Breaking

Showing posts with label KidZania. Show all posts
Showing posts with label KidZania. Show all posts

Tuesday, November 21, 2017

Tuesday, November 21, 2017

Raikan Hari Kanak-Kanak Bersama AirAsia & Kidzania Kuala Lumpur!


Asaslamualaikum!


Happy Children's Day to all the kiddos! Baru-baru ni aku berkesempatan membawa dua orang puteriku ke KidZania Kuala Lumpur untuk bersama-sama AirAsia meraikan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa. Sepanjang satu hari disana, banyak aktiviti dan program menarik serta menyeronokkan disediakan untuk kanak-kanak yang hadir bagi memberi peluang mereka untuk bersinar dan menjadi Allstar, gelaran yang diberikan oleh AirAsia untuk semua stafnya.


Wednesday, November 15, 2017

Wednesday, November 15, 2017

Kidzania 'Kidz Vs Food 2.0' Kembali!


Assalamualaikum!


Zaman dulu, mak-mak kita tak bagi kita masuk dapur tolong diaorang masak, betul tak? Duduk kejap nak tengok pun diaorang akan suruh kita pergi ruang tamu tengok citer kartun atau main anak patung hehe. Tapi zaman sekarang ni, ibu-ibu sudah mula memberi peluang kepada anak-anak untuk bersama-sama didapur memasak. 

Dua-dua anakku perempuan dan sebagai ibu, aku sangat menggalakkan diaorang masuk dapur.  Setiap kali aku masuk dapur nak memasak, dia dua beradik akan berebut offer nak tolong potong itu ini, basuh beras dan lain-lain lagi. Untuk permulaan, mereka diajar untuk buat benda yang senang-senang dulu macam  basuh beras, basuh sayur, kopek kulit telur rebus, dan pukul telur. Lama-kelamaan bila Wani dah cekap sikit, aku akan ajar dia cara potong fishball. Potong fishball pun bukan guna pisau tajam tu, tapi gantikan dengan pengupas kulit kentang hehe. Tapi itu kira ok la kan, dia pun seronok nak tolong lagi.



Majlis pelancaran diserikan dengan acara memotong pulut kuning oleh En. Shahrul Nizar Ahmad bersama rakan-rakan industri yang terlibat dalam program 'Kidz vs Food 2.0'

Wednesday, December 09, 2015

Wednesday, December 09, 2015

Luang Masa Cuti Sekolah Di KidZania Kuala Lumpur!


Assalamualaikum!


Cuti sekolah kali ni kakak dan adik berpeluang kembali ke KidZania Kuala Lumpur meluangkan masa bersama kerana kebetulan ibu dijemput untuk hadir ke forum keibubapaan di sana. Kami sekeluarga pula tak kemana-mana sepanjang cuti ni, so memang peluang yang baik untuk kakak dan adik berseronok selagi sekolah belum dibuka.

Tapi takda la nak berseronok doplohpatjam sampai tak tengok buku. Ini hanya sebahagian dari aktiviti yang tak dirancang sebenarnya .... kebetulan. Kakak dan adik pula dah besar panjang, senang sikit nak helon ke sana sini hehe ....


Tuesday, December 08, 2015

Tuesday, December 08, 2015

Forum "Positive Parenting" @ Kidzania Kuala Lumpur


Assalamualaikum!


Baru-baru ni aku berkesempatan hadir ke forum keibubapaan yang dianjurkan oleh Positive Parenting yang berkolaborasi dengan KidZania Kuala Lumpur untuk berkongsi tips dan ilmu mengenai bagaimana mewujudkan persekitaran yang positif untuk anak membesar dan bagaimana ibubapa boleh menjayakan peranan mereka.

Forum keibubapaan ini berlangsung selama dua hari bermula 5 Disember sehingga 6 Disember 2015. Topik yang diketengahkan juga agak menarik perhatian, so dah tentu aku tak mahu lepaskan peluang macam ni kan. Apatah lagi, aku bukan jenis yang suka duduk mendengar orang lain bercakap berjam-jam hehe tapi kali ni aku bagi pengecualian dengan satu misi iaitu untuk tambah ilmu!




Aku pilih untuk hadir pada hari Sabtu, sebab hari Ahad Pak Jelan ada program lain. Sepanjang cuti sekolah ni, dia lah yang menjaga anak-anak dikala aku pergi bekerja. Amik cuti panjang sempena ujung tahun katanya. Jadi, hari Sabtu & Ahad je la yang dia ada masa untuk berehat dan untuk diri sendiri pun, tu yang aku bawa juga kakak dan adik bersama hari tu. Tapi yang bestnya, kakak dan adik dapat luangkan masa main dalam KidZania, sementara aku dan ibu-ibu lain berforum di dalam tu huhu ...



Dua beradik yang eksaited nak 'bekerja' dalam KidZania!




Untuk sesi yang pertama, forum dimulakan dengan topik "Using Positivity in Parenting" yang disampaikan oleh En. Alexius Cheang, Pakar Psikologi Perilaku dari Universiti Perubatan Antarabangsa. 

Dalam sesinya, beliau menekankan betapa emosi yang positif mampu meluaskan daya pemikiran dan kesedaran terhadap tindakan yang diambil seseorang. Contohnya, kita akan lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau ingin menyampaikan buah fikiran. Tapi, kalau kita marah-marah atau mewujudkan tekanan atau negativiti, ia akan mempengaruhi emosi kita dan orang disekeliling terutamanya anak-anak.

Ibubapa yang mampu mewujudkan emosi positif menunjukkan :
  • tahap peningkatan kreativiti yang baik
  • daya cipta yang tinggi
  • fokus "big picture"

Sebab itu, ibubapa digalakkan untuk meningkatan nisbah positiviti atau positivity ratio dalam diri dan untuk itu, ada satu test yang ibubapa boleh ambil di laman web www.positivityratio.com untuk mengetahui berapakah tahap positivity ratio yang kita ada hehe.


Maksimumkan Interaksi

Setiap hari pasti akan ada interaksi kita bersama anak-anak atau pasangan. Mereka akan bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada hari tu atau apa yang mereka pelajari di sekolah.

Macam aku sendiri, kakak dan adik memang akan bercerita tentang apa saja yang mereka lalui di sekolah setiap hari hehe. Tapi, pernah tak kita terfikir respon yang bagaimana kita berikan pada anak-anak setiap kali mereka bercerita tentang sesuatu? Ye la, kadang-kadang tak dinafikan bila anak-anak bercerita tu, kita mungkin tengah baca mesej WhatsApp atau sedang berbual dengan pasangan atau sedang mendengar berita penting di radio. Bila kita suruh diaorang berhenti sekejap untuk dengar benda lain yang lebih 'penting', itu sebenarnya adalah interaksi yang tidak sihat!

Korang tahu tak, dengan memaksimakan interaksi sesama ahli keluarga, ia boleh meningkatkan kesan positviti dalam diri anak-anak mahupun pasangan korang? 

Macam mana? ..... RESPON PADA SETIAP INTERAKSI!

Ada masanya bila kita penat baru balik dari pejabat, kita perlukan rehat dan keadaan yang tenang sebelum kita memulakan tugas di rumah. Dan pada ketika itulah, anak-anak akan datang dengan pelbagai cerita atau masalah yang ingin dikongsi bersama kita.




Di sinilah kita perlu memainkan peranan sebagai ibubapa yang responsif terhadap anak-anak, dengar apa yang mereka cuba luahkan dan berikan sokongan yang mereka perlukan. Mungkin ada benarnya bila En. Alexius Cheang mengatakan kadang-kadang mendengar dan memahami itu lebih penting berbanding cuba untuk menyelesaikan.

Dalam mewujudkan persekitaran yang positif  untuk anak-anak, ibubapa perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Keyakinan anak-anak akan mula terbentuk apabila kita mula mendengar dan respon terhadap permasalahan mereka. 





Dalam sesi ini, beliau turut menerangkan terdapat 4 jenis respon :

  • Active-Constructive Responding (bagus)
  • Active-Destructive Responding (tak bagus)
  • Passive-Constructive Responding (tak bagus)
  • Passive-Destructive Responding (tak bagus)

Nak terangkan satu satu, memang panjangla penerangannya hehe. Cukupla korang tahu jenis respon yang baik adalah Active-Constructive Responding

Perasan tak kadang-kadang bila kita berbual dengan anak-anak atau pasangan, kita memberikan respon yang membina atau menghancurkan? Contohnya, anak kita bagitau dia dapat nombor 3 dalam kelas, apakah respon yang sepatutnya kita sebagai ibubapa berikan pada anak?

a) Tahniah sayang! ibu tahu sayang boleh lakukannya!
(Active-Constructive Responding)

ATAU

b) Hurmm ... nombor 3 je? naper tak boleh dapat nombor 1?
(Active-Destructive Responding)

Yang mana satukah kita? 




Sesi kedua diteruskan dengan tajuk "Respectful Parents, Respectful Children" yang disampaikan oleh Dr. Aisha Z. Abdullah. Topik ini mengupas tentang bagaimana ibubapa boleh membina kepercayaan terhadap keupayaan dan kebolehan anak-anak mereka berdikari dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.

Kanak-kanak boleh diumpamakan seperti span lembut. Mereka mampu menyerap apa sahaja ilmu baru yang diajarkan di sekeliling mereka samada melalui sentuhan atau pemerhatian. Dari situ timbul perasaan ingin tahu tentang apa yang berlaku di sekitar mereka, seterusnya mendorong untuk mencuba melakukannya. 




Memang .. sebagai ibubapa, kadangkala kita sukar nak 'lepaskan' mereka buat itu dan ini kan, tapi di forum ni aku baru faham sebenarnya kita juga perlu menghormati keinginan mereka untuk bebas melakukan aktiviti yang mereka suka. Kerana pada peringkat usia inilah, mereka mempunyai keupayaan dan tenaga untuk belajar benda baru dan kita perlu berikan ruang, peluang serta kepercayaan untuk mereka melakukannya.






Berikan anak-anak kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak sendiri dalam aktiviti yang mereka lakukan. Di samping itu, sebagai ibubapa kita juga menyediakan persekitaran yang kondusif dan alatan yang mesra kanak-kanak dan selamat digunakan. InsyaAllah, anak-anak kita akan menunjukkan kebolehan untuk berdikari, berdisplin dan mampu meningkatkan kreativiti secara spontan!




Hurm ... banyak ilmu yang aku pelajari hari tu. Perkongsian tips dari pakar keluarga dan kanak-kanak ini memang membuka hati dan mata aku untuk memberi lebih ruang dan peluang pada kakak dan adik membuat keputusan sendiri. Tapi opkos la, ia bergantung kepada situasi yang macam mana! Bagi aku, asalkan ia tidak melampaui batas yang sepatutnya maka tiada masalah untuk aku membiarkan mereka...

Terima kasih KidZania Kuala Lumpur dan Positive Parenting untuk forum yang bermanfaat ini. Moga akan ada lebih banyak lagi majlis-majlis ilmu sebegini untuk ibubapa di luar sana pada masa akan datang.

(^^)

Monday, September 07, 2015

Monday, September 07, 2015

Batik Painting @ KidZania


Assalamualaikum!




Tengah dok belek-belek gambar dalam iPad tu, terjumpa pulak gambar masa kat KidZania hari tu. Kemain alah malu yang pakai baju kotak-kotak tu ye hehehehe.

Dalam banyak-banyak aktiviti di sana, aku paling suka batik painting ni. Santai dan tenang mewarna bersama keluarga. Tak banyak aktiviti yang melibatkan ibubapa, so bila terjumpa gambar ni rasa macam seronok je terkenang saat-saat indah tu hehe :D

Thursday, June 11, 2015

Thursday, June 11, 2015

Majlis Pelancaran Pusat Penerangan Pelancongan Di KidZania Kuala Lumpur!


Assalamualaikum!





Satu lagi detik bersejarah bagi KidZania Kuala Lumpur kerana telah berjaya menubuhkan Pusat Penerangan Pelancongannya sendiri, dengan kerjasama rakan industri baru, 'Tourism Malaysia'. Terima kasih kepada KidZania Kuala Lumpur kerana sudi menjemput aku untuk menyaksikan pelancaran yang penuh bersejarah ini! 

Pusat ini bertujuan memupuk minat kanak-kanak dengan percutian dalam negeri/domestik. Ia juga bertujuan untuk mengembangkan minat kanak-kanak  dalam merancangan percutian keluarga ke destinasi domestik dan yang paling penting, untuk mendidik kepentingan industri pelancongan kepada kanak-kanak pada usia muda.




Walaupun Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz tidak dapat bersama dalam majlis pelancaran tersebut, majlis tetap meriah dan berjalan lancar dengan kehadiran Tan Sri KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng.

Konsep Pusat Penerangan Pelancongan ini adalah berdasarkan kanak-kanak berada dalam persekitaran yang serupa dengan Pusat Penerangan Pelancongan yang sebenar, dengan aktiviti-aktiviti seperti mencipta pakej pelancongan dan jadual perjalanan pelancongan.

Aku difahamkan ada tiga bentuk lakon peranan yang boleh kanak-kanak buat Pusat Penerangan Pelancongan ini, iaitu sebagai pelancong (tourists), agen pelancongan (travel agent) dan sebagai pemandu pelancong (tour guide).




Gabenor KidZania Kuala Lumpur & Singapura, Puan Susannah Abdul Rani


"Pelancongan merupakan industri berorientasikan rakyat dan melalui Pusat Penerangan Pelancongan baru ini, kami ingin menanamkan semangat keyakinan dan kebolehan pada kanak-kanak yang diperlukan untuk berurusan dengan orang ramai. 

Kami di KidZania ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana sudi untuk memulakan perjalanan yang baru dan menarik dengan kami," beliau berkata.



KSU Kementerian Pelancongan, Y. Bhg. tan Sri Dr. Ong Hong Peng


YB Tan Sri Ong Hong Peng pula berkata, "Penubuhan Pusat Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur merupakan kaedah terbaik untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan peranan pelancongan dalam ekonomi negara. Saya yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan gambaran yang lebih besar ke dalam industri pelancongan Malaysia, dan membuka minda dan hati mereka untuk berminat bercuti di Malaysia pada usia yang muda."




Sebagai kemuncak majlis, Tan Sri Ong bersama para VIP membuat gimik pelancaran di atas pentas disaksikan para tetamu yang hadir. Dan selepas itu, pemberian plak KidZania dan sesi bertukar cenderahati turut berlangsung.




Sebelum kami berangkat melihat dan merasmikan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di perkarangan KidZania, satu persembahan tarian kebudayaan oleh krew KidZania dipersembahkan.






Kemudian, tetamu VIP dan tetamu-tetamu lain dibawa ke Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) untuk upacara memotong reben dan pembukaan rasmi.




Upacara memotong reben tanda secara rasminya Pusat Penerangan Pelancongan di KidZania Kuala Lumpur dibuka kepada kanak-kanak




Pernah dinobatkan sebagai 'Pengalaman Terbaik untuk Kanak-kanak' di Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Awards 2014 selama dua tahun berturut-turut, KidZania Kuala Lumpur akan terus mencari peluang untuk mendedahkan kanaka-kanak kepada pengalaman baru melalui aktiviti lakon peranan agar kerjasama ini dapat diteruskan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.kidzania.com.my
Talian Careline KidZania : 1300 88 Kidz (5439)
Facebook : KidZaniaKualaLumpur
Twitter : @KidZaniaKL


Tuesday, April 07, 2015

Tuesday, April 07, 2015

KidZania KL - Antara Coklat Dan Burger!


Assalamualaikum!

Lama gak tertunggak entri Kidzania aku ni hehe. Lemah gemalai rasa segala sendi-sendi jari nak menaip ni. Tambah pulak dapat rehat hari Sabtu je, Ahadnya dah kena gi cover event. Kengkadang aku rasa walaupun aku ni kurus tapi kurang stamina la .... ke acaner tu?  

Tapi stamina makan kuat pulak! haha :p


Wednesday, April 01, 2015

Wednesday, April 01, 2015

KidZania KL - Kakak Berarak & Adik Tekad Jadi Pekerja Bank


Assalamualaikum!




Kami kembali ke dunia KidZania! Last time kami datang sini tak berapa nk enjoy sebab banyak game yang kami terlepas pandang haha. Tapi kali kedua ni, aku pastikan kakak dan adik dapat buat sesuatu yang baru dan teroka lebih banyak lagi tempat dalam KidZania Kuala Lumpur.

Kali ni aku pergi atas jemputan event dan dalam pada tu aku bawak kakak dan adik sekali. Tak best la gi event dan tempat best macam ni tapi tak bawak anak-anak kan hehe.

Kalau aritu, KidZania bagi tiket masuk tapi kali ni aku masuk terus sekali dengan event. Means, tak perlu beratur di kaunter bawah tu, terus gi event bawak diaorg sekali. Lepas event, terus boleh start main dah hehe.

Tuesday, March 31, 2015

Tuesday, March 31, 2015

20 Ahli Baru Angkat Sumpah Di Perasmian KidZania CongreZZ 2015


Asslamualaikum!




Kelmarin aku berkesempatan menghadiri majlis Perasmian KidZania CongreZZ 2015, bertempat di KidZania Kuala Lumpur, The Curve, Mutiara Damansara. Terima kasih KidZania Kuala Lumpur atas jemputan yang istimewa ini. 

Diam tak diam,  KidZania CongreZZ dah pun masuk tahun ke dua penubuhannya. Pertama kali ia diperkenalkan pada tahun 2014, kanak-kanak terpilih dari CongreZZ dikehendaki berkhidmat dengan KidZania untuk tempoh satu tahun, dan setelah tamat tempoh tersebut satu kempen pilihanraya akan dibuat untuk memilih ahli baru untuk tahun seterusnya.

Wow! siap ada kempen pilihanraya lagi. Macam mana pemilihan ini dibuat? Nanti aku ceritakan ye :) 




Pada majlis tersebut, Gabenor KidZania Malaysia,  Puan Susanah Abdul Rani berkata, "KidZania CongreZZ is an authentic and powerful developmental experience that will prepare its members for the real world. Through their participation of engaging forums and activities, they will be exposed to situations and opportunities where they can exercise their independence, build their confidence, and gain skills in decision making, critical thinking and communications"

Kempen KidZania CongreZZ 2015 telah berjaya menarik lebih 260 penyertaan berbanding 200 penyertaan pada tahun 2014. Bagi pemilihan ahli-ahli baru untuk KidZania CongreZZ 2015, ada beberapa kriteria yang diperlukan untuk melayakkan mereka menjadi ahli KidZania CongreZZ. 

Haaa .... untuk terpilih sebagai ahli KidZania CongreZZ ni pun perlukan kriteria-kriteria khusus tau. 20 calon yang terpilih perlu melalui proses yang ketat termasuk, menghantar resume dan video, interbiu secara berhadapan dan akhir sekali kempen pilihanraya yang dijalankan di KidZania Kuala Lumpur.

Setiap calon akan dinilai dari segi kebolehan teladan (exemplary aptitude) dalam bidang pendidikan, komunikasi, sosial, kreativiti, sikap hormat-menghormati, artikulasi serta personaliti calon itu sendiri secara keseluruhannya.



Ahli-ahli CongreZZ 2014 diberikan plak penghargaan semalam. Kongratz to all! You have done a great job for 2014! ^^


Pada tahun 2014, ahli-ahli CongreZZ telah bekerjasama untuk membawa perubahan besar pada KidZania Kuala Lumpur, yakni membentangkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh ibubapa dan anak-anak, juga memastikan poster-poster diedarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak semasa mereka menunggu giliran melakukan aktiviti di sana.

Ahli-ahli CongreZZ 2014 juga telah membuat kemunculan dalam World Summit On Media for Children - satu pergerakan sedunia yang bertujuan membangunkan dan memperbaiki kualiti media untuk kanak-kanak - dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, ia merupakan sebuah program pembelajaran berbahasa Inggeris untuk para pelajar dan ibubapa di KidZania Kuala Lumpur, serta aktif dalam aktiviti penghutanan semula di bawah projek alam sekitar 'Kids for a Greener World'.




Teruja sungguh dua beradik ni menyaksikan upacara perasmian semalam, mungkin mereka pun membayangkan kalau la mereka berada di atas pentas bersama ahli-ahli KidZania CongreZZ yang lain ....hehe.




Selesai memberikan plak penghargaan, tibalah upacara mengangkat sumpah oleh ahli-ahli baru KidZania CongreZZ 2015. Cute-cute, kecik comei lote semuanya hehe. Inilah 20 orang ahli baru yang telah melalui pelbagai proses pemilihan sebelum dilantik menjadi ahli secara rasminya semalam!

Kongratz kids! ^^ 

Apakah kelebihan menjadi ahli KidZania CongreZZ?
  • mereka berpeluang menyertai aktiviti dan membuat keputusan untuk penambahbaikan aktiviti di KidZana Kuala Lumpur, pakej ekslusif KidZania CongreZZ yang terdiri daripada sebuah bag pack, thsirt, lencana dan set alat tulis, plak penghargaan kerana perkhidmatan di KidZania CongreZZ serta kemasukan PERCUMA secara bulanan ke KidZania Kuala Lumpur bersama 4 orang rakan lain.

Wowww! ^^





Dah selesai mengangkat sumpah, setiap sorang kena pergi ke depan kat rostrum dan menandatangani Akta CongreZZ menandakan mereka kini ahli KidZania CongreZZ 2015 secara rasminya! 

Yeaaaa ... :)







Sebagai acara penutup, kami disajikan dengan persembahan drum dari KidZania. Besttt!




Ahli KidZania CongreZZ bergambar kenangan bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Ahmad Tajudin Bin Jab, Timbalan Pengarah-Pendidikan Am (Operasi Pendidikan)

Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada pasukan KidZania CongreZZ 2015, semoga perancangan untuk tahun ini akan jadi lebih cemerlang dan matlamat tercapai. Tak lupa juga pada KidZania Kuala Lumpur, tahniah atas kejayaan anda! ^^


Ok, sedikit info tentang KidZania Kuala Lumpur ....

Dinamakan sebagai 'Best Experience for Kids' dalam Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Awards 2014 untuk dua tahun berturut-turut, KidZania Kuala Lumpur telah menjangkaui kaedah tradisional untuk terus melihat peluang dan mendedahkan kanak-kanak kepada satu pengalaman baru dan kebarangkalian peluang memilih pekerjaan. Ia telah menjadi tempat pilihan untuk aktiviti ko-kurikulum untuk kebanyakan sekolah, dan semakin ramai kanak-kanak yang memilih KidZania sebagai tempat pembelajaran di luar kelas, untuk lebih bereksplorasi pengalaman, belajar mengenai bagaimana membuat keputusan dan banyak lagi.




KidZania Kuala Lumpur telah memenangi anugerah pusat pendidikan dan hiburan sekeluarga tertutup yang menyajikan pembelajaran yang interaktif serta pengalaman baru kepada kanak-kanak. Merupakan yang pertama seumpamanya, KidZania Kuala Lumpur memperkuat dan memberi inspirasi untuk mereka mengejar cita-cita dan impian dengan menyediakan satu tempat khas untuk bereksplorasi tentang bagaimana rasanya untuk bekerja dan hidup dalam satu 'bandar' seperti di dunia realiti.

Bandar KidZania menyasarkan kanak-kanak antara umur dari 4 hingga 14 tahun dan mereka boleh memilih lebih 100 pekerjaan yang tersedia di lebih 60 buah premis dalam bandar tersebut.

Lokasi : Curve NX, Mutiara Damansara. Bersebelahan dengan IKEA Damansara.

Keluasan : 80 000 kaki persegi

Kapasiti : 1 700 orang pada satu-satu masa

Tarikh dibuka : 27 Februari 2012



For more information, do please visit: www.kidzania.com.my
or call the KidZania Careline at 1300 88 KIDZ (5439)
Tweet : @KidZaniaKL


Tuesday, December 09, 2014

Tuesday, December 09, 2014

Ke KidZania Ke Kita !


Assalamualaikum!





Akhirnyaaa ... second wishlist kakak dan adik tercapai jua. First, dah sampai Legoland ... kali ni ke KidZania pula. Alhamdulillah ... rezeki anak-anak nak merasa bermain dan bergembira di cuti sekolah ni. Kami pergi hari Sabtu petang .... selesai je KL Kids Festival, kami berkejar ke The Curve pulak.

Wednesday, December 03, 2014

Wednesday, December 03, 2014

AirAsia Kids Food Fun Di KidZania!


Assalamualaikum!


It's a dream come true! Minggu lepas aku dan family dapat jemputan dari AirAsia untuk event food testing di Kidzania, KL! Tercapai jugak hasrat anak-anak nak menjejakkan kaki di Kidzania dan alhamdulillah ... woweeee! 

Di sini ada satu pengakuan bahawa ini merupakan kali pertama 4 of us sampai ke KidZania (wakaka) so hari tu memang agak celaruuuu sikit mencarinya. Melilau kami cari dalam The Curve rupanya, KidZania dok dalam bangunan sendiri sebelah IKEA wakakaka. Please pardon my blurringness (eh betul ke term ni) wakaka!




Alhamdulillah tak lama mencari pun, akhirnya kami sampai juga tempat dituju hehe. Event yang dianjurkan oleh AirAsia dengan kerjasama KidZania ini merupakan sebuah event food testing. Food apa yang kami test tu?  Nanti aku citerkan ye :)




Sebelum kami diperkenalkan dengan rangkaian menu baru untuk kanak-kanak, ucapan alu-aluan diberikan oleh pengerusi majlis dan seterusnya memperkenalkan Chef dari AirAsia! Ahaaa .....!




Inilah chef kami hari tuuu! Beliaulah yang bertanggungjawab menyediakan makanan dalam kapal terbang tau. So, weolss kira beruntung la .... belum naik flight dah dapat jumpa ngan chef dia dulu hehehehe. Beliau memperkenalkan beberapa menu baru yang menarik dan tentunya sedap untuk penumpang-penumpang cilik semasa di dalam flight.




First! Kami diperkenalkan dengan set Mac & Cheese ...... yummyyyyyy! Set hidangan Mac & Cheese ini turut didatangkan bersama Air Kotak Ribena + KitKat. 

Tengok je la meatballs dia tu ... berenang-renang dalam 'laut merah'. Ni kalau dapat kat ibu dulu ni mau habis licin 'dikerjakan' hehehe. 



Mac & Cheese ..... tempting tempting!




Kalau anak-anak kita diberi pilihan antara sandwich dan pizza, rasa-rasanya diaorg akan pilih yang mana? Dah tentu la pizza kan! Tapi, chef kita ni secara kreatifnya menggabungkan dua jenis makanan dalam satu hidangan yang sempurna dan sihat! Maka, terhasillah .... Pizza Sandwich! haha.

How come? Pizza in the sandwich or sandwich in the pizza? Mana-mana pun ok la hehe but most important is the ingredient inside kan! Everything that your kids like to eat in a pizza has in the meal and you can have it when you fly with AirAsia! 

Foodtastic! ^^




School Holiday Special Meal Combo ini juga turut dihidangkan bersama Air Kotak Ribena + Cookie (1pc) dannnn your kids akan dapat special gift from AirAsia iaitu 3 set pen bila korang order set istimewa ni. Takyah beli pen lagi dah ... jimat banyak kat situ hehe.




Who likes mom's cooking? Chef tu tanya. Of course semua orang pun suka masakan mak kan hehe. Nak makan apa cakap je ngan ibu, kalau ibu tau mesti ibu masakkan hehehe. AirAsia juga turut memasukkan mother's touch dalam penyediaan makanan mereka. And it comes in a form of Butter Cake! Dan, yang bestnya kanak-kanak boleh menikmatinya ketika terbang bersama AirAsia! Wahhhh ...!

Mom's Butter Cake ni memang sedap i tell you. Kakak punye la makan ... sedap bu ... lembut dia punye cake. When kakak approves it ... itu memang bermaksud kek tu sedap hehehehe :D




Mom's Butter Cake ..... the packaging.




Last but not least, Snack Box! Senang citer jajan la ... but this jajan is the healthy type so no worries la eh! hehehe. Dalam Snack Box ni ada Frutube, FunStix, 2 packets of biscuits dan Salted Sunflower Seeds. Of course Snack Box ni jadi pilihan adik ... tapi aku tak risau sebab semuanya masih ada nutrisi dan sihat untuk kanak-kanak.






Kakak sedang menikmati Mom's Butter Cake yang lembut!




Adik malu-malu nak bergambar ngan kakak-kakak pramugari dan abg2 pramugara, so dia redha bergambar sebelah Mac & Cheese aje ...... ekekekekeke :p









The only thing yang kami tak dapat try hari tu ialah Mac & Cheese dan Pizza Sandwich hehe. Ingatkan dapat merasa ... tapi untuk bergambar aje huhu. So, nothing much I can comment camna rasa Mac & Cheese dan Pizza Sandwich tu ...humm.






So where to get all these cool kid's meal, desserts and snackbox? Korang boleh mula buat pre-book online order di www.airasia.com.my




Thanks again AirAsia for this opportunity dan KidZania for having us! Sebagai tanda penghargaan, AirAsia turut bagi semua yang hadir bersama family tiket masuk ke KidZania! Yeaaaaa ..... cuma kami tak masuk hari tu sebab ramai sangat dah orang.

Kami simpan tiket ni untuk satu hari yang sesuai nanti. Dont worry, expired date lambat lagi hehehe tapi insyaAllah sebelum sekolah dibuka la. Tak dapek la nak pegi kalau dah bukak sekolah sok! huhu.




Peace!^^

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.