Breaking

Showing posts with label TT JAM HOTWHEELS. Show all posts
Showing posts with label TT JAM HOTWHEELS. Show all posts

Tuesday, April 10, 2018

Tuesday, April 10, 2018

Akhirnya Mira Menang!


Assalamualaikum!


Setelah berminggu-minggu dia kemurungan, akhirnya berjaya juga Mira menang hadiah! hehe. Agak teruk juga nak pujuk dan meyakinkan dia tau bila tiap kali racing dia kalah. Kita nak main racing hanya untuk suka-suka, tak semestinya kena menang baru tidur lena hehe. Tapi, opkoslah naluri nak menang tu tetap ada dalam diri anak-anak kita kan.

Maka, untuk usaha tanpa jemu setiap minggu akhirnya membuahkan hasil. Mira berjaya menduduki tempat podium kedua sekaligus menjadi naib johan untuk racing hotwheels minggu lepas. Alhamdulillah ... tahniah anak ibu!


Kereta Mira yang warna ungu

Monday, March 12, 2018

Monday, March 12, 2018

Kakak menang apa tu?


Assalamualaikum!


Buat julung-julung kalinya, ada juga yang menang hadiah akhirnya! Dah berminggu-minggu diaorang masuk race, asyik kalah je hehe tapi malam tu rezeki buat kakak walaupun hanya tempat ketiga.

Boleh dikatakan setiap Sabtu kitaorg akan berkampung di PJ untuk TTKC sebab diaorang ada bukak jualan dan pameran kereta hotwheels disana. Untuk memeriahkan lagi suasana, diaorang adakan racing untuk dua kategori, kanak-kanak dan dewasa. 


Tahniah kakak! Kesian yang tudung biru tu hahaha

Tuesday, January 23, 2018

Tuesday, January 23, 2018

TT Kompleks C, Petaling Jaya Bermula 3 Feb!


Assalamualaikum!


Macam-macam hal lah terjadi dalam minggu ni. Banyak yang berkisar pasal dua beradik tu la. Kakak start je sekolah dah bizi dengan homeworknya. Lepas ni hari Sabtu akan bizi dengan kelas tambahan pula. 

Mira ...? Tak tahu lah apa kene dengan itu anak, perangainya kebelakangan ini sangat menduga betul!
Nak kata baby...dah darjah 3! Tapi merengeknya tak habis-habis. Merajuk nombor satu! Jangan cakap aku tak pay attention kat dia ye. Tahu dia nakkan perhatian, sebab tu time makan, time belajar, tiem tido pun aku ada sebelah diaorang.


Monday, October 23, 2017

Monday, October 23, 2017

Senarai Penuh TT Jam @ Gathering Rasmi Kelab Pengumpul Diecast Seluruh Malaysia


Assalamualaikum!


Hari tu aku dah share pengalaman pertama kali aku pergi TT JAM @ KELANA JAYA. Memang happening memang havoc! Tapi tu baru satu tempat je, rupa-rupanya ada lagi kat tempat lain. Sesuai sangat la kan sebab peminatnya pun ramai. So, kalau korang nak tahu kat mana lagi tempat korang boleh lepak sambil usha koleksi kereta diecast ni, jom baca sampai bawah!




Tuesday, October 17, 2017

Tuesday, October 17, 2017

Pengalaman Pergi TT Jam @ Kelana Jaya


Assalamualaikum!


Malam Jumaat lepas kitaorang lepak kat kedai mamak sehingga jam 1 pagi! Hah ko gila ape? Aku tak gila, ini memang betul-betul punya kejadian haha! Biasanya malam Jumaat aku dah siap-siap berselubung dalam selimut dengan anak-anak sambil layan movie kat rumah. Tapi malam tu aku dan Mira 'melepaskan' segala kenikmatan beristirehat semata-mata nak tengok koleksi diecast car yang menjadi tarikan pengunjung setiap hari Jumaat dan merasai sendiri kemeriahan TT JAM di sini.


sumber : google

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.