Petua
Saturday, November 03, 2012
Chicken Pox: Fakta Perubatan & Pantang Larang.
Kali terakhir akak kene masa umur akak 13 tahun. 2 minggu baru masuk sekolah menengah tetiba bintik2 merah menyerang seluruh tubuh dan bermulala episod terkena serangan chicken pox. Dalam 2 minggu tu memang akak dapat layanan 'gold' class dari mak dan abah, tapi banyak betul pantang larang yang akak kene ikut waktu tu terutama bab2 makan ni. Ayam dan daging memang wajib TAK BOLEH dimakan apatah lagi makanan yang berminyak. Even nak menumis dalam rumah pun tak boleh waktu tu. Tapi yang bestnyer apa yang akak nak selain dari makanan2 terlarang diatas sumer abah akak belikan. Akak ingat lagi waktu tu akak mintak 2 barang dengan abah, coklat Cadbury dan permainan video game (SEGA) wahahaha~Ape lagi akak main sakan laaaaa mende alah tu.
16 tahun berlalu dan kini chicken pox datang menerjah lagi, tapi kali ni bukan akak tau tapi anak akak yang sulung. hari pertama semalam asalnyer akak ingatkan bintik menggelembung tu sebab kene minyak panas, pagi tadi bangun ader lagi bintik2 merah kuar so, sah la ni chicken pox...kesian permata hatiku. Kelam kabut akak tepon atuk dan wan diaorg tanya apa yang patut dibuat..heeee:D.
Macam2 pantang dan larang yang mak akak bagitau, mungkin ada sesetengah orang yang dah tak percaya pasal penjagaan pantang larang ni tapi, even doktor pun sarankan supaya jaga makan dan pantang betul2. So, akak pun godek2 sikit la pasal chicken pox ni, kot2 nanti kalu korang dah ada anak boleh la buat apa yang patut dan tinggalkan apa yang tak patut. Pengalaman berpantang chicken pox bagi setiap orang adalah berbeza so akak harap jangan ader kontolbesi nanti yer (*ayat cantik=kontroversi) heeeee. So, jom kiter terjah pasal CHICKEN POX~
Apekejadahnyer Chicken Pox ni?
Cacar air ataupun lebih dikenali sebagai Chicken Pox ialah penyakit yang disebabkan oleh virus varicella-zoster . Penyakit ini senang berjangkit samada melalui sentuhan atau sebaran udara dan ditandai oleh ruam yang gatal dan berair di badan. Keadaan ini akan berlanjutan selama lebih kurang 2 minggu dan ia tidak berbahaya jika mendapat rawatan awal. Jika kanak-kanak menggarunya, ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada kulit (takut berparut je).
Pantang larang semasa terkena Chicken Pox?
Dari segi bidang perubatan, tiada pantang larang dari segi makan atau sebagainya. Cuma, jangan sekali-kali tidak mandi tau.
Pantang dibuat (maknanya jangan dibuat yer)
a) Jangan kene hujan
b) Jangan makan daging dan ayam
c) Jangan menumis dalam rumah
d) Jangan bergaduh atau memarahi orang yang terkena chicken pox.
e)Jangan makan makanan bergoreng atau berminyak. (KICAP jangan dimakan nanti parut jadi hitam)
f) Jangan menggaru, kalu gatal tahan je la.
Ada ubat tak untuk Chicken Pox?
Doktor biasanya akan memberikan ubat demam dan ubat gatal untuk disapu di badan.
Ada vaksin tak untuk Chicken Pox & kenapa perlu ambil vaksin?
Ya. Sebenarnya ada vaksin dihasilkan bagi mengelakkan jangkitan ini. Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas . Sebanyak dua dos diperlukan. Jarak diantara dos pertama dan kedua adalah dalam masa tiga bulan (latest suggestion). Walaupun penyakit ini tidak berbahaya namun jangkitan ini mengambil masa yang amat lama untuk sembuh.
Kanak2 yang dijangkiti Chicken Pox memang memerlukan penjagaan rapi dan pemerhatian yang khusus dari ibubapa kerana suhu badan yang tinggi (demam) akan melambatkan proses penyembuhan. So, kakak (Hazwani) cuti sekolah lebih awal dari biasa heeeee :D.
P/S: Ayah dan ibu dah kene, lepas Nurul adakah Mira 'mangsa' seterusnya?