Breaking

Showing posts with label Story Kenit. Show all posts
Showing posts with label Story Kenit. Show all posts

Friday, March 01, 2024

Friday, March 01, 2024

Gigih Ke Gila??

 

Pagi tu aku keje macam biasa. Hari Jumaat waktu rehatnya lama so, aku dah terbayang-bayang nak beli makanan apa haha. Aku terfikir satu idea. Apa kata aku pergi ke masjid beli makanan kat sana. Banyak yang sedap-sedap dan berbaloi dengan harga.


Tapi aku takmo drive atau tempah grab atau naik teksi atau tumpang orang. Aku buat keputusan untuk jalan kaki dari opis ke masjid! Berapa jauh agak-agak kalau nak jalan kaki ye? :p






Fikir punya fikir, aku nekad. Aku tetap nak jalan kaki. Maka berjalan kakilah aku perlahan-lahan dari opis menuju ke masjid berhampiran. Jarak 2.5km aku cuba bayangkan macam 250m saja hahahaha. Dengan berjubah di bawah matahari terik tengahari aku teruskan langkah sehingga sampai ke destinasi.

Aku tak pasti pukul berapa sampai tapi ada dalam 20 minit aku berjalan. Akhirnya aku sampai di masjid dan terus pergi beli makanan. 








Dah puas membeli, aku jalan kaki patah balik. Kali ni mencabar sikit sebab kena naik bukit. Tadi menurun senang je haha. Matahari masih panas membahang. Basah lencun dengan peluh! Tapi hatiku puas sebab sikit lagi nak sampai target!

Bila dah peluh tak selesa la nak balik opis terus kan. Aku singgah Watsons la, Mr Diy la hehe cari aircond! :p

Pastu aku sambung berjalan kaki. Pergi balik aku hari tu 5km bersamaan dengan 7k langkah fuh! Baki 3k aku jalan mundar-mandir dalam opis haha. Mujur masa tu masih waktu rehat.





Itulah benda yang aku buat hari tu. Gigih ke gila tu? Boleh jadi dua-dua haha. Macam takda hari lain kan. Hari kerja jugak ko nak buat senaman jalan kaki. Tapi tu la kalau aku nekad aku buat. Bila dah buat, rasa puas yang teramat ... tapi takleh amalkan selalu ye haha.

Sunday, February 25, 2024

Sunday, February 25, 2024

Hasil Sebulan Brisk-Walk



Kali terakhir berat aku capai angka 7 ialah ketika aku mengandungkan adik 15 tahun yang lalu. Tapi 5 tahun terakhir sebelum cecah umur 40 berat badan aku naik dengan ketara sekali. Nak kata makan mewah tu tidak juga. Nak kata kerja tak stres tidak juga. 

Tiga tahun terakhir aku perasan berat badan aku capai angka depan 7 tapi masa tu wat lek wat pis je hahaha. Makan macam biasa dan tiada senaman. Keinsafan itu datang pada tahun lepas bila aku tengok gambar reunion dengan rakan sekerja ketika kursus di pejabat. 

Ya Allah .... tak percaya aku sampai macam tu lebarnya!




Satu pagi aku bangun sakit pinggang dan belakang. Badan terasa berat dan paha, lengan, punggung nampak makin melebar. Berhari-hari aku menanggung kesakitan. Kaki, tangan, pinggang semua lenguh.

Manusia ni kalau dah datang sakit baru dia nak sedar kan haha. Macam tu la jugak aku. So, awal tahun ni aku berazam nak turunkan berat badan.

Bulan Januari berat aku 73.9kg, bukan main-main weh! Ni berat aku mengandung dulu. Itupun dulu hanya naik sampai 70kg je. Ni dah terlebih sangat ....!




Aku mulakan dengan buat tabita di rumah. Mula-mula memang susah! Lenguh habis badan aku. Tapi puas bila keluar peluh. Aku suka buat tabita tapi aku tak boleh nak kira berapa kalori yang terbakar guna smartwatch sebab aku takda benda tu.

So aku pergi kepada brisk-walk. Aku aktifkan Samsung Health di hp dan aku buat 6K langkah. Lepas tu naikkan jadi 10K langkah sehinggalah sekarang. Aku buat bukan hari-hari, aku cuba selang-selikan sehari atau dua hari. 

Syok juga buat brisk-walk ni. Bila dah keluar peluh aku jogging sikit-sikit sampai tercapai target 10K.




Begitulah rutin aku setiap kali cuti atau off day. Aku akan ambil peluang walaupun hanya berjalan kaki sekeliling rumah. Kalau terlebih rajin aku pergi taman. Satu lagi aku cuba cut off sugar. Bukan cut off terus, tapi kurangkan sikit demi sikit. Aku tak minum teh tarik kerap macam dulu dah. Kalau tak, sarapan pagi segelas minum petang atau malam segelas huhu. Aku minum juga air masak, tapi ketaksuban aku pada teh tarik meluap-luap pulak haha. 

Tiga hari pertama tu memangla susah sikit nak kawal hehe. Tapi aku kuatkan hati sebab aku tahu berat badan naik kerana pengambilan minuman/makanan manis berlebihan. Alhamdulillah sekarang aku dah tak ketagih minuman manis. Kalau perlu pun aku ambil air buah yang diperah.



 

Sebulan aku cuba kekalkan momentum brisk-walk dan minum air masak. Alhamdulillah usahaku membuahkan hasil yang agak mengejutkan. Penurunan 2.6kg dalam sebulan agak banyak juga, maksudnya metabolisme aku masih kuat cuma perlu terus bersenam.

Bukan tu je tau, penghadaman aku lebih baik. Hari-hari nak membuang haha, jadinya perut kempis. Berkat minum air masak.

Harap aku dapat maintain langkah sihat ini sebab aku dah tak sanggup nak rasa sakit-sakit badan dan melebar sana sini. Di usia dah masuk 40 ni, kesihatan adalah harta yang tidak boleh ditukar dengan wang.


Friday, February 23, 2024

Friday, February 23, 2024

Cadangan Untuk Yang Suka Double-Park!

 

Situasi pertama, pernah tak kereta korang diblok oleh kereta lain? Mesti ramai yang pernah mengalaminya kan? Dan dalam situasi kedua, pernah tak kita blok kereta orang? Itu juga mungkin pernah berlaku. Jadi, kalau korang dalam situasi pertama apa yang korang akan buat?


Benda ni boleh berlaku dimana-mana, tapi paling banyak berlaku di kawasan perumahan flat, atau premis perniagaan atau bangunan kerajaan. Aku baru saja mengalaminya huhu. Kelazimannya, orang yang blok kereta akan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya kereta yang diblok ingin keluar petak parkir. Itu memang bagus dan bukti orang kita ada kesedaran bahawa kereta dia dah blok kereta orang.


Bila kita blok kereta orang, ada dua kemungkinan samada orang itu takkan keluar sehingga habis waktu bekerja atau orang itu perlu keluar untuk urusan tertentu. Maka, kita takkan pernah tahu betul tak! Sebab itu, penting untuk kita sentiasa alert sekiranya ada orang call. Ni kalau dah sampai 50 kali call tak berjawab ko dah kenapa!




Lagi satu kan, kalau kita berada di tempat yang capaian talian sangat lemah atau langsung takda line sekurang-kurangnya turunkan hand-brake tu supaya orang tu boleh tolong tolak alihkan ke belakang.

Benda-benda gini ramai yang selalu tak amik kisah sebab tak terjadi pada dia. Cuba kalau kereta dia yang kena blok dan dia perlu keluar tapi orang yang blok kereta dia buat benda yang sama? Sebab itu, orang yang blok kereta orang kena ada lebih effort untuk memudahkan urusan orang lain.

Dah sampai kat kereta tu, angkat la tangan senyumla sikit kat orang yang tanda kita minta maaf sebab dah bazirkan masa dia menunggu kita. Bukan susah pun! Ini dia tunjuk dahi berkerut macam kita pulak yang blok kereta dia....yihhhh!



Tuesday, February 20, 2024

Tuesday, February 20, 2024

Berubah Sekarang Atau Dapat Sakit!

 

Mak aku pernah cakap, yang aku takkan naik berat badan walaupun dah tua. Sebab apa? sebab aku tinggi dan makan banyak mana pun tetap kurus. Mak ... mak salah ye haha. Itu cerita 25 tahun dulu. Anak mak waktu lepas beranak dua pun masih kurus lagi. Tapi seiring dengan pertambahan usia, aku makin perasan yang badan aku sudah tidak dapat menampung kemasukan makanan muahahaha.


Tahun lepas, lebih tepat lagi bulan Mei telah menjadi satu poin penting dalam hidup aku yang menerbitkan rasa keinsafan dalam diri dan kesedaran bahawa selama ini aku telah berlaku 'zalim' pada diri sendiri.






Sumpah aku tak edit atau filter gambar ni. Buat pertama kalinya, aku terkejut melihat diri sendiri dalam gambar ini. Waktu tu, lepas habis kursus. Tak tergambar yang aku akan jadi sekembang ini haha. Lengkap dengan pakej double-chin ...yihhhh!

Sakit hati sakit mata weh haha. Adakah salah baju tu? salah pemilihan warna? atau salah aku terlampau bahagia? hahaha. Aduh tapi disinila permulaan kenapa aku perlu berubah. Tapiiiii .... aku bertangguh jugak tu hehe. Dari bulan Mei sampai Disember aku tak 'gerak' lagi. Bila datang sakit-sakit dan lenguh badan baru aku mulakan langkah.

Maka, masuk Januari 2024 aku tak boleh bertangguh lagi. It's now or never! Kalau tak buat sesuatu, yang sakit badan sendiri. Seram tengok macam-macam penyakit yang dihidapi orang sekarang. Penyakit jantung yang dulu banyak menyerang orang-orang tua berumur 50 tahun ke atas, tapi sekarang boleh menyerang orang muda dan usia pertengahan!





So aku mula dengan buat tabita. Jujur ye, mula-mula buat tu dua puluh minit pertama badan aku lenguh yang teramat ye hahaha. Betapa 'berat' rasa badan aku ni ya Allahhhhh! Padahal buat senaman tangan je pun ...yihhhh!

Tapi lama-lama bila dah kerap buat, ia jadi kebiasaan dan lenguh tu hilang. Tapi aku tak rasa puas lagi sebab aku tak tahu berapa banyak kalori aku turun. Makan banyak tapi senaman ala kadar saje pun tak cukup.

So, aku start buat brisk-walk. Aktifkan apps kat hp ni dan walah! Baru syok gini dop haha. Boleh buat 10k langkah dan dari situ kita boleh tahu berapa kalori yang kita bakar. Aku jadi lebih bersemangat nak buat.

Aku start bulan Januari 2024. Aku tak berharap keajaiban sekelip mata, tapi aku harap badan aku dapat fit semula. Moga aku juga dapat berdisplin dalam pemakanan. Selain buat brisk-walk, aku cuba cut-sugar terutama dalam minuman. Teh tarik yang berbuih itu terpaksa daku lupakan seketika dan telan air masak huhu.

Adakah aku akan berjaya menurunkan berat badan? Atau makin kelaut? huhu


Thursday, February 15, 2024

Thursday, February 15, 2024

Bersedia Nak Tukar Baru?

 

Tahun 2023 memang tahun 'sakit' bagi exora kesayanganku. Dari awal tahun dia buat hal, sampai dah habis tahun pun dia 'merajuk' lagi. Padahal aku tak cakap pun nak tukar kereta baru 'depan' dia haha.

Hari tu breakdisc belakang buat hal. Survey barang spare part punya harga mak aii. Mujur encik suami dah beli awal barang tu, jadi hantar ke bengkel je la bayar upah pasang.




Ingatkan tu kali terakhir dia buat hal. Rupanya, masuk tahun baru dia sambung 'merajuk' hahahaha. Kejadian berlaku ketika encik suami sedang motong rumput guna mesin tangan, tak sedar batu-batu kecil tu melantun kena pada cermin 'mati' sebelah tepi belakang.

Walaupun batu kecil, tapi lantunannya boleh meretakkan dan menembusi cermin. Bayangkanla laju tak laju ...padahal batu tu kecik je! Nak marah pun tak guna, benda bukan disengajakan. Mujur cermin tu tak jatuh semuanya sebab ditahan lapisan tinted cermin.

Encik suami terpaksa gam dengan pita pelekat buat sementara waktu. Dah la kena time orang cuti pulak tu, memang la banyak bengkel tutup. Terpaksa tunggu sampai balik KL.



Drive atas highway pun sopan je sebab nak bagi jangan terhentak. Esoknya terus bawak ke bengkel dan pasang baru. Haa terbang lagi tiga ratus lima puluh ringgit! Awal tahun dia dah makan modal haaaa. Kang kalau tak tukar baru bahaya pulak. 

Kadang-kadang aku terfikir nak amik kereta kedua. Kalau macam ni la gayanya dia punya 'rajuk', baik amik baru terus! Tapi banyak kali jugak aku reverse-pshyco balik diri ini supaya fikir baik-baik, sedalam-dalamnya sebelum nak amik kereta baru.

Dengan keadaan OPR yang naik tak menentu sekarang, hutang akan menjadi makin bertambah. Exora tu dah takda beban ansuran, cuma nak repair tu je la. Kalau aku amik kereta baru, dah tentu tiap2 bulan kena istiqomah bayar ansuran, tak termasuk servis kereta dan lain-lain lagi.




Bila dah ada dua kereta, kena bayar dua insuran dan dua road-tax! Aku belum bersedia nak tambah hutang lagi buat masa ni. Aku sendiri tengok macam mana peritnya orang yang ada dua buah kereta dan kena maintain insurans serta servis. Memang tak cukup baki duit yang tinggal walaupun dua orang bekerja!

Biarlah exora ni jadi kuda putih tunggal kami. Rosak sikit-sikit tu kami repairla sikit-sikit ikut bajet. Yang penting, tiap2 bulan tak kalut tak serabut mikir nak bayar bank dengan opr yang entah apa-apa. Nak pakai barang baru, biar ikut kemampuan diri membayarnya. Kalau tak reti membayar jangan berhutang!



Saturday, September 09, 2023

Saturday, September 09, 2023

Healing Sambil Mandi Sungai Di Templer Park

 


Dah lama kami berempat tak outing bersama. Selalunya, aku dan anak-anak je keluar bersama. Ayahnya kalau suh masuk mall atau tempat yang ramai orang, awal-awal dia tolak. Tambah kalau yang kena jalan kaki jauh hehe. 


Kitaorang nak luangkan masa bersama tak kira tempat. Dalam mall boleh, dalam ekspo boleh. Tapi kalini ayahnya ajak healing di sungai. Wow! pucuk dicita ulam mendatang la kami bertiga. Mana boleh tolak kalau namanya sungai kan. Ada satu tempat yang kami belum pernah sampai, so ayahnya kata jom kita pergi!




Tempatnya tak jauh pun dari KL, rasanya lebih dekat berbanding Sungai Congkak. Sebenarnya, ada dua tempat rekreasi kat sini, iaitu Sungai Kanching dan Templer Park. Disebabkan Sungai Kancing dah penuh orang, so kami masuk Templer Park. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai. Mujur kat sini tak ramai orang lagi.

Makanan kami bawa roti canai dan air mineral je. Sebab fokus bukan nak makan sangat pun hehe. Kakak dan adik sampai-sampai je terus buat 'site visit' cari lighting untuk bergambar. Itu je la kejenye dua orang budak tu.




Sebab kami awal sampai, dapat port baik punya bawah pokok. Tapi pagi-pagi macam ni kena stenbai spray nyamuk ye. Kalau tak darah kita 'dikendurikannya'! Walaupun masing2 datang bawak baju tambahan tapi sebenarnya bukan nak mandi sangat pun hehe. Kami lebih kepada nak duduk berendam dalam air sungai yang sejuk sambil main air duduk atas batu.

Anak-anak dah besar ni, diaorang pun malu2 nak mandi beria. Lainla masa kecil dulu, siap dibelikan baju mandi khas.  





Dalam pukul 10 lebih macam tu, pengunjung sikit-sikit memenuhi ruang untuk berpiknik. Tapi masih selesa la untuk berendam. Walaupun airnya cetek, arusnya agak laju ya. Aku kadang-kadang toleh ke belakang nak pastikan tiada 'kepala air' yang tiba-tiba muncul. Faham-faham je la, insiden berkaitan dibawa arus kepala air ni banyak sangat kita baca dalam berita.Sungai yang tenang jangan disangka tidak akan berombak!

Ada satu benda kelakar terjadi kat aku sebenarnya. Waktu kami jalan-jalan menelusuri anak sungai, aku pakai selipar sebab batu-batu kecil dia agak menyakitkan kaki jugak la haha. Bila pakai selipar tu selesa la nak pinjam dalam air. Tengah dok berjalan angkat kaki tu, tetiba sebelah selipar aku tertanggal dan dibawa arus. Deras pulak tu!

Cik suami pun ape lagi, berlari meredah sungai demi nak dapatkan balik selipar aku haha. Selipar tu dah ke depan dalam 20 kaki jugak la, bayangkan cik suami lari dengan kaki ayam dalam air. Aduhhhhh sakit tu kena batu kecil😖




Dipendekkan cerita, dapat jugak selipar tu balik. Memula rasa macam alah biarlah, selipar je pun. Tapi cakap balik kat cik suami, selipar tu banyak jasa eh hahaha. Terus dia lari kejar. Kalau aku memang redha je la dibawa arus huhu. 

Mujur situ takda orang. Memang gelak la masing-masing. Beria kejar redah arus pijak batu demi nak menyelamatkan sebelah selipar. Bukan takat ralat nak 'lepaskan' selipar tu tapi sebenarnya kalau boleh tak nak jadi penyumbang kepada pencemaran sungai.

Aku jumpa mainan plastik kanak-kanak yang tersangkut di celah batu. Lama-lama dia jadi sampah yang menyakitkan mata. Botol plastik jangan cakap la, ada satu dua yang aku jumpa.

Oleh itu, bila kita bawa anak kecil bersama toys diaorang, sentiasa la beringat untuk pastikan mainan anak kita tak dihanyutkan air sungai. Simpan la sampah masing-masing dan buang dalam tong sampah. Tak rasa bersalah ke campak botol air terus ke dalam sungai?? tak ke rasa diri tu jahat bila buat macam tu?

 

Friday, September 08, 2023

Friday, September 08, 2023

Setengah Hari Di PABKL 2023

 

Pesta buku antara event yang diaorang suka pergi terutama kalau berdekatan dengan kawasan KL dan Selangor. Aku memang tak boleh menolak kalau diaorang ajak pergi sini. Kebetulan pulak dapat off hari tu, maka kami bertiga berkesempatan menjadi sebahagian dari warga Lembah Klang yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) 2023.


Kakak dah plan awal dah nak pergi booth buku Fixi dan nak jumpa penulis buku kegemaran dia, konon nak minta sain autograf la :p. Takpe, ibu bawak je kemana korang nak pergi. 




Seperti yang dijangka, orang memang ramai dari pagi sampai petang. Tak dapat nak cover semua booth sebab terlalu banyak dan banyak tingkat nak naik turun. Nak cari booth Fixi pun kena tawaf dari satu level ke satu level.


Syukurlah akhirnya jumpa juga booth yang kakak nak pergi. Pilihan buku dia dah tentu buku novel. Pastu aku cakap, jom la pergi jumpa penulis kata nak minta sain autgoraf, sekali tak jadi hahaha. Malu katanya! Adik tak berapa minat sangat buku tebal2 ni katanya hahaha. Ye, anak no.2 kan ... :p






Tempat yang bersesak macam ni memang bukan idaman ayah diaorang. Aku je yang sanggup meredah lautan manusia dengan anak-anak. Masuk ekspo kucing pun, kitaorang bertiga je rajin berjalan dari booth ke booth. Ayahnya pening kalau berjalan sampai berlaga bahu hehe.

Dah dapat buku novel, kitaorang pergi cari buku latihan untuk kakak. Kena gak cari buku latihan untuk subjek-subjek utama terutama sains, sebab tahun ni kakak masuk aliran sains tulen. Baca buku dan hafal saja tak boleh, kena ada latihan menjawab soalan.





Nervous sebenarnya bila kakak masuk aliran sains ni. Boleh ke kakak bawak nanti? Aku selalu tanya kakak nak pergi tuisyen ke, kakak faham tak cikgu ajar di sekolah. Dah la tak pergi tuisyen, at least ada buku latihan ni boleh jugak praktis menjawab soalan disamping latihan dari cikgu di sekolah.

Aku dulu kena pergi tuisyen. Memang tak faham cikgu ajar. Bukan sebab cikgu tu yang tak pandai ajar. Tapi otak aku yang lambat pick-up haha. Lagipun kat pusat tuisyen, dapat nota lengkap berbanding dalam buku teks, so kebanyakan soalan aku rujuk dari situ je.





Dah setel beli buku, perut terasa lapar la pulak. Gerai jualan kat luar sama meriah! Macam-macam makanan ada, yang ringan yang berat. Overall, best PABKL 2023. Puas hati dapat belikan apa yang anak-anak nak. 





Sunday, June 04, 2023

Sunday, June 04, 2023

Exoraku Sayang

 

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan exoraku sayang ni mintak belanja. Bulan tiga dia mintak belanja bateri baru. Bulan empat dia mintak renew roadtax ngan insuran. Bulan lima dia suh belanjo layiiiii.


Begitulah lumrah kehidupan. Ada orang berhutang kereta, terbeban dengan bayaran bulan-bulan. Kami yang takda hutang kereta diuji pulak dengan macam ni setiap bulan haha. Apo nak buek, hadap yo lah kan 'kudo putih' ni la satu-satunyo yang kami ada buek maso ni.




Dah la tu dio buek hal time bolum gaji. Pagi tu  kami dah ready nak pergi kerja. Lepas hantar Mira, keluar dari kawasan tu nak ke sekolah kakak pulak. Tiba-tiba enjin kereta berhenti sendiri betul-betul kat lampu isyarat. Bila encik suami start enjin, tak hidup langsung dah. Assudoh! 


Hampir 5 minit jugak kami tiga beranak duduk dalam kereta. Ni kakak nak gi sekolah ni, jam dah hampir-hampir nak pukul 7.20 pagi. Nampak gaya kakak kena dicutikan la hari ni. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta (aku dah lupa kereta apa), tanya kenapa kereta rosak. Rupa-rupanya, encik tu bermurah hati nak hantarkan aku dan kakak ke sekolah. Syukur sangat ada yang sudi membantu.


Encik suami kata biar dia stenbai kat kereta, tunggu towing truck. Aku menurut saja. Kami dua beranak pun masuk dalam kereta encik tu dan terus bergerak. Lega kakak sempat masuk sekolah sebelum loceng berbunyi. Aku pulak encik tu berhentikan dekat dengan jejantas.




Tinggallah encik suami dengan exoraku sayang. Aku kat opis pun tak tenang nak buat kerja mengenangkan encik suami masih 'tersadai' kat tepi lampu isyarat tu. Dekat pukul 10 baru dia sampai. Exoraku dibawa ke bengkel. Sah! dia mintak belanja lagi hehe.


Kali ni dia suh belanja crank sensor. Aku tak tahu la menatang ape tu, tapi itulah yang encik suami cakap. Enjin tetiba berhenti tu puncanya dari crank sensor tu la. Nak kata bateri problem, baru je tukar bulan tiga ari tu. 


Apo layi ... melayangla dua ratus ringgit hari tu huhu. Nak buek cemano dah maso dio kan. Kalau tak dibaiki, kang nak balik dengan apo. Buat encik yang tumpangkan kami tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak atas keprihatinan beliau menumpangkan kami dua beranak. Dalam banyak-banyak kereta kat situ, dia je la yang sudi berhenti tepi dan tanya khabar kami. 


Walaupun berlainan bangsa, tapi dia sangat ambil berat dan sudi tolong kami. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.


Wahai exoraku sayang .... jangan 'nakal' lagi ye. 

Friday, May 12, 2023

Friday, May 12, 2023

Syawal Pertama Kami 2023

 

Cukup 30 Ramadan, tibanya Syawal yang dinanti. Tahun ini pasti lebih meriah sebab orang ambil peluang untuk pulang ke kampung beraya bersama yang tersayang. Lebuhraya dah mula sesak seawal tiga hari sebelum raya. Kami hanya mampu tengok kawan-kawan update di media sosial dalam perjalanan balik kampung. Ada yang stuck dalam jem berbelas jam. Ada yang dah sampai awal. Ada yang tengah shopping barang nak masak lauk raya.

 

Macam biasa malam raya aku keje, esoknya dapat rest sekejap. Jadi kami ambil peluang ini untuk bergambar kat opis menggunakan prop raya yang diaorang dah set up awal-awal kat lobi untuk bagi mood beraya :p

 

Tema warna baju raya kami tahun ni navy blue. Memandangkan plan asal nak kaler coklat tapi susah nak jumpa corak yang sesuai, maka kami ubah jadi navy blue. Prop kat opis memang sesuai untuk bergambar satu family. Macam-macam pose kami buat tapi aku letak yang sesuai je la untuk blog hehe.

 

Lepas bergambar kami gerak balik ke kampung halaman. Perjalanan amik masa 2 jam selalunya, tapi pagi raya jalanraya tetap banyak kenderaan! Dua jam jadi tiga jam setengah.


 

Sesaknya sampai ke tol Ayer Keroh. Tapi lepas tu lengang sedikit sebab orang kampung masih duduk dalam rumah melayan tetamu. Masa ni pun dah tengahari. Perut masing-masing dah minta diisi. Agak-agak mak larat ke masak sorang-sorang tu.

 

 

Sebelum sampai umah mak, kami singgah 'umah' abah kejap. Last jenguk bulan 1 lepas tu asyik tak sempat je. Alhamdulillah pokok pon tumbuh subur meninggi. Kehilangan yang sangat dirindui. Lain raya tanpa orang tua ni. Hilang separuh keceriaan. Rindu dengar suara abah, rindu nak makan ngan abah di pagi raya, rindu tengok abah balik dari sembahyang raya di masjid. 

 

Walaupun tak berapa meriah sebab tak boleh berkumpul adik beradik, tapi mak tetap tak keseorangan. Aku tak nak mak rasa kesunyian, sebab tu walaupun dapat off 1 satu hari aku akan balik kampung jugak. Dapat beraya ngan mak sekejap pun ok dah. Lepas tu aku tinggalkan anak-anak di kampung sambung beraya ngan uwan diaorang. Aku dan encik suami kena naik KL semula esoknya sambung kerja. 

 


 

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di kampung. Ingatkan pagi-pagi takda orang nak datang beraya rupanya mak cakap ada sepupu datang beraya dah kat rumah. Tapi kami tak sempat bersua sebab kami sampai dah tengahari.

 
 
 

 

Dah salam dan bergambar dengan mak, jom masuk dalam! Panaih ching ching waktu ni. Pergi kat dapur ingat nak sinsing lengan baju nak tolong mak masak, rupanya mak cakap semua lauk raya dah siap pon. Fuh! mak masak sorang-sorang semalam😢

 

Aku dah cakap tunggu aku balik kita masak sama-sama, tapi mak kata mak larat masak tapi perlahan-lahan la. Allahuakbar .... rendang daging, sup tulang, nasi impit dan kuah lodeh air tangan mak etonku sayangggggg.

 

Dari KL aku bawakan lemang dan rendang daging air tangan encik suami. Ada juga makanan dari jiran bagi. Memang kami melantak habis-habisan aritu hahaha. 




Alhamdulillah untuk rezeki dan nikmat di hari raya. Syukur sangat walaupun tahun ni kena kerja, tapi masih sempat beraya ngan mak dan boleh makan makanan yang mak masak. Aku sebenarnya tak berharap mak masak sorang-sorang, tapi syukurlah mak tak mengadu sakit hanya lenguh sikit sebab kena kacau rendang tu kan.

 

SELAMAT HARI RAYA EVERYONE!

 

Wednesday, May 10, 2023

Wednesday, May 10, 2023

Cari Baju Raya Di Jalan TAR

 

Walaupun tahun ni aku kena keja di hari raya, baju raya tetap kena ada. At least untuk anak-anak dulu. Warna tema tahun ni, kitaorang cadang nak pakai warna coklat atau yang sewaktu dengannya. Memang eksaited dah ni nak cari baju raya, memandangkan kami takda kaler coklat lagi.


Tahun lepas aku menang banyak kain pasang, jadi aku hantar untuk jahit je. Ingatkan bila dah ada kain pasang tu, upah jahitnya takda la beratus, rupanya tekaan aku salah! Kita tahu dah upah jahit baju kurung moden sekarang ni tak lari dari lapan puluh lima ringgit. Tapi aku congak still boleh jimat la sebab kain pasang aku dah ada. Tapi tahun lepas aku terkena sampai tiga ratus ringgit untuk empat pasang baju kurung moden!



So tahun ni, aku cakap ngan anak-anak takpela kita gi beli baju dah siap terus. Lagi senang takyah pening-pening dah. Memula kitaorang cari kat Lotus Ampang, dalam tu kan ada kedai baju. Corak dah berkenan dah, tapi kaler coklat pulak jarang ada. Kalau ada coklat, coraknya pula tak sesuai haha. Anak-anak tak minat baju ada batu-batu manik ni. Diaorang suka sulam je. Masalahnya, yang bersulam pun ada batu jugak!


So, aku cakap takpela nanti kita gi jalan TAR tengok kat sana. Lagi banyak kedai kita boleh masuk dan tengok. Tapi kaki kena kuat la sebab kena berjalan kan haha. Pastu kena gi malam takleh pergi siang, nanti terberancai posa cek!


Kitaorang pergi jalan TAR dalam minggu terakhir bulan posa. Boleh bayangkan tak situasi dan keadaannya di sana disaat2 akhir haha. Dalam minggu terakhir tu dua kali kami pergi sana. Esoknya nak raya malam tu masih lagi ramai umat manusia kat jalan TAR! Kami sampai sana dalam kul 3 pagi, tapi suasana macam pasar malam. Lampu terang benderang dari kedai-kedai dan lampu jalan, meriah sakan.




Aku cakap kat anak-anak, ready untuk ukur jalan ye. Kita akan masuk semua kedai yang ada jual baju haha. Aku mulakan dengan MUAZ. Ya Allah, memang takleh masuk! Sesak ngan manusia! Bukan tu je, baju bersepah atas lantai. Sampai kita takleh nak lalu lorong tu sebab baju, kain semua dok atas lantai. Dia kalau dah ramai macam ni, memang la tak terkawal jadinya. Peliknya, aku tengok kedai lain elok je tertib semua baju tersusun takda pulak bersepah macam dalam MUAZ. Mungkin juga mereka kekurangan staf hari tu.


Tak jumpa yang berkenaan di MUAZ, kami keluar dan masuk ke kedai lain. Gulatis, First Lady dan semua kedai yang depan SOGO tu semua kami keluar masuk. Tak banyak kaler coklat dan sewaktu dengannya. Last-last, adik cakap ma kita tukarla kaler lain. Ok, fine ....!





Walaupun shopping pukul 3-4 pagi, tapi orang masih ramai keluar masuk kedai. Yang cari tudung, yang cari baju. Tapi aku perasan tahun ni malam raya, tak ramai peniaga yang offer harga menjunam untuk baju kurung. Barangkali mereka tahu dah malam raya ni lagi ramai orang, so dari turunkan harga baik diaorang maintain. Kalau turun pun sikit je.


Aku niat nak carikan mak baju raya juga. Dapat jubah sepasang ok dah. Tapi sayang, sini tak banyak saiz besar. Abaya pun banyak kaler hitam je. Kalau boleh biarlah sedondon dengan baju raya kami. Hampa sampai ke sudah aku tak jumpa jubah yang ada saiz mak. So, aku tukar dengan telekung. Kalau tak dapat baju raya untuk mak, biarlah aku beli telekung raya untuk mak. Lagipun telekung yang mak pakai sekarang dah wajib ditukar.




Akhirnya, baju raya kakak dan adik dah jumpa. Rupanya kedai dia sebelah MUAZ je haha. Yang kami masuk kedai lain dulu, last baru kedai ni. Berjumpa pula corak dan saiz yang berkenan di hati. Walaupun bukan kaler coklat, takpe la janji ada saiz dan warna.


Terus ke kaunter untuk buat bayaran. Pastu kami ke kedai kecil dalam lorong untuk cari telekung raya mak. Dalam perjalanan tu, terjumpa pulak baju melayu encik suami kat Hari-Hari. Harga pun murah, lengkap ngan butang baju pulak tu. Apo layi ... rembat la sepasang!




Diaorang ni kalau jumpa cermin habis nak dicuba selfie! Diaorang ni jarang keluar malam, so bila diaorang tengok suasana macam ni rasa eksaited tu lain macam. Tapi penat jugakla diaorang cakap sebab mama jalan laju sangat haha. Ye la, orang ramai ni lagipun kita nak masuk banyak lagi kedai. 

Tak reti aih nak jalan lenggang kangkung, kecuali la kita dah dapat baju yang kita nak. Malam tu bukan saja diaorang dapat baju raya, tapi dipau nya kita dokoh sorang satu, shawl dan tudung bawal hahaha. Takpela, mama senyum je sebab bukan selalu nak belanja besar camni. 

Akhirnya, misi cari baju raya di Jalan TAR setel! Moh la kita balik lelap jap. Esoknya nak balik kampung jap sebelum sambung koje. 


Thursday, May 04, 2023

Thursday, May 04, 2023

Suka Duka Ramadan 2023

 

Jujur aku cakap Ramadan tahun ini aku diduga dengan ujian tak henti-henti. Tapi lepas semuanya selesai dan keadaan kembali normal, aku baru sedar yang aku tak cukup bersyukur dengan ujian yang Allah bagi ni. Maha Benar bila Allah berfirman terlalu sedikit dari mereka yang bersyukur. 


Dalam kedukaan masih ada nikmat yang Allah berikan padaku. Walaupun tahun ni aku dah ditakdirkan beraya di pejabat tapi alhamdulillah dapat menyambut awal Ramadan bersama mak. Dua hari yang sangat bermakna walaupun masa sangat cepat berlalu. Selama dua hari tu jugak aku penuhkan meja dengan makanan bazar. Apa yang mak teringin nak makan aku belikan.


Yang dukanya, disebabkan aku tak dapat cuti raya tahun ni maka aku tak dapat nak masak-masak dengan mak pada hari mantai seperti sebelum ni. Dengan kata lain mak kena masak sorang😭Mujurlah mak memahami situasi kerja aku yang tak menentu ni. Aku cakap mak jangan masak kalau tak larat. Tunggu anim balik baru kita masak sama-sama.




Balik dari kampung, beberapa hari lepas tu kereta aku buat hal pulak. Tak boleh start enjin pulak dohhhh! Dah la dia buat hal time aku nak pergi amik anak sekolah. Terpaksa aku tempah Grab dari KL ke PJ! Terbang lagi tiga ratus untuk bateri baru. Terima kasih kat adik Grab yang tolong dari awal sampai akhir. 

Kalau ikutkan hati memang sedih sebab duit tu nak guna tuk benda lain, tapi lega juga sebab masa bateri kereta buat hal aku masih ada duit lagi dalam simpanan. 



Tapi peristiwa yang ni paling dahsyat pernah aku alami selama aku hidup. Biasanya aku yang last kunci pintu. Tapi hari tu aku gi buang sampah, pastu terus masuk kereta. So anak aku la yang kuncikan pintu. Sampai sekolah dah bersalam cium segala si anak pun masuk ke dalam sekolah.


Yang aku pun drive balik ke rumah dengan senang hati. Dalam kepala dah terbayang plan nak sambung buat popia simpul, nak baring2 rehat sebelum keluar balik tengaharinya amik anak. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.

Dimatikan enjin dan nak amik kunci dalam kereta. Aikk mana kunci ni? Habis satu kereta aku selongkar. Tapi kunci tak berjumpa. Rupa2nya si anak terbawak pergi sekolah. Lupa nak letak dalam kereta sebelum keluar kereta. Kunci spare dalam rumah!

Maka berpishang la aku kena 'sidai' di luar rumah selama lebih 4 jam😂 Nak marah pun tak guna. Nak gelak pun ada tapi aku lebih kepada termenung main telefon selama empat jam tu haha.




Antara kenangan manis aku di tahun 2023 ni, impian untuk memiliki sebuah air fryer tercapai bila aku menang cabutan dalam satu kontes di fb. Memang aku tak jangka boleh dapat sebenarnya, sebab yang join kontes ni ramai ye. Tapi mata tu dah melekat kat kotak air fryer😂 Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Tapi lepas tu aku diuji lagi. Dalam bulan Ramadan jugak aku kena maki dan difitnah ketika bertugas. Bayangkan kau diherdik dan ditengking dalam telefon sehingga kau terpaksa menjauhkan gagang telefon dari telinga. Aku pun tak tahu la dari mana datangnya kesabaran aku malam tu😂 Dah la aku tak habis cakap lagi dia terus letak gagang. Aku call balik nak cakap ngan dia tapi orang lain angkat. Ingat aku tak berani call balik ke. Aku tanya nama dia sapa, tak berani pulak dia bagitau.

Last-last aku jumpa pengarah terus. Aku ceritakan dari A sampai Z. Rupanya dia terkenal dengan reputasi suka maki hamun orang, aku je yang baru tau😂 Ingatkan aku mangsa pertama, rupanya ramai lagi yang dah kena ngan dia. Nokharommmm punya perangai. Aku cerita biar ada rekod, walaupun sampai ke hari ni aku tak tahu samada tindakan dah diambil atau tiada.




Tempahan popia simpul tahun ni alhamdulillah syukur seadanya. Tahun 2021 aku tak buat sebab masih bersedih atas pemergian arwah abah dan langsung takda mood. Tahun 2022 aku start buat balik atas permintaan pelanggan yang biasa beli dengan aku. Tapi terlalu banyak sampai aku kepenatan dan terkejar-kejar nak siapkan.

So tahun ni aku plan nak amik sedikit sahaja dan oleh sebab itu aku senyap tak iklankan dimana-mana. Pelanggan tanya baru aku jawab. So yang mana tahu, tahulah. Tapi aku jadi serba salah bila ramai yang nak order aku terpaksa tolak. Jadi sedihla sebab diaorang nak sangat tapi aku tak dapat tunaikan. Aku hanya mampu minta maaf bila jadi camni.

Walaupun tempahan tak banyak, tapi cabaran nak menyiapkannya cukup tinggi. Ikan payah nak jumpa. Kulit popia habis dimana-mana. Ye la, bulan Ramadan memang dua barang ni terlajak laris! Berhari-hari aku nunggu stok ikan tapi yang sampai semuanya besar jari tengah. 

Namun, akhirnya semua dapat disiapkan ikut jadual. Alhamdulillah ...

Bila dikenang balik semua yang terjadi ni dan hikmah disebaliknya, aku tetap bersyukur masih dikurniakan rezeki dan peluang untuk menikmat hari raya dan hari-hari seterusnya. Terima kasih ya Allah diatas segala ujian dan nikmat yang Engkau berikan, moga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi ujianMu di masa akan datang...aamiinn!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.