Breaking

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Thursday, January 19, 2023

Thursday, January 19, 2023

Perasaan Bila Makan Burger

 

Ada masa aku suka makan kat luar dan selalunya kami akan pergi kat warung-warung yang dekat ngan umah je. Tapi malam tu, anak-anak request nak makan fish n chips kat Avenue Food Court, Taman Dagang. Sedap katanya. Since hari gaji adalah hari gantung kuali, maka ku tunaikan permintaan mereka haha.


Ini bukan kali pertama kami datang ke sini. First time datang dulu semata-mata nak try burger bakar abg burn yang pernah viral dan famous satu ketika dulu. Alhamdulillah gerai burger bakar abg burn masih beroperasi sehingga ke hari ini bersama warung-warung tempatan lain. 



Anak-anak order fish n chips dan suami pilih lamb chop di salah satu warung kat situ. Sementara aku pulak kepingin nak makan burger bakar abg burn. Beza sangat pilihan menu dulu dan sekarang, dulu set burger ada kentang goreng tapi sekarang tukar dengan tachos. 


Set yang aku pilih ni namanya set ribeye cheese burger. Ada 2 sosej, burger daging keju dan tachos yang dilimpahi dengan sos keju. Harga pun berpatutan lebih kurang enam belas ringgit cenggitu. Bolehla nak makan sekali sekala kan.



Bagi aku, burger bakar abg burn masih relevan dalam industri pemburgeran (betul ke aku sebut tu haha)  tempatan, masih sedap di tekak aku dan dagingnya memang ohsem! Jujur, aku tak makan dari siang tapi masih tak dapat habiskan sebiji burger ni haha. Tapi akhirnya habis jugakla cuma anak-anak dah habis makan aku je sorang bercinta nak perabih sebab memang padat dan padu burger dia!

Ke 'tong' aku ni memang kapasitinya kecik?? hahaha....

Sambil makan kami layan lagu-lagu oleh buskers kat situ. Kebetulan meja kami paling depan memang bunyinya kuat tapi takde hal lah. Suara adik-adik ni memang sedap didengar dan lagunya pun syahduuuuuu.




Sebenarnya sebelum makan burger ni, aku cakap kat kakak kang nak balik ibu nak order vietnamese rolls dan char kuey tiow tapau. Tapi perut dah sengkak dengan burger bakar abg burn, langsung aku tak jadi nak order haha. Begitulah penangan sebiji burger.




Thursday, October 24, 2019

Thursday, October 24, 2019

Bolehkah Orang Awam Dapatkan Rawatan Di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT)?


Assalamualaikum! Hari tu borak-borak dengan kawan pasal hospital. Memang semua tau ada beberapa hospital besar dalam bandaraya Kuala Lumpur ni. Antaranya, Hospital Kuala Lumur (HKL), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Ampang dimana orang awam boleh dapatkan rawatan.

Tapi mungkin juga ramai yang tak tahu ada satu lagi hospital kat Kuala Lumpur ni yang juga menerima pesakit dari kalangan orang biasa. Tahu ke tak tahu ni? Haaa tengok tajuk pun tahu dah hospital apa tu kan hehe.  

Sunday, May 06, 2018

Sunday, May 06, 2018

Wujudkan Baiti Jannati Untuk Golongan Miskin Bandar


Assalamualaikum! Istilah Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku memang ramai yang dah tahu kan? Semua orang juga ingin merasai aura Baiti Jannati dalam kehidupan mereka, samada dengan ibubapa atau dengan pasangan hidup masing-masing. 

Dan itu membuatkan aku terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Baiti Jannati? Ada orang berpendapat Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku maksudnya mempunyai sebuah rumah yang selesa didiami oleh sebuah keluarga.

Ada pula yang berpandangan Rumahku Syurgaku ni bila kita pandang wajah ibu kita, ayah kita, anak-anak kita, pasangan hidup kita itulah yang sentiasa membuat kita rasa bahagia dan disayangi.

Tapi kalau kita rangkumkan kedua-duanya sekali, pasti pengertiannya lebih tepat dan mendalam kan? 😉



Wednesday, December 06, 2017

Wednesday, December 06, 2017

Aktiviti & Pameran Seni Di Kuala Lumpur


Assalamualaikum!


Masih dalam mood cuti sekolah, tapi tak tahu nak bawa family ke mana? Haa bagi peminat seni tempatan, korang boleh bawa family berkunjung ke Pameran Seni KL Biennale 2017 yang berlangsung dari 1 November 2017 sehingga 31 Mac 2018.

Pameran Seni KL Biennale 2017 yang julung kali diadakan ini menampilkan seramai 119 artis dari 16 buah negara yang mengambil bahagian. Antaranya Filipina, China, Kemboja, Laos, Brunei, Malaysia, Singapura, Indonesia, India, Thailand, Vietnam, Myanmmar, Korea Selatan dan Jepun. 

Tuesday, May 09, 2017

Tuesday, May 09, 2017

Nasi Arab KL | Restoran AL RAWSHA


Assalamualaikum!


Ini bukan kali pertama kami makan kat Al Rawsha. First time pergi makan dulu, kecewa gak le! Dah la tak sedap, staf tak reti cakap Melayu pulak tu ... mahal lagi! Rasa tak berbaloi ... lama gak kami 'boikot' hahaha!

Tapi dah hari-hari lalu depan dia on the way nak balik rumah, so mata-mata kami ni memang tak lepas la dari memandang restoran Al Rawsha ni kan. Setelah beberapa tahun, kami memberanikan diri untuk masuk semula ke sini ...

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.