Breaking

Showing posts with label Ekstrim. Show all posts
Showing posts with label Ekstrim. Show all posts

Monday, October 05, 2015

Monday, October 05, 2015

Apa Yang Menarik Di Jump Street?


Assalamualaikum!




Cuti hujung minggu memang membosankan kalau takda aktiviti nak dibuat. Tambah, kakak dan adik memang cepat bosan kalau tiada aktiviti yang melibatkan fizikal! hahaha. Habis, nak buat macam mana ... jerebu kat luar semakin teruk. Nak pergi taman permainan pun rasa tak selesa sebab main dalam jerebu huhu ....

So, semalam aku bawa kakak dan adik beriadah dan melakukan aktiviti yang paling diaorang suka iaitu melompat! haha. Selama ni habis tilam dalam bilik tu dilenjan dua beradik ni ... tak larat nak marah dah. Kali ni, di Jump Street kami akan melompat sepuas-puasnya!




Tak susah nak cari Jump Street ni tau, kalau dari KL korang lalu Federal Highway amik simpang Jalan Gasing, kat persimpangan lampu isyarat pusing ke kanan. Terusssss je sehingga korang jumpa Jalan Universiti (2.4km) dan masuk ke kiri. Jalan terus dan korang akan nampak papan tanda Jump Street KL di sebelah kanan korang.

Paling senang, korang waze atau GPS aje 'Jump Street Asia' dan ikut laluannya. InsyaAllah korang akan sampai dengan jayanya hehe.



Selesai mendaftar di kaunter, kami dapat sepasang stokin khas ni setiap seorang. Kena pakai stokin ye kalau nak main kat dalam Jump Street ni. Kalau takda, sila beli di kaunter hanya RM5 (tidak termasuk GST). Stokin ni pula bukan sebarang stokin tapi stokin yang ada getah di bawahnya supaya  bila melompat tak rasa licin dan kaki boleh landing dengan selamat hehe




Kakak dan adik dah tak sabar sangat nak melompat hehe. Dari mula sampai tengok orang lain terkinja-kinja melompat, diaorang pun dah tak senang duduk dah. Sekarang dah pakai stokin, baru kita boleh mula melompat ye anak-anak! 

Oh, lagi satu setiap orang kena pakai tag khas yang disediakan mengikut kiraan waktu untuk setiap sesi. Kalau korang nak melompat satu jam, korang akan dipakaikan tag khas yang berwarna dan lepas satu jam korang kena berhenti main. Sebab tu, aku cadangkan kalau korang nak datang sini dengan keluarga terutama yang bawa anak-anak sekurang-kurangnya kena ada dua jam baru puas melenjan atas trampolin tu! hehehe




Mula-mula kami main di sini dulu, di The Cage. Tempat ni khas untuk kanak-kanak melompat ye bukan orang dewasa. Jangan risau sebab diaorang ada krew yang menjaga dan memastikan keselamatan kanak-kanak disini. Tapi, kalau anak korang berumur di bawah tiga tahun, ibubapa kena temankan la anak kecil mereka sekali ye. 




Dah puas lompat setempat, kami beralih ke Foam Pit. Mula-mula kakak dan adik tak berani nak cuba lompat di sini. Tapi, bila ibu pujuk dan ajak main sekali ... wahhh sakan dua beradik ni melayan sampai tak ingat nak balik hehehe. 

Memang berbaloi ajak kakak dan adik try Foam Pit ni. Ia boleh melawan perasaan takut dan mengembalikan keyakinan diri bahawa kita boleh lakukannya! Tak perlu takut .... hanya lompat dan 'mendarat' dengan selamat ke dalam 'lautan' bongkah-bongkah span yang lembut. Serius, ini yang paling kakak dan adik paling suka layan hehe


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Ibunya pun sama naikkkkk hahaha! Takpela ... nak pujuk anak punya pasal, ibu sanggup lompat dan terjun sekali. Tak sia-sia pengorbanan ibu, anak-anak memang seronok sakan siap ulang berpuloh-puloh kali hehehe. Tapi jujur, yang ni memang best la! ;)




Di Jump Street pun ada Slam Dunk tau! Korang pernah cuba masukkan bola sambil melompat? Aku dah try, tiga kali try sekali je masuk hahahaha. Eh, ingat senang ke nak buatnya? Tapi ini memang satu latihan untuk mereka yang sukakan cabaran! 


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Bangga dengan adik sebab berani lakukannya walaupun tiada jaringan hehe.




Antara yang menjadi tarikan utama di sini ialah Big Bang. Kalau korang nak mencuba sesuatu yang lebih mencabar dan suka terbang, mungkin korang patut cuba yang ini hehe. 




Tengok rakan blogger Suzai mendarat penuh style gitu! Jangan risau, Big Bang adalah tempat dimana korang boleh lompat dan jatuh tak rasa sakit hehe




Terbaru, Jump Street ada dua program menarik yang korang dan anak-anak boleh cuba disini! Jump Academy menawarkan kelas untuk teknik dan pergerakan yang menarik kepada kanak-kanak. Melaluinya, mereka akan dapat belajar cara untuk mengawal pergerakan badan ketika membuat lompatan dan menajamkan kemahiran mempelajari teknik baru di samping meningkatkan keyakinan dari segi emosi, mental dan fizikal.

Setiap kelas mempunyai 2 hingga 8 peserta dan program ini dibina dengan permainan yang relevan dan belajar untuk bagaimana melompat dengan selamat di atas trampolin. 





Untuk mak-mak pula, sementara menunggu anak habis kelas mereka juga boleh join kelas Jump Aerobics. Ia lebih santai, kreatif dan latihan fizikalnya menggabungkan langkah aerobik berirama bersama latihan stretching untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Aku berkesempatan tengok mereka kelas diaorang semalam dan memang best la!




Tak best la kalau asyik melompat je kan, kena ada game sikit. Di Jump Street, korang boleh main Dodgeball! Tak tahu apa itu Dodgeball? Alaaaa main baling-baling bola kat kawan ... sapa kena kira kalah hehe.




Memang puas layan game ni! Dua kali game, dua-dua team aku kalah haha :p



Bersama rakan blogger yang turut join, 
dari kiri : Mommy Diya, Safura, Me, Ida dan Suzai
Yang belakang dua orang tu kanak-kanak riang Azhari dan Mawardi hehe :D


So, amacam ... menarik kan! Kalau korang tak tahu nak bawa family pergi mana cuti-cuti hujung minggu bolehlah cuba aktiviti di sini. Kemudahan-kemudahan lain turut disediakan seperti tandas, surau, Jump Cafe dan lokar untuk simpan barang



Harga
Waktu biasa (Isnin - Rabu) : RM22/sejam
Waktu puncak (Khamis - Ahad) termasuk Cuti Umum : RM27/sejam
Stokin : RM5/sepasang

Jump Street dibuka 365 hari setahun, so Cuti Umum pun diaorang akan beroperasi seperti biasa:

Ahad - Khamis : 10am-9pm
Jumaat - Sabtu : 10am - 10pm


Kalau korang bercadang nak adakan majlis seperti majlis korporat, jamuan keraian, sambutan hari lahir, Jump Street turut menawarkan pakej yang menarik! Nak tahu lebih lanjut, boleh terjah www.jumpstreetasia.com 



Dan, terima kasih pada trainer kami yang comel lote, Lia (baju hitam belang hijau) yang sudi mengajar kami teknik-teknik melompat atas trampolin dan melayan kerenah-kerenah kami yang ada masanya sukar dikawal haha. 




Dan pastinya kakak dan adik seronok menghabiskan masa semalam di sini. Bukan saja mereka dapat kawan baru, tapi dapat belajar teknik melompat yang baru, berseronok melompat atas trampolin dan mereka berjaya membuang rasa takut dalam diri mereka. Apapun, sokongan dan  penyertaan dari ibubapa sangat penting. Kalau takat suruh diaorang pergi cuba sendiri tapi kita tak join sama memang tak jadi hehe. Hubungan anak dengan ibubapa pun lebih erat terjalin.

Terima kasih Jump Street kerana menerima kehadiran kami sekeluarga! ^^

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti mereka serta cara menempah, korang boleh terjah : 



JUMP STREET 
No.8a, Jalan 13/6, Seksyen 13
46200 Petaling Jaya,
Selangor.


Monday, May 11, 2015

Monday, May 11, 2015

Beriadah Sepuasnya Di EnerZ Indoor Extreme Park!


Assalamualaikum!




Minggu lepas, aku berkesempatan membawa keluarga beriadah di EnerZ Extreme Indoor Park, Subang Jaya. Kebetulan pulak dapat jemputan dari blogger +Bro Framestone hehe. Lagipun, ramai blogger yang dah sampai sini kan ... teringin juga nak bawa anak-anak aku melompat di sini hehe. Bagi kakak peluang nak bergembira dan bermain sepuasnya sebelum nak hadap kertas peperiksaan minggu depan heeee :D

Monday, June 23, 2014

Monday, June 23, 2014

Mesin 'Pengekstrak Sperma' Untuk Lelaki!


Assalamualaikum!



Sebuah hospital di China telah memperkenalkan satu kaedah baru yang boleh mengekstrak sperma dari penderma dengan menghasilkan sebuah mesin 'pengekstrak sperma' atau 'sperm extractor' bagi membolehkan pendermanya mengeluarkan sperma dengan cara mudah dan selamat.

Menurut media sosialnya Weibo, mesin pengekstrak sperma itu telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibu negeri yang terletak dalam daerah Jiangsu.

Wednesday, April 16, 2014

Wednesday, April 16, 2014

Money Is Art - Bahagian 2


Assalamualaikum!~

Dalam dunia seni, tiada yang mustahil untuk dilakukan. Untuk anda yang memahami kehalusan seni melalui cebisan helaian wang kertas, mungkin 'pengorbanan' kecil ini tidak menjadi masalah buat anda. 

Cuma,mujurlah bukan semua orang berseni ni suka menggunakan wang kertas sebenar dalam menghasilkan seni kolaj mereka kan hehe.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.