Breaking

Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

We Are Not Loving It!


Hari ni dapat burger free kan?
Burgerholic(orang yang suker makan burger) memang tak sabar2 nak gi beratur depan kaunter berjam2 untuk dapat free.
Ramai yang akan kuar dialog seperti,
"tak boleh nak ngelak"
"kiter takda kuasa"
"ko nak boikot sumer barang Israel, boleh kerrr?"
"orang bodoh jer yang pi boikot!"

Sekarang aku plak nak jawab balik, boleh?
  • "saper cakap tak boleh ngelak? kalu beratur berjam2 depan kedai burger boleh plak? suh angkat senjata lawan Yahudi boleh plak korang ngelak? 
  • "saper cakap kiter takda kuasa? ko boleh pilih untuk TIDAK makan burger tu...boleh mati ke kalu tak makan?"
  • "saper cakap kiter takleh hidup tanpa guna barang Israel? Bakpe bodoh sangat, kat Malaysia ni ader lagi pilihan lain boleh kiter gunakan. Ko pegi google sendiri lah! jangan malas!!

Korang boleh pilih untuk makan @ boikot terpulang kepada penilaian akal kerana nafsu tidak mampu menilai dengan baik. 

Mungkin gambar2 budak pecah paha, putus kepala, hancur otak, ibu yang menangis sambil memangku mayat anaknya @ ayah yang kehilangan kakinya kerana dibom Yahudi laknatullah tidak mampu untuk menghidupkan nilai persaudaraan & kekuatan perhubungan sesama manusia juga kecintaan kita pada agama Allah.

Kalu pemerintah tertinggi tidak boleh menyekat kemasukan barang2 mereka, maka ko sebagai pengguna punya hak mutlak untuk tidak menggunakannya. Aku dah lama boikot..korang biler lagi?Suruh boikot je pun bukan suruh ko gi bakar orang @ kedai @ barang tu!~



Sekian~

Sunday, November 18, 2012

Sunday, November 18, 2012

My New Header...Thank You Aida!♥


Salam Maghrib everyoneeeee!~
Gumbira gumbira gumbira hatikuuuuuuu
Dapat header baruuuuuuu
Hadiah terindah bagikuuuuuu
~heeeeeeeee~
Check out my new header 
Terima kasih diucapkan kepada adik Aida  
yang sudi menghasilkan header doodle yang sangat cumillllssssss~
"Saya suka saya suka saya suka!"
Its lovely and i just love it!
Mekasih sekali lagi...!♥(^_^)♥




Antara hadiah terindah yang akak terima sepanjang
3 bulan berblogging...teruja!♥
Terima kasih pada yang sudi blogwalking dan menerjah blog akak
Akak masih baru dan hijau dalam penulisan blog ini.
Masih teraba2 untuk menjadi penulis blog yang terer macam korang
~hehehehehe~
Sudilah kiranya korang memberi cadangan supaya akak boleh 
menjadikan blog akak ini lebih bermaklumat dan menarik untuk dibaca.
Mekasih sumer ♥(^_^)

Sunday, November 18, 2012

Pejuang Fisabillillah Bukan Pemberontak



Bagaimana kita boleh mengenal samada orang itu adalah pejuang @ pemberontak? Apakah terma-terma ini sesuai dengan perlakuan mereka @ anggapan sesetengah masyarakat yang memandang serong tentang perbuatan mereka?

Siapa pejuang Fisabillillah?
Mengikut Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad Al-Tamimi, dalam bukunya bertajuk Aqidah Mukmin 1 telah mentakrifkan erti perjuangan fisabillillah sebagai perjuangan yang benar2 kerana Allah dan semata2 untuk Allah. Ianya satu jihad untuk menegakkan agama Allah dan hukum2 Allah samada yang wajib, sunat, makruh mahupun yang haram.

Perjuangan yang dibangkitkan itu pula tidak boleh dilakukan atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, menghendakkan pangkat dan nama, dan atas dasar untuk menegakkan bangsa.

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam."

Fahaman kebangsaan adalah fahaman sempit yang akan menyebabkan manusia berbalah dan berpuak-puak.

Siapa pemberontak?
Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, pemberontak ditakrifkan sebagai orang2 yang menderhaka kepada kerajaan @ pemerintah.








Melihatkan gambar2 di atas, adakah layak kanak2 ini digelar pemberontak? Adakah penentangan mereka terhadap kezaliman yang mereka lalui tidak mendapat sebarang pengiktirafan dari dunia hanya kerana mereka bertindak melawan? Adakah kanak2 yang bersenjatakan batu2 dan kayu dan dibaling ke arah askar Yahudi laknatullah itu kejam dan tidak berperikemanusiaan, lantas kita menggelar mereka pemberontak?

Di Malaysia, media2 utama sering menggunakan terma PEMBERONTAK untuk mengkategorikan kanak2 Palestin dan Syria. Penggunaan terma yang SALAH ini menyebabkan masayarakat dunia salah faham dan memandang serong perjuangan sebenar mereka yang cuba mendapatkan hak dan kebebasan di bumi sendiri. Ketahuilah, mereka yang berjuang bermati-matian untuk mendapat hak dan kebebasan dan semestinya untuk agamanya bukanlah PEMBERONTAK, tetapi pejuang sejati....PEJUANG FISABILILLAH~

Semoga Allah melindungi pejuang-pejuang cilik ini..amin~

Sunday, November 18, 2012

Pierre Andre Sertai Tabligh


Assalamualaikum!~


Pierre dalam Instragramnya
Ucapan Pierre Andre saat menerima trofi anugerah Yasmin Ahmad pada anugerah skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andai juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
"Ya benar, sekarang saya dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul, tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik , saya takut fitnah." katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu Pierre Andre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih 4 juta penonton dengan kalimah 'Bismillah'.
"Anugerah paling hebat ialah kalimah La Ilahalillallah, jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Perre dalam majlis itu.


Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.
"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

Sumber: Kosmo 18/11/2012


P/S: Alhamdulillah, syukur semoga lebih ramai artis Malaysia berhijrah (^_^)
Sunday, November 18, 2012

Sayangi Palestin, Mulakan Boikot Anda.



Bolehkah anda melihat gambar ini tanpa menitiskan air mata?
Sebelum memulakan bicara pada malam ini, ingin akak mengajak anda semua untuk berdoa sejenak untuk saudara-saudara kita yang sedang berjuang di tanah Palestin, Syria dan tempat2 lain yang sedang bergolak.


Doa Qunut Nazilah

Semoga mereka diberikan kekuatan oleh Allah untuk menempuh serangan-serangan yang bertubi-tubi dari tentera rejim Zionis laknatullah! Dan berbahagialah bagi mereka yang telah berjaya mendapatkan mati syahid dalam perjuangan yang tidak pernah sia-sia ini. Ya Allah, sesungguhnya sayu hati ini melihat gambar-gambar anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan tentera Yahudi yang semakin mengganas di bumi Palestin.

Tak dapat digambarkan oleh kata-kata tentang penyeksaan dan kesedihan yang terpaksa kanak-kanak Palestin ini terpaksa lalui setiap hari di tanah air mereka sendiri. Ya Allah, ke mana perginya nilai kemanusiaan yang kita junjung selama ini? Sesunnguhnya, laknat Allah ke atas kaum Yahudi dulu, kini dan selamanya. 



Dilaporkan sekurang2nya 2 pusat kemudahan Hamas menjadi sasaran
pengeboman  Israel selepas pembunuhan Jabari.



Jihad Masharawi menangisi sambil memangku jenazah anaknya Ahmad,
 11 bulan di Hospital Shifa selepas menjadi mangsa serangan
udara Zionis di rumah mereka di Gaza.



Jenazah Ranan Arafat,4 diusung di Bandar Gaza. Sekurang2nya 1000
orang cedera berdasarkan laporan doktor. 



Rakyat Palestin mengusung jenazah Jabari semasa pengebumiannya di 
Bandar Gaza. Dianggarkan 13 orang Palestin telah terbunuh
dalam pertempuran itu.


Ini adalah antara gambaran sebenar suasana di Palestin, yang hanya bisa kita lihat di berita-berita namun apa yang akak ingin tekankan di sini adalah adakah kita tergamak melihat gambar-gambar ini tanpa merasai kesengsaraan dan kepiluan yang mereka rasai? Apakah kita tidak langsung mampu melakukan apa-apa untuk membantu saudara-saudara kita di sana? Sebenarnya, kita boleh membantu mereka dengan memboikot produk Yahudi. Yer, ayat ini mungkin sudah terlalu basi untuk dihebahkan tetapi akak tidak mahu berputus asa mengajak dan menyedarkan korang sumer betapa besar kesannya terhadap saudara-saudara kita di sana. Dengan itu, kita boleh mulakan dengan memboikot produk makanan McDonalds yang kita sedia maklum merupakan antara produk yang menyumbang kepada kematian berpuluh ribu saudara kita di Palestin. Akak juga sudah lebih 2 tahun tidak menghadap McD dan yakin korang juga boleh buat yang sama.


McDonald akan memberi 200,000 egg muffin secara percuma
pada Isnin (19 November 2012)

Walaupun kita tidak mampu berjuang bersama mereka tetapi tunjukkanlah rasa prihatin dan kesedaran anda dengan memboikot produk Israel. Kita tak mati kalu tak dapat makan burger tu kan, tapi janganlah kita menjadi penyebab utama kematian saudara-saudara kita di sana. Hulurkan bantuan anda... 





Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.