Breaking

Showing posts with label Tips sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips sihat. Show all posts

Thursday, March 21, 2024

Thursday, March 21, 2024

Tiada alasan, hanya perlukan tindakan!

 

Senaman jalan kaki diteruskan walaupun seorang diri. Sekarang aku tak suka main kat opis, jalan jauh sikit jumpa taman baru syok kan. Hari tu aku jalan kaki dari opis melintas jalan dan menuju ke Taman Jaya.


Masa tu dah tengahari, tapi apa ada hal. Situ kan banyak pokok-pokok rendang nan berbuah hehe. Redup je takde la panas litlit macam kat opis.



Walaupun taman ni masih dalam pembinaan tapi laluan untuk jogging masih dibuka. See, kan redup tu! Syok je jalan kaki santai-santai dengan angin sepoi bahasa. Orang pulak hampir tiada kecuali pekerja landskap taman yang sedang sibuk buat keje diaorang. Orang awam hanya aku dan satu family tu bawa anak dia naik basikal. 

Nak cukupkan langkah 10k aku kena pusing satu taman tu 10 kali hehe. Tak perlu berlari, hanya brisk-walk pun dah boleh keluar peluh. Keselamatan terjamin sebab takda manusia nak lepak di tempat macam ni haha. 




Terfikir jugak aku macam mana nak maintain buat brisk-walk di bulan puasa nanti. Mungkin aku boleh brisk-wall di bazar je nanti haha. Mana tau pusing 10 kali boleh dapat 10k pastu bolehlah makan tanpa rasa bersalah hahaha.

Dah cukup 10k, aku patah balik jalan kaki balik ke opis. Puas! Lega! Menyegarkan!





Sunday, February 25, 2024

Sunday, February 25, 2024

Hasil Sebulan Brisk-Walk



Kali terakhir berat aku capai angka 7 ialah ketika aku mengandungkan adik 15 tahun yang lalu. Tapi 5 tahun terakhir sebelum cecah umur 40 berat badan aku naik dengan ketara sekali. Nak kata makan mewah tu tidak juga. Nak kata kerja tak stres tidak juga. 

Tiga tahun terakhir aku perasan berat badan aku capai angka depan 7 tapi masa tu wat lek wat pis je hahaha. Makan macam biasa dan tiada senaman. Keinsafan itu datang pada tahun lepas bila aku tengok gambar reunion dengan rakan sekerja ketika kursus di pejabat. 

Ya Allah .... tak percaya aku sampai macam tu lebarnya!




Satu pagi aku bangun sakit pinggang dan belakang. Badan terasa berat dan paha, lengan, punggung nampak makin melebar. Berhari-hari aku menanggung kesakitan. Kaki, tangan, pinggang semua lenguh.

Manusia ni kalau dah datang sakit baru dia nak sedar kan haha. Macam tu la jugak aku. So, awal tahun ni aku berazam nak turunkan berat badan.

Bulan Januari berat aku 73.9kg, bukan main-main weh! Ni berat aku mengandung dulu. Itupun dulu hanya naik sampai 70kg je. Ni dah terlebih sangat ....!




Aku mulakan dengan buat tabita di rumah. Mula-mula memang susah! Lenguh habis badan aku. Tapi puas bila keluar peluh. Aku suka buat tabita tapi aku tak boleh nak kira berapa kalori yang terbakar guna smartwatch sebab aku takda benda tu.

So aku pergi kepada brisk-walk. Aku aktifkan Samsung Health di hp dan aku buat 6K langkah. Lepas tu naikkan jadi 10K langkah sehinggalah sekarang. Aku buat bukan hari-hari, aku cuba selang-selikan sehari atau dua hari. 

Syok juga buat brisk-walk ni. Bila dah keluar peluh aku jogging sikit-sikit sampai tercapai target 10K.




Begitulah rutin aku setiap kali cuti atau off day. Aku akan ambil peluang walaupun hanya berjalan kaki sekeliling rumah. Kalau terlebih rajin aku pergi taman. Satu lagi aku cuba cut off sugar. Bukan cut off terus, tapi kurangkan sikit demi sikit. Aku tak minum teh tarik kerap macam dulu dah. Kalau tak, sarapan pagi segelas minum petang atau malam segelas huhu. Aku minum juga air masak, tapi ketaksuban aku pada teh tarik meluap-luap pulak haha. 

Tiga hari pertama tu memangla susah sikit nak kawal hehe. Tapi aku kuatkan hati sebab aku tahu berat badan naik kerana pengambilan minuman/makanan manis berlebihan. Alhamdulillah sekarang aku dah tak ketagih minuman manis. Kalau perlu pun aku ambil air buah yang diperah.



 

Sebulan aku cuba kekalkan momentum brisk-walk dan minum air masak. Alhamdulillah usahaku membuahkan hasil yang agak mengejutkan. Penurunan 2.6kg dalam sebulan agak banyak juga, maksudnya metabolisme aku masih kuat cuma perlu terus bersenam.

Bukan tu je tau, penghadaman aku lebih baik. Hari-hari nak membuang haha, jadinya perut kempis. Berkat minum air masak.

Harap aku dapat maintain langkah sihat ini sebab aku dah tak sanggup nak rasa sakit-sakit badan dan melebar sana sini. Di usia dah masuk 40 ni, kesihatan adalah harta yang tidak boleh ditukar dengan wang.


Tuesday, February 20, 2024

Tuesday, February 20, 2024

Berubah Sekarang Atau Dapat Sakit!

 

Mak aku pernah cakap, yang aku takkan naik berat badan walaupun dah tua. Sebab apa? sebab aku tinggi dan makan banyak mana pun tetap kurus. Mak ... mak salah ye haha. Itu cerita 25 tahun dulu. Anak mak waktu lepas beranak dua pun masih kurus lagi. Tapi seiring dengan pertambahan usia, aku makin perasan yang badan aku sudah tidak dapat menampung kemasukan makanan muahahaha.


Tahun lepas, lebih tepat lagi bulan Mei telah menjadi satu poin penting dalam hidup aku yang menerbitkan rasa keinsafan dalam diri dan kesedaran bahawa selama ini aku telah berlaku 'zalim' pada diri sendiri.






Sumpah aku tak edit atau filter gambar ni. Buat pertama kalinya, aku terkejut melihat diri sendiri dalam gambar ini. Waktu tu, lepas habis kursus. Tak tergambar yang aku akan jadi sekembang ini haha. Lengkap dengan pakej double-chin ...yihhhh!

Sakit hati sakit mata weh haha. Adakah salah baju tu? salah pemilihan warna? atau salah aku terlampau bahagia? hahaha. Aduh tapi disinila permulaan kenapa aku perlu berubah. Tapiiiii .... aku bertangguh jugak tu hehe. Dari bulan Mei sampai Disember aku tak 'gerak' lagi. Bila datang sakit-sakit dan lenguh badan baru aku mulakan langkah.

Maka, masuk Januari 2024 aku tak boleh bertangguh lagi. It's now or never! Kalau tak buat sesuatu, yang sakit badan sendiri. Seram tengok macam-macam penyakit yang dihidapi orang sekarang. Penyakit jantung yang dulu banyak menyerang orang-orang tua berumur 50 tahun ke atas, tapi sekarang boleh menyerang orang muda dan usia pertengahan!





So aku mula dengan buat tabita. Jujur ye, mula-mula buat tu dua puluh minit pertama badan aku lenguh yang teramat ye hahaha. Betapa 'berat' rasa badan aku ni ya Allahhhhh! Padahal buat senaman tangan je pun ...yihhhh!

Tapi lama-lama bila dah kerap buat, ia jadi kebiasaan dan lenguh tu hilang. Tapi aku tak rasa puas lagi sebab aku tak tahu berapa banyak kalori aku turun. Makan banyak tapi senaman ala kadar saje pun tak cukup.

So, aku start buat brisk-walk. Aktifkan apps kat hp ni dan walah! Baru syok gini dop haha. Boleh buat 10k langkah dan dari situ kita boleh tahu berapa kalori yang kita bakar. Aku jadi lebih bersemangat nak buat.

Aku start bulan Januari 2024. Aku tak berharap keajaiban sekelip mata, tapi aku harap badan aku dapat fit semula. Moga aku juga dapat berdisplin dalam pemakanan. Selain buat brisk-walk, aku cuba cut-sugar terutama dalam minuman. Teh tarik yang berbuih itu terpaksa daku lupakan seketika dan telan air masak huhu.

Adakah aku akan berjaya menurunkan berat badan? Atau makin kelaut? huhu


Saturday, February 19, 2022

Saturday, February 19, 2022

Kena Ada Habbatus Sauda!

 



Assalamualaikum! Sejak Covid-19 muncul dalam hidup kita semua, macam-macam petua orang kongsi tentang bagaimana nak melindungi diri dari terkena virus durjana tu. Ada orang suh rebus bunga cengkih la, ada yang suh kunyah terus macam tu. Ada yang suh makan lemon ngan madu. Macam-macam lagi lah!


Setakat ini, aku takde ambil apa-apa suplimen kesihatan. Tapi aku teringat ke habbatus sauda. Aku tertarik sebab habbatus sauda memang terkenal dengan kebaikan untuk kesihatan. Memandangkan kes Covid-19 semakin mencanak-canak naiknya, aku tak nak amik risiko. Walaupun dah lengkap vaksin, kena ada jugak makanan tambahan berkhasiat untuk perlindungan dalaman.




Habbatus sauda yang aku beli ni ada 60 kapsul dalamnya asli takda campur apa-apa bahan. Sukatan makan ikut umur dan sebaiknya makan sebelum sarapan pagi atau sebelum nak tidur. Aku amalkan 2 biji sebelum makan setiap hari. Antara manfaatnya, menguatkan daya tahan tubuh dari serangan penyakit.


Apapun, kita ikhtiar untuk pencegahan. Jangan dah kena baru menggelabah nak mencari! Lagipun, habbatus sauda memang baik untuk penjagaan kesihatan secara semulajadi. Kat mana aku beli? Korang search je husna_store.my.


Saturday, September 14, 2019

Saturday, September 14, 2019

Doktor Beni Kongsi Topeng Muka Yang Sepatutnya Dipakai Ketika Musim Jerebu


Assalamualaikum! Jerebu kuat melanda negara dah lebih seminggu. Paling teruk kena sekarang adalah di Klang dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) lebih dari 200. Tapi belum ada arahan untuk tutup sekolah buat masa ni.

Anak-anak pun aku nasihatkan tak payah nak keluar rumah ke kedai kalau takda keperluan. Udara tak bersih, nak bernafas pun tak selesa. Semalam aku ke kedai pun pakai 'topeng muka'. Tapi 'topeng muka' aku tu sebenarnya kain purdah huhu. Jadi la kan dari takde hehe.


Friday, May 24, 2019

Friday, May 24, 2019

Kekal Dilindungi, Kebaikan Dikongsi Sepanjang Ramadan Bersama Dettol


Assalamualaikum! Alhamdulillah telah masuk ketiga kita berpuasa namun kemeriahan berpuasa dan menyambut Ramadan tetap dirasai. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.


Wednesday, September 19, 2018

Wednesday, September 19, 2018

Cara berkesan kawal kencing manis


Assalamualaikum! Penyakit ni tak kira jantina dan umur. Orang muda pun boleh kena kalau tak berhati-hati dalam pemakanan. Kelmarin pergi melawat orang sakit, dapat tahu rupanya bacaan kencing manisnya mencanak naik 15! Orang pempuan naik 6-7 pun dah seriau dah weh, tambah kalau pempuan mengandung kan.

Memang ada banyak produk yang 'claim' boleh kawal kencing manis dan sebagainya. Tapiiiii ... seeloknya lah kan, jangan lah kita ni pemalas sangat nak kawal secara sendiri atau semulajadi. Takkan semua nak kena harap produk semata? Memang ... duit tu duit awak, suka hati awak lah kan nak belanja macam mana. Ye la ..sedangkan doktor pakar berbuih mulut nasihatkan pun tak jalan. Inikan pulak mommyblogger sendu macam kita ...huhu. 

Apapun, kita still nak kongsikan disini supaya mana la tahu terbuka hati awak semua untuk amalkan kaedah yang lebih selamat dan secara semulajadi instead of telan segala jenis mak nenek produk yang berlambak di pasaran. Bukan tak boleh, tapi selidik dulu kaji dulu dan jangan ada mentaliti yang mengatakan bahawa kita makan produk tu tak perlu senaman, melantaklah apapun tetap takkan memudaratkan. Salah konsep tu ....


sumber : fb (sharing dari Dr. Rafidah)

Thursday, November 02, 2017

Thursday, November 02, 2017

Awas 5 Punca Wanita Berisiko Jadi Buta!


Assalamualaikum!

Melalui beberapa kajian klinikal yang dibuat di Universiti New York, pakar menyatakan bahawa ramai antara kita yang tidak tahu bahawa secara anggaran dua daripada tiga orang buta di dunia terdiri dari golongan wanita.

Kajian di Unviersiti of Illinois juga mendapati wanita lebih berisiko untuk menghidap glukoma yakni punca awal yang boleh membawa kepada masalah buta. Allahu ... tak dapat bayangkan jika kita hilang penglihatan ye. Hilang penglihatan bermaksud putusnya nikmat untuk melihat menggunakan mata yang Allah kurniakan pada kita. 


Monday, August 07, 2017

Monday, August 07, 2017

10 Tips Kesejahteraan Di Tempat Kerja


Assalamualaikum!


Jika anda bekerja di pejabat, mungkin anda tidak akan dapat lari dari situasi ini. Letih ... tiada mood ... tiada semangat...monday blues dan banyak lagi! Kadang-kadang bangun pagi, terasa seperti nak teruskan cuti dan tidak mahu ke pejabat. 

Bila di pejabat, bertambah murung sebab tengok lambakan kertas kerja di atas meja seperti tidak pernah habis! Kerja dan kerja ... dan akhirnya anda stres! Tak tahu bagaimana nak enjoykan diri ketika bekerja? Mungkin 10 tips kesejahteraan di tempat kerja ini boleh mengubah mood anda di pejabat 😉




10 Tips Kesejahteraan Di Tempat Kerja

1. JAUHI SNEK YANG TIDAK SIHAT 
Seperti coklat dan keropok. Sebaliknya, tukarkan ia kepada snek sihat seperti buah-buahan segar

2. MINUM BANYAK AIR PUTIH
Selain air putih, buah-buahan seperti oren, anggur, tembiai dan epal berupaya menjadikan anda kekal hidrasi

3. LAKUKAN SENAMAN RINGAN
Atau regangan mudah untuk meredakan ketegangan otot tubuh badan

4. ELAKKAN DIRI DARI SIBUK DENGAN SESUATU KERJA DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG
Ambil mini-breaks selama 2 minit untuk bangun dan bergerak dari tempat duduk

5. JAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN RAKAN SEKERJA
Bertegur sapa, bergurau dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain

6. PANDAI SEIMBANGKAN MASA DIANTARA KERJAYA DAN KEHIDUPAN
Jadikan masa anda di rumah adalah untuk bersantai bersama keluarga dan rakan

7. RANCANG JADUAL HARIAN DENGAN BERKESAN
Perancangan kerja yang teratur akan membuatkan hari anda berjalan dengan lebih lancar dan seterusnya mengurangkan stres

8. AMALKAN TEKNIK MINDFULNESS
Lapangkan fikiran atau meditasi bagi mengurangkan stres dan meningkatkan fokus dan produktiviti kerja anda

9. PERGI BERCUTI
Percutian membantu mengisi 'bateri' anda dengan menghilangkan stres dan mengelakkan fikiran anda daripada memikirkan soal kerja

10. SELF-AWARENESS
Berikan komitmen sepenuhnya terhadap kerja anda tapi pada masa yang sama tahu bila masanya diri anda perlukan rehat

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda berasa lebih selesa dan yakin ketika di pejabat sepanjang hari 😉.





Monday, May 29, 2017

Monday, May 29, 2017

Luangkan masa 3½ minit untuk elak kematian mengejut!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, kita telah memasuki bulan Ramadhan lagi diberkati. Macam mana puasa semua, ok ye? Terawih, mantop kan? Beressssss!

Ok, ada satu perkongsian menarik yang aku kira mungkin kita boleh jadikan sebagai tambahan ilmu dalam kehidupan. Biasa, kalau mak kejut kita bangun pagi apa yang kita akan buat dulu? Buka mata, bangun dan duduk sekejap? Buka mata, terus bangun dan berdiri capai tuala? Buka mata, bangun berjalan ke dapur minum air masak segelas?

Haaa ... sesetengah orang terutamanya orang-orang lama seperti mak-mak kita, nenek-nenek kita ada menasihatkan kalau bangun tidur tu jangan terus bangun dan berdiri. Ambil masa untuk duduk sebentar, minum segelas air suam dan barulah bangun berdiri dari tempat tidur. Kalau nak tahu lebih lagi pasal benda ni, jom terjah info ni! 


Monday, February 27, 2017

Monday, February 27, 2017

Bagaimana rasa buah bidara?


Assalamualaikum!


Saiz kecil berkulit hijau. Sekali pandang macam buah kedondong pun ada, macam buah epal kecil pun ada. Sepanjang hayat, inilah kali pertama makan buah bernama buah bidara. Yang aku tahu, daun pokok bidara ni boleh buat mandi jenazah. Lepas tu yang aku tau, Tanjung Bidara je la .... hehe.


Friday, December 23, 2016

Friday, December 23, 2016

Pokok Mahkota Dewa di kebun abah


Assalamualaikum!


Satu perangai abah aku ni kan, dia ni suka mencuba. Dia suka cuba jus tu la, jus ni la. Kalau aku call, dia akan cerita pasal dia ambil jus ni untuk kawal darah tinggi. Dia ambil jus tu untuk kempiskan perut buncit. Tapi, akhirnya kelaut juga hasil dia.

Tapi baru-baru ni dia bagitau yang dia dan mak dah amalkan minum air buah mahkota dewa je untuk kawal darah tinggi dan melancarkan peredaran darah. Diaorang dah tak ambil jus-jus yang ada di pasaran ni. Hawau ..menghabiskan duit je. Dah la mahal, kesan dia sekejap je pastu takda perubahan pun hehe. 


Pokok mahkota dewa


Berbulan-bulan yang lepas memang aku ada perasan pokok abah tanam kat tepi pagar reban ayam ni. Tapi aku ingat tu pokok buah durian belanda, dan masa tu pokok ni pun kecil lagi. Bulan ni aku balik, tengok-tengok dah besarrrr dah dia!

Abah aku terjebak dengan buah mahkota dewa ni pun sebab kawan dia yang rekomenkan. Kalau nak beli mungkin payah kot, so amik je benih kat kawan dia dan tanam sendiri di halaman rumah. 


dah berbuah

Buah Mahkota Dewa

Beginilah rupa buah mahkota dewa yang telah masak. Tapi buah ni tak boleh dimakan begitu sahaja, ia perlu diracik halus dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum direbus atau direndam dalam air panas dan diminum.




Satu lagi, abah cakap buah mahkota dewa ni beracun! Beracun kat mana? kat biji dia. So, bila nak racik tu, elakkan dari terkena pada bahagian biji dia. Katanyaaaa 😊





Untuk dapatkan air rebusan mahkota dewa ni, kepingan buah mahkota dewa yang telah dikeringkan tadi direbus ke dalam periuk tanah dengan sukatan 5 cawan air (seumpamanya). Biarkan ia mendidih sehingga sukatan air menjadi 3 cawan akhirnya. Kemudian, bolehlah diminum.


Khasiat Buah Mahkota Dewa


  • Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah
  • Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.
  • Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup
  • Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.
  • Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
  • Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang
  • Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.
  • Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan
  • Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner
  • Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kanser rahim.
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza
  • Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit tekanan darah tinggi
info : khasiatherba.com


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.