Breaking

Showing posts with label Fesyen Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Fesyen Muslimah. Show all posts

Thursday, July 14, 2016

Thursday, July 14, 2016

#OOTD Raya Dengan Jubah Dari Zalora!


Assalamualaikum!


Kiranya ini koleksi baju aku yang pertama dengan Zalora! Memang hajat di hati nak cari jubah je kalau ada rezeki. Tinggi macam aku ni senang sarung jubah je terus! Tu yang rambang biji mata ni bila tengok beribu-ribu lemon koleksi jubah murah dan menarik di Zalora ... ambik masa berhari-hari jugak la aku dok usha dalam laman web tu!

Target aku nak cari jubah yang cantik, murah dan nampak sesuai dengan ketinggian 169cm. Yang penting selesa bila aku pakai dan boleh dipakai ke pejabat. Boleh pakai untuk formal dan santai. Takmo corak yang 'sarat' dan takmo batu bata segala atas baju ... haha :p


Tuesday, May 24, 2016

Tuesday, May 24, 2016

Tips Fesyen Online Muslimah Ke Pejabat


Assalamualaikum!


Antara benda yang boleh buat korang stres setiap hari ialah memilih pakaian yang sesuai untuk ke pejabat ... setuju? Untuk kaum wanita yang bekerjaya khususnya, memilih baju boleh menjadi satu 'mimpi' ngeri kerana jika tersalah pilih ia akan 'menghantui' kita selama-lamanya! Tidakkkkkkkkk ..... T_T

Banyak faktor yang perlu dititikberatkan sebelum kita memilih pakaian. Samada korang bekerja di pejabat mahupun melakukan tugasan di luar, pemilihan pakaian yang praktikal dan sesuai sangat penting untuk memastikan keselesaan ketika melakukan pekerjaan. Antara faktor yang diambil kira ialah :

  • saiz badan
  • umur
  • jenis kerjaya,
  • padanan corak serta aksesori
  • tona kulit (mengikut personaliti)

Tapi jangan risau! Kerana ada beberapa tips fesyen online yang boleh bantu korang membuat pilihan dengan betul dan sesuai! ;)
 


gambar : sekadar hiasan


Tips Fesyen Online Muslimah Ke Pejabat

  • Kenali tubuh anda

Paling utama dan paling terpenting sekali, anda kena kenali tubuh badan anda. Pilih pakaian yang selesa dipakai dan tidak terlalu menonjolkan bentuk tubuh badan. Pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuh. 

  • Tentukan jenis pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai ke pejabat
Tidak kira samada anda bekerja di agensi kerajaan mahupun swasta/korporat, pemilihan jenis pakaian yang sesuai penting mengikut profesion masing-masing. Gunakan garis panduan pemakaian yang disediakan supaya anda boleh membuat keputusan yang betul dalam memilih pakaian. Antara pilihan jenis pakaian yang sesuai ialah baju kurung, kemeja bersama blazer, jumpsuit dan lain-lain. Elakkan dari memakai material jenis denim atau jeans.



gambar : sekadar hiasan
  • Pilih saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk badan
Elakkan memakai pakaian yang kainnya mengikut bentuk badan. Pemilihan saiz baju yang betul akan memberikan imej profesional dan juga selesa ketika di pejabat. Sekiranya anda sering mengenakan kemeja dan seluar slack atau long pants, pastikan baju kemeja tidak pendek sehingga di paras atas paha.

  • Pilih padanan warna yang sesuai 
Sebaiknya pilih dua padanan warna yang sesuai. Paling maksimum, boleh sehingga tiga warna sahaja. Elakkan memilih kumpulan warna yang sama, Kumpulan warna terbahagi kepada dua iaitu warna sejuk dan warna panas. Sekiranya mempunyai corak, anda boleh suai padankan dengan warna yang terdapat dalam corak tersebut untuk membangkitkan penampilan yang lebih harmoni



  • Aksesori
Fesyen tidak hanya terfokus pada pemakaian sahaja, malah ia turut melibatkan pemilihan aksesori yang sesuai dan padan seperti tudung, kasut dan beg tangan. Untuk tudung, elakkan dari memilih tudung yang mempunyai corak 'berserabut' dengan hiasan manik dan labuci semata-mata, namun jika terdapat sedikit di bahagian tepi tudung itu tidak menjadi salah!

Sekiranya anda memakai pakaian corak 'kosong', tudung sebaiknya pilih yang bercorak. Padanan warna juga perlu diambil kira supaya warna tudung harmoni dan seimbang dengan warna baju. Begitu juga jika anda memakai baju bercorak, maka tudung bercorak 'kosong' dipilih.

Harap tips-tips di atas dapat memudahkan kita membuat keputusan dalam memilih pakaian yang sesuai. Yang penting kita merasa selesa dengan apa yang kita pakai dan praktikal dengan bidang tugas kita di pejabat atau di luar. 

Selamat mencuba! ^^



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.