Breaking

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, May 11, 2020

Monday, May 11, 2020

Menu Ramadan | Asam Pedas Petai Ikan Tenggiri


Assalamualaikum! Siapa peminat petai sila angkat tangan! Petai ni sedap makan pedas-pedas kan. Macam buat sambal petai. Tapi kali ni aku teringin nak makan asam pedas petai hehe. Sebenarnya, arini suh cik abg cari bendi, tapi katanya bendi tu dah lisut dan ada kesan orang patahkan hujungnya.

Ni nak bagitau, ada ustaz kabor (nama ustaz lupa dah) sebenarnya haram kita patahkan hujung bendi tu kalau tak jadi beli. Itu dikira sebagai merosakkan barang penjual. Tak boleh kita sesuka hati patahkan hujungnya kemudian letak balik dan ambil yang lain.

Cara aku pilih ialah dengan tengok pada saiz dan 'kelembutan' bendi tu. Aku suka pilih saiz sederhana dan kalau picit sikit dia lembut. Bendi besar-besar ni biasanya liat.


Tuesday, May 05, 2020

Tuesday, May 05, 2020

Menu Ramadan | Resipi Bubur Chacha


Assalamualaikum! Masa kecik-kecik selain bubur lambuk, inilah bubur yang menjadi kegemaran dan kewajipan setiap kali datang bulan puasa. Bubur chacha yang paling sedap dah tentu yang mak masak. Tapi anaknya tahu makan je masa tu hehe.

Untuk Ramadan tahun ini, aku kena buat sendiri sebab tak boleh balik kampung kan. Bukan aku tak nak buat dari dulu lagi, tapi peminat bubur chacha dalam rumah ni hanya aku sorang je. Bila teringin kita pun cari la kat bazar tapi hampa, tiap kali beli tiap kali tu lah tak menepati piawaian yang kita nak.

Ada yang kuah cair dan tawar. So, kali ni aku buat sendiri. Masak sikit tapi puas hati boleh makan ulang-ulang dan tahan 2-3 hari kalau letak dapat peti sejuk.



Friday, May 01, 2020

Friday, May 01, 2020

Menu Ramadan | Resipi Ayam Goreng Mamak


Assalamualaikum! Kali ni resipi dari air tangan cik abg. Dua hari pertama Ramadan dia masak aku tak amik gambar, merajuk terus dia sebab aku amik gambar menu aku masak je hehe. Ok ok, kali ni aku share resipi terus kat blog! Lagi pun benda sedap, kena la share kan ;)

Aku kalau goreng ayam salut kunyit je. Yang simple. Tapi cik abg suka salut tepung la, rempah la. Itu style dia goreng ayam. Kali ni dia masak ayam goreng mamak. Sebiji rasanya macam kat kedai mamak! 


Thursday, April 30, 2020

Thursday, April 30, 2020

Menu Ramadan | Resipi Sotong Sumbat



Assalamualaikum! Tiap kali Ramadan datang, menu sotong sumbat memang menjadi kewajipan buat keluarga Haji Hashim dan Mak Eton. Dari zaman budak-budak sampai dah kahwin anak dua sekarang ni, menu sotong sumbat memang antara makanan kegemaran aku ketika berbuka puasa. 

Ada orang panggil sotong sumbat ni ketupat sotong. Mana-mana pun boleh janji hasil kejadiannya sama hehe. Ni nak pecah rahsia, kita first time masak sotong sumbat ni (haha). Selama ni mak Eton yang masak, tapi sejak PKP ni takleh nak balik kampung kan, dah tu bulan puasa pulak nak tak nak kena masak sendiri la.


Wednesday, April 05, 2017

Wednesday, April 05, 2017

Resepi Mudah Mango Fruit Punch Guna Biji Mangga


Assalamualaikum!

Tak pernah tahu pulak biji mangga boleh dibuat air buah! Tapi yang aku tahu, biji mangga tu paling best digigit-gigit! Itu bahagian yang paling aku suka kalau makan buah mangga. Tambah kalau mangga tu manis semanis mangga harum manis ....fuhhh!

Hari tu aku tengok ada sorang akak ni dia buat air buah menggunakan biji mangga. Ingatkan dia dok kumpul biji mangga tu nak buang la. Rupa-rupanya dia nak buat air macam fruit punch tu ha!


Friday, November 18, 2016

Friday, November 18, 2016

Sandwich telur anak dara ...


Assalamualaikum!



Sejak balik dari aktiviti perkhemahan badan beruniform di sekolah, kakak tekad nak cuba resepi ni kat rumah. Banyak benda yang dia belajar dalam 2 hari 1 malam tu dan antaranya cara-cara nak buat sandwich telur. So, bila balik rumah dia tak sabar dah la nak try buat untuk ayah, ibu dan adik dia ;)

Memandangkan ini percubaan pertama kakak buat sandwich telur, maka kita bagi dia peluang conquer dapur malam tu hehe. Ibu dan adik hanya perhati dari tepi je la ye :)


Tuesday, November 15, 2016

Tuesday, November 15, 2016

Ayam Masala Cuping


Assalamualaikum!


Hai awak awak semua, masak apa tengah hari ni? Dah ada idea nak masak ape? Kalau takda meh la kita nak kongsi resepi ayam simple mimple punya! Yang bujang, yang dah berkahwin confirm insyaAllah boleh sukses kalau ikut resepi ni haha :D

Ayam Masala Cuping? Pernah dengar? ayam masala tu pernah dengar kan, tapi tang cuping tu tak pernah lagi dak hahaha. Sebenaqnya, resepi yang aku nak kongsikan kali ni bukanlah hasil air tanganku tapi hasil dari air tangan suamikuuuuuu haha.




Tengoklah kalau orang lelaki memasak .. memang kebabom dia punya masakan haha. Inilah dinner kami sekeluarga malam tadi. Yang kakak dan adik ayam goreng je, yang ayam masala cuping ni lauk kami berdua ;)

Cara memasak memang simple giler! Walaupun nama dia 'masala' tapi takda letak rempah apa pun, tapi sebab tuan punya resepi kata letak la 'ayam masala cuping', maka kita ikutkan je la ye hehe.

Bahan-bahanAyam bahagian paha, bawang merah 4 ulas, bawang putih 3 ulas, cili kisar, serbuk kunyit, air asam jawa, garam, gula, minyak masak

1. Basuh ayam dengan tepung, buang lendir dan dan toskan. Lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam

2. Panaskan kuali dengan minyak masak. Goreng ayam dulu sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan alihkan ayam ke dalam pinggan

3. Potong bawang merah dan bawang putih, goreng dalam minyak tadi sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kisar ikut sukatan korang (kalau nak pedas letak banyak sikit) dan kacau hingga pecah minyak

4. Masukkan air asam jawa dan kacau perlahan. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan perlahankan api. Masukkan ayam goreng tadi ke dalam kuali dan kacau rata

Amacam? simple kan! Tapi rasa dia sangat memuaskan hati dan perutku haha. Makan ngan nasi panas bersama lauk ni je ... alhamdulillah kenyang sampai ke Subuh hehe.

Sekali sekala suami masuk dapur ... memang 'meletop'! ^^


Selamat mencuba!


Tuesday, June 28, 2016

Tuesday, June 28, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Rangup



Assalamualaikum!


Korang suka petai? Korang suka sambal petai? Korang suka sambal ikan bilis petai? Maka kita gengggg! haha sep sikit :p 

Sambal ikan bilis petai ni memang boleh makan ngan apa pun! Makan ngan nasi boleh ..makan ngan roti banggali boleh .. makan ngan pau boleh ... makan ngan roti canai boleh ... ratah gitu je pun bolehhhh!

Ada kawan aku cakap makan petai ni time cuti hujung minggu je, sebab kat rumah mulut berbau petai pun orang tak tau hehe ... ye la, ikut keselesaan orang la kan. Yang penting jangan kasi orang bau tau hahaha :D

Jom skodeng resepi ;)




Sambal Ikan Bilis Petai Rangup

Bahan-bahan :

200gm ikan bilis - dikopek dua
cili kisar - sukatan ikut kesesuaian tahap kepedasan yang korang nak
3 ikat petai - dibelah dua
minyak untuk menumis
sedikit air masak
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan kuali. Goreng dulu ikan bilis yang telah dibersihkan. Bila dah keperangan sikit angkat dan letak dalam pinggan lain dulu.

2. Masukkan cili kisar dalam kuali dengan api sederhana. Kacau sehingga ia pecah minyak. Kemudian masuk sedikit air masak. Sedikit je ye, dalam 2 sudu je sebab aku takmo sambal tu jadi berkuah. Biarkan sambal tu mengering sikit. Sambil sambil tu kacau lagi.

3. Masukkan petai dan biarkan ia masak dalam 10 minit. Kacau perlahan sambil perlahankan api. Letak garam secukup rasa dan teruskan mengacau untuk mengelakkan ia melekat di dasar kuali.

4. Tutup api dan biarkan sambal petai itu menyejuk seketika dalam kuali. Lepas 5 minit macam tu, baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaul ratakan ia bersama sambal petai tadi.

5. Siap untuk dihidang!

Haaa mudah kan! Sebelum aku berjaya masak sendiri sambal ikan bilis petai ni, dah beberapa kali aku gagal sebenarnya! Tak sama macam yang mak masak ... ikan bilis rangup, sambal terasa dan sebagainya. 

Dulu sambal ikan bilis aku jadi lembik lepas campur ngan sambal. Bila makan macam ikan bilis tu dah lemau. Rupanyaaaaaaaa ... mak kata kena tutup api dulu biarkan sambal tu sejuk kejap, baru lah campur dengan ikan bilissssss haaaaaa mak duk dapur ko tak nak tengok mak masak ....! hahaha sorry mak :D

Bila dah pandai buat, memang syok la layan ngan nasi dan telur goreng dadar. Makan simple macam ni pun dah nikmat yang tak terhingga ye dop. Korang pun cuba la nanti yek :D

Selamat mencuba! ^^


Monday, June 27, 2016

Monday, June 27, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Ketiga


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu ke-tiga kita berpuasa. Minggu depan minggu terakhir sebelum masuk 1 Syawal. Dekat-dekat nak raya ni semakin tak bersemangat aku nak masak. Sebab asyik teringatkan mak dan abah di kampung. Sebab tu minggu lepas tak banyak juadahnya seperti 2 minggu sebelumnya.

Takpelah ... ini pun dah cukup alhamdulillah ...

Kalau 2 minggu sebelum tu aku obses dengan cendawan shitake, minggu lepas aku obses dengan petai pulak hehe. Cantik pulak petai kat kedai Zam tu, walaupun 3 ikat dia jual RM4 huhu ...



Sambal udang petai



Sup suhun



Telur goreng


Sambal hitam Pahang ... beli ngan mek Sue


Spaghetti goreng telur


Sambal ikan bilis petai


Sup ketam permintaan si sulung

Memula aku amik kepak ayam, ingat nak buat goreng berempah. Sekali aku gi buka peti ikan dan dia ternampak ketam hahaha. Langsung dimintanya buat sup ...dah lama tak makan ketam katanya. Last makan waktu kat kampung Wan masakkan. Kesian pulak dengar kisah sedih dia .... :p



Kuey tiow goreng takda sayur


Sotong goreng berempah



Bila dua beradik tu puasa penuh, apa diaorang nak makan insyaAllah ibu akan cuba usahakan masak. Tapi dengan syarat puasa penuh je! hehe ... 

Selain sambal udang petai dan sambal ikan bilis petai, semua tu makanan yang diminta oleh kakak dan adik. Syukur diaorang puas hati, walaupun ibu masak tak sesedap wan masak ...

Hurmm rindu wan ... T_T

Friday, June 24, 2016

Friday, June 24, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Mudah Sotong Goreng Berempah


Assalamualaikum!


Cuti minggu lepas kakak request nasi lemak lagi untuk berbuka. Hari tu aku masak, dia punya makan perghhh menambah sampai 3 kali! Serius aku tak tipu ... kakak kalau dia suka satu satu makanan tu dia akan tambah berkali-kali sampai kenyang. Takut pula aku tengok dia makan ..macam nak meletop perut tu dah hehehe ...

Tapi aku tak buat sebab hari tu dah masak lauk lain untuk berbuka. So, semalam la aku masak. Turun je dari bas terus berdesup ke kedai runcit beli bahan-bahan nak buat nasi lemak. Dalam kepala ni dah terbayang sambal sotong ... tapi sambal anak-anak tak makan pulak! Nampak kaler merah konfirm diaorang tak sentuh punya. Sekali aku nampak ....P.E.T.A.I!

Wahhhh petaiiiiiii ...haaaa aku ada idea! Apa kata aku masak sambal ikan bilis petai dan sotong goreng berempah! Nasi lemak kalau takda sambal tak best betoi dak! Sotong goreng berempah tu pulak tak pedas, memang sesuai untuk budak-budak ni makan! Haaaaaaa .... geliga jugak otak ko Nim! hahahaha :p

Sambal petai ikan bilis tu nanti aku cerita lain, sekarang jom skodeng resepi sotong goreng berempah aku ni ;)




Sotong Goreng Berempah

Bahan-bahan :

5 ekor sotong - saiz sederhana besar
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 paket rempah ikan - aku guna rempah TANJONG
1 biji tomato - dipotong 8
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa


Cara-caranya :

1. Bersihkan sotong dan potong pada bahagian yang lebih kecil. Kalau korang suka telur sotong, boleh masukkan sekali. Panas kuali dengan minyak pada api sederhana, tumis dulu bawang besar dan cili merah sehingga naik bau

2. Sementara tu, gaulkan sotong dan rempah ikan dalam satu bekas. Ratakan rempah di seluruhnya, tak perlu tambah air tau biar dia melekat kat sotong. Bila bawang dah keperangan sikit, masukkan sotong yang dah digaul tadi ke dalam kuali dan kacau rata

3. Bila dah sebati, tambah sedikit je air masak untuk kasi berair sikit. Tambah sikit je jangan banyak tau! Masukkan tomato dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih dan sotong masak

4. Tutup api dan siap untuk dihidang!

Ringkas kan! Orang bujang pun boleh buat lauk ni. Makan ngan nasi kosong pun boleh tau. Kalau korang taknak guna sotong, boleh guna udang atau ayam. Semalam aku bagi kakak cuba makan sotong ni ngan nasi lemak ... perghhh takut tengok dia makan hahaha malam tu kul 10 dia repeat makan nasi lemak dengan lauk ni lagi .... heeee :D

Selamat mencuba! ^^

Thursday, June 23, 2016

Thursday, June 23, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Kari Ikan Pari Style Mamak


Assalamualaikum!


Dari kecil kalau mak masak kari apa pun, mesti letak santan. Mak kata tak letak santan tak sedap! haha memang betul mak, sebab kami sekeluarga dah terbiasa makan kari yang ada santan kelapa. Tapi bila dah kahwin dengan orang utara, baru tahu diaorang masak kari tak guna santan! huhu ....

Aku cakap ni jangan gelak pulak ye, tapi kalau mamak masak kari tak letak santan aku boleh terima lagi, cuma tak pernah lagi jumpa Melayu masak kari tak guna santan hahaha. Dah kahwin baru tau keluarga mertua makan kari tak letak santan hahahaha ...adehhh. Aku ingat lagi kali pertama tengok kak ipar aku masak kari ikan kepala nyut nyut masuk bawang masuk rempah masuk ikan tapi takda santan! Alamakkk ..sedap ke tak letak santan ni? Cayaq semacam je kuah dia. Tapi bila aku makan ... fuh terangkat kari dia! :)

Biasa kalau masak kari ikan takda santan ni, aku serahkan aje pada suami tapi hari tu aku nak cuba sendiri la masak kari style mamak ni ... jom kita skodeng resepi! ;)




Kari Ikan Pari Style Mamak (Takda Santan)

Bahan-bahan :  

800gm ikan pari - dipotong kepada beberapa bahagian
5 biji bawang merah - dihiris halus
5 biji bawang putih - dihiris halus
2 tangkai daun kari (aku tak guna daun kari sebab terlupa nak beli hahaha)
1 biji tomato - dipotong 4
7 batang bendi (boleh guna terung) - dipotong kepala dan ekornya
1 1/2 paket rempah kari ikan - aku guna rempah BABAS
3 sudu rempah serbuk cili - aku guna rempah BABAS
1 asam keping
air masak
minyak untuk tumis
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih bersama dengan daun kari sampai naik bau. Sementara tu sediakan rempah kari dan serbuk cili dalam satu bekas dan dicampur dengan sedikit air

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan campuran rempah dan serbuk cili dan gaul rata dalam api sederhana. Kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan pari yang telah dibersihkan dan ratakan perlahan-lahan. Sebatikan rempah dengan ikan

3. Campurkan air masak ke dalam periuk dan kacau lagi. Korang agak-agak la nak kuah banyak mana supaya sesuai dengan kepekatan rempahnya. Masukkan bendi dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan asam keping dan tambah garam secukup rasa. Bila bendi dah lembut boleh tutup api. Masukkan tomato dan siap dihidang untuk berbuka!

Aku suka guna ikan pari sebab ikan ni takda tulang halus. Anak-anak suka makan sebab isinya lembut dan tebal. Paling best aku tak perlu menyiang perut ikan hahaha... Lauk pun jadi lebih tahan lama sebab tak guna santan kan. 

Alhamdulillah percubaan pertama aku masak kari ikan takda santan menjadi! Sedap dimakan dengan nasi panas dan telur dadar goreng ....fuh korang try masak yek ;)

Selamat mencuba! ^^


Tuesday, June 21, 2016

Tuesday, June 21, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Ayam Masak Kurma


Assalamualaikum!


Lama bebenor tak masak lauk kurma ni! Anak mintak sup ayam, tetiba datang idea nak buat ayam kurma. Hari tu aku buatkan diaorang meehoon sup .. diaorang punye melantakkkkkk perghhh ... haha tapi, alhamdulillah seronok tengok diaorang berselera makan walaupun bila aku makan rasanya biasa biasa jek! Entah apa yang kebabom ntah ... tapi tu la budak kan, kalau diaorang kata sedap tu maka memang sedap la aku masak kan hehehe ...

Ayam masak kurma ... hurmm, lama tak makan masakan mak. Feveret aku ni .. eh apa saja yang mak masak memang aku tak tolak. Kecuali gulai telur itik .... sorry i is diet today hohoho :p memang aku takleh masuk lauk yang satu tu huhu ...

Dah dah moh kita tengok resepinye ;)



Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan :

Ayam mentah - separuh bahagian (aku amik 2 bahagian paha)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih - dihiris halus
halia sebesar ibu jari - dihiris halus
3 biji cili hijau - dibuang bijinya
1 paket serbuk Kurma - aku guna Faiza Kurma Powder
1 biji kelapa - diperah 2 kali untuk santannya
1 biji kentang - dipotong 8
1 biji tomato
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan periuk dan letak minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih. cili hijau dan halia sehingga naik bau. Kacau dengan api sederhana

2. Masukkan rempah Kurma yang dicampur dengan sedikit air. Kacau rata sehingga ia pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi

3. Kacau ayam untuk ratakan dengan rempah. Kemudian, masukkan santan ke dalamnya. Santan ni dari 1 biji kelapa, aku perah 2 kali. Kacau rata dan biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan kentang dan kacau lagi kuahnya. Masukkan garam secukup rasa dan boleh tutup api

5. Masukkan tomato dan sedia dihidang! Aku masukkan tomato ni last sebab takmo ia hancur dalam kuah kurma. Kalau korang nak masukkan sekali ngan kentang tadi pun boleh.





Alhamdulillah suka nau budak-budak tu makan lauk ayam kurma ni. First time diaorang makan masakan ayam kurma aku ... dan berjaya menambat hati! Kakak menambah-nambah makan ... adik terangguk-angguk cakap sedap buuuu sedapppp ...hurmm budak tak suka makan pedas gini leeeeee hehehe ....

Selamat mencuba! ^^


Monday, June 20, 2016

Monday, June 20, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Kedua


Assalamualaikum!



Dah masuk minggu ke-2 Ramadan dah kita ye, begitu pantas masa berlalu tup tup kita dah berada di pertengahan Ramadan. Amacam puasa anak-anak kita? Kakak dan adik biasa lah ... ada on ada off hehe, tapi bolehlaaa dari ibu dulu yang bila masuk je tenghari mula la masuk bilik air nak 'mandi'. Bila wan tanya kenapa nak mandi, ibu jawab 'panas' walhal .... sambil jirus air mulut dah ternganga hahaha :p

Alhamdulillah, momentum memasak untuk berbuka puasa dapat dikekalkan minggu lepas. Tambah bila anak-anak bersemangat berpuasa sampai petang, ibu lagi bersemangat nak masak untuk diaorang.




Asalkan bahan-bahan ada, semuanya ok! Dalam kepala dah terbayang apa nak dimasak untuk berbuka kang, dan kalau bahan tak cukup, turun je bas terus singgah kedai beli apa yang patut. Balik keje terus selinsing lengan dan masak!



Sardin cincuan


makan ngan nasi lemak ...yummy!



ayam goreng untuk kakak dan adik since diaorang tak makan sardin cincuan :D



sirap biji selasih n memang nostalgia betul la. Ibu punya feveret ni!


Laksa Thai beli kat opis


Bendi goreng shitake. 
Ni resepi main 'belasah' je namanya, sebab teringin nak makan shitake tu :D



sambal telur makan ngan apa pun sodap!


buat mihun sup untuk dua beradik tu, menambah-nambah diaorang makan! :D


bubur lambuk pengasuh bagi. Terima kasih kak Liza ^^


tekak western pula dah hahaha .... spaghetti carbonara :)


bubur lambuk kg. baru. Banyak betul daging dia kali ni!


western + Melayu = mantoppppp!



sambal ikan bilis petai. Kakak cakap makruh ibu makan ni time bulan puasa. Ye la, tapi dah ibu takleh tahan tengok petai kat kedai Zam tu ehehehe :p



ikan pari goreng


ayam masak kurma


kari ikan pari tanpa santan 


meehoon goreng ada fishball dan udang jek ;p


Tu je lah menu berbuka dan sahur kami dari Isnin sampai Ahad lepas. Minggu ni tak tau nak masak apa, nak gi intai-intai resepi la kat blog kengkawan nanti ;)




Friday, June 17, 2016

Friday, June 17, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Air Nanas


Assalamualaikum!


Selalu orang dilema nak masak apa untuk berbuka, aku pulak dilema nak buat air apa untuk berbuka kang hehehe. Air pun memainkan peranan yang penting tau, air tak sedap tawar memang takkan habis la jawabnya. So, fikir punya fikir apa kata aku buat air nanas sendiri untuk berbuka nanti? ;)

Buah nanas aku tak berapa suka sangat, tapi air nanas ... memang kegemaran aku sejak kecil lagi. Mudah, tahan lama dan sedap pulak tu! Terima kasih pada mak aku kerana menunjukkan cara-cara membuatnya. Walaupun anakmu ini selalu mengelat nak belajar buat, tapi akhirnya berbaloi juga percubaan pertama ku ini! hehe ...





Air Nanas

Bahan-bahan :

1 biji nanas - jangan pilih yang dah kuning/masak 
1 sudu bunga cengkih
1 paket gula
ais ketul

Cara-caranya :

1. Buang kulit nanas, bersihkan dan potong bentuk dadu kecil. Isi air dalam periuk, masukkan nanas yang telah dipotong tadi dan rebus sehingga mendidih

2. Toskan nanas dan buang air rebusan tadi. Isikan periuk dengan air paip yang baru dan biarkan di atas api sederhana kuat. Masukkan bunga cengkih dan gula. Kacau sehingga menjadi air gula. Gula ikut sukatan mana korang suka, nak manis letak lebih

3. Tutup api. Biarkan air gula menyejuk seketika. Bila dah suam suam tu, tuang air gula dalam jag yang berisi nanas tadi. Air nanas ni boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, hanya tuangkan aje ke dalam jag lain atau gelas dan tambahkan ais jika nak minum sejuk.

Kalau korang tak suka minum sejuk, boleh diminum suam suam juga. Tuang separuh air nanas dalam gelas dan tambah air masak sikit kalau rasa manis sangat. Sedaapppp insyaAllah :)

Selamat mencuba! ^^

Wednesday, June 15, 2016

Wednesday, June 15, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Sardin Cincuan


Assalamualaikum!


Ada masa aku buntu tak tau nak masak apa untuk berbuka. Takmo la singgah bazar hari-hari weh ... senang memang senang, main tunjuk tunjuk pastu bayar. Balik rumah takyah masak, hidang dalam pinggan terus mengadap tv tunggu waktu berbuka. Hari-hari kalau diamalkan macam ni mau tak balik kampung aku nanti huhu ..

Aku memang nak masak so kena fikir gak ape benda makanan yang senang dan cepat untuk disediakan. Lama dok termenung ... tetiba datang idea ni! Ahaaaa aku dah dapat! Nasi Lemak Sardin Cincuan. Nasi lemak tu ramai yang dah tahu cara membuatnya kan, so aku nak kongsikan lauknye aje la ye .... Sardin Cincuan ^^

Korang suka makan ikan sardin tak? Bagi yang suka bolehlah try resepi ni untuk berbuka atau sahur nanti. Senang je ... mudah je ... tapi sedaaappppp! hehe




Sardin Cincuan

Bahan-bahan :

1 tin ikan sardin - aku beli cap Ayam Brand
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji kentang - dipotong panjang
3 biji cili padi - diketuk
halia -  sebesar ibu jari
air asam jawa - agak2 nak kuah banyak mana
minyak masak
garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Panaskan periuk dan tuang minyak. Tumis bawang besar, halia dan cili padi sehingga naik bau wangi. Masukkan kentang dan kacau dengan api sederhana

2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya ke dalam periuk. Kacau perlahan

3. Masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biarkan ia mendidih seketika sehingga kentang tadi lembut

4. Letak garam secukup rasa. Siap untuk dihidang! ^^


Haaaa senang je kan! Yang suka tomato boleh tukarkan dengan kentang. Yang nak kuah banyak boleh tambahkan sedikit lagi air. Sardin Cincuan ni aku buat lauk untuk nasi lemak gantikan sambal. Universalnya Sardin Cincuan ni, ia boleh 'masuk' dengan apa saja makanan. Dan 'regu' bagi Sardin Cincuan ini ialah telur dadar! Ada dua lauk ni, aku tak pandang lain dah ... cukuplah dengan nasi panas panas perghhhh menambah-nambah aku makan! hehe ...

So korang jangan lupa masak yek. Selamat mencuba! ^^


Tuesday, June 14, 2016

Tuesday, June 14, 2016

Lauk Ramadan - Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak


Assalamualaikum!


Masakan paling best ialah asam pedas! Sebagai seorang yang berdarah campuran Melaka dan Negeri Sembilan, masakan asam pedas memang dah sinonim dengan aku sejak dari kecil lagi. Start aku makan asam pedas mak masak la, aku mula tertarik dengan lauk pedas!

Paling best kalau mak masak asam pedas ikan parang atau ikan pari. Perghhh ... dia punya kelazatan dan kemanisan isi ikan tu memang tak boleh nak cakap lah! Pakwe lalu belakang pun ko tak sedar hehehe. Tapi, aku suka kalau masak asam pedas guna satu lagi jenis ikan ni ...ikan jenahak! Haaaaa cara masak aku sempoi biasa biasa je, bahan-bahan pun ringkas sebab masa aku masak ni terlupa nak beli hehe,.

Pun begitu, rasa dia meletop! Wahhhh masuk lif tekan sendiri nampak ye Nim ... hahahaha ok la sebelum ada yang kecam aku puji makanan sendiri baik aku mulakan!




Asam Pedas Ikan Jenahak

Bahan-bahan :

ikan jenahak - aku amik bahagian perut hingga ekor
bawang merah 5 biji - ditumbuk halus
bawang putih 5 biji - ditumbuk halus
sedikit halba
3/4 cawan cili kisar - bergantung kepada tahap kepedasan cili kisar
7 batang bendi - potong kepala dan ekor
segenggam daun kesom
1 sudu gula
1/2 mangkuk air asam jawa
1 biji tomato - potong 4 (kalau suka tomato, boleh letak lebih)
garam secukup rasa

Cara-caranya :

1. Cuci ikan sebersihnya dan toskan airnya. Panaskan periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halba dan daun kesom. Kacau dengan api sederhana

2. Bila dah naik bau wangi, masukkan cili kisar dan kacau lagi sampai pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa ke dalam periuk. Sukatan air dalam periuk aku hanya separuh saja. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika

3. Masukkan ikan dan bendi. Jangan kacau ikan tu, tapi kacau kuahnya sahaja. Ikan ni isi lembut, jadi kalau kita kerap kacau atau alihkan ia, nanti isinya hancur. Biarkan ia mendidih seketika

4. Masukkan gula dan garam. Aku tak masukkan asam keping, sebab air asam jawa tadi pun dah cukup 

5. Bila bendi dah lembut, tutupkan api. Potong tomato dan masukkan dalam kuahnya. Aku letak akhir sekali sebab takmo tomato ni hancur dalam kuah

6. Siap untuk dhidang! 


Kalau korang tengok aku tak letak serai, bunga kantan, daun limau purut ... hanya daun kesom. Sebab apa? sebab aku terlupa nak beli .... hahahaha :D

MasyaAllah memang berbaloi aku beli ikan jenahak ni, manis rasa isinya dan terasa kuah asam pedas tu bila dimakan dengan nasi panas panas ... wowwww! Nak makan untuk berbuka pun boleh, nak buat lauk untuk sahur pun syok! Orang bujang pun boleh masak ni .... sapsapsoi! haha

Selamat mencuba! ^^

Tuesday, June 14, 2016

Juadah Berbuka & Sahur Minggu Pertama!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita berpuasa yek. Orang lain semalam makan apa, hari ni dah update kat blog. Aku je yang tunggu seminggu baru nak update ni ha hahaha. Bukan ape, senang sekali harong je tepek gambar makanan kat sini. Senang cerita ye dop :p

Minggu pertama puasa ok la ... syukur dapat memasak untuk keluarga. Walaupun ada menyinggah di bazar ramadan tapi aku tetap memasak kat umah. Sebab kat bazar tu bukan semua makanan yang boleh buat aku telio hehehe. Kalau gi bazar, aku beli makanan yang tertentu je yang diperakui kesedapannya dan berbaloi dengan duit!

Kalau tak ... sorry ar, aku masak lagi baik!

Day 1 - Aku goreng cucoq dan meehon goreng. Manisan makan Halawa beli kat kedai Arab bulan lepas hehe.



Thursday, June 09, 2016

Thursday, June 09, 2016

Lauk Ramadan - Resipi Mudah Sambal Telur


Assalamualaikum!


Alhamdulillah dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Dah ada idea nak masak apa untuk berbuka dan bersahur kang? Bagi yang suka lauk simple menggunakan bahan yang memang dah sedia ada di dapur, mungkin boleh cuba masak lauk ni. Anehnya, bukan aku yang masak lauk ni tapi disebabkan kesedapannya sehingga menjilat pinggan, maka rugila tak share sini hehe ....

Tak kira la sahur ke berbuka ke, aku lebih suka makan yang simple simple aje sekarang ni. Kadang-kadang sahur pun aku tak makan nasi, aku buat roti benjo je. Anyway, Pak Jelan dah lama tak masuk dapur. So hari tu, tergerak pulak dia nak memasak di dapur. Baguslah ... di bulan Ramadan yang mulia ni suami kena banyak masuk dapur tolong isteri masak sediakan makanan. Lepas tu kena tolong basuh pinggan, baru lah isteri bertambah sayang ... hikhikhik!




Sambal Telur

Bahan-bahan :

2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
2 biji telur
cili kisar (agak-agakla banyak mana korang nak)
sedikit air asam jawa
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

Caranya :

1. Mula-mula tumbuk bawang kecil dan putih bersama dalam lesung batu. Pastu masukkan cili kisar dan golek lesung tu bersama dengan bawang yang ditumbuk tadi.

2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Masukkan campuran cili kisar dan bawang yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik minyak. Gaulkan ia dalam api sederhana.

3. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau perlahan-lahan bersama dengan sambal tadi. Jangan kacau laju sangat, nanti telur tu jadi tak 'cantik' pulak. 

4. Letak air asam jawa sikit dan garam secukup rasa. Kacau untuk beberapa ketika dan kemudian padamkan api. Siap untuk dhidang!

Alhamdulillah .... marveles sambal telur ni! Boleh tahan air tangan suami ye :D Menambah-nambah makan ngan nasi putih panas panas. Nak lagi sedap boleh tambah kentang. Boleh juga cicah dengan murtabak ke atau cucuq udang ke atau sapu kat roti macam tu je! Mudah sangat, korang boleh masak pagi nak sahur tu jugak hehe. 

Selamat mencuba! ^^

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.