Breaking

Showing posts with label Online Shopping. Show all posts
Showing posts with label Online Shopping. Show all posts

Tuesday, April 12, 2022

Tuesday, April 12, 2022

USB Food Mini Processor

 

Assalamualaikum! Dah lama sangat aku usha benda ni kat Shopee. Asyik dok lalu lalang je. Dari sebulan ke sebulan nak membeli tapi tak tak terbeli lagi. Padahal bukan mahal sangat pun, tak sampai lima belas ringgit.


Tapi kali ni aku mesti beli. Niat nak guna untuk bulan Ramadan. Dia punya malas nak tumbuk bawang tu taklehh dibawa bincang haha. Nak buat stok bawang pun aku malas. Lagipun bukan hari-hari family aku selera nak makan nasi. Ada hari diaorang langsung tak makan nasi. Hanya jamah roti dan kurma waktu sahur. So aku pun tak beria sangat nak sediakan stok bawang macam orang lain.




So beli je la food processor ni dengan harapan cepat kerja memasakku di dapur. Sebenarnya, kat rumah memang dah ada mini chopper tapi yang manual punya. Tapi yang tu kena tarik so jarang nak guna. Kalau nak masak, budak-budak ni la jadi 'mangsa' kena chop guna manual chopper tu hehe.


Ada macam-macam jenis, macam-macam jenama dan macam-macam harga kat Shopee. Aku pilih dari shocking sale je la. Barang sampai dengan jayanya. Terus test. Boleh caj USB dn guna terus.





Puas hati membeli. Hajat dihati masih nak memiliki sebuah pressure cooker. Tapi harga melangit sangat. Kita simpan dulu hajat itu hehe. Yang penting lepas ni tak perlu menumbuk dah. Nampak tak pemalasnye tu? hahaha.


Tuesday, March 08, 2022

Tuesday, March 08, 2022

Beli ikan dalam live FB


Assalamualaikum! Covid-19 telah mengubah banyak cara hidup kita sekarang. Dulu kita tak risau bersesak-sesak di pasar nak beli ikan, sotong, udang dan sebagainya. Sekarang nak gi kedai pun aku kena pilih waktu yang sesuai supaya tak bertembung dengan orang ramai.


Dengan kes Omicron yang sana sini rancak naik setiap hari, aku lebih berhati-hati.  Barang dapur tetap kena beli tapi nak berhimpit-himpit dengan orang ramai tu tak nak la. Ada barang yang kita boleh masuk kedai beli sendiri. Tapi sekarang aku lebih memilih beli barang dapur secara norma baharu.


Mula-mula aku skeptikal sikit, sebab bukan senang nak percaya barang jual online ni. Tak best la tak dapat pegang ikan tu, udang tu kan. Tapi, lama-lama aku suka pulak sebab barang sampai fresh dan elok ikannya.




Orang lain happy parcel tudung, baju, kasut sampai rumah. Tapi aku happy dan eksaited bila kotak ikan aku sampai! Puas hati tengok barang yang kita order dalam live, sampai dengan selamat dan barang segar.


Dari tahun lepas lagi aku dah start beli barang basah secara online ni. Sangat memudahkan kerja aku di rumah. Ikan siap siang tinggal nak masak je. Aku suka cara diaorang packing barang basah, kemas dan teratur. 






Mahal sikit tu takpela kan, barang fresh kot. Boleh simpan lama dalam peti sejuk buat stok. Takda duit pun takpa janji ada barang makan kat rumah. Sama je kalau aku keluar pergi kedai beli sendiri. Bezanya, risiko kena Covid tu sangat kurang la sebab beli online je kan. Pastu ikan semua fresh tak macam dekat pasaraya ada 'ubat'. 


Biasanya aku suka pergi kat 2 FB ni kalau nak tengok2 makanan laut yang dijual:


1) https://www.facebook.com/Hasil-Laut-Hutan-Melintang-Abang-Omel-100500071868723 (Hasil Laut Melintang Abang Omel)


2) https://www.facebook.com/kakomelsekinchan (Hasil Laut Sekinchan Kak Omel)


Aku suka shopping barang basah kat dua-dua fb ni. Tapi jangan keliru pulak, nama fb hampir sama tapi peniaganya tak sama tau. Selalu sangat orang confuse dengan dua platform ni hehe. Satu dari Hutan Melintang Perak, satu lagi dari Sekinchan.


Mana-mana pun aku suka, sebab barang diaorang dan servis tiptop. Terpulang pada kita nak pilih mana sesuai dengan bajet dan ikan apa kita nak beli. Haa gituu..



Monday, February 21, 2022

Monday, February 21, 2022

Mereka tak boleh panjat dah!

 

Assalamualaikum! Selepas kejadian tragis yang menimpa almari tudung tahun lepas, aku hampir putus asa tau! Ye la, almari tu dekat tiga puluh ringgit aku beli di Shopee. Niat nak simpan koleksi tudung bawal aku dalam tu. Punya beria pasang last-last jadi 'mangsa' kerakusan anak-anak bulusku huhu.


Sejak aku menceburkan diri dalam dunia kontes, koleksi tudung bawal kian bertambah. Jadi aku perlukan tempat simpan tudung yang khas dan tersusun. Tapi aku lupa yang aku ada bela kucing, dan mereka suka memanjat! Panjat kerusi, panjat kotak, panjat meja dan akhirnya almari tudung aku jadi mangsa!




Aku kena cari almari yang baru secepat mungkin. Mana lagi aku nak simpan semua tudung-tudung bawal ni? Kena cari almari yang mereka takleh panjat! hehe. So, aku tengok-tengok dekat Shopee dan jumpa DIY 9 Cube Cabinet.


Sesuai sangat ni! Mereka mesti takleh panjat sebab material bukan daripada kain tapi Toxic Free PP Resin. Senang nak pasang, selamat, kalis air dan boleh tampung berat sehingga 10kg. 




Masa aku beli, harganya baru lima puluh ringgit lebih je. Biarlah mahal sikit, janji tahan lama dan tahan lasak. Puas hati sangat bila simpan tudung dalam kiub ni, nampak kemas dan tersusun. Aku nak cari tudung pun senang, ikut warna. Yang penting, anak-anak bulus pun dah tak panjat atau cakar kuku.






Puas hati dan berbaloi rasa! Sedap mata memandang hehe.

Tuesday, January 18, 2022

Tuesday, January 18, 2022

[Kibbles Kucing] - Beli Online atau Petshop?

 

Assalamualaikum! Ingat lagi masa zaman sekolah rendah bela kucing, aku hanya tahu 2 jenis makanan (kibbles) kucing yang popular ... jenama F****** dan W*****. Dulu aku tak tahu nak jaga pemakanan anak bulus. Main bedal je bagi makan kibbles berwarna dan nasi gaul ikan rebus. Takde fikir tentang kandungan garam ke, kurang nutrisi ke, sesuai ke, tak sesuai ke ... asal kucing boleh telan sudah.


Tapi sekarang dah ada banyak pilihan kibbles di pasaran. Cuma nak kena pandai pilih dan ngam dengan bajet marhaen aku. Sebab itu aku suka baca perkongsian pencinta-pencinta kucing dalam fb tentang pemilihan kibbles. Kalau bajet kayangan, boleh amik kibbles yang super premium. Kalau bajet biasa-biasa, boleh amik yang sederhana premium. 


Bukan bajet harga je yang kita kena tengok, kandungan nutrisi pun kena cakna jugak. Sebab tu nak bela kucing jangan ikut orang. Nak bela nak jaga dia kena ada ilmu. Jangan tengok kucing orang comel gebu gebas, kita pun nak ikut bela jugak tapi pengetahuan zero! Akhirnya, kucing sakit kena bawak pergi vet. Beratus ringgit lebur untuk ubat-ubat dia je.




Permulaan aku bela Putam sekor dulu, aku beli kibbles jenama seperti diatas. Sebalang tu rasanya sebelas ringgit lebih kalau tak silap aku la. Tapi yang ni dia tak berapa berkenan pulak. Nak habiskan sebalang tu cukup payah. Last-last aku beli kibbles lain dan yang ni aku bagi kalau jumpa kucing kat tepi jalan.


Ramai yang cadang bagi Cindy's Recipe, so aku try tengok-tengok dekat Shopee. Harga boleh tahan jugak tu untuk 7-8kg. CR ni kira jenama super premium sebab dia grain free (tiada garam) dan holistik. Haaa giler ah makanan kucing pun kita kena pilih yang grain free tau haha. Malah vet pun galakkan bagi kibbles tidak berwarna dan grain free untuk pencernaan yang sihat. Kandungan protein yang tinggi juga bagus kalau nak gemukkan anak bulus.




Kalau ikutkan taste anak-anak bulus, memang mereka suka CR ni. Tapi CR ni termasuk dalam golongan super premium jugak. Tak boleh beli tiap-tiap bulan, sebab harga takkan dapat lapan puluh ringgit ke bawah. Mama punya bajet marhaen je hahaha.


Kita kena tahu jugak bukan semua anak bulus boleh bagi sembarangan kibbles. Katanya, kalau kucing berbaka macam BSH, DLH, Persian dan yang sewaktu dengannya, kibbles pun kena jenama kayangan seperti TOTW, B&B, Molly, RC. Kalau kau bela BSH pastu kau bagi makan F****** pastu kau gi cerita kat grup kucing, samada kau akan kena kecam, kena sindir atau kena gelak berjemaah disitu haha.






Since anak-anak bulus aku semuanya baka kampung jadi takda masalah kalau aku nak bagi mereka kibbles super premium atau tidak. Yang penting grain free, tidak berwarna dan kandungan protein yang tinggi.


Aku suka tukar-tukar kibbles. Ada masa aku akan beli yang repack punya bagi anak-anak bulus merasa. Kalau ngam, sedap aku akan beli pek besar. Setakat ni aku dah bagi Dormeo, B&B, Reflex, Molly dan EQ. Semuanya mereka suka! 

Dan, yang terkini aku beli Petland untuk mereka. Harga memang terbaik setakat ini. Satu beg 10kg terlebih cukup untuk 6 ekor anak bulus kat umah. Boleh tahan lebih dari sebulan. 






Selain dari kibbles, aku bagi mereka cat treats sekali sekala. Macam snek ringan la untuk kucing haha. Bila kat Shopee ada sale, aku grab banyak-banyak buat stok di rumah. Mula-mula dulu bagi Sheba treats tapi harga dia kayangan sangat haha.


Selain kibbles dan treats, aku bagi wet food jugak. Wet food ada 2 jenis, satu buat sendiri dan satu lagi dalam tin. 


Kalau tanya aku, mana molek beli online atau masuk petshop? Pilihan aku, semestinya online! Harga dalam online dengan dalam petshop macam langit dengan bumi weh! Nangis aku tengok beza harga bila masuk petshop. Tapi kita fahamla harga dia menjulang tu untuk cover kos segala kan. Sebab tu aku pilih beli kat Shopee je. 


Pilihan ditangan anda...gituuuu!



Membongkang kerana kekenyangan


Saturday, April 03, 2021

Saturday, April 03, 2021

7 Makanan Tradisional Malaysia Popular

 

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum. Selain itu, setiap kaum yang terdapat di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan budaya masing-masing selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang negara. 


Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ianya diikuti pula dengan kaum Cina, India dan kemudian kaum minoriti yang lain. Masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar negara merasa selesa ketika datang bercuti ke negara kita ini.



Oleh kerana negara Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah apabila makanan orang Malaysia juga terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama-sama. 


Antara hidangan yang popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.



1. Nasi Lemak



Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan makanan Melayu yang sangat terkenal. Ianya diperbuat daripada beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia, hidangan ini boleh dijumpai di seluruh Malaysia.


Hidangan Nasi Lemak yang terdapat di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan juga telur rebus. 


Akan tetapi terdapat juga penjual Nasi Lemak yang menyajikannya dengan lauk pauk lain contohnya sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya.




2. Roti Canai



Roti Canai merupakan sejenis roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Hidangan ini boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. 


Hidangan ini diperkenalkan oleh imigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Hidangan ini juga turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’, ini kerana proses pembuatannya memusingkan dan melemparkan doh ke udara sebelum di masak.


Pada kebiasaannya Roti Canai dimakan bersama kuah kari sama ada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Namun, terdapat  sesetengah orang yang gemar menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. 


Roti Canai juga bukanlah roti kosong semata - mata, ia juga mempunyai pelbagai cara hidangan yang lain mengikut namanya iaitu Roti Telur, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya. Terdapat juga Roti Tisu yang berbentuk seperti kon.



3. Char Kuew Teow



Char Kuew Teow merupakan makanan yang sangat popular yang boleh didapati di setiap pelusuk Malaysia. Ia bisanya digoreng dengan kepanasan tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.


Selain itu, bahan lain yang digunakan untuk digorengkan bersama Char Kuew Teow juga ialah telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini juga turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkat kan lagi aromanya.



4. Nasi Kandar



Nasi kandar merupakan hidangan yang berasal daripada Pulau Pinang dan merupakan hidangan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. 


Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Ia biasanya  dinikmati bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya.


Ia juga sering dihidangkan dengan sayur - sayuran seperti peria goreng, kubis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua rakyat Malaysia sangat menggemari Nasi Kandar ini tidak kira di mana sahaja.



5. Nasi Briyani



Nasi Briyani merupakan hidangan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan juga sayuran. 


Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.


Nasi Briyani ini juga terdiri dari pelbagai jenis seperti Briyani kambing, Briyani ayam, daging, cendawan serta Briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia namun terdapat juga beberapa restoran Melayu yang menyediakan hidangan ini.



6. Asam Laksa



Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.


Gabungan daripada dua unsur budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otak udang bagi menambah rasa yang lebih enak. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya di Pulau Pinang.



7. Teh Tarik



Teh Tarik antara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India. Malah, ia juga boleh di dapati di restoran-restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah kanak – kanak dan orang dewasa.


Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya. Serbuk teh yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat sering menambat hati masyarakat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan kole cukup memikat jiwa ramai orang.


Makanan di Malaysia memang banyak. Masing-masing mempunyai makanan kegemaran yang mengikut selera. Ada juga di kalangan pasangan yang punya makanan kegemaran berbeza. Namun begitu, ianya tak mendatangkan sebarang masalah. 


Nak makan menu apa sekalipun, food delivery dari Foodpanda sentiasa ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik mereka. Tak kira di mana lokasi, selagi ada servis Foodpanda, pelanggan dengan mudah boleh dapatkan makanan yang ingin di makan dengan cepat. 



Jika dulu perlu pandu sendiri untuk beli makanan tapi kini makanan sudah boleh datang secara terus dari restoran ke depan pintu rumah mengikut lokasi yang diberikan. 


Dengan adanya servis delivery makanan seperti Foodpanda ini, secara tidak langsung gaya hidup rakyat Malaysia semakin kelihatan moden dengan penjimatan masa tenaga dan sebagainya. 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.