Breaking

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Thursday, November 20, 2014

Kami Di Legoland - Part 2


Assalamualaikum!

Malam tu...

Bilik dah la sejuk ... memang terasa kelaparannya! Lepas maghrib kami kuar cari makan. Dalam kepala ingat nasi je ni hehe. Pas makan ingat nak bawak anak-anak jalan-jalan sekitar hotel sebab esoknya dah kena bangun awal dan join event, so konfirm aktiviti pack tak sempat nak round lagi dah.


Wednesday, November 19, 2014

Wednesday, November 19, 2014

Kami Di Legoland - Part 1


Assalamualaikum!

Tak sampai seminggu aku tinggalkan Legoland, tapi bahang keseronokkannya masih terasa hingga ke hari ini. Kakak dan adik duk repeat soalan yang sama hari-hari bila kami nak gi sana balik. Katanya satu malam duk situ tak puas la ..... hohoho. 

Mungkin inilah yang dikatakan rezeki anak-anak ... dah lama kakak dan adik 'mengidam' nak pergi sini tapi masa tu belum ada ruang dan peluang lagi. Alhamdulillah .... dapat juga mereka merasai pengalaman bermalam di sana. 

Monday, November 17, 2014

Monday, November 17, 2014

Paddle Pop Catat Sejarah Raikan Hari Kanak-kanak Sedunia 2014 Di Legoland!


Assalamualaikum!


Alam kanak-kanak merupakan alam terindah dalam kehidupan seseorang. Bila kita masuk ke alam dewasa, kita akan mengimpikan untuk kembali ke zaman kanak-kanak, kerana di situ ada keseronokan, imaginasi dan tenaga yang tiada batasan! Yeaa ... cakap pasal tenaga yang tiada batasan, kakak dan adik memang fit dalam kategori tu! hehehe.

Dan kerana keistimewaan dan kelebihan ini, kakak dan adik telah diberikan kesempatan untuk bersama rakan-rakan lain meraikan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia bersama Paddle Pop dengan kerjasama Legoland Malaysia baru-baru ini.




Pada hari tersebut, kanak-kanak bukan sahaja diraikan dalam majlis yang meriah tetapi mereka berpeluang mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia dalam misi "Himpunan Lukisan Terbesar oleh Kanak-kanak". Nak tahu apa yang mereka lukis pada hari tu? Stay tuned ya..! ^^

Sebelum misi penuh bersejarah itu dilakukan, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Besar LEGOLAND Malaysia Resort, En. Mark Germyn




En Mark Germyn berkata, "Kami sangat gembira untuk bekerjsama dengan Paddle Pop di bawah program CSR kami iaitu Merlin Magic Wand bagi meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan aktiviti menakjubkan yang berjaya memecahkan rekod ini. Kai teruja untuk memaparkan lukisan tersebut di Resort kami sebagai satu peringatan yang cantik buat kanak-kanak dan ibubapa mereka mengenai kepentingan mengimbangi pelajaran dan melakukan aktiviti luar yang menyeronokkan."




Sementara itu, Ketua Kategori Wall's Ice Cream, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata, "Hari Kanak-kanak Sedunia mengingatkan kita bahawa kita perlu mencipta peluan untuk kanak-kanak membesar secara semulajadi - dengan menyeronokkan, keterujaan, penerokaan, imaginasi dan tenaga yang tiada batasan. Saya sangat gembira apabila Wall's Paddle Pop dan LEGOLAND Malaysia Resort telah memecahkan Buku Rekod Malaysia bersama kanak-kanak ini sambil menyebarkan kesedaran mengenai " Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak" (Let kids be kids). Pemecahan rekod ini turut menjadi simbol ikrar kanak-kanak itu sendiri tentang keinginan mereka untuk menikmati waktu sedang ingin membesar dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. 'Ikrar' yang mereka berikan adalah selari dengan teras dan tunjang kepercayaan oleh jenama Paddle Pop iaitu "Biar Kanak-kanak Menjadi Kanak-kanak."





Seterusnya, majlis disempurnakan dengan tandatangan dan cetakan tangan oleh dua orang kanak-kanak yang menjadi simbolik tanda ikrar kanak-kanak pada hari tersebut. 





Sepanjang aktiviti Hari Kanak-kanak Sedunia ini, lebih daripada 400 kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah anak yatim di Johor menikmati pengalaman taman tema yang menyeronokkan di LEGOLAND Malaysia Resort.





Antara mommy bloggers yang turut join memeriahkan hari tersebut. Dari kiri, kak Ayu Rafikah, Nannie Isa, iolss dan Kak Salina Johari




Sebelum masuk Legoland, semua kanak-kanak termasuk kakak dan adik diberikan peluang untuk membuat cetakan tangan sebagai tanda peringatan. Tengok ada watercolor dan brush terus teruja dua beradik ni hehe. Tak sabar nak menekap tangan atas jubin putih tu hehe. 








Kemain seronok diaorg dapat bermain ngan watercolor dan membuat cetakan tangan dengan bantuan krew yang bertugas. 




Pas buat cetakan tangan, kakak dan adik dapat aiskrim Paddle Pop pelangi sorang satu. Kemain menjilat dua orang tu hehehe. 





Alhamdulillah pada hari tersebut, sebanyak 725 jubin telah berjaya dihimpunkan sekaligus memecahkan rekod himpunan lukisan terbesar yang berukuran 12.27 meter x 7.53 meter. Catatan ini memecahkan rekod terdahulu iaitu 9.75 meter x 5.48 meter.





Bergambar dengan maskot Paddle Pop. Cer tengok ape adik buat ....!





Haaaa hahaha memang suka ngusik budak ni tau! Dia punye 'geram' kat Paddle Pop tu sampai ekor pun nak ditariknya. Yang Paddle Pop tu dok sibuk bergambar ngan pengunjung lain hahaha. 




Yeaaaa! jom masuk Legoland! ^^


Friday, November 14, 2014

Friday, November 14, 2014

Pertama Kali Tidur Tanpa Ibu Disisi


Assalamualaikum!



Haa..hamik ko sorang satu katil. Sorang atas sorang bawah. Takda nak berebut macam sebelum² ni. Takda lagi soalan tanya sapa tido sebelah ibu. Memula kakak tak setuju tido atas katil double-decker ni, nak jugak tido sebelah ibu ... mujurlah aku terer memujuk baru dia ok hehehehe.

Tapi rasanya untuk satu malam je la ..itu pun sebab duk kat hotel. Malam sok start balik berebut nak tido sebelah ibu huhu.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.