Breaking

Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Faizal Tahir Ikut Jejak Cristiano Ronaldo





Anda tentu kenal dengan penyanyi popular tanah air ni kan? Saper tak kenal Faizal Tahir yang telah banyak merangkul anugerah dalam industri muzik negara dengan memenangi banyak trofi penghargaan. Tiada persamaan yang ketara dapat diberika antara beliau dengan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, namun mereka berdua mempunyai satu persamaan yang ohsome!~

Mereka punya sifat sayangkan kemanusiaan dan kasihkan kedamaian, dan maka sebab itu Faizal Tahir telah pun mengambil pendekatan yang sama kali ini untuk membantu rakyat yang teraniya ini.

Menerusi kenyataannya di twitter, beliau membuat pengumuman untuk melelong semua trofi anugerah yang dimenanginya sebelum ini. Malah, dia juga menyuruh peminat untuk tidak mengundinya di anugerah Shot Awards 2012 , sebaliknya menggunakan masa mengundi itu untuk berdoa buat rakyat Palestin.

P/S: Kalau tak mampu untuk menderma wang & harta benda, maka berdoalah kepada Yang Maha Kaya kerana Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya.








Sumber info: Rotikaya
Wednesday, November 21, 2012

Bunga Bangkai Mekar Lagi


Pengunjung asanggup melihat dari dekat bunga gergasi ini
walaupun ia mengeluarkan bau yang busuk.

Selalunya, nama bunga sumer nama2 yang indah2 & cantik2 belaka setara dengan haruman bau semulajadi yang datang dari bunga tersebut. Tapi lain pula halnya di Switzerland, di mana terdapat sejenis bunga yang diberi nama Bunga Bangkai @ 'Smelly Flower' yang hidup subur di Taman Botanikal Basel, Switzerland.

Para pengunjung berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat bunga terbesar di dunia (Bunga Rafflesia bukan lagi bunga terbesar di dunia) keunikan & kelainan yang tidak terdapat pada bunga-bunga lain. Bunga Bangkai (Amorphophallus Titanium) ini mekar buat kali kedua pada 18 November 2012. Ia mekar buat kali pertama pada April lalu selepas 17 tahun ditanam.
Pengunjung melihat keunikan  Bunga Bangkai

Bunga yang setinggi 2.5meter yang berwarna kuning & merah gelap ini mengeluarkan bau seperti daging mereput dan mampu menarik serangga untuk mendekatinya. Malangnya, bagi manusia bunga ini terlalu mustahil untuk dijadikan sebagai bunga hiasan di laman rumah kerana baunya yang tidak menyenangkan.

Walaubagaimanapun, oleh kerana bunga ini tidak boleh mekar untuk lebih lama, ia akan segera menutup setelah proses pendebungaan selesai.



Tuesday, November 20, 2012

Tuesday, November 20, 2012

RotiKaya vs RotiFace


Yup, dia memey obses dengan rotikaya...
bolehla kiter kata dia 'antu rotikaya'..
takda nasi pun takpa asal ada rotikaya...
hari-hari mesti makan 3 @ 4 keping rotikaya...
kalu dah habis, tunggu 'bhai' roti datang depan rumah..
dan dia akan suruh kiter kuar duit warna merah...
~wahahahaha~

Haiiiiii....inilah antara kesukaan Mira,
tengok je la muker dia biler dapat rotikaya...
v
v
v
v
v
~sedap sehingga memejam mata~
v
v

see...dia pejam lagi~

v
v

Makan ngan kakak..baru nampak matanya hehe~


Tuesday, November 20, 2012

Kisah Limau & Rasulullah






Satu hari Rasulullah didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerima dengan hati yang gembira.

Buah limau itu dimakan Rasulullah seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya, Rasulullah s.aw. akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan.. setiap kali dengan senyuman. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah kesayangan mereka itu. Lalu mereka bertanya, Rasulullah s.a.w tersenyum dan menjelaskan;

"Tahukah kamu sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."

Begitulah akhlak Rasul kesayangan kita Nabi Muhammad s.a.w, baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda tak baik, dan dari bukan orang Islam pula. Wanita tadi pulang dengan hati yang kecewa. MENGAPA? Sebenarnya dia bertujuan untuk mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya, tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w~ 



Tuesday, November 20, 2012

Azhar Sulaiman Mengaku Murtad?


Ini bukan politik, Ini sekadar pengajaran bagi kita agar sentiasa menjaga tutur kata 
baik melalui lidah, tulisan, cetusan hati & perbuatan
agar akidah tidak tergelincir dari landasan .
Bak kata orang-orang lama,
'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"
Mengikut artikel di suratkhabo yang mengatakan
Dato' Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan
kenyataan bahawa UMNO murtad telah mengundang kontroversi 
di kalangan kita terutamanya seorang artis....
Azhar Sulaiman.
Nak tahu aper kater dia??

Kenyataan beliau di Facebook miliknya baru-baru ini.

Pengakuan itu dibuat untuk sengaja memerli Dato' Nik Aziz Nik Mat
yang dilaporkan kononnya menuduh UMNO murtad. Namun,
Dato' Nik Aziz telah mengambil keputusan untuk menyaman suratkhabo 
tersebut atas tuduhan memfitnah beliau.~
Hebat penangan suratkhabo ni, sampai boleh buat orang mengaku murtad!~
BERAT NANANG!~


So, biler niat asal untuk memerli orang TANPA USUL PERIKSA & TERPENGARUH dengan laporan akhbar yang pegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan isu politik. Akhirnya, biler dah tersilap tuduh baru nak tarik balik kenyataannya.

P/S: Mungkin AS kene rujuk balik pada ustaz tentang pengakuan terbukanya mengaku murtad. Kene baca syahadah balik dan solat taubat nasuha ...!~


Tuesday, November 20, 2012

Hooked on You..Gotta See This!



Morning glory everyoneeeee!
Fuh! macam romantik jer tajuk entri pagi ni kan?
takda maknanyer romantik dik nonnnn!~
Tapi lain orang lain selera ye dak,
kot kot korang kata ni memey romantik..tak tahu lah~
~heeeeeeee (^_^)~
Amaran: Kalu ada yang sakit jantung @ lemah semangat
dinasihatkan JANGAN TENGOK. Kalu korang nak tengok gak,
baca bismilillahirramanirrahim dan tarik nafas panjang2 wokeh!~

Fuh! Fuh! Fuh!
Ini antara suasana yang berlaku di Konvensyen Tahunan Tattoo Antarabangsa Ketiga,
yang rancak diadakan pada 17 November 2012 di Medellin, Cloumbia.
Peminat seni tubuh ekstrem dari seluruh dunia telah berkumpul di sana 
untuk mempamerkan seni tatu dan tusukan tubuh melampau mereka.
...........................................................
Tak tahu nak taip aper lagi dah!~
Korang lihatlah sendiri hasil 'seni' yang mereka
telah hasilkan.
Seni melampau tahap kronik ini dilakukan demi
"IN THE NAME OF ART"..kata mereka.
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Kiri: seorang wanita dicangkuk pada besi di belakang badannya 
dan terapung.
Kanan: Seorang lelaki digantung dengan cangkuk besi 
tertusuk menembusi kulitnya.
V
V
V
V
V
V
Lelaki ini hanya tersenyum bila cangkuk besi dicucuk
menembusi kulitnya, NGERI!~
V
V
V
V
V
V

Wanita ini tergantung dan besi cangkuk dibelakangnya mampu menampung
berat badan wanita tersebut.Yaikkkkkk!~

 Ini adalah antara koleksi gambar yang dapat dilihat, selain itu, konvensyen ini turut mengadakan pameran membuat tatu dan menindik. Jadi, takyah la upload gambar tatu diaorg tu...tak sanggup teman bagi korang nengok!~

Sakit mata, sakit jiwa & sakit KULIT!~Yet they say "In the name of art..."

DILARANG MENIRU AKSI GILER & MELAMPAU INI!~

Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

Sebarkan HALUAN Palestin





Pernah dengar HALUAN Palestin? HALUAN Palestin merupakan antara NGO yang aktif menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis ke atas bumi Palestin. Ketua Biro HALUAN Palestin Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan bersama dua lagi wakil NGO yang lain telah menghantar memorandum bantahan kepada wakil Duta Amerika di atas pembunuhuan beramai-ramai yang sedang rancak dijalankan oleh tentera Zionis laknatullah. 

Kalu korang ada FB, boleh LIKE halaman HALUAN Palestin untuk mengetahui tentang info serangan tentera Zionis dan perkembangan terbaru suasana di Palestin. Korang juga boleh menghubungi mereka melalui HALUAN Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Mohon disebarkan HALUAN Palestin dan berilah sokongan anda kepada mereka untuk terus bersama-sama rakyat Malaysia memperjuangkan hak dan kebebasan di Palestin, bumi para syuhada'.

Monday, November 19, 2012

Pompeii: Sejarah & Sisi Gelap





Firman Allah s.w.t dalam al-Quran turut menyebut, yang bermaksud;

" Tidak ada siksaan atas mereka melainkan dengan satu teriakan suara sahaja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.
                                                                                    (Yasin: 36:29)

Allah memberi perkhabaran  kepada Nabi s.a.w kegigihan utusan Allah berdakwah yang akhirnya tetap ditolak oleh kaumnya. Ayat 29 ini adalah hukuman Allah ke atas keengkaran kaum tersebut.

Muhammad Alexander dalam bukunnya Alexander adalah Zulkarnain pula menyebut kota tersebut adalah kota Pompeii di Itali dan gunung berapi Vesavius telah memusnahkan kota tersebut pada tahun 78 M (setengah riwayat menyebut 79M).

Harun Yahya juga mengatakan kota tersebut adalah Kota Pompeii, beliau menulis:

Pompeii, sebuah kota kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth a.s. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.

Lava Gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu yang sekejap. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu meloloskan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir bisa dipastikan bahwa para penduduk yang berada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang sangat sekejap itu. 

Lebih 1900 tahun dahulu, Pompeii adalah sebuah kota purba yang maju sehingga satu kejadian dahsyat melanda menyebabkan keseluruhan bangunan dan penduduknya tertanam lebih 18 meter di dalam lava gunung berapi berkenaan. Masyarakat Pompeii dikatakan tidak menyedari langsung letusan kuat itu berlaku yang dapat dinilai dari raut wajah artifak yang menggambarkan mereka dalam suasana terkejut, ketakutan yang amat sangat. Kemusnahan Kota Pompeii dari muka bumi ini sudah tentu bukan terjadi dengan sengaja. 

Masyarakat Pompeii dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yakni persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara berselindung, tetapi terbuka.Nauzubillahiminzalik!~
Sehingga pada 1954, ketika kerja menggali terowong di kaki Gunung Vesuvius dijalankan mereka dikejutkan penemuan artifak berupa tembikar dan puluhan tubuh manusia yang sudah membatu dalam keadaan yang sungguh menggerunkan.

Firman Allah s.w.t yyang bermaksud:

" Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka suatu suara yang keras mengguntur. Maka, jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang."
                                                                                (Surah al-Qamar : ayat 31)

Tinggalan artifak misteri berkenaan akhirnya terjawab apabila masyarakat Pompeii dipercayai menjadikan kota itu sebagai pusat utama aktiviti  pelacuran dan seks bebas. Malah, alat kelamin lelaki juga digantung di pintu utama pusat pelacuran terbabit. Sungguh mengejutkan apabila mendapati banyak sekali artifak manusia yang terawet berada dalam posisi sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat. 













Demikian sebahagian peringatan yang mahu manusia kembali kepada fitrah dan tidak terus hanyut menyimpang; Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Sebab itu setelah datang keputusan Kami lalu Kami jadikan yang di atasnya jatuh ke bawah dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang terbakar dengan berturut-turut."
                                                                                     (Surah Hud-ayat 82)

Klik sini untuk melihat Pemandangan Kesan Runtuhan Pompeii boleh dilihat di sini


Monday, November 19, 2012

Lelaki & Tandas: Selamat Hari Sedunia!


Morning glory everyoneeeee!~
Sejuk kan pagi ni? Gelap gulita langit hujan turun mencurah2..
Tahu tak hari ni hari aper?
Of course la hari Isnin sayanggggg...Monday Bluesssssss heeeee(^_^)
Tapi hari ni special skek..1 hari 2 sambutan sedunia.
Haaaaaaa, kali ni bobois jangan marah kalu akak kata lelaki dan tandas memey takboleh dipisahkan!~
wehehehehehe~
Setuju tak? Betul laaaa, lelaki & tandas memey tak boleh dipisahkan....
Sebab sambutan Hari Lelaki Sedunia & Hari Tandas Sedunia jatuh pada hari yang sama...
iaitu HARI INI!~
wehehehehe*gelak lagi*
Tu nak kira sadis ker? kejam ker?
Okla tuuuu, berkongsi sambutan dalam 1 hari.(^_^)

Hari Lelaki Sedunia

  • Objektif diwujudkan adalah  memberi fokus kepada kesihatan lelaki (kanak2 & lelaki dewasa), memberikan hak kesaksamaan & menjadikan mereka sebagai 'role model' positif.
  • Sambutan yang meraikan kejayaan & pencapaian kaum lelaki sebagai individu, terhadap keluarga, komuniti dan profesional.
  • Disambut di lebih 60 buah negara pada 19 November setiap tahun dengan pelbagai acara & aktiviti berkaitan dijalankan.
  • Boleh melawat laman web http://www.internationalmensday.com/ untuk info lanjut.



Hari Tandas Sedunia

  • Dilancarkan pada 19 November 2001, disambut di lebih 19 buah negara dan lebih 51 pelbagai acara & aktiviti berkaitan kebersihan tandas dan penggunaan yang betul dibuat.
  • Diperkenalkan untuk memberi kesedaran mengenai lebih 2.6 billion orang yang masih belum menikmati kemudahan asnitasi yang bersih & teratur. Hari Tandas Sedunia juga menekankan kepentingan sanitasi yang bersih dan kesan yang besar kepada psikologi, kesihatan & emosi yang diakibatkan oleh pengurusan sanitasi yang tidak betul. 
  • Boleh melawat laman web http://worldtoilet.org/wto/ untuk info lebih lanjut.


Monday, November 19, 2012

We Are Not Loving It!


Hari ni dapat burger free kan?
Burgerholic(orang yang suker makan burger) memang tak sabar2 nak gi beratur depan kaunter berjam2 untuk dapat free.
Ramai yang akan kuar dialog seperti,
"tak boleh nak ngelak"
"kiter takda kuasa"
"ko nak boikot sumer barang Israel, boleh kerrr?"
"orang bodoh jer yang pi boikot!"

Sekarang aku plak nak jawab balik, boleh?
  • "saper cakap tak boleh ngelak? kalu beratur berjam2 depan kedai burger boleh plak? suh angkat senjata lawan Yahudi boleh plak korang ngelak? 
  • "saper cakap kiter takda kuasa? ko boleh pilih untuk TIDAK makan burger tu...boleh mati ke kalu tak makan?"
  • "saper cakap kiter takleh hidup tanpa guna barang Israel? Bakpe bodoh sangat, kat Malaysia ni ader lagi pilihan lain boleh kiter gunakan. Ko pegi google sendiri lah! jangan malas!!

Korang boleh pilih untuk makan @ boikot terpulang kepada penilaian akal kerana nafsu tidak mampu menilai dengan baik. 

Mungkin gambar2 budak pecah paha, putus kepala, hancur otak, ibu yang menangis sambil memangku mayat anaknya @ ayah yang kehilangan kakinya kerana dibom Yahudi laknatullah tidak mampu untuk menghidupkan nilai persaudaraan & kekuatan perhubungan sesama manusia juga kecintaan kita pada agama Allah.

Kalu pemerintah tertinggi tidak boleh menyekat kemasukan barang2 mereka, maka ko sebagai pengguna punya hak mutlak untuk tidak menggunakannya. Aku dah lama boikot..korang biler lagi?Suruh boikot je pun bukan suruh ko gi bakar orang @ kedai @ barang tu!~



Sekian~

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.