Breaking

Sunday, November 18, 2012

Sunday, November 18, 2012

My New Header...Thank You Aida!♥


Salam Maghrib everyoneeeee!~
Gumbira gumbira gumbira hatikuuuuuuu
Dapat header baruuuuuuu
Hadiah terindah bagikuuuuuu
~heeeeeeeee~
Check out my new header 
Terima kasih diucapkan kepada adik Aida  
yang sudi menghasilkan header doodle yang sangat cumillllssssss~
"Saya suka saya suka saya suka!"
Its lovely and i just love it!
Mekasih sekali lagi...!♥(^_^)♥




Antara hadiah terindah yang akak terima sepanjang
3 bulan berblogging...teruja!♥
Terima kasih pada yang sudi blogwalking dan menerjah blog akak
Akak masih baru dan hijau dalam penulisan blog ini.
Masih teraba2 untuk menjadi penulis blog yang terer macam korang
~hehehehehe~
Sudilah kiranya korang memberi cadangan supaya akak boleh 
menjadikan blog akak ini lebih bermaklumat dan menarik untuk dibaca.
Mekasih sumer ♥(^_^)

Sunday, November 18, 2012

Pejuang Fisabillillah Bukan Pemberontak



Bagaimana kita boleh mengenal samada orang itu adalah pejuang @ pemberontak? Apakah terma-terma ini sesuai dengan perlakuan mereka @ anggapan sesetengah masyarakat yang memandang serong tentang perbuatan mereka?

Siapa pejuang Fisabillillah?
Mengikut Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad Al-Tamimi, dalam bukunya bertajuk Aqidah Mukmin 1 telah mentakrifkan erti perjuangan fisabillillah sebagai perjuangan yang benar2 kerana Allah dan semata2 untuk Allah. Ianya satu jihad untuk menegakkan agama Allah dan hukum2 Allah samada yang wajib, sunat, makruh mahupun yang haram.

Perjuangan yang dibangkitkan itu pula tidak boleh dilakukan atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, menghendakkan pangkat dan nama, dan atas dasar untuk menegakkan bangsa.

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam."

Fahaman kebangsaan adalah fahaman sempit yang akan menyebabkan manusia berbalah dan berpuak-puak.

Siapa pemberontak?
Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, pemberontak ditakrifkan sebagai orang2 yang menderhaka kepada kerajaan @ pemerintah.








Melihatkan gambar2 di atas, adakah layak kanak2 ini digelar pemberontak? Adakah penentangan mereka terhadap kezaliman yang mereka lalui tidak mendapat sebarang pengiktirafan dari dunia hanya kerana mereka bertindak melawan? Adakah kanak2 yang bersenjatakan batu2 dan kayu dan dibaling ke arah askar Yahudi laknatullah itu kejam dan tidak berperikemanusiaan, lantas kita menggelar mereka pemberontak?

Di Malaysia, media2 utama sering menggunakan terma PEMBERONTAK untuk mengkategorikan kanak2 Palestin dan Syria. Penggunaan terma yang SALAH ini menyebabkan masayarakat dunia salah faham dan memandang serong perjuangan sebenar mereka yang cuba mendapatkan hak dan kebebasan di bumi sendiri. Ketahuilah, mereka yang berjuang bermati-matian untuk mendapat hak dan kebebasan dan semestinya untuk agamanya bukanlah PEMBERONTAK, tetapi pejuang sejati....PEJUANG FISABILILLAH~

Semoga Allah melindungi pejuang-pejuang cilik ini..amin~

Sunday, November 18, 2012

Pierre Andre Sertai Tabligh


Assalamualaikum!~


Pierre dalam Instragramnya
Ucapan Pierre Andre saat menerima trofi anugerah Yasmin Ahmad pada anugerah skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andai juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
"Ya benar, sekarang saya dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul, tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik , saya takut fitnah." katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu Pierre Andre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih 4 juta penonton dengan kalimah 'Bismillah'.
"Anugerah paling hebat ialah kalimah La Ilahalillallah, jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Perre dalam majlis itu.


Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

Sumber: Kosmo 18/11/2012


P/S: Alhamdulillah, syukur semoga lebih ramai artis Malaysia berhijrah (^_^)
Sunday, November 18, 2012

Sayangi Palestin, Mulakan Boikot Anda.



Bolehkah anda melihat gambar ini tanpa menitiskan air mata?
Sebelum memulakan bicara pada malam ini, ingin akak mengajak anda semua untuk berdoa sejenak untuk saudara-saudara kita yang sedang berjuang di tanah Palestin, Syria dan tempat2 lain yang sedang bergolak.


Doa Qunut Nazilah

Semoga mereka diberikan kekuatan oleh Allah untuk menempuh serangan-serangan yang bertubi-tubi dari tentera rejim Zionis laknatullah! Dan berbahagialah bagi mereka yang telah berjaya mendapatkan mati syahid dalam perjuangan yang tidak pernah sia-sia ini. Ya Allah, sesungguhnya sayu hati ini melihat gambar-gambar anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan tentera Yahudi yang semakin mengganas di bumi Palestin.

Tak dapat digambarkan oleh kata-kata tentang penyeksaan dan kesedihan yang terpaksa kanak-kanak Palestin ini terpaksa lalui setiap hari di tanah air mereka sendiri. Ya Allah, ke mana perginya nilai kemanusiaan yang kita junjung selama ini? Sesunnguhnya, laknat Allah ke atas kaum Yahudi dulu, kini dan selamanya. 



Dilaporkan sekurang2nya 2 pusat kemudahan Hamas menjadi sasaran
pengeboman  Israel selepas pembunuhan Jabari.



Jihad Masharawi menangisi sambil memangku jenazah anaknya Ahmad,
 11 bulan di Hospital Shifa selepas menjadi mangsa serangan
udara Zionis di rumah mereka di Gaza.



Jenazah Ranan Arafat,4 diusung di Bandar Gaza. Sekurang2nya 1000
orang cedera berdasarkan laporan doktor. 



Rakyat Palestin mengusung jenazah Jabari semasa pengebumiannya di 
Bandar Gaza. Dianggarkan 13 orang Palestin telah terbunuh
dalam pertempuran itu.


Ini adalah antara gambaran sebenar suasana di Palestin, yang hanya bisa kita lihat di berita-berita namun apa yang akak ingin tekankan di sini adalah adakah kita tergamak melihat gambar-gambar ini tanpa merasai kesengsaraan dan kepiluan yang mereka rasai? Apakah kita tidak langsung mampu melakukan apa-apa untuk membantu saudara-saudara kita di sana? Sebenarnya, kita boleh membantu mereka dengan memboikot produk Yahudi. Yer, ayat ini mungkin sudah terlalu basi untuk dihebahkan tetapi akak tidak mahu berputus asa mengajak dan menyedarkan korang sumer betapa besar kesannya terhadap saudara-saudara kita di sana. Dengan itu, kita boleh mulakan dengan memboikot produk makanan McDonalds yang kita sedia maklum merupakan antara produk yang menyumbang kepada kematian berpuluh ribu saudara kita di Palestin. Akak juga sudah lebih 2 tahun tidak menghadap McD dan yakin korang juga boleh buat yang sama.


McDonald akan memberi 200,000 egg muffin secara percuma
pada Isnin (19 November 2012)

Walaupun kita tidak mampu berjuang bersama mereka tetapi tunjukkanlah rasa prihatin dan kesedaran anda dengan memboikot produk Israel. Kita tak mati kalu tak dapat makan burger tu kan, tapi janganlah kita menjadi penyebab utama kematian saudara-saudara kita di sana. Hulurkan bantuan anda... 





Saturday, November 17, 2012

Saturday, November 17, 2012

Let's Pray For Gaza



~Subhanallah Walhamdullillah Walailahaillallah Wallahuakbar~
Di pagi Jumaat yang penuh berkat dan hikmat ini
akak terpanggil untuk mengajak sahabat2 blogger akak bersama dengan akak
 berdoa kepada Allah s.w.t\untuk kekuatan diberikan kepada 
rakyat Palestin yang sedang tertindas di sana.
Dalam kiter berblogging ini, jangan lupa
tanggungjawab kiter sebagai umat Islam
untuk menyebarkan perkhabaran tentang saudara kiter
di sana.
Berdoalah selalu agar Allah melindungi orang2 Islam yang tertindas 
di mana sahaja mereka berada. Dan semoga tentera Zionis laknatullah menerima pembalasan
di atas perlakuan buruk mereka.

Should we ignore??
PLEASE DON'T...LET'S PRAY GAZA.







Saturday, November 17, 2012

Ibu...



Morning glory everyoneeeee!~
Amboiiii lambat gak korang bangun pagi ni yer
balas dendam la tu hehehehe
Pagi Sabtu di kampung memeang mendamaikan
yang didengari hanya suara ayam berkokok
dan bukan suara enjin kete semput di jalan raya
hikhikhik~

Walaubagaimanapun, kiter kene sentiasa bersyukur dengan kedamaian 
yang kiter tengah kecapi sekarang dan berdoa lah agar 
kedamaian ini turut dapat dirasai oleh saudara2 kiter di Palestin, Syria dan bumi2 bergolak yang lain.
Oklah. akak tak nak bercolteh panjang sangat pagi ni,
cuma nak berkongsi suatu cerita dengan korang...
sambil2 tu boleh kiter bermuhasabah diri jugak kan?(^_^)
Hope u guys enjoy!~



Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”


Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”



Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”



Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”



Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”



Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”



Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”



Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”



Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’



Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”



Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.



Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”



Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.



Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”



Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.



Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :



1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu..Allahurobbi~





Friday, November 16, 2012

Friday, November 16, 2012

Gegurls Ganazzzzzzz



Memey ganazzzzz memey ganazzzzz
maner tak ganazzzzz
gegurl lain men anak patung barbie @ teddy bear
tapi 2 orang gegurls kesayangan akak ni
men ULTRAMAN?????
Fuh, ganazzzzzzz!~
~Wahahahahahahahaha~

Dari hari pertama beli sampai hari ini
ke hulu ke hilir diusung ultraman ni.
Mula2 tak pasti aper yang diaorg buat dengan ultraman tu
nampak macam men lawan2 kan kan kan?


Tapi disebalik rupa superhero ultraman yang ganazzzzz
ultraman juga 'ader taman dalam hati'
wahahahaha~



Hahahahahahhaha
Amacam? Korang suker tak?
Macam2 diaorg buat kat ultraman tu.
Jadi 'anak' la, jadi 'mak' la...
Wakakakakakaka!~
So, walaupun gegurls ni agak ganazzzz tapi 
gegurls tetap gegurls kan kan kan ~
Nasib ko la ultraman jadi  
bahan ujikaji My Pearls
~wehehehehehe~



Friday, November 16, 2012

"Kalau Mak Jadi Rais Yatim....."


Hahahahahahahahahha~
Sebelum aper-aper akak ketawa berdekah2 dulu yek
sebab memey lawak betul akak biler dengar 
bonda akak cakap macam tu.
Alkisahnyer, masa tengok rancangan
'Vokal Bukan Sekadar Rupa' tadi
masa Faizal Tahir tengah bagi komen pada sorang peserta
terselah lah kepanjangan rambutnyer tu hehehe.
Dengan selambanyer, bonda cakap
"Aper la rambut serabai jer! Orang nak masuk tv rambut tu biarla kemas sikit"
"Ni kalu mak jadik Rais Yatim..mak potong rambut dia"
*Wahahahahahaha*
Haaaaaaaaaa...hamik ko Faizal Tahir kan dah kene marah ngan bondaku
Rambut panjang diserabaikan, kalu disikat kemas takpe la jugak.
Pada peminat2 tegar Faizal Tahir jangan marah yer heeeee :D.

Kalu korang masih ingat pada tahun 90-an dulu, Arwah Tan Sri Mohamed Rahmat
pernah memotong rambut rocker Awie Wing& Amy


Tu la, jangan memain ngan bondaku.
Kalu dia jadik menteri penerangan confirm takda lelaki berambut panjang masuk 
dalam tv tau.
Sebab bondaku mementingkan kekemasan dan kerapian heeeeee.
Tapi memey dialog bonda tak boleh blah la...terbahak2 akak ketawa~
Bonda...bonda...Sayang kamu ketat-ketat♥!~








Thursday, November 15, 2012

Thursday, November 15, 2012

Berempat Lebih Baik



Wahahahahahaha~
Memey geli hati raser kalu diingat balik
kejadian malam ini.
Sesungguhnya Allah itu sebaik2 perancang
dan rancanganNya memey terhebat!~

Ikut plan asal nak balik kampung sorang2 naik bas
siap beli tiket dah (Puisi Jiwa Lara: Tak Tahannnnnnn~)
alih2 ader orang tu tak tahan sunyi duk umah
langsung ikut kiter balik skali hehehehe~

sengih2 lagi heeeee:D

So, malam ni berdua la kami balik ke kampung
Tiket bas pun dah 'burn'
Terbaekkkkkkkkk~
Hilang penat, Hilang dahaga
Hilang lelah, Hilang air mata
Alhamdullilah...
We are one happy family again~


Heeeeee...I Heart You~


Wednesday, November 14, 2012

Wednesday, November 14, 2012

Resolusiku Hijrah



Afternoon everyoneeee!~
~Salam Maal Hijrah~
Wat per tu? Dah solat?
Baguussssssss~
Tiap kali tiba tahun baru 
mesti korang ader azam baru, resolusi baru kan!~
Kita bisa merencana dan Allah menentukan segalanya.

Sudah pasti azam dan hajat korang tuk tahun baru ini
nak yang baik2 dan indah2 bukan?
Oleh itu, mulakanlah tahun barumu dengan membaca doa awal tahun & akhir tahun ini.
Indah sungguh Islam ni kan? Lengkap segalanya...
Hinggakan nak sambut tahun baru pun kita digalakkan berdoa.
Doa itu adalah pengikat hubungan antara makhluk dan Penciptanya.
~Subhanallah~
So, jangan lupa baca doa ini wokeh!~(^_^)




Cara membaca doa akhir tahun ialah;
membacanya 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib

Cara membaca doa awal tahun ialah;
membacanya 3 kali selepas waktu maghrib akhir bulan Zulhijjah.


Barangsiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata;

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun."


Akhir kata, semoga Allah melindungi seluruh umat Islam di dunia ini, di Palestin, Syria dan negara-negara yang sedang dilanda mudarat. Sesungguhnya tiada penolong yang sebaik2 selain Allah a.w.t.




~Selamat Menyambut Awal Muharram untuk Sahabat2ku~

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.