Breaking

Showing posts with label Segmens and Giveaways by NK. Show all posts
Showing posts with label Segmens and Giveaways by NK. Show all posts

Thursday, March 05, 2015

Thursday, March 05, 2015

Pemenang Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit


Assalamualaikum!





Minggu lepas telah berlangsungnya Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit. Alhamdulillah, walaupun tempoh GAnya pendek aje, tapi syukur dan terima kasih aku ucapkan pada yang sudi support dan join. So, takmo buang masa .. jom kita chekidaut nama-nama pemenangnya! Yeahhh .....!

Oh sebelum aku umum pemenangnya, aku nak umumkan jawapan TEPAT bagi 3 soalan yang dikemukakan. Senang giler punyer soalan ... tengok gambar dah tahu jawapannya kannnn!

Jawapan 3 menu Delifrance :

1. Meatball Pasta
2. Chicken Crois-Bread
3. Provencal Lamb Shoulder


Yeaaaaa! ada sapa-sapa jawab betul seperti diatas? Meh kiter tengok sapa yang kenaaaaaaaaaa! ^^


Pemenang 5 keping Voucher Delifrance:
  1. irra yyan
  2. Miss Moon
  3. Diana Rashid
  4. NA
  5. Cikna
  6. IbuNoey
  7. vANniLLa cHoCoLaTe

Tahniah dan tahniah kepada semua pemenang! Actually, jawapan cik 
vANniLLa cHoCoLaTe sedikit 'tersasar' tapi still aku nak hadiahkan voucher Delifrance sebagai tanda penghargaan dan support beliau terhadap GA aku kali ni. 

Kepada semua pemenang di atas, sila pmkan butiran peribadi berikut secepat yang mungkin di fb. Korang boleh pm kat fanpage Nukilan Kenit (lihat kat sidebar) atau kat personal fb aku (HanimHashim). Yang mana satu pun boleh, nanti aku akan sentiasa check dari masa ke semasa.

Aku harap korang dapat berikan butiran peribadi secepat mungkin supaya aku boleh pos serentak kesemua voucher tersebut. 

Pemenang Simple Delifrance Giveaway

Nama :
Alamat :
No. tel : 

Again terima kasih sumer pada yang sudi support dan join. Terima kasih Delifrance and love you all! ^^



   

Tuesday, March 03, 2015

Tuesday, March 03, 2015

Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit


Assalamualaikum!



*Skrol bawah untuk baca entri baru*


Yeaaaa! Akhirnya sampai juga mood nak buat giveaway sulung tuk tahun 2015 ni! haha. Dah nak habis bulan Februari baru la terhegeh-hegeh nak buat 1st giveaway ye Nim ... ish ish ish. Eh takpe .. better late than never kannnn ngeeee :D

Anyway, giveaway aku kali ni ditaja oleh Delifrance Malaysia dan macam orangnya jugak .. giveaway aku simple bangetttt! hehe. Hari tu kan aku ada buat kongsikan menu terbaru yang gempak habis di Sedap & Terbaru Di Delifrance! So, hari ni aku nak kongsikan pula peluang keemasan korang memenangi hadiah dari Delifrance. 





Syaratnya? sapsapsoi je maaaa!


Ready?? 


(1)



(2)



(3)




Haaaaa amacam? boleh jawab tak? hehe. Sapsapsoi je ni! Kalau nak jawapan ekspress aku boleh bagi! Korang rujuk di Sedap & Terbaru Di Delifrance! kat situ ada gambar siap ngan jawapannya sekali! Konfirm korang lulus 3 soalan ni hehe.

Tapi ingat! NAMA MENU MESTI BETUL DAN TEPAT!

Dah konfirm jawapannya, korang bolehlah tinggalkan jawapan di ruangan komen. Contohnya macam ni :

Jawapan 3 menu Delifrance :


1.
2.
3.

Dok soseh soseh pasal GA ni, terlupa pulak nak kabor pasal hadiahnya hehe. Aku menanti 8 orang pemenang bertuah, dan setiap seorang bakal memenangi 5 keping voucher Delifrance! Sekiranya terdapat lebih dari 8 orang pemenang, aku akan cabut guna Random.org ok! ^^

Sapa-sapa pun boleh join giveaway ni. Blogger atau tidak, korang adalah amat dialu-alukan. Tapi, kena alert la dengan pengumuman pemenang nanti, takut ada yang terlepas pandang huhu.



Tarikh Tutup GIVEAWAY : 3 MAC 2015


Jawapan tidak akan disiarkan sehingga tiba TARIKH TUTUP. Ini adalah untuk memastikan tiada sesiapa meniru dalam 'kelas'! haha. So, jawab bebetul yek! ^^ 



ALL THE BEST! ^^


UPDATE : Alamakkkk ... terrrpublish pulak jawapan dari kawan-kawan kiter hehe. Salahkan jari ni ye! Mintak ampunnnnn :D



Monday, August 25, 2014

Monday, August 25, 2014

Peluang Anda Miliki Produk Ecover!


Assalamualaikum!


Sejak aku buat review mengenai produk Ecover dan adakan kontes serentak di blog, banyak respon positif yang aku dapat tentang produk Ecover ni.

Sebagai menghargai pembaca² Nukilan Kenit, Ecover sekali lagi bermurah hati nak memberikan korang korang dan korang yang bertuah untuk mencuba sendiri produk pembersih Ecover 100% dari sumber alam semulajadi ....for FREE!!! Hoh, ohsem giler kan!! kan!! kan!! hahaha :D

Bagi korang yang baru pertama kali nak mencuba produk Ecover, inilah peluangnya! Just lengkapkan google form di bawah entri ni dan 30 ORANG PERTAMA yang berjaya melengkapkannya bakal memiliki 100ml sampel cecair pembersih ECOVER secara PERCUMA!! Korang yang tak menang kontes bersama Ecover hari tu pun boleh mencuba! ^^





Haaaa cantik tak banner yang aku buat ni? hahaha. Penat aku design ni dik non! kasila tepukan gemuruh kuat sikit hehehehe. Aku dan Ecover dah bersemangat nak bagi korang FREE produk Ecover ni tau. InsyaAllah korang akan berpuas hati dengan hasilnya.

Cakap pasal puas hati, aku ada baca beberapa feedback dari rakan yang telah memenangi kontes bersama Ecover ni. Antaranya, korang boleh terjah SINI dan baca pengalaman beliau sendiri bersama Ecover! ^^

So, ape tunggu lagi guys! isikan butiran korang dalam google form di bawah ni sekarang dan kalau sudi komen "saya dah isi!" kat ruang komen entri ni. Tapi, ini khas untuk pembaca di Malaysia je tau, kalau tak jenuh pulak Ecover nak uruskan postage untuk yang jauh-jauh nun hehehe.

Harus diingat, tarikh penebusan adalah SEHINGGA 31hb Ogos 2014 atau cukup 30 orang yang melengkapkan google form di bawah. Lepas tu, aku tutup borang ^^


Thanks for your support! ^^


Boleh juga klik SINI dan isi butiran anda! ^^


Friday, July 18, 2014

Friday, July 18, 2014

Tahniah Pemenang Giveaway ECOVER! (^_^)


Assalamualaikum!

Alhamdulillah kurang 10 hari lagi kita nak beraya, moga persiapan raya korang berjalan lancar hendaknya. Walaupun dalam seronok-seronok nak sambut raya tu, jangan kita lupakan saudara-sadara dan rakan-rakan kita yang baru kehilangan orang tersayang dalam bulan yang mulia ini.





So, anyway hari tu kan aku ada buat review produk ECOVER ni kan. Wahhhhh! memang marveles yo! Dan sebagai menghargai pembaca-pembaca setia Nukilan Kenit, ECOVER telah bermurah hati menaja hadiah untuk simple GA aku kali ni.

Terima kasih ECOVER! (^_^)

So, shall we start? hehe. Macam yang aku cakap sebelum ni, aku akan memilih 3 pemenang bertuah dengan komen yang paling kreatif dan bernas. Siapakah pemenang itu???

Pemenang GA ECOVER


Kisah Si Diary

Saya pilih Cream Cleaner untuk membersihkan dapur yang sentiasa kotor selepas sahaja memasak..Dengan adanya Cream cleaner nie,tidak perlu lah lagi untuk menyental saki baki kotoran di dapur dan menjimatkan masa bagi wanita bekerjaya seperti saya.Dapur yang bersih mampu memberikan semangat untuk saya menghasilkan sajian yang terbaik untuk keluarga.


Nor Nazliana

Saya pilih Lemon & Aloe Vera Washing Up Liquid 1L kerana kebersihan pinggan mangkuk penting untuk penyediaan meletakkan pelbagai makanan..demi anak2 dan keluarga..ia juga perlu untuk penjagaan kesihatan sefamily....hidup sihat n bersihnya peralatan untuk dapur sendiri..jom tukar kita guna produk ecover pulak :)


Mawar Berduri

One (1) Camomile & Marigold Washing Up Liquid 1L dan dapur yang selamat penting untuk saya dan keluarga saya kerana di tempat inilah, saya akan menyediakan makanan untuk suami dan anak. Percikan minyak, tumpahan kuah atau percikan air semasa memasak biasa terjadi menyebabkan dapur kelihatan kotor.Dengan Camomile & Marigold Washing Up Liquid amat mudah untuk membersihkan dapur serta dapat mencegah bakteria seperti lipas& lalat.dengan ini kebersihan dapur terjamin.Lagi satu ia amat sesuai dengan saya yang berkulit sensitif.


Tahniah kepada 3 orang pemenang bertuah di atas!! (^_^). Cepat cakap terima kasih kat ECOVER! hehehe. Korang dikehendaki menghantar butiran peribadi seperti :

Nama:
Alamat:
No. Tel:

dan emelkan kepada saya di wanimira737@gmail.com. Butiran peribadi korang akan saya emelkan ke pihak ECOVER untuk urusan pengeposan hadiah.

Korang diberi masa sehingga hari Selasa (22hb Julai) untuk menghantar butiran peribadi kepada saya, sekiranya GAGAL saya akan membuat cabutan pemenang yang lain. So, cepat-cepat emel tau (^_^)

Kepada yang tidak berjaya jangan susah hati. InsyaAllah ada rezeki korang untuk next GA nanti k. 



TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA YANG JOIN!
SELAMAT BERPUASA



Friday, July 18, 2014

[Review] Mudahnya Membersih Dengan Ecover & Giveaway!


Assalamualaikum!

**ENTRI MELEKAT**
SCROLL BAWAH UNTUK BACA ENTRI TERBARU


Dalam banyak-banyak kerja rumah, yang paling aku suka buat ialah duk dapur basuh pinggan hehe. Memang sejak dari zaman anak dara lagi aku cukup suka basuh pinggan. Suruh masak tak berapa nak reti lagi, tapi kalau basuh pinggan laju je aku buat! hehe.

Tapi, aku tak nafikan kadang-kadang aktiviti membasuh pinggan ni boleh jadi stress jugak tau! Tambah stress bila kita tersalah pilih sabun cuci pinggan. Ada sekali tu, aku tersalah pilih sabun cuci pinggan, ingatkan buih banyak tu cepatla bersihnya kan tapi pinggan mangkuk aku tetap berminyak! Urghh stress tau dak!




Baru-baru ni, aku dapat peluang mencuba sendiri keberkesanan produk mencuci Ecover untuk pinggan mangkuk aku. Korang pernah dengar brand Ecover? Rangkaian produk Ecover ni memang terkenal di benua Eropah dan Amerika, dan baru-baru ini saja ia menembusi pasaran Asia.

Ecover adalah produk pembersih yang menggunakan 100% bahan semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan selamat untuk digunakan. Ianya mesra alam dan tidak meninggalkan sisa bahan kimia tercemar yang boleh memudaratkan kesihatan serta turut memelihara alam sekitar.


Ecover - Inspirasi Dari Alam Semulajadi, Disempurnakan Oleh Sains.

Apabila bercakap tentang keselesaan keluarga dan rumah, anda pasti akan cari produk membersih yang sesuai dan selamat. Dengan Ecover, kami telah mempelopori bidang sains dan alam semulajadi lebih 30 tahun untuk menghasilkan pencuci yang efektif, berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan yang tidak akan mengancam anda mahupun persekitaran. 

Sejak tahun 1980, Ecover menjadi produk pembersihan rumah mesra alam yang terbaik di dunia. Ianya diperbuat dari bahan semulajadi dan mineral yang menjadikannya mampan dan super ekologi. Perlu juga diketahui bahawa produk Ecover TIDAK DIUJI KE ATAS HAIWAN

Ecover tidak hanya menitiberatkan aspek mesra alam ke atas kandungannya saja, malah ia turut menjaga dari segi pembungkusan. Ecover menyedari bahawa bahan plastik boleh mendatangkan impak negatif kepada biologi alam sekitar untuk tempoh masa yang panjang, maka mereka mengambil inisiatif menghasilkan botol yang 100% dari sumber tumbuhan dan 100% kitar semula. Dengan cara ini, pencemaran alam dalam dikurangkan.


Produk Pembersih Ecover




Produk yang aku gunakan kali ini ada 2 jenis, iaitu cecair pencuci Camomile and Marigold untuk mereka yang berkulit sensitif dan kuasa pembersih Lemon dan Aloe Vera yang akan mengilatkan pinggan mangkuk anda!





Ianya berkuasa mencuci dan menanggalkan minyak pada pinggan mangkuk dengan hanya satu kali picit saja! Dan untuk pengetahuan korang,  aku cuba picit sikit je cecair pencuci dan amazingly ia boleh bertahan dan terus mencuci sehingga habis pinggan dalam sinki tu! hehe.



Untuk pengetahuan korang, rangkaian cecair pencuci Ecover mempunyai logo Kulit Sensitif. Dihasilkan dari sumber tumbuh-tumbuhan, cecair pencuci Ecover tidak meninggalkan kesan bahan kimia ke atas kulit kita.

Paling menarik ialah air lebihan dari cucian tadi boleh kita gunakan untuk menyiram pokok dan bunga-bungaan! Jadi, ianya sama sekali memelihara kulit kita dan juga alam semulajadi.


Cecair pencuci Camomile & Marigold - RM18.90
Cecair pencuci Lemon & Aloe Vera - RM18.90





Selain cecair pembersih pinggan mangkuk, Ecover turut menghasilkan cecair pencuci untuk perkakas dapur seperti dapur memasak, sinki, lantai dan dinding. Ia juga menggunakan konsep yang sama, iaitu mencuci dan membersih dengan mudah tanpa meninggalkan bahan kimia yang berlebihan.

Mudahnya menggunakan pembersih krim Ecover ini, aku tidak perlu menyental kuat untuk menanggalkan lebihan minyak yang bertakung di atas dapur memasak. Kuasa membersih yang terdapat dalam krim pencuci ini cukup untuk membersih dan mengilatkan kembali dapurku hehe.


Cream Cleaner - RM12.80


Tak perlu picit banyak. Jimat dan ekonomik!

Membersih kini tidak lagi susah dengan adanya Ecover!


Dan hasilnya ....


Tadaaaaaa!

Selain dapur memasak, aku turut menggunakannya di tempat lain seperti ...







See?? Dapur dan bilik air korang akan lebih menyerlah dengan hanya satu botol krim pencuci Ecover 500ml! Ni kalau mak mertua tengok ni, bertambah sayang dia kat aku hehehe.

Kini kerja membersih dan mencuci di dapur tidak lagi membebankan aku. Aku pun tak perlu pening-pening lagi nak fikir pencuci mana yang sesuai untuk aku dan keluarga, sebab aku dah pun menjadikan Ecover sebagai produk pilihanku seisi keluarga.





Selain cecair pencuci yang aku gunakan di atas tadi, Ecover juga turut mempunyai rangkaian produk pembersih yang lain seperti di atas ni. Jadi, memang lengkap untuk pembersihan yang nyata di rumah korang.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kuasa membersih Ecover ni, korang boleh layari www.ecover.com.

Rangkaian produk Ecover juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya terpilih seperti :


  • Village Grocer (1 Mont Kiara, Sunway Giza, Bangsar Village)
  • Jaya Grocer (Bukit Jelutong, The Intermark, Empire Gallery)
  • Pasaraya Presto (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana)
  • Ben's Independent Grocer - B.I.G (Solaris Dutamas)
  • Pasaraya Hero (Bdr Sri Permaisuri,Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)

Atau, korang boleh dapatkannya melalui online di SINI.


*******ECOVER GIVEAWAY********

Haaa penat dah aku berceloteh kat atas tu kan hehe. So it's time for ECOVER GIVEAWAY!! Banyak sungguh kebaikan yang aku dapat dari produk Ecover ni. Memang berbaloi bukan sahaja untuk aku dan family tapi juga untuk pemilharaan alam sekitar.

Dengan pengalaman yang aku ada ni, aku nak kongsikan dengan korang, nak tak? nak tak? hehe. Aku berkenan nak bagi hadiah kat korang ni! 


Caranya mudah saja :

  • LIKE fanpage Nukilan Kenit


  • Pilih SALAH SATU produk yang korang suka dari tiga produk ini dan berikan pendapat bagaimana dapur yang selamat penting untuk anda dan keluarga anda
  1. One (1) Camomile & Marigold Washing Up Liquid 1L
  2. One (1) Lemon & Aloe Vera Washing Up Liquid 1L
  3. One (1) Cream Cleaner 500ml

  • Tak perlu buat entri segala bagai, hanya tinggalkan komen dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Answers can be given either in Malay or English. 

  • JANGAN LUPA sertakan juga alamat emel anda untuk dihubungi. Jawapan yang tiada emel, tidak dikira ye. 

  • Penyertaan dibenarkan SEKALI saja. Ini bagi memberi peluang samarata kepada semua. 

  • Tarikh luput ECOVER GIVEAWAY ini ialah 15hb Julai - 18hb Julai (5.00petang)


Haaaa mudah je kan? korang just pilih 1 produk mana yang korang suka (antara tiga), berikan pendapat dalam bentuk jawapan yang paling kreatif dan jika bertuah korang bakal memenangi produk Ecover

Yeayyy! terima kasih Ecover kerana sudi menaja hadiah untuk para pembaca blog Nukilan Kenit (^_^)

Aku mencari 3 pemenang bertuah kali ini! Semua maklumat aku dah kongsikan di atas, dan kalau tak cukup jugak korang boleh check-it-out kat website Ecover (^_^)


SERIKAN DAPUR ANDA DENGAN ECOVER
ALL THE BEST!



Tuesday, July 01, 2014

Tuesday, July 01, 2014

Pemenang Ramadhan Treat At BGR Giveaway!


Assalamualaikum!


Sebelum Anim umumkan siapakah pemenang-pemenang bertuah itu, Anim nak ucapkan jutaan terima kasih pada korang yang sudi join GA anjuran blog Nukilan Kenit & semestinya ditaja oleh Restoran Bangi Golf Resort. Alhamdulillah walaupun, GA INI hanya berlangsung selama 7 hari sahaja, tapi penyertaan amatlah menggalakkan.

Memang Anim tak buat promo sangat kat Insta dan Fanpage. Promo pun dua kali je, so yang mana 'terserempak' je la yang terpilih untuk join GA ni.




Cukup susah Anim nak pilih sapakah di kalangan 5 orang yang bertuah tu. Serious,Anim kalau boleh nak semua yang join GA ni jadi pemenangnya dan dapat 2 voucher makan bernilai RM50+ setiap seorang!

Tapi apakan daya dek non, ioulls ada 10 keping saja maaaa! So, sorang dapat 2 keping voucher confirm korang puas hati makan kat sana! Silap-silap tak sempat nak rasa semua macam Anim hari tu hehehe.

Mujurlah Anim ada voucher lagi ni, nanti boleh pulun mana yang patut hehe.

Macam yang Anim sharekan di FB, pemilihan pemenang dilakukan oleh Lan Lara a.k.a Pak Jelan sendiri. Anim ni lemah sikit bab pilih jawapan ni, kang sumer pun Anim kasi menang hehe. So, harapkan Pak Jelan je la yang boleh pilih jawapan yang sesuai dan cantik untuk memenangi hadiah ni. 

So, memang takda unsur-unsur berat sebelah atau ketidakadilan. Anim kasi Pak Jelan baca semua komen, pastu dia just pilih yang mana berkenan di hati!

Ok la panjang pulak Anim ni mengomel hehe. So, anda yang telah memenangi 2 voucher BGR Ramadhan, sila bersedia!


5 Pemenang x 2 voucher iftar di BGR Restaurant:



Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!! ^^. Pada yang tidak berjaya kali ini, jangan kecewa ye. InsyaAllah rezeki korang pun ada nanti.

Pada yang berjaya, sila periksa emel anda kerana Anim telah hantar 2 e-voucher kepada setiap pemenang. Korang hanya perlu print-out e-voucher ini dan tunjukkan pada staf BGR

Dan, satu lagi SEBELUM korang nak berbuka puasa di sana, sila telefon pihak BGR di 03 8925 3728 untuk membuat tempahan awal

Penting tu, jangan lupa call diaorg dulu tau!

Thanks again pada yang join, dan tahniah pada yang menang. InsyaAllah akan ada lagi GA di blog Nukilan Kenit selepas ini. Nantikan ya! ^^


Selamat berpuasa dan selamat beriftar di BGR! ^^



Sunday, June 29, 2014

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Treat At Bangi Golf Resort Restaurant Giveaway!!


Assalamualaikum!





Kali terakhir Anim buat contest di blog kesayangan Nukilan Kenit ini ialah pada bulan September 2013. Taklah lama sangat kan hehehe. Bukannya tak nak buat, malah kepingin sangat nak aktif bersegmen dan bergiveaway dengan semua rakan-rakan blogger, tapi komitmen terhadap benda lain sangatla tidak mengizinkan waktu tu.

Anim ingin berikan sesuatu yang istimewa buat pembaca dan rakan-rakan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Dan, kali ini pihak Bangi Golf Resort telah bermurah hati ingin memberikan hadiah istimewa kepada pembaca blog Nukilan Kenit

Terima kasih BGR!! (^_^)

Ini juga salah satu cara Anim menghargai rakan-rakan dan pembaca yang tidak jemu berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran korang di blog Anim ni.

So, Anim nak buat GA seringkas dan semudah yang boleh. Harap korang boleh join dan support Anim ye! Oh ya, blogger atau bukan blogger juga dijemput untuk join tau. Asalkan ada emel, senang Anim nak hubungi korang.




Bismillahirrahmanirrahim


Caranya tersangat la mudah uolls!!


  • LIKE fanpage NUKILAN KENIT

  • Sila berikan jawapan untuk soalan ini, "Kenapa anda ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?". Jawapan hendaklah tidak melebihi 30 patah perkataan.

  • Tinggalkan jawapan anda di ruangan kotak komen di bawah entri ini beserta alamat emel. Jawapan yang tidak disertakan dengan emel tidak akan dikira sebagai jawapan lengkap, lantas tidak akan dilayan.


Tarikh tutup penyertaan



29hb Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H
(SEBELUM 12.00 TENGAHARI)



Anim mencari 5 pemenang bertuah yang boleh memberikan jawapan terbaik dan paling menyentuh hati hehe. Nak tahu, hadiah yang bakal korang menangi?



2 VOUCHER BERBUKA PUASA PERCUMA 
di Restoran Bangi Golf Resort untuk setiap pemenang!!


Voucher ini sah tempoh dari 2hb Julai sehingga 26hb Julai 2014. Jadi, korang boleh set time and date yang sesuai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Bangi Golf Resort.

Terbaikkkk bukan! (^_^)


So, mudah je kan? Hanya berikan jawapan terbaik untuk soalan di atas dan sekiranya terpilih korang dah boleh berbuka puasa bersama pasangan korang di Restoran Bangi Golf Resort! Mana tahu rezeki korang kali ini (^_^)

Ohsem! (^_^)

Seorang dapat 2 voucher ok! Korang nak bawa pasangan ke, nak bagi pada ibu ayah sebagai token atau hadiah anniversary diaorg ke, atau korang nak hadiahkan voucher tu sebagai hadiah hari lahir pada sahabat atau kenalan pun boleh!

So, moh join sekarang dan berikan sebab mengapa korang ingin makan di Restoran Bangi Golf Resort. Tak tahu jawapannya? Boleh rujuk entri INI dan insyaAllah korang akan tahu jawapannya hehe.


Selamat Mencuba!

(^_^)

Friday, November 29, 2013

Friday, November 29, 2013

Siapa Masuk Jajan Kenit?


Assalamualaikum!~

Segmen 'Jajan Kenit' telah pun berakhir pada 28 November (semalam). Sebanyak 17 penyertaan telah kenit terima setakat semalam. Memang kenit tak buat hebahan besar-besaran mengenai segmen ni, siapa yang terrrrbaca entri Jajan Kenit dan berminat nak join je la yang berpeluang masuk dalam bloglist kenit hehe.

Seperti yang korang tau, tujuan kenit buat segmen kecil ni adalah untuk mencari muka-muka baru untuk diletakkan dalam bloglist kenit. Dan, kelebihan bagi blogger yang blognya terpapar dalam Jajan Kenit akan diberi banyak keistimewaan.

Thursday, October 10, 2013

Thursday, October 10, 2013

Cabutan Kedua Pemenang Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway


Assalamualaikum!~

Nampaknya masih ada pemenang yang masih belum menuntut hadiah top-up dari kenit sehingga semalam (9hb Oktober 2013), setelah diumumkan di SINI pada 7hb Oktober lepas. Maka, dengan itu ada TIGA (3) tempat kosong lagi untuk diisi pemenang bertuah bagi cabutan kedua yang akan dibuat...sekarang! hehehe.

Untuk makluman korang, kenit ada memaklumkan kepada semua pemenang tentang kemenangan mereka di link masing-masing tapi, masih tak tuntut hadiah jugak. So, to be fair kenit akan cabut buat kali kedua dan pilih pemenang lain dari 30 peserta yang layak untuk menang kali kedua(^_^). Suke tak suke tak suka tak? hehehe.


Monday, October 07, 2013

Monday, October 07, 2013

Pemenang Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway


Assalamualaikum!~

Alhamdulillah, berakhir sudah Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway. Kenit mohon maaf diatas kelambatan mengumumkan pemenang, sebab kakak selsema teruk sejak Jumaat lepas. Tido malam pun tak lena. Apapun,terima kasih ye korang sudi join 1st GA kenit. Ada bloggers baru yang kenit tak kenal lagi pun sudi join, korang sumer ohsem!

Seperti yang dijanjikan kenit akan umumkan pemenang bertuah menggunakan Random.org. So, jom kiter tengok nombor saper yang kenaaaaaaaaaa....! (^_^)

Thursday, October 03, 2013

Thursday, October 03, 2013

UPDATE: Senarai Peserta Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway.

Assalamualaikum!~

Alhamdulillah..! Thank you thank thank you guys! (^_^) Terima kasih sekalung budi bagi yang telah menyudikan diri join 1st GA by kenit. Terima kasih atas support anda (^_^).

Minggu ni kenit sibuk giler dengan kursus di ofis...happening giler ok! bukak blog pun sekadar bukak katup je hehe. InsyaAllah kenit akan singgah ke link korang to say hi and thank you (^_^)

Sudi2kan diri untuk check jika link penyertaan anda ada dalam senarai di bawah, Kalau takda, bagitau kenit ye. Sambil check tu, bolehla korang BW link kengkawan lain dan berkenalan (^_^).

Thursday, October 03, 2013

Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway.

Assalamualaikum!

Kelajuan jari menaip tak seperti biasa sebab excited + nervous nak mulakan disini hehe. Sempena anniversary Nukilan Kenit yang pertama, Kenit nak celebrate dengan korang the very 1st GA by Nukilan Kenit. I know i know....it's a bit late... nak masuk bulan Oktober pun kan. 

But, fear not my humble friends...hari ini ia bermula..

Dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim.....

Setahun jagung penuh kemanisan! 




Syarat-syarat sah join:

1. Follow blog Nukilan Kenit (senang nak follow up result nanti kan). Tak kisah la nak add biasa atau Google +


2. Buat satu entry bertajuk "Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway"


3. Copy je kod entri yang disediakan di bawah ni.


4. Dah siap? baru leh hantar link entry korang ke diruang komen di bawah sebelum 3hb Oktober 2013 11.59 tghmalam.



Senang tak syarat2nya? senang je kannnnn hehe. Kenit mencari 17 orang pemenang bertuah. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org. Jika penyertaan kurang dari 50 pun Kenit akan teruskan. sob sob...kasi chan la yek :D



Hadiah yang bakal korang menangi:

1)Top-up RM10 X 3 pemenang

2)Top-up RM5 X 4 pemenang 

3) 10 blog bertuah yang akan dimasukkan dalam 
bloglist Nukilan Kenit bulan Oktober
(5 Oktober - 5 November 2013)

Giveaway ini akan tamat pada 3hb Oktober11.59 tghmalam

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini 


Credit to Mialiana.com

Semoga 1st GA kenit ni dapat mengeratkan lagi hubungan maya
sesama kita (^_^)
Have fun guys!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.