Breaking

Tuesday, December 11, 2012

Tuesday, December 11, 2012

Belum Jalan Dah Pandai Berenang!


Seperti itik di dalam air....William (Kiri) dan Ellenita.

GLOUSTERSHIRE: Mereka terlalu muda untuk erjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.

Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.*Ya Allah, comeeiiiiiiiiiiiii budak2 ni!*

Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan keduan-duanya dilahirkan secara ceaserian enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat keetika bercuti bersama keluarga di Cyprus, Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.


William meniru kakaknya, Ellenita.

Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 35, membawa kembar berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang.

"Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sejauh 12 meter," kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.

Sumber: HM


P/S: Akak dulu umur 9 bulan berenang gak. Tapi berenang dalam air liur sendiri la dok meleleh gitu wakakaka~



Tuesday, December 11, 2012

Laptop Terbesar Di Dunia!Fuhhhh




Siap boleh posing maut mamat tu! Kalu la screen laptop tu rebah
mati tersepit gamaknyer dia yer~

Hah! hamik ko laptop besar gedabak ni hehehe. Bapak besar giler! Pameran lCeBIT ini telah diadakan di Hannover, Jerman oleh syarikat Fujitsu-Siemens. Nampaknyer mereka suke 'membesarkan' sesuatu yang kecil hehehe. Rasa-rasanya laptop sebesar ini mampu membunuh manusia, pecah kepala dibuatnyer kalu tetiba screen laptop tu jatuh. Laptop maksudnyer komputer riba kan? So, memey sesuai la ia diletak atas riba kite ye dak? Dah kalu besar gedabak macam ni, nak panggil aper??(^_^)




Monday, December 10, 2012

Monday, December 10, 2012

Ribuan Askar Israel Bunuh Diri Kerana Trauma.



Trauma akibat perang sememangnya biasa bagi mangsa-mangsa perang di mana-mana negara hatta di Palestin. Tapi, pelik sikit dalam hal perang di Gaza ni. Si pemangsa pulak yang TRAUMA! Tentera zionis laknatullah ini pun tidak terkecuali dari cengkaman trauma psikologi yang menimpa anggot-anggota  mereka, sehinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri!

Dalam satu penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang,yang diketuai oleh Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel menghadapi tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.


"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dengan operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hari, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada di pihak yang benar.

"Selepas menemubual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya merasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.

"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah  manakala 17.4% menyedari tingkah laku mereka memalukan.

"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.

"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan al-Qassam.

"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur 8 tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya." kata Bleich.


Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi. 

"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri.", katanya.

Sumber : mynewshub

P/S:Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Monday, December 10, 2012

Genap 9 Tahun Mendongak Ke Langit



Wahhhh! tak sangka dah genap usia akak 9 tahun...eh eh...umur perkhidmatan akak 9 tahun ehehehehe. Kalu akak umur 9 tahun la ni, memey akak tak hadap la blog ni gamaknyer. Waktu tu sibuk menggelinjang kat tengah padang men galah panjang @ 'rounders'.

Mesti ader yang bertanya, naper akak cakap 'mendongak ke langit'? yek? *kalu takda yang bertanya, takper biar akak tanyakan wakakakaka*~ Ader aper kat langit tu? Emas ker? Artis K-Pop ker?hikhikhikhik~

Profession akak ni kalu tak mendongak ke langit takleh buat keje hehehe. Tapi, untuk bahagian2 tertentu je la. Kalu dulu akak mendongak ke langit, sekarang ni akak memandang ke pc jer uruskan data2. Itulah antara perjalanan kerjaya seorang yang bergelar Meteorologists.

Pengalaman Semasa Diinterbiu

Pada tarikh ini, 9 tahun yang lalu, aku memulakan langkah kerjayaku di sini. Tiada perasaan khusus yang dapatku gambarkan ketika itu, melainkan takut, gugup, 'blur' dan rasa "cepatla habisss, aku nak blah la camni!". Seriously, apa2 pasai jabatan ni akak memey ZERO waktu tu! Yang akak harap cuma akak boleh dapat keje jer heeeee~

Dah la pagi tu gugup tak habis, kene plak no.1 dipanggil interbiu! Mau gugup kuasa tiga aku kat situ! Dengan berbekalkan muker skema yang melampau, aku pun dipanggil masuk ke dalam bilik interbiu oleh seorang pegawai. Korang tau, waktu interview akak masa tu, interviewer tu ada tanya satu soalan berkaitan dengan jenis-jenis awan.

Pegawai: "Boleh berikan saya satu jenis awan yang awak tahu?"
Aku: "Errrrr....errmmmm...saya tak tahu tuan"

Makkkkkkk! Aku raser nak menjerit jer waktu! Macam maner aku boleh tak tahu jenis-jenis awan ni???Masa tu terasa sangat diri ini kebengongan sebab tak baca buku pasal awan dulu sebelum gi interbiu hehehehe.

Tapi, memey nak jadi rezeki la kan, akhirnya aku diterima jugak bekerja di sini. Tapi, dik nonnn jangan la korang buat macam akak buat tadi...memey kene wat reasearch dulu sebelum kiter dipanggil interbiu hahaha.

Setelah habis training 6 bulan di HQ akak mintak transfer keluar dari KL. Sebab akak nak carik angin baru, kawan baru & boyfriend baru waktu tu wakakakaka~Haiittt! 

Kini, selepas 7 tahun merantau akak kembali ke KL untuk meneruskan tugas akak di sini. Perrghhh! seronok giler duk merantau ni dik nonnnn...kalu ditakdirkan korang kene berpindah keluar dari tempat korang dibesarkan, maka ambillah peluang ini! Tambah2, yang masih single tu, ambillah peluang ini untuk kenal tempat baru, orang baru dan environment baru.

So, kalu korang apply job samada untuk government @ swasta, pastikan korang bersedia untuk menghadapi interbiu tu..jangan jadik cam akak! Kes akak ni cuma ada 1 dalam 10,000 jer hehehe.

P/S: Soalan paling femes dulu waktu kene ngorat,"Awak, arini ujan tak?" 


Monday, December 10, 2012

Dan Bila Cemburu Giler Memakan Diri!




Fuhhhhh! Dah baca paper pagi ni? Lum lagi?? Takper, korang baca entri akak ni dulu k. Cemburu...sifat yang secara fitrahnya ader pada sumer orang, terutama pada suami isteri. Kata banyak orang, "Cemburu tandanya sayang". Tapi dik nonnn...kalu gini ghupernyer cemburu sayang, sampai tangan kaki naik ke badan isteri, yang menjadi pelengkap tulang rusuk kiri kaum suami, ini bukan cemburu sayang yer anak-anak..ini CEMBURU GILER! 

Ye la, akak maklum dan faham mungkin si suami 'darah panas' umur pun baru 22 tahun. Akak kawen dulu pun umur 22 tahun jugak..samala ngan somi akak. Jadi, kematangan dalam mula2 nak melayari  bahtera tu dulu memey kadang2 agak mencabar. Dalam hal ini, akak tidak mahu menuding jari mengatakan si suami tu salah atau si isteri tu yang menjadi puncanya. Namun, kayu pengukur kebahagiaan sesebuah rumah tangga bukan bergantung semata-mata kepada rasa cemburu pada pasangan. 

Yang isteri kene menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak menjadi fitnah yang boleh mencetuskan rasa curiga suaminya. Terutama, bagi wanita berkerjaya..kadang2 bercampur berborak sesama rakan sekerja lelaki, itu juga boleh mengundang fitnah tanpa kiter sedari.. Tambah2, ader pulak mulut longkang kat opis tu yang ternampak 'kemesraan' si isteri dengan rakan sekerja lelaki lain, memey sampai la 'bau busuk' tu pada si suami.

Si suami juga perlulah selidiki dahulu, tanya dulu, pastikan betul2 adakah itu hanya fitnah atau tidak. Jangan main terajang jer isteri mung!*hah, kan dah kuar loghat ganu*. Tu isteri mung bukan bola. Sayangilah pasangan kamu, dan sekiranya ader antara kamu yang membuat salah maka berbincanglah, bercakaplah dan bermuhasabahlah dengan baik. 

Nak baca lagi pasai berita di atas?? 



Monday, December 10, 2012

Alahai Datuk Seri.....


Morning glory everyoneeee!~ Hari ni akak gi keje lambat skit sebab incik somi nak uruskan hal kejenyer skek. So, bolehla akak hadap blog kecintaanku ini heeeee (^_^). Dik nonnnnn, korang pernah dengar tak peti simpanan deposit kat bank tu? Tempat simpan duit & barang berharga seperti emas, wasiat @ ape2 je la yang berharga. Haaaaa...kalu korang pun pernah dengar atau tahu tentang peti deposit tu, maka wajiblah Datuk Seri ni pun tau kan pasai benda tu??Atau dia pun tak tahu??


Carik bukti..pilis sedang menyiasat kejadian samun di rumah mangsa

KUCHING: Kepulangan seorang ahli perniagaan  bergelar Datuk Seri dan ahli keluarganya daripada percutian di luar negara disambut dengan kejutan apabila mendapati kediaman mereka di Matang, di sini, dimasuki pencuri dan wang serta barang berharga bernilai RM1.4 juta dilarikan.

Perrghhhh! RM1.4 juta dik nonnnn!! Aper la yang diamik oleh pencuri tu yer? Takkan Datuk Seri takda 'pak guard' depan umah? Banyak giler dia simpan harta dalam umah sebesar tu jer! Kalu simpan dalam peti deposit, masih juga ada insurans cover kalu ilang. Ni nak cover tang maner? Aperpun, setiap musibah yang menimpa kiter ader hikmahnyer,percaya tak? Percayaaaaaaaaa......


P/S: Orang kaya dulu-dulu suker simpan duit berkepuk2 dalam sarung bantal. Biler ilang dikatanya toyol yang curik!HEHEHEHEHEHEHE~










Sunday, December 09, 2012

Sunday, December 09, 2012

Family Day di Denai Alam Resort Club (DARC)


Assalamualaikum!

Night Shine everyoneeeeee!~ Okla tu, Malaysia seri ngan Thailand hehe. Fuh! memey penat akak sepanjang ari ni . Biasa lepas subuh akak dah hadap pc update blog, tu pasai arini rasa lain macam jer biler tak hadap blog heeeee!~ So, sebenaqnya arini ader special event yang diajurkan oleh TUDM Subang, iaitu 'Family Day'.


Seperti yang korang baca di title atas tu, di sanalah destinasi kami pagi tadi sekeluarga untuk memeriahkan sambutan Family Day peringkat Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK). Perrghhhh, semasa journey kami ke sana, memey mata akak rambang la tengok rumah2 mewah di lereng2 bukit dik nonnnn!~Dah la cantik, besar plak tu!Tapi sayang la dik nonnnn..rumah cantik besar mewah tapi dekat sangat ngan pencawang letrik...huhu.



Aperpun, dalam pukui 9 jugak kami sampai. Dah register dan amik no.bertuah, acara pun bermula dengan mini games tuk kanak2. My Pearl yang sulung tu memey excited kalu pasai game2 ni, dalam 3 acara untuk kanak2 umur 6 tahun kebawah, iaitu Music Chair, Pancing Botol dan Rebut Gula-gula.. yang rebut gula-gula tu la dia menang banyak....menang banyak gula-gula pasai rebut jer!Wahahahahaha *jahat ibu ketawa kat anak*. "Takpe lar nakkkk, ni baru 1st time join game macam ni, kiter ader next time wokeh, so enjoy jer la" *ayat motivasiku pada Hazwani*



Pancing botol
Music Chair
Rebut gula-gula

Ader juga game tuk mak2 budak dan bapak2 budak, juga seperti 3 game di atas tu, masyaAllah....dah takder guper mak budak bapak budak dah diaorg ni wahahahahaha!~Memey sempoi habisss.....


Tak lupa juga acara yang budak2 memey suker la..bergambar bersama maskot superhero, Ultraman, Ben10 & Spiderman..3 superhero ni kecik molek jer hehehe. Tapi, ader gak yang takut ngan maskot2 ni..nak tahu saper??bawah sini


v
v
v
v
v

Takut bebenor dia ngan ultraman
kepala jerung tu!~
Ultraman kepala jerung, spiderman itam dan ben10
dok menari chicken dance
Peace to our comei superheros hehehe
Dah habis mentekedarah segala jenis makanan yang ada di situ, dan acara pun nak habis, so kitaorg pun bagi option pada my Pearls, nak naik kuda atau mandi pool? And diaorg pilih......





So, itulah aktiviti kitaorg arini. Penat tapi enjoy, especially part dapat hamper & mandi pool tu kan hehehe. Kalu korang nak tengok muker gediks kami..sila scroll bawah (^_^)

v
v
v
v
v





P/S: Cer tengok Mira senyum, tak tau naper dia senyum gitu. Mungkin dah jadik trademark dia kot hehehe.


Saturday, December 08, 2012

Saturday, December 08, 2012

Pengambilan Penjawat Dijangka Kurang Tahun Depan: SPA




PUTRAJAYA: Pengambilan penjawat awam dijangka akan berkurangan tahun depan berikutan perlaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam hari ini.

Secara purata, beliau berkata, SPA menerima hampir 1.2.juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Hurrmmmm, peluang nak mintak keje kerajaan pas ni mungkin agak terbatas terutama bagi graduan-graduan yang berlambak kat luar sana tu. Nak gi swasta banyak plak syarat2nya, terutama kene fasih berbahasa Inggeris dan mandarin, guaner tu??


Saturday, December 08, 2012

Anak Empat & Anak Kucing





Hadoowwww! fenin aku melayan dua orang budak yang tak reti duk diam ni. Ader jer bende nak cakap, ader je bende nak buat, ader jer imaginasi nak layan! Aku dulu2 besar ni umur 5 tahun maner tahu nak cakap pasai bende2 ni sumer.

Budak2 zaman sekarang ni, memey advance terlebih-lebih la. Tak boleh blah ayat diaorg biler nak mintak adik baru...! Nak oiiiii, korang ingat senang2 jer nak mintak adik baru ke?? Macam order roti plak...nak 3 orang pempuan, 2 orang lelaki. Hazwani cakap, "buuu..nanti biler ibu dah anak 4, ibu bagi nama adik baru tu Aisyah Nur Alia tau"..*perghhh, melekat nama tu dah dalam otakku*

Pastu, boleh plak dia meng'order', " Kakak nak adik pempuan 3, adik lelaki 2 tau ibu..kakak bagi nama yang pempuan dulu, ibu jangan lupa tau!" *adessss, teruk aku ngambik order!*
Siap pulak suruh aku dan incik somi kawen semula...nakkkkkk oiiii...sodap sodap yo ekau suruh den kawen layi..!Urrghhhhh...-_-

Biler kakak dah order 'adik baru', yang Mira plak sambung, "buuuu..nanti biler ibu dah tinggi sampai siling, boleh tak ibu belikan kucing untuk kakak dan adik?", Perrghhhhh! ganazzzz imaginasi anak2 aku ni, TINGGI SAMPAI SILING???

Pastu, kakak boleh plak bagi cadangan BAEEEEEKKKK PUNYER! Dia cakap, "takper bu, nanti kiter belikan dia pampers kiter pakaikan dia biar dia berak dalam pampers tu, kan ibu?"
Tak pernah dibuat orang pakaikan kucing pampers nakkk oiiiiiiii..!-_-

Dugaan apekah ini di hujung mingguku Ya Allah huhu, tapi demi My Pearls ibu akan masukkan 'order' korang dalam list la yer. Tunggu je la kalu ader rezeki ye nakkkkk..! Pasai kucing tu korang cakap la ngan ayah...he's incharge!Ahaakkzzzzzz~



Saturday, December 08, 2012

Laluan Jejantas Yang Unik Di Shanghai, China

Fuhhh! terbaeekkkkkk....! China memey boleh wat apa saja. Dari pembuatan makanan, gadget, barangan letrik, sehinggalah ke mercun & bunga api dan banyak lagi la! Tapi, satu yang unik mengenai China ialah laluan jejantasnyer yang unik merupakan satu-satunya yang wujud di dunia!Jom kiter terjah!~


Info ringkas :

  • Jejambat laluan pejalan kaki yang berbentuk bulatan ini telah dibina di kawasan bandar yang padat dengan aktiviti perniagaan , iaitu di Pudong, Shanghai China pada tahun 2010.
  • Ia terletak betul-betul di bulatan utama (roundabout)di Pudong yang merupakan pertembungan antara lima persimpangan.
  • Objektif utamanya adalah untuk mengasingkan aliran trafik dengan pejalan kaki serta mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
  • Jejantas ini mempunyai ukuran lebar 7 meter dan ia juga dilengkapi dengan kemudahan eskalator dan lif.
Jom terjah gambarnya pula!~







Sumber info : billyinfo.blogspot.com


P/S: Kat Malaysia boleh buat macam ni tak?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.