Breaking

Showing posts with label SCS. Show all posts
Showing posts with label SCS. Show all posts

Friday, June 26, 2015

Friday, June 26, 2015

Aidilfitri Berseri Dengan Variasi Semperit Raya!



Assalamualaikum!


Kuih semperit dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan! Bagi penggemar semperit, juadah kuih semperit di pagi lebaran pasti ditunggu-tunggu kerana kelazatan dan aromanya yang membangkitkan nostalgia semperit yang kekal segar legasinya sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu!

Ramadhan ini, kuih semperit menemui sentuhan baru namun masih mengekalkan keasliannya. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resepi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.




Hidupkan suasa dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat semperit melalui resepi-resepi yang telah dipertingkatkan. ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat.

Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.

Tanpa berlengah masa, mempersembahkan resepi ekslusif mentega SCS untuk menceriakan Hari Raya anda dan menambat selera seisi keluarga. Pakaikan apron dan cubalah resepi baru ini!




Jangan lupa mencuba resepi menarik sempena Hari Raya ni ye! Pastinya Aidilfitri kita lebih ceria dan bermakna dengan juadah kegemaran ramai ...insyaAllah ^^

Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resepi-resepi kuih khas berasaskan mentega SCS, boleh layari Facebook SCS untuk resepi atau saluran Youtube kami. Buku resepi untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. 

Dan, berita baik untuk semua, menjelang Jun 2015 SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook https://www.facebook.com/scsdairymalaysia.



SELAMAT MEMBUAT KUIH SEMPERIT
DAN
SELAMAT HARI RAYA!

Wednesday, June 24, 2015

Wednesday, June 24, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT NUTTY


Assalamualaikum!


Bagaimana dengan persiapan biskut raya korang? Dah cukup ke belum? Belum cukup? Takpe, aku ada resepi biskut raya baeeeekkkk punya untuk korang cuba. Yang ni, khas untuk peminat kacang boleh lah mencubanya di rumah.

Get set ... sedia ... amik resepi! ^^




SEMPERIT NUTTY

Bahan-bahannya :

700gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1/2 sudu teh Esen Vanilla
160gm Tepung Gandum
65gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
130gm Mentega Kacang
80gm Kacang Berlapis Gila, dikisar
1 biji Telur


Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit.

3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh di dalam peti sejuk.

4. Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang ke atas salah satu bahagian doh. kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

5. Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan kacang yang telah dikisar.

6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit atau sehingga masak.



Selamat Mencuba!
^^

Tuesday, June 23, 2015

Tuesday, June 23, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT ORANGE SURPRISE


Assalammualaikum!


Are you ready for the next recipe? hehe. Kali ni aku nak masukkan elemen 'kejutan' oren dalam biskut raya korang. Rasa sensasi oren dalam setiap gigitan pasti korang takkan lupakan! Wahhh gituu ...haha!

Dah dah, jom start with the recipe shall we ^^




SEMPERIT ORANGE SURPRISE

Bahan-bahannya :

200gm SCS Mentega Bergaram
85gm Gula Aising
35g Telur
6 sudu teh Jus Oren Pekat
20gm Parutan Kulit Oren
200gm Tepung Gandum
70gm Tepung Jagung
70gm Tepung Kastard
40gm Gula Berwarna Oren
40gm Gula Berwarna Merah


Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula asing sehingga kembang. Campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren.

2. Campurkan tepung-tepung ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh ke dalam "piping bag".

3. Paipkan huruf "8" dan hias dengan gula manik berwarna oren dan merah. Bakar pada suhu 180°c selama 18 minit atau sehingga masak.




Selamat Mencuba!
^^

Friday, June 19, 2015

Friday, June 19, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT HAZEL NUT & COKLAT


Assalamualaikum!


Tak lengkap rasanya kalau biskut raya takda rasa coklat kan! Tambah kalau biskut tu boleh cicah dalam limpahan pekat coklat yang berkilat-kilat ...perghhhh! Resepi seterusnya ni, memang mudah untuk diikuti. 

Jom chef-chef muda ... kita mulakan sekarang! ^^




SEMPERIT HAZEL NUT & COKLAT

Bahan-bahan :

200gm SCS Mentega Bergaram
75gm Gula Aising
1 biji Telur Kuning
1/4 sudu teh Esen Vanilla
140gm Tepung Gandum
80gm Serbuk Kacang Hazel
60gm Tepung Jagung
100gm Tepung Kastard
150gm Kacang Hazel (atau mana-mana sos atau sapuan kegemaran, dihidang)

Cara-caranya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan telur kuning dan esen vanilla.

2. Campurkan tepung gandum, serbuk kacang Hazel, tepung jagung dan tepung kastard. Mengguli sehingga menjadi doh.

3. Masukkan doh ke dalam "piping bag". Paipkan doh dengan jalur panjang kira-kira 4cm.

4. Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit atau sehingga masak.




Mmmm ..nyummm nyumm. Sedia dicicah ke dalam coklat lembut penuh berkrim! Semperit Hazel Nut & Coklat ni memang kegemaran kakak dan adik. Kalau dapat sebalang, malam tu jugak dihabiskannya! Tak sempat tunggu pagi Raya hehehe.


Selamat Mencuba!
^^

Wednesday, June 17, 2015

Wednesday, June 17, 2015

Biskut Raya 2015 : SEMPERIT CAPPUCINO


Assalamualaikum!


Memasuki Ramadhan al-Mubarak, pasti ibu-ibu mula sibuk menyiapkan juadah biskut untuk Hari Raya. Ataupun ada yang nak menambah koleksi biskut raya sikit-sikit ke .... hehe.

Macam biasa, setiap tahun mesti ada resepi terbaru atau yang sedap teringin nak dicuba bukan? Haaa ni aku ada resepi biskut yang pasti akan jadi kegemaran korang di pagi Raya. Suruhlah mak korang buat ke, atau korang sendiri ... terutama yang anak dara tu boleh try resepi mudah ni ...!




SEMPERIT CAPPUCINO

Bahan-bahan :

240gm SCS Mentega Bergaram
80gm Gula Aising
1 sudu teh Esen Vanila
4 sudu teh Pes Kopi/ Emulco
220gm Tepung Protein Rendah
80gm Tepung Jagung
25gm Serbuk Badam
70gm Cincangan Badam
70gm Cip Coklat


Cara-cara Membuatnya :

1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pes kopi/emulco.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam. Campur sehingga sebati.

3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.

4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. Hias dengan cincangan badam dan cip coklat.

5. Bakar pada suhu 180°c selama 18 minit atau sehingga masak.



Tadaaaaa!


Semperit Cappucino ni paling aku suka! Pada yang nak mencuba resepi mudah, ni aku ucapkan selamat mencuba! ^^


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.