Breaking

Showing posts with label Hari Raya 2015. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 2015. Show all posts

Saturday, August 08, 2015

Saturday, August 08, 2015

Jamuan Ghayer


Assalamualaikum!


Kenduri makan diteruskan untuk hari ketiga! Maraton ke ape ni .. gila sungguh aku melantak tahun ni! hehehe. Apa nak dikata, rezeki bulan Syawal disamping merapatkan ukhwah sesama insan gitu hehehe. Masuk ni dah tiga hari berturut-turut aku menjamu perut dengan makanan raya yang sedap sedap! Target aku ... nak naik berat badan! ngeeee :D

Ah takdela ... bukan itu niat aku sebenarnya. Syukur la dengan apa yang aku ada sekarang, takdela nak makan semata-mata nak naikkan berat badan. Yang ni pun aku tak larat nak helon sengsorang haha!



Suka gambar ni ... aku nampak suci sangat! ekekeke :p

Friday, July 31, 2015

Friday, July 31, 2015

Meraikan Aidilfitri Untuk 100 Anak-anak Yatim Bersama Guardian!


Assalamualaikum!




Keriangan Syawal masih terasa meskipun kita telah memasuki minggu kedua. Bagi menjadikan Syawal tahun ini lebih bermakna, Guardian Malaysia telah mengadakan sambutan eksklusif Aidilfitri untuk 100 kanak-kanak dari tiga buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang.

Dan alhamdulillah, kami sekeluarga juga turut berkesempatan menghadirkan diri di majlis yang gilang gemilang dan penuh dengan mood beraya kerana suasana ceria dan pakaian hadirin yang berwarna warni dan tradisional menyerlahkan seri majlis pada malam itu.






Walaupun kami sampai agak lewat pada petang itu kerana terperangkap dalam kesesakan yang teruk, namun sempat juga aku melihat aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sebelum majlis makan bermula. Antara aktiviti yang disediakan untuk anak-anak yatim dan para tetamu ialah menganyam daun ketupat, karikatur, tangkap gambar keluarga dan penebusan tiket wayang percuma oleh MCT.

Malangnya, satu pun kami tak sempat nak buat sebab terlewat huhu. Kakakla yang paling beria nak sertai aktiviti di sini tapi apakan daya bila kami baru nak mula di booth pertama, semua orang dah berduyun-duyun masuk ke dalam dewan makan.





Pembukaan majlis dimulakan dengan Tarian Zapin.  Pengacara yang mengemudi majlis pada malam itu adalah Nazrudin Rahman, berjaya menggamatkan dan menceriakan lagi suasana Hari Raya dengan celoteh dan kepetahannya bercakap di atas pentas.

Untuk makluman, Guardian Malaysia telah menjemput anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Rumah Perlindungan Al-Nasuha dan Rumah Anak Yatim Baitus Sakinah Wal Mahabbah untuk diraikan dalam majlis serba eksklusif sambutan Aidilfitri.

Majlis sambutan Aidilfitri malam itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti seperti penyanyi Sean Ghazi, pelakon Aiman Hakid Ridza, bekas penyampai radio JD dan Dilly serta bekas pegnacara TV rancangan 3R - Celina Khor, Rafidah Abdullah dan Kartini Kamalul Ariffin.



Aiman & Nazrudin


Sean Ghazi


Lama tak dengar pasal penyanyi jazz Sean Ghazi ni kan. Tapi, malam tu beliau sangat mantap dan profesional di atas pentas menghiburkan para tetamu dan anak-anak yatim dengan dendangan lagu yang merdu. Tak percaya? Nah tengok video yang sempat aku rakamkan ni :)


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Dalam meneruskan muhibbah perayaan dengan mengekalkan tradisi memberi dengan ikhlas, Guardian Malaysia turut menyerahkan setiap rumah kebajikan dengan baucar dari Guardian bernilai RM10,000 di mana membolehkan mereka menebus barang-barang keperluan seperti alat penjagaan diri, produk kelengkapan diri dan kebersihan, barangan farmaseutikal serta perubatan untuk kanak-kanak ini.




Dan makanan pun sedap-sedap malam tu! Jangan percaya kami hanya makan yang atas ni je ye haha. Hampir semua hidangan kami cuba seperti leman, kambing panggang, rojak buah, nasi putih bersama lauk dan banyak lagi! 

Tapi yang paling aku teringat-ingat sampai ke hari ni ialah hidangan pasta! Terbaikkkkkkkk ....!



Punah dietku malam tu ...haha!



Mira dah dapat akal baru ... kalau bergambar mesti dibuat muka yang pelik-pelik! hehehe



Adik comel nak berkawan ngan kakak hehe




Antara wajah-wajah pemenang cabutan bertuah pada malam tu




Terima kasih Guardian Malaysia kerana menjemput kami sekeluarga ke sambutan eksklusif Aidilfitri bersama anak-anak yatim kali ini. Walaupun tak menang hadiah cabutan bertuah seperti Pandora, Mini iPad atau Ice Watch tapi kami pulang dengan hati yang ceria je haha.

Apapun kemeriahan Syawal ini pastinya dapat dirasai oleh anak-anak yatim yang diraikan pada malam tersebut kan :)

Untuk maklumat lanjut tentang Guardian, boleh layari www.guardian.com.my


Thursday, July 23, 2015

Thursday, July 23, 2015

Corat Coret Aidilftri 2015


Assalamualaikum!


Mood beraya masih terasa dan mood bekerja masih 'terbenam' di dasar Laut China Selatan walaupun hari ni dah masuk hari ke 7 Syawal! Tapi, hidup mesti diteruskan dan kaki perlu berpijak di bumi yang nyata kerana cuti raya memang sudah habissss! hehehe...

Tahun ni kami beraya di Perak. Kena bagi peluangla pada si suami melepaskan rindu pada keluarganya di sana, walaupun dalam hati ini meronta-ronta nak balik Melaka ...muahahaha! Anggap je la rezeki lebih bulan Ramadhan dan Syawal ni, maka dapatlah berbelanja sikit untuk keluarga hehe. 

Pening plak taip banyak-banyak ni ... jom la kita layan gambo raya sat! ^^


Saturday, July 18, 2015

Saturday, July 18, 2015

Eksiden Malam Raya Pertama


Assalamualaikum!

Kemalangan...kat mana-mana pun boleh berlaku. Sedangkan sebesar besar 'burung' pun boleh ditembak jatuh, inikan pulak.....

Kejadian berlaku malam tadi time nak maghrib. 'Pusingan U' yang dibuatnya tak berapa sempurna menyebabkan dia 'dilibas' kipas siling yang sedang berputar pada kelajuan 5!

"Puk!"

'Pesawat' satu muatan itu 'terhempas' di atas kabinet TV ibu mertuaku. Tidak bergerak walaupun sedikit tidak mampu menebarkan sayapnya lagi...

Menjerit histeria satu rumah! Memang ini bukan pemandangan yang indah untuk dilihat apatah lagi di malam raya pertama...!

Mengikut laporan oleh Mira, sayap burung serindit ni patah sikit sehingga menampakkan tulangnya. Ngeri???? Ya....bagi Mira la huhu

Amik 'dia', letak minyak gamat dan balut ngan tisu. Pastu letak dalam raga. Pagi ni tengok 'dia' dah boleh 'duduk' ...alhamdulillah

Pengajarannya....nak datang beraya lenkali masuk ikut pintu bukan ikut lubang dinding nooooooo....!




Friday, July 17, 2015

Friday, July 17, 2015

Benda Pertama Depa Buat Di Pagi Raya!



Assalamualaikum!


Rutin biasa di pagi raya kita selalunya bangun Subuh, mandi sunat, solat Subuh, pakai baju cantik², potong kuku, makan kuih raya, pi masjid dan bersalam-salaman dengan ahli keluarga...kan kan kan!

Depa? Pakai baju raya cantik² pastu ...

"Jom selfie...!"


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.