perkembangan mental si manja

Secara ringkasnya, setiap peringkat umur mempunyai keperluan nutrien yang berbeza. Sebab itu corak pemakanan anak-anak perlu dititikberatkan supaya nutrien yang diserap dapat dimanfaatkan untuk perkembangan otak yang sihat dan pintar.

Nak tahu banyak lagi tentang kepentingan nutrisi dan kelebihannya untuk anak-anak kita? Jom luaskan lagi ilmu kesihatan si manja dengan menyertai Bengkel Dutch Lady Tahap Kebijaksanaan Si Manja yang akan menemui anda di lokasi dan masa berikut :


Tajuk : Tahap Kebijaksanaan Si Manja. Kebaikan Nutrisi untuk perkembangan Bijak Si Manja

Tarikh : 24 Januari 2015 (Sabtu)

Masa : 10.30am (Pendaftaran bermula dari 9.30am)

Tempat : Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South
  

Bukan saja anda dapat input berguna dari panel pakar jemputan khas, tapi juga anda berpeluang bertemu dengan Mia Sara, duta rasmi Dutch Lady di bengkel nanti! Wowwwww ... tak sabar nak jumpa Mia ni :)

Aku diberitahu bahawa tempat adalah TERHADSo, cepat-cepatlah daftar untuk bengkel bersama Dutch Lady sebab kalau tak join tersangatla rugi ..! 




Pada yang belum mendaftar, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan. Dan, setiap keluarga akan diberikan satu kit Bengkel Dutch Lady Tahap Kebijaksanaan Si Manja yang bernilai RM50!! 

Untuk pendaftaran,

Hubungi talian bebas tol 

1800-22-1233

ATAU 

Emel

mail@bridgespr.com.my


Bayaran boleh dibuat samada melalui tunai atau perbankan melalui talian (online) : 

Bank : Maybank
Nama : Bridges PR &Events Sdn Bhd
Nombor Akaun : 5144-4012-1112


Jangan lupa untuk mendaftar sekarang dan mulakan langkah anak anda dengan sihat! Jumpa anda di sana ye! ^^



Thursday, January 08, 2015

Thursday, January 08, 2015

FAHAMI NUTRISI ANAK ANDA DENGAN DUTCH LADY

Assalamualaikum!

*Sticky post untuk 24 jam*
*Scroll bawah untuk baca entri baru*


Perkara penting dalam membesarkan anak-anak adalah menjaga dan memastikan mereka sihat dan ceria.

Sebagai ibubapa kita tentunya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. Sejak dari dalam kandungan sehinggalah mereka dilahirkan, setiap aspek kehidupan mereka menjadi keutamaan kita. sebagai ibu kepada dua orang anak yang sedang meningkat dewasa, aku juga tidak mahu mereka terlepas dari mendapat nutrisi yang secukupnya dari pemakanan seharian.




Nutrisi pemakanan sangat penting kepada tumbesaran fizikal dan mental anak-anak kita. Bayangkan jika anak-anak kita kurang nutrisi, sudah tentu ia akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Bila anak-anak tak sihat, kita pun rasa tak bersemangat nak melakukan kerja lain betul tak.

Sedikit fakta mengenai NUTRISI :
  • Menurut SEANUTS atau Southeast Asian Nutrition Surveys, nutrisi memberi impak terhadap kepintaran atau IQ kanak-kanak
  • Ketika mental kanak-kanak berkembang secara berperingkat, adalah penting untuk ibubapa mengawasi pencapaian perkembangan minda serta membantu mereka membesar dengan lebih baik dan lebih bijak dengan menyediakan khasiat pemakanan yang sesuai pada setiap peringkat.

Penyediaan nutrisi pemakanan amat penting pada setiap peringkat umur. Terutama untuk anak-anak yang sedang membesar dan aktif. Bila tubuh sihat dan aktif, ini bermakna mereka telah mendapat kebaikan dari nutrisi pemakanan yang kita sediakan.

Untuk lebih memahami kepentingan dan manfaat nutrisi pemakanan anak-anak kita, Dutch Lady akan mengadakan bengkel yang penuh informasi serta menyeronokkan di mana pakar akan berkongsi maklumat dan pemahaman tentang perkembangan mental si manja.

Ibubapa yang mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun berpeluang mempelajari cara untuk mengoptimumkan perkembangan mental si manja dengan gaya pemakanan yang sesuai. Dan semua ini akan dikongsikan oleh 3 orang panel pakar dalam bidang Psikologi, Pemakanan dan Pediatrik.



Dr. Alvin Ng


Dr. Yong Junina Fadzil



Prof. Dr. Poh Bee Koon



Bagaimana nak sertai bengkel bersama Dutch Lady?

Tajuk : Tahap Kebijaksanaan Si Manja. Kebaikan Nutrisi Perkembangan Bijak Si Manja

Tarikh : 24 Januari 2015, Sabtu

Masa : 10.30 a.m (Pendaftaran bermula dari 9.30 a.m)

Tempat : Auditorium, Connexion@Nexus, Bangsar South


Yuran pendaftaran sebanyak RM30 untuk sebuah keluarga/pasangan. Setiap keluarga yang menyertai akan menerima SATU kit Bengkel Tahap Kebijaksanaan Dutch Lady yang bernilai RM50!

Ibubapa yang berminat boleh mula mendaftar sekarang. Untuk pendaftaran,

Sila hubungi talian bebas tol : 1800-22-1233

Emel : mail@bridgespr.com.my

Bayaran boleh dibuat ke akaun bank penganjur bengkel melalui tunai atau perbankan dalam talian :

Bank : Maybank 
Nama : Bridges PR & Events Sdn Bhd
Nombor Akaun : 5144-4012-1112

Anda dan simanja juga turut berpeluang mempelajari teknik untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran melalui latihan Speedsmart. Nak tahu apa itu Speedsmart? Kenalah mendaftar sekarang juga! ^^

Jom sama-sama kita sertai bengkel Dutch Lady dan ambil ilmu sebanyak yang mungkin demi perkembangan mental yang baik untuk anak-anak kita. Semestinya nutrisi untuk perkembangan bijak si manja.




Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.