Breaking

Monday, November 12, 2012

Monday, November 12, 2012

Tahniah Zulfahmi!


Tahniah!Tahniah!Tahniah!
Buat kali kedua pelumba negara kita, Muhammad Zulfahmi Khairuddin
berjaya mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012
dengan bergaya selepas menaiki podium sekali lagi 
pada Grand Prix Valencia, Sepanyol malam tadi.
Anak muda kelahiran Banting, Selangor itu menamatkan saingan di
 tempat ketiga dengan catatan masa 45 minit 06.005 saat, di belakang dua 
pelumba Red Bull KTM Ajo, Danny Kent dan Sandro Cortese.

Zulfahmi (kanan sekali) di Grand Prix 2012, Valencia Sepanyol.

Tapi akak juga nak ucapkan tahniah kepada beliau kerana selain
berjaya mencipta kejayaan dan nama di luar negara,
beliau masih tidak lupa pada ketaatannya pada agama Islam.
Ketika di podium selepas penerimaan hadiah , beliau
dilihat cepat2 turun dari podium dari mengelakkan 
terkena semburan arak.
Tahniah Zulfahmi! Semoga anda sentiasa istiqomah!~


Zulfahmi lari dari upacara sembur menyembur



Monday, November 12, 2012

Buat Baik Dibalas....??


Morning glory everyoneeeee!~
Sumer ceria2 ker arini? Ader yang dah start cuti, ader yang start nak kawen heeee
Ader yang dah bercuti di kampung masing2,
Ader juga yang dah start nak pegi holiday kan kan kan?
Goooooooooood!~
So, harini akak drive ke opis dengan sungguh tenang dan CEPAT!~
alhamdulillah(^_^)

So, akak nak story mory skit pasai BUAT BAIKKKKKKK~
"Perlu ke kiter berbuat baik?" "Perluuuuuuuu" *Akak jawab bg pihak korang la heeeee*
Sepertimana firman Allah dalam Surah al-Qasas yang bermaksud;

"Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah telah berbuat baik kepadamu
(dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah)
(Surah al-Qasas: ayat 77)


Maka, adalah disarankan kita berbuat baik/ihsan terhadap sesama manusia, haiwan dan alam sekitar. Namun begitu, perlu diingat bahawa konsep berbuat baik/ihsan ini bukan untuk digunakan secara membuta tuli sehingga 'memakan' diri sendiri dan keluarga. Pepatah lama Melayu ader mengatakan 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.'

Gambar: Harian Metro


Terutama bab melibatkan harta benda dan wang ringgit. Bukan la tak boleh langsung kiter menghulurkan bantuan kepada rakan2 yang memerlukan, tapi jangan sampai kiter pulak yang berhutang semata2 untuk membahagiakan orang lain...RM2 juta pulak tu dek nonnnnnnnnn! Dan akhirnya, 'Nasi sudah menjadi bubur.'

So, hendaklah kiter sentiasa berwaspada  sebelum menghulurkan pertolongan secara membuta tuli. Tentu kiter tak mahu jadi seperti 'Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita*(fuhhhh! terasa macam Karam Singh Walia wehehehee)*
Monday, November 12, 2012

Lelaki Tertelan Sudu!







TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.



STABIL...
Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan
 mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.


Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping."


Sumber : Harian Metro 12/11/2012

P/S: Seriauuuuuu...!~

Sunday, November 11, 2012

Sunday, November 11, 2012

Aku & Hujan



Biler hujan, dia bergendang,
Biler hujan, dia berdendang,
Mulut mengumat, tekak meregang,
Tadi yang kosong, kini dah takda ruang.
~weeeeeeee (^_^)~

Yup,saper yang tak suker ngunyah ye dak?
Tambah biler hujan renyai kat luar tu perut muler la
 bergurindam heeeee:D.
"Tolong kami..bantu kami...tolong penuhkan tong ini"
kihkihkihkih~*dasat perut aku ni!*~
 Waktu2 gini sedap kalu ader jajan depan mata.
Akak ni walaupun tak berapa nak montel
tapi bab2 ngunyah ni memey akak terer.
Kat opis ngunyah, tambah plak duk bawah air-cond,
lagi laju masuk dalam perut wahahahaha~


kentang, mayonis & sos cili...terbaekkkkk~


So, sambil2 blogwalking dan mengindahkan blogku
yang masih lagi comot di sana sini, memey 
sedapla kalu dapat ngunyah heeeee:D
Korang ngunyah aper?Selamat ngunyah sumer!~




Sunday, November 11, 2012

Putus Kasih







Kucing jantan : Kita putus !

Kucing betina : Kenapa?
Kucing jantan : awak tipu saya. awak bukan perempuan.
Kucing betina : Apa maksud awak?
Kucing jantan : Perempuan mana ada misai?
Kucing betina : !@#$%^&$%$^%&%




Wehehehehehehehehehehehe~

Sunday, November 11, 2012

Asbo Oscar Mengganas Dikenakan Tahanan Rumah.


Aper kes plak kali ni yer?
Saper Asbo Oscar ni?
Moh kiter bacer heeeee :D
v
v
v
v
v
v


Buckinghamshire: Beliau menerima ancaman bunuh, paparazzi diletakkan di luar rumahnya dan mendorong penduduk tempatan ketakutan di kampung Buckinghamshire sehingga terpaksa membawa pistol air ketika berjalan di luar rumah. Tetapi, Oscar seekor kucing lebih menyedari akan 'gangguan' yang disebabkan olehnya.Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.

Oscar bersama pemiliknya,
Caroline Hughes.

Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang. Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu. Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010. "Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu. Wanita itu berkata, dia juga bersyukur apabila Oscar ditemui di sebuah rumah di Northampton, kira-kira 40 kilometer dari sini.
Bagi penduduk Wingrave, mereka amat bersyukur dengan kehilangannya kerana menganggap kucing berusia lima tahun itu sangat ganas dan agresif.

Source: www.dailymail.co.uk.

*Allahurobbi, cumilssssssss benor asbo ni!*
Sunday, November 11, 2012

Too Fat To Die.


Ronald Post


Nak tahu bagaimana? Haaaa....doktor kepada banduan (dalam gambar) telah mengesahkan bahawa Ronald Post, 53 yang mempunyai berat 480 pounds (270kg) terlalu gemuk untuk dikenakan hukuman mati dan mesti ditangguhkan ke Januari, 16 2013. Ini adalah kerana dia tidak mempunyai vena pada lengan,tangan atau kaki untuk disuntik disebabkan terlalu gemuk. Dia ditangkap atas kesalahan membunuh seorang kerani hotel, Helen Vantz di Hotel Slumber Inn, Elyria.

Post, 53 mahukan mahkamah membatalkan hukuman itu atas alasan berat badannya akan menyebabkan dia mengalami kesakitan yang amat sangit ketika menjalani proses berkenaan. Post juga mempunyai parut pada lengan kiri dan kanannya akibat cubaan membunuh diri. Parut berkenaan menyebabkan dia tidak boleh disuntik.


Sementara itu, waris mangsanya yang mendesak pihak berkuasa meneruskan hukuman itu, menyifatkan alasan Post sebagai jenaka.


Source: www.trutv.com

P/S: Such a joke!~


Saturday, November 10, 2012

Saturday, November 10, 2012

Hanya Kerana The Matrix


Yup, di atas itu adalah dialog berbalah
antara somi istri di malam Ahad ni.
Aper kes ni???
Wahahahahaha sebenaqnya kami dok 
tengkaq pasai pukui beghapa citer The Matrix tu nak mula.
Pasai tu dialogdia gini...
Hani(panggilan manjer):"Pukui brapa The Matrix bang?"
Incik Somi: "Pukui 10.30.."
Hani:"Hishhh,,bukan la...pukui 10.."
Incik Somi:"Bukannnnnn...10.30..."
Hani:"Bukan bangggg..pukui 10.."
Incik Somi:" Baik..kalu pukui 10.30 hani kene denda ngan abg. Hani kene picit badan abg sampai muntah."
*Huhhhhh....tak mencabar langsung wehehehe*
v
v
v
v
v
Biler anak2 tiada di sisi ni, hanya gurauan dan gelak tawa
pasangan yang dapat meredakan lara hati 
yang sedang merindu, kan.
Aperpun, ibu dan ayah sentiasa merindukan permata2 hati
kesayangan kami tu. Semoga kakak cepat sembuh dari chicken pox!~
(^_^)







Saturday, November 10, 2012

Ketiak Busuk Tak Boleh Jadi Pilot






BEIJING: Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang? Anda mungkin mengatakan penglihatan jelas, kesihatan baik dan mampu berbahasa Inggeris, tetapi nampaknya itu bukan ciri diperlukan oleh satu syarikat penerbangan China.
Syarikat Penerbangan Hainan memerlukan calon juruterbang tidak mempunyai bau badan. 
Syarikat itu mencetuskan kontroversi selepas menetapkan syarat tiada bau badan langsung kepada calon juruterbang.

Dalam temuduganya, staf syarikat akan datang dekat dengan calon juruterbang dan menghidu ketiak sekiranya ada bau yang tidak menyenangkan.



Seorang calon yang ditolak permohonannya berkata, “Saya lulus semua ujian kecuali bau ketiak.”


Pegawai syarikat mendakwa, staf di pesawat sentiasa berinteraksi dengan orang ramai. Penumpang tidak mahu berurusan dengan seseorang yang mempunyai bau badan terutama pekerja yang bekerja dalam pesawat.




Sumber: Harian Metro 10/11/2012

P/S : Hadowwww macam ni pun ader yer...yang ngarut2 jer diaorg ni wahaha~


Saturday, November 10, 2012

Kereta Sains Fiksyen



Pintu bersayap yang dibuka dengan kawalan jarak jauh.



LONDON: Kereta luar biasa baru ini, ‘Extra Terrestrial Vehicle’ sudah pasti dikagumi peminat sains fiksyen.
Kenderaan futuristik ini yang berharga �75,000 (RM375,000), dikenali juga dengan ETV adalah berdasarkan platform yang sama dengan kereta Chevrolet biasa.


RM375,000.00

Tetapi di situ sajalah persamaannya. ETV yang berinspirasikan sains fiksyen kelihatan lebih daripada kereta biasa di jalan raya.


Ia dijana oleh enjin berkelajuan tinggi 2 liter yang menyediakan 270 kuasa kuda kepada roda depan menerusi kotak gear lima kelajuan.

Ia memiliki skrin depan setinggi 1.5 meter dan pintu sayap yang akan terbuka cara automatik menerusi kawalan jarak jauh.


Di dalam, terdapat dua kamera yang akan membolehkan kereta berbentuk aneh ini diparkir dengan mudah.



Michael Vetter yang berasal dari Itali dan menguruskan The Car Factory di Florida, Amerika Syarikat, mereka dan menghasilkan kenderaan canggih ini.

Dia yang dikenali sebagai Kit Car Mike sudah menghasilkan tujuh ETV dengan satu model dipamerkan di Muzium Kereta London di Middlesex.


“ETV ini dihasilkan untuk orang yang sudah memiliki semua jenis kereta tetapi masih mencari sesuatu yang berbeza,” katanya. - TS


Sumber: Harian Metro 10/11/2012


P/S: Cer try drive kete ni pagi2 kat LDP KL-SUBANG, tak gi maner pun situ gak dia sangkut wahahaha~ Dok tunggu sapa nak wat kete boleh terbang...itu baru superrrbbbbbb!~



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.