Breaking

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, September 17, 2020

Thursday, September 17, 2020

Ujian paling hebat...perginya abah buat selama-lamanya.

 

Assalamualaikum ...


Tahun ini tahun paling getir buatku. Ujian kehilangan insan tersayang sangat melukakan walaupun hati sudah redha. Tiga kali berturut-turut aku mengalaminya dalam satu tahun. Kali kedua ibu mertuaku pada bulan enam. Dan kini ... ayahandaku yang dikasihi telah pergi kembali kepada Maha Pencipta.


Allahuakbar ... sungguh aku rindu pada abah. Aku tak mampu menahan kerinduan ini kerana terlampau sayang padanya. Namun, Allah lebih sayangkan abah ... dan aku redha dan cuba untuk hidup dengan hakikat bahawa abah dah 'pergi' takkan kembali.


Sungguh aku redha ya Allah...kerana perginya abah dalam keadaan yang baik, amalan yang baik, hari yang baik dan dipermudahkan dari awal sampai akhir. 


Namun tak dapatku halang airmata rindu ini dari terus mengalir bila teringatkan abah. Membayangkan arwah pun aku dah bergenang air mata ... sebak ... rindu yang teramat. Terkenang segala pengorbanan dan keringat abah membesarkan memanjakan anak-anak. Bersusah payah demi kesenangan hidup anak-anak dan cucu-cucu.

Thursday, July 02, 2020

Thursday, July 02, 2020

Jalan-jalan cari makan di Rembau lepas PKP


Assalamualaikum! Walaupun kita belum bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19, tapi semua orang dah dibenarkan merentas negeri pulang ke kampung halaman. Aku pun tak lepaskan peluang ni bila PM umum rentas negeri dibenarkan hehe, tapi tak bolehlah balik on the spot kan. 

Aku dah nekad, benda pertama yang aku nak buat bila PKP berakhir ialah balik kampung. Apapun yang terjadi aku akan tetap 'panjat' Melaka hehe. Kesian mak dan abah berbulan-bulan menanti kepulangan anak. Dah la sepanjang PKP tu, semuanya abah yang uruskan sendiri. Walaupun abah sihat, tapi kudrat orang tua manala kuat sangat kan.



Monday, June 22, 2020

Monday, June 22, 2020

Allah lebih sayang mak...


Assalamualaikum! Terlalu banyak untuk dibicara, terlalu banyak untuk diluah. Terlalu banyak yang terjadi membuatkan aku 'terpesong' arah seketika. Ragu-ragu dengan keputusan dan nekad hati, tapi benarlah Allah yang pegang hati kita.

Pemergian yang pasti dirindui terutama untuk suami. 

Walaupun sedih dengan pemergian mak, namun Allah permudahkan setiap satu urusan mak sehingga 'bertemu' dengan arwah ayah dalam satu liang. Alhamdulillah syukur.



Tuesday, November 05, 2019

Tuesday, November 05, 2019

Sanah helwah abah!


Assalamualaikum! Dari zaman muda dia dah berkelana mencari rezeki. Walau sekolah hanya setakat darjah enam, tapi dengan kudrat tulang empat kerat itulah dia menyara seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil. 

Hidup di bandar pada zaman tu bukanlah senang. Dengan hanya dia seorang bekerja pada masa tu dan anak-anak yang masih kecil, kami hanya mampu berteduh dibawah bumbung rumah setinggan. Tak banyak yang aku dapat ingat tentang kehidupan dirumah setinggan sebab masa tu aku masih kecil. Tapi yang aku ingat, walaupun rumah kami rumah setinggan tapi sangat kemas sangat cantik dengan pokok bunga gantung dihadapan beranda rumah dan tepi tangga. Aku masih ingat abah belikan basikal pertamaku basikal BMX berwarna merah lepas tengok aku terkial-kial menolak basikal kawan dari belakang. Walaupun kami serba kekurangan masa tu tapi abah tak sampai hati tengok anak hanya mampu menolak basikal kawan dari belakang.

Tuesday, May 07, 2019

Tuesday, May 07, 2019

Aten ke menara gading!


Assalamualaikum! Rezeki tak pernah salah alamat, memang kali ini alamatnya untuk Aten. Alhamdulillah syukur akhirnya cita-cita mama, cita-cita papa, doa atok dan wan, doa ucu dan yang terutama impian Aten dah pun tercapai!

Sebelum tu, agak cuak juga bila dapat tahu kursus yang Aten idam-idamkan tu mungkin tak dapat. Dia dah la minat ke arah seni. Bila isi borang permohonan, hampir semua kursus pasal seni je. Bila diaorang filter, alih-alih ada kursus perbankan dan undang-undang pulak! Mau tak 'melompat' orang tu hehe.

Dalam 12 kursus yang dia kena isi, hanya 3 kursus sahaja yang diterima berkenaan dengan seni. Lagilah 'meroyan' anak dare tu haha!

Lepas tu Aten dapat surat tawaran interbiu untuk Diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Uitm Shah Alam. Nervous ni nervous! Walaupun ucu tak ikut, tapi mama selalu wassap Ucu macam mana keadaan Aten di sana. Fuh! 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.