Breaking

Showing posts with label MAHA 2016. Show all posts
Showing posts with label MAHA 2016. Show all posts

Wednesday, January 25, 2017

Wednesday, January 25, 2017

Miracle Refreshing Scent (M.R.S) Atasi Masalah Gatal Kulit, Ruam & Selsema!


Assalamualaikum!


Pernah tak korang mengalami gatal-gatal hidung diwaktu pagi? Bersin tiba-tiba dan hidung tersumbat? Pernah tak korang mengalami gatal-gatal kulit, ruam atau ada anak yang mempunyai ekzema? Haaa memang dah banyak produk yang kita guna untuk selesaikan masalah seperti di atas kan? Tapi takda satu pun yang serasi dan sesuai digunakan.

Hidung tersumbat dan bersin tiba-tiba tu seolah-olah dah jadi 'rutin' aku setiap pagi. Wani pun ada masalah yang sama, mudah gatal hidung dan bersin sampai kena bawa tuala kecil untuk tutup hidung. Alahai ... kesian tengok anak dara sulungku pagi-pagi dok achummm achummm!

Pak Jelan pulak ada masalah alahan dan ruam pada kulit. Kulit dia memang sensitif terutama dengan air! Nak tahu air paip tu kotor atau tak, lepas mandi kulit dia akan naik ruam-ruam kecil merah! Lepas tu mula la tergaru-garu sana tergaru-garu sini huhu.

Yang Mira pun tak terkecuali! Masalah dia rambut kusut dan berbuah. Nama je rambut lurus, tapi setiap kali sikat mesti tersangkut di 'skala 6' hehehehe. Ni lah jadinya bila tak berapa nak rajin menyikat rambut sendiri.




Dari mana aku kenal Miracle Refreshing Scent atau MRS ni? Semuanya bermula di MAHA2016 yang lepas! Memang rezeki nak jumpa produk yang serasi dan sesuai digunakan satu keluarga. Sejak dari tu, MRS sentiasa ada bersama kami sekeluarga walau di mana jua berada.

Miracle Refreshing Scent @ M.R.S

Apa itu M.R.S ? - Minyak serbaguna yang berasaskan minyak kelapa dara dan diformulasikan dengan menggunakan teknologi nano yang membolehkan khasiat minyak kelapa dara mudah meresap ke dalam kulit. Ianya merupakan solusi ke arah kesegaran segera di samping aromanya yang wangi dan mempunyai pelbagai khasiat dan fungsi untuk kegunaan seisi keluarga.




Khasiat minyak kelapa dara, antaranya sebagai anti microbial agent, meningkatkan metabolisme sel, dan bertindak sebagai anthistamin (elak alahan). M.R.S adalah 100% organik dan hanya mengandungi minyak pudina (mint oil) dan minyak pati aromaterapi yang memberikan kesegaran serta melegakan stres. Ia didatangkan dalam dua (2) jenis bauan iaitu ELEGANT dengan ekstrak bunga matahari dan SWEET dengan ekstrak buah beri. Dua-dua wangi dan menyegarkan ok! 😍


Rangkaian Miracle Refreshing Scent


Apalah guna cerita tanpa review dari tuan badan sendiri ye dak? Sebelum ni aku kurang cakna tentang khasiat minyak kelapa dara, tapi lepas jumpa M.R.S di #MAHA2016 dan kami sekeluarga menggunakan sendiri M.R.S ni barulah terbuka mata hati untuk berkongsi dengan korang semua. Apatah lagi, M.R.S tidak mengandungi bahan kimia dan selamat digunakan untuk semua peringkat umur

Kelebihan Miracle Refreshing Scent @ M.R.S

💗 Merawat kegatalan dan masalah kulit seperti ekzema, ruam, kudis, bisul, kurap, kayap, 
💗 Mengurangkan kesan lebam dan parut
💗 Mengecutkan jerawat
💗 Melegakan batuk dan selsema serta mencairkan kahak
💗 Mengurangkan perut kembung untuk bayi
💗 Melegakan sakit gigi dan gusi
💗 Menghilangkan lenguh-lenguh otot, sakit lutut, sengal sendi, terseliuh dan kekejangan
💗 Melegakan sakit pinggang dan belakang, badan berangin dan demam urat
💗 Mengurangkan sakit kepala, migraine, pening, loya dan mengantuk 
💗 Mengurangkan stretchmark, angin dan pedih ulu hati
💗 Merawat masalah rambut gugur, kutu, kelemumur dan gatal kulit kepala
💗 Mengurangkan stres dan menyegarkan badan




Selain HALAL & SELAMAT DIGUNAKAN TANPA WAS-WAS, aku sukakan M.R.S ni sebab baunya yang wangi! Pilihan aku dah semestinya SWEET sebab ada bau buah beri, so bila kat pejabat rasa mengantuk dan tidak bermaya, aku akan sapu minyak Miracle Refreshening Scent ni kat tengkuk dan dahi. Hasilnya, aku rasa lebih segar dan cergas semula melakukan kerja. Minyak ni berangin tapi wangi tau, so kalau sapu kat tengkuk tu terasa nyaman dan sejuk 😍

Untuk selsema dan hidung tersumbat aku hanya spray sikit kat tapak tangan dan sapu kat hidung dan dada. Tarik nafas dalam-dalam, korang boleh rasa kedinginan mint oil dari M.R.S meresap sehingga ke dalam kerongkong! Alhamdulillah lepas tu pernafasan pun lancar dan kurang bersin.


M.R.S Refreshing Serum

Untuk mengatasi masalah rambut kusut Mira, aku gunakan M.R.S Refreshing Serum ni selepas mandi. Cara nak gunakannya senang je, mandi biasa dulu, kemudian picit sikit serum ni dan lumur kat kepala. Sambil tu, boleh urut dari kepala sampai tengkuk. Biarkan seminit, kemudian bilas.

Kepala akan rasa sejuk berangin, lebih segar dan paling menakjubkan rambut Mira senang disikat! Selain tu, serum ni boleh mengatasi masalah kelumumur, rambut berbuah dan rambut gugur.




M.R.S juga sesuai sangat untuk kanak-kanak dan wanita bertudung. Just titiskan M.R.S Serum pada ubun-ubun dan urut sikit sebelum pakai tudung untuk kesegaran sepanjang hari walaupun lebih dari 8 jam. Kalau anak-anak ada kutu atau untuk mengelakkan dari jangkitan kutu, insyaAllah M.R.S Serum memang berkesan! 


Kebaikan M.R.S Resfreshing Serum

💗 Mengurangkan kekusutan rambut selepas mandi dan selepas bangun tidur
💗 Membantu tidur lebih selesa
💗 Mengurangkan stres selepas penat belajar dan kerja
💗 Menurunkan suhu badan (sesuai untuk rawatan demam)
💗 Menjadikan kulit lebih licin, halus dan selesa seperti memakai bedak badan
💗 Mengurangkan kelumumur
💗 Mengurangkan sakit kepala & migrain
💗 Mengecutkan jerawat
💗 Boleh digunakan sebagai pencuci muka
💗 Mengatasi masalah kutu kepala
💗 Membantu mengurangkan rasa loya pada ibu mengandung
💗 Mengurangkan kegatalan kulit kepala
💗 Digunakan sebagai pencuci bahagian intim
💗 Merawat masalah rambut berbuah dan bercabang


MATCH - Outdoor Refreshing Scent


MATCH untuk mereka yang aktif!


Kalau korang seorang yang aktif dan gemar melakukan aktiviti luar seperti jungle trecking atau memancing, haaaa pek MATCH ni memang sesuai untuk korang! Kandungannya masih sama mengandungi minyak kelapa dara dan mint oil, tapi sangat praktikal dan mudah dibawa bersama.

Sebelum masuk hutan, sapu dulu MATCH ni pada badan untuk mengelakkan dari digigit nyamuk atau pacat. Ia juga bertindak sebagai insect repellent, so korang tak perlu gusar nak buat sebarang aktiviti! Kalau tetiba otot kejang atau terseliuh, sapukan aje MATCH dan insyaAllah korang akan rasa lega lepas tu dan boleh sambung melakukan aktiviti lasak 😉




Testimoni Miracle Refreshing Scent @ M.R.S






Miracle Refreshing Scent @ M.R.S Di TV ALHIJRAH



Untuk #MAHA2016, produk M.R.S telah pun dipromosikan di tv alhijrah dan baru-baru ini juga, sekali lagi masuk dalam slot B'FRENZ. Kalau korang tahu khasiat minyak kelapa dara yang sangat bagus ini, maka korang kena cuba tau. Satu keluarga dah gunakan M.R.S ni dan masih guna sehingga ke hari ni. Alhamdulillah, memang serasi untuk kami. Setiap seorang mesti ada M.R.S dalam beg, bawa kemana saja untuk kesegaran dan keselesaan diri. 

Untuk lebih info tentang M.R.S, korang boleh hubungi :


WhatsApp : INA ( 013-3850832 )



Monday, December 05, 2016

Monday, December 05, 2016

Dua hari di MAHA 2016!


Assalamualaikum!


Ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke ekspo besar seperti MAHA 2016 ni. Pergi pun sorang je naik pengangkutan awam. Tapi yang tak disangka-sangkanya aku pergi ke sana dua hari berturut-turut! Kenapa? Sebab nak bagi support kat cik abe la ... jaga booth untuk salah satu produk di sana 😉

Disebabkan aku lone ranger, maka senanglah nak ke sana seorang diri. Sabtu petang tu aku bertolak dari rumah lepas Asar. Naik LRT sampai KL SENTRAL - KOMUTER ke SERDANG - FREE SHUTTLE BUS ke MAHA 2016. Senang kan! Tapi ada gak yang risau aku jalan sorang-sorang hehe. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.