Breaking

Saturday, December 15, 2012

Saturday, December 15, 2012

Korek Telinga Untuk Rezeki Yang Halal

Sesungguhnya, manusia dituntut untuk mencari rezeki yang halal agar sentiasa mendapat berkat dan ibadah kiter juga diterima Allah, kan? Begitu juga dengan profesyen seperti menangkut sampah, mencuci kereta dan sebgainya, walaupun ada lagi antara kiter yang memandang rendah terhadap orang yang bekerja dalam bidang ni, tapi kehadiran mereka tetap signifikan dalam kehidupan kiter seharian, tul dak?

Tapi, ader satu lagi profesyen yang jarang sekali kiter dengar @ lihat dalam masyarakat kiter. Dalam bandar besar macam KL ni, memang belum jumper lagi la. Tapi, kalu pencuri besi tu ramai la...!~ Yer, memang korang rasa geli aiihhhh korek telinga orang, but...hey, as long as ia kerja yang halal nothing else matter right? Menarik sungguh cerita ni..jom terjah!~(^_^)

Sadanand,35, tekun membersihkan
telinga salah seorang pelanggannya-MO

Sambil menahan kegelian dalam kesakitan, lelaki ini membenarkan telinga dikorek dan dibersihkan oleh seorang tukang korek telinga di India, dengan menggunakan jarum besi dan kapas.

Muhammad Abbas, 38, yang hanya berbekalkan jarum besi, penyepit dan gulungan kapas tidak segan dan malu untuk menjadi tukang korek telinga, demi mencari rezeki yang halal.

"Saya telah diajar oleh bapa saya yang mewarisi kepandaian ini dari datuknya. Keluarga kami telah membersihkan telinga sejak zaman Mogul.

"Saya membersihkan lebih 20-30 pasang telinga sehari, tetapi kebanyakan mereka adalah pelanggan lama. Saya jarang mendapatkan golongan muda untuk membersihkan telinga mereka. Mereka lebih suka menggunakan pengorek kapas," katanya lagi.


Menjadi tukang korek telinga sudah menjadi tradisi
warisan keluarga Muhammad Abbas.
Disebalik kebimbangan terhadap tahap kebersihan peralatan yang digunakan beliau, kebanyakan pelanggannya tidak bimbang tentang kemungkinan terkena jangkitan atau kecederaan ketika melakukan 'pembersihan' tersebut.

Muhammad Aslam Qureshi, pelanggan yang telah mendapatkan khidmat membersihkan telinga dari Abbas selama 17 tahun berkata, " Saya sentiasa mendapatkan khidmatnya. ia sungguh menenangkan dan hebat. Saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan telinga saya."

Seorang lagi pembersih telinga, Sadanand, 35, yang berkhidmat untuk pelanggan kelas atas di Connaught Place, New Delhi mendakwa, perniagaannya mula merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Apabila saya bermula kira-kira 20 tahun yang lalu, saya mampu membersihkan sehingga 50 pasang telinga dalam sehari. tetapi, kini saya sudah dikira bernasi baik jika saya dapat meyakinkan walaupun hanya 20 orang untuk mendapatkan telinga mereka untuk dibersihkan," katanya lagi.-MO


P/S: Kadang2 ader gak incik somi tolong bersihkan telinga akak ni...salah satu cara untuk roman-romantik laaaa~wakakakaka


Saturday, December 15, 2012

Pencuri Stokin Terlepas Di Chiba!


Wahahaha..hahaha...hahaha hok ni memey lawak la hari Sabtu ni. Macam2 pe'el sungguh la manusia ni hehehe. Terbaru, ader plak pencuri stokin dikesan di Chiba, Jepun! Stokin pun ader orang hati ker nak curik???I dun understand this man...really clueless! Biasa dengar pencuri suar dalam & baju dalam, tapi yang ni memey la pelik bin ajaib hehehe~

CHIBA - Seorang pelajar perempuan sekolah tinggi diserang oleh pencuri stokin apabila dia ditolak ke tanah  ketika sedang berjalan sebelum pencuri itu mencabut stokin yang dipakai di kaki kirinya sebelum melarikan diri di Ichihara, Chiba, kata polis.

Menurut laporan polis, pelajar berusia 16 tahun itu sedang berjalan pulang ke rumah dari sekolahnya pada kira-kira jam 5.30 pm pada hari Khamis, di mana insiden itu berlaku, lapor TV Asahi. Pelajar itu mengatakan bahawa tiba-tiba penyerang itu menarik kakinya, menolak dia jatuh ke tanah dan mencabut stokin dari  kakinya. Walaubagaimanapun, polis berkata pelajar itu tidak mengalami kecedaraan dalam serangan tersebut.

Penyerang tersebut berjaya meloloskan diri selepas kejadian itu. Dia digambarkan berusia dalam 30-an, 160cm tinggi dan memakai jaket berwarna hitam.

Polis berkata, mereka percaya insiden ini mungkin ada kaitan dengan tiga kejadian serang yang sama yang telah dilaporkan sejak September lepas, di mana pelajar perempuan sekolah tinggi juga diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.-japantoday.com

Hahahahahaa, tengok tu! Haddowwwww..tak tahulah nak dibuat aper dengan stokin tu yer. Ni gelak tak habis lagi ni hehehe.

Saturday, December 15, 2012

RM15,000 Untuk 'Mahkota' Bieber!~


Mak aiiii!~ Aper nak jadik dunia ni yer. Yang bukan2 jer manusia ni suker buat. Nak ketawa tak sampai hati pulak..korang ketawa yer?? Kalu korang punyer kene potong nak ketawa lagi tak?? Korang tak kene ugut macam si Bieber ni lagi takpela....sekadar berani buat sumpah olok2 dalam fb jer la!~

Akak bukan defend si Bieber ni yer,*nak ketawa dengar lagi Baby dia tu, dunno why*. Tapi, ugutan sebegini dah macam trend plak. Dan orang sekeliling pandang macam lawak plak. Padahal, kalu diri sendiri kena tak ker haru hidup dibuatnyer.


Artikel  dari HM


P/S: Susah jadi popular ni yer, ada yang memuji ader yang berdengki~



Saturday, December 15, 2012

Lagi Ibu Menderita!~


Entahlah...kali ni jari akak kaku. Seolah2 'mati' terus urat2 jari ni nak menaip laju2. Takleh tahan sebak biler melihat gambar ibu tua yang uzur dan tidak berdaya ini. Entahlah...akak tak mengerti...banyak yang akak tak mengerti. Nak tegur lebih2 pun tak guna...nak marah lebih2 pun tetap benda ini akan berulang juga. 

I just pray and hope that i'm not going to end up like this when i'm old. It hurts more in the inside when no one loves and cares about you anymore...(T_T)

Artikel HM

TERJAH SINI kalu nak baca penuh.

Saturday, December 15, 2012

Kerana Bergaduh Julia Perez Dipenjarakan 3 Bulan.


Morning glory everyoneee!~Mendung je kan pagi ni? Macam semalam jugak. Tak tahu lagi nak buat breakfast aper kat anak2,diaorg tengah lena lagi ni..so, bolehlah akak update blog kesayangan akak ni jap hehehe. Kerana mulut badan binasa, keceluparan Jupe mengkritik mutu drama Melayu di negara ini mengundang padah apabila dia dikecam hebat oleh persatuan Seniman, di mana dia didapati membuat penggambaran di sini tanpa permit!

Tu laaaa, ingat orang Malaysia pandang sangat ker kat Jupe ni? Ya Allah, lepas satu...satu kontolbesi dia buat. Jom kiter terjah...guaner dia kene penjara ni!~

Julie Perez...ketika baru balik dari  mengerjakan umrah
JAKARTA: Keputusan Mahkamah Agung di sini pada Jumaat menetapkan aktres seksi Julia Perz (Jupe) dikenakan hukuman penjaran selama tiga bulan dalam waktu terdekat susulan pergaduhannya dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.

"Keputusan perbicaraan menetapkan hukuman penjara tiga bulan, Hakim juga memerintahkan tertuduh (Jupe) segera dipenjarakan," ujar seorang sumber di mahkamah ketika dihubungi Kapanlagi di sini, Jumaat.-mstar


P/S: Taknak tengok filem Sumpah Malam Pertama.


Nak baca lebih-lebih? MAI SINI


Friday, December 14, 2012

Friday, December 14, 2012

Pembakar Roti Lutsinar (Transparent Toaster)

Apa habaq everyoneeee!~ hang pa suka makan roti bakaq tak? Bayangkan roti bakaq yang garing di luar tapi lembut di dalam, disapu mentega dan butter jelly yang manis melekat...perrghhh! Memey terbaekkkk untuk permulaan sarapan pagi yang berkhasiat!~

Kini, tekonologi pembakar roti telah melangkah maju setapak lagi dengan terciptanya pembakar roti lutsinar @ dalam bahasa omputihnya, 'Transparent Toaster'.



Menarik kan?? Ala2 futuristik gitu. Transparent Toaster ini diperbuat daripada kaca khas yang boleh menghasilkan/menyalurkan haba untuk membakar kepingan roti. Lebih menarik lagi, korang boleh mengawal 'kadar' pembakaran roti berdasarkan perubahan warna pada kepingan roti tersebut. Tapi dik nonnn, pembakar roti unik ini masih dalam peringkat prototaip dan percubaan serta penambahbaikan. So, lambat lagi nak jumpa toaster ni di kedai letrik hehehe~




Info:billyinfo.blogspot.com

Friday, December 14, 2012

Utusan Kalah Saman Lagi...Macam Biasa.

FOTO yahoo.com

Mahkamah Tinggi hari ini telah memberikan RM50,000 kepada peguam Karpal Singh  sebagai ganti rugi selepas mendapati Utusan Malaysia bertanggungjawab untuk fitnah berhubung artikel pada tahun 2008, di mana ia memetik pengerusi DAP itu sebagai menolak Islam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad, apabila membacakan penghakimannya pagi ini, walaupun akhbar berbahasa melayu itu telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf dan menarik balik laporannya dalam tempoh 24 jam, artikel tersebut telah menjadikan Karpal sebagai subjek utama dengan tujuan untuk menghina dan mencemuh.

Beliau turut menambah bahawa pada tarikh penerbitan artikel tersebut, 25 Ogos 2008- satu hari sebelum pilihanraya di Permatang Pauh- dan hakikat bahawa ia diterbitkan di dalam media arus perdana adalah dengan "niat tidak baik."

"Merujuk kepada fakta bahawa plaintif adalah pemimpin dalam parti gabungan  Pakatan Rakyat (PR), dan pada masa penerbitan artikel, ia mungkin ditafsirkan bahawa ia (artikel tersebut) telah menjejaskan peluang untuk menang dalam pilihanraya tersebut.", kata hakim.

Karpal telah memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Malaysia milik UMNO pada tahun 2008, mendakwa kenyataanya telah disalah ertikan dalam sebuah artikel yang ditulis oleh editor berita, Zulkifli Jalil.

Artikel itu, "DAP Diingat Jangan Bakar Perasaan Melayu", adalah berdasarkan ucapan Karpal dalam Kongres Kebangsaan DAP yang ke-15 pada tahun itu, di mana Zulkifli kononnya menulis bahawa ahli politik  itu telah menolak Islam sebagai agama rasmi negara.-yahoo.com



Friday, December 14, 2012

Kesian Abah & Mak....




Seperti hari-hari biasa, balik dari kerja, diri ini duduk sebentar di sofa empuk untuk merehatkan jasad yang penat. Selepas mandi dan solat asar, kemudian incik somi ajak keluar sebentar bersama anak2. Selesai membeli, kami pulang ke rumah dan aku melabuhkan punggungku di sofa itu kembali.

Sambil menonton drama di tv, incik somi pun berkata, "Tak nak telefon mak ker?".
Aku pun menjawab, "Ok..", sambil menunjukkan isyarat mahu meminjam telefonnya.
Ringgg..ringggg...ringggg

Mak: "Hello..."
Aku: "Assalamualaikum mak...wat per tu?"
Mak: "Waalaikumussalam...ni ha, mak baru masuk umah ni. Tadi kat reban ayam..peluh2 ni"
Aku: "Oohhhh, naper peluh2?"
Mak: "Arini panas nim, tak macam semalam ujan lebat. Tapi, kering jugakla baju arini. Kau kat maner tu?"
Aku: "Anim kat umah ni mak, tadi kuar jap bawak anak2 makan KFC."
Mak: "Ohhh..abang kau ader telefon nim..?"
Aku: "Takde pun mak...dia tak telefon mak ker?"
Mak: "Takde punnnnnn....*macam tone merajuk* "Abah kau tanyer gak, dak Emi tak tepon ke Ton? Dah luper kat kiter ker?"

Gulpppppp! Sedih melampau masa ni...hiba, sebak. marah sumer ader dalam hati ni. Kesian mak & abah...

Aku: "Bukan ker dia cakap nak balik kampung?"
Mak: " takde punnn..senyap jer. Mak cakap kat abah kau, biarlahh Langggg...dia dah lupakan kiter" *Ya Allah, berderau jantung ni..mak, janganlah cakap macam tu*
Aku: " Takla mak..akak ader cakap ari tu abang nak balik kampung ujung bulan ni."
Mak: "Oh ye ker...hmmm ok la. Alaaa, abah kau tanya tu...aperpun....anak kan...mestilah dia tanya."
Aku: "Hmmm...nanti dia balik la tu." *cuba memujuk mak*
Mak: "Kau balik esok (Jumaat) ker?"
Aku: "Anim balik Ahad mak...ader Family Day plak lagi ni."
Mak: "Oh ye la..."

Selesai borak, bertanyakan khabar kesihatan mak dan abah, aku meminta diri untuk mengakhiri perbualan itu. Hati ini mula berasa kasihan...kasihan mak dan abah. Rupa-rupanya rindu seorang ayah terhadap anaknya tak pernah pudar walaupun masing2 dah berkeluarga. Abah memang tak pernah menunjukkan rasa kasih sayangnya secara terang-terangan, tapi aku tahu dia sayangkan anak2nya. Rindunya dia sampai tertanya2 kenapa anak tak telefon kat dia. Ni yang buat aku nak mengamuk kat abang aku ni!

Wahai anak2 yang masih mempunyai ibu dan ayah di luar sana, telefon2 la selalu ibu & ayah korang. Tambah2 yang duduk jauh tu, dalam seminggu tu telefon la walau sekali. Diaorg bukan nak duit korang sangat, just nak dengar suara anak2 jer. Nak tahu sihat ke dak, nak dengar suara cucu2. Janganlah buat diaorg tertanya2 kenapa kiter sebagai anak2 jarang nak telefon tanya khabar diaorg.

Ya Allah, peliharalah ibubapaku dengan penuh kasih sayang. Peliharalah jiwa dan hatinya agar tidak terluka..aminn~

 P/S: Tak sabar nak balik kampung minggu ni...tunggu ye abah, mak...anim balik nanti. (T_T)


Friday, December 14, 2012

Benci Islam Tapi Akhirnya Peluk Islam.


Afternoon everyonee!~ Tengah brunch ker? Akak baru pas makan laksa, tak selera plak nak makan nasik arini hehehe.  Di petang Jumaat ni, akak nak kongsi suatu kisah seorang hamba Allah yang telah diberikan hidayah kepadanya tatkala dia mempunyai niat untuk menentang Islam. Sungguh bertuah dia ni kan, hanya insan2 terpilih saja yang dapat merasai kemanisan Islam itu sendiri.

Walaupun, akak dah tulis dalam entri sebelum ni yang akak sepatutnya tulis tentang my personal life, tapi rasanya tak salah jika kisah yang menarik ini akak kongsikan bersama korang kan. Macam akak cakap tadi, setiap perkara yang berlaku ader kaitannya dengan kehidupan kiter. Ia membuatkan akak rasa bersyukur kerana masih dapat menikmati hidup ini dalam keadaan Allah belum menarik nikmat Islam dari hidup akak.

Ya Allah, tentunya kiter tak mahu Allah menarik nikmat Islam dari kiter kan? Sedangkan orang2 kafir sendiri megakui kebenaran yang dibawa Islam, tinggal lagi mereka terlalu egoistik untuk tunduk kepada Pencipta sekelian alam. Namun, masih terdapat ramai hamba Allah yang mula menyedari kebenaran ini. Jom kiter terjah!~


Lelaki ini, Ibrahim Killington merupakan seorang mualaf yang asalnya berbangsa Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme, malah berniat untuk bergabung dalam tentera untuk melawan islam, namun akhirnya menemui cahaya Islam. 

My name is Ibrahim Killington. Sebelum saya menuju Islam, hidup saya benar-benar tertumpu pada minuman   (mabuk-mabukan), ubatan (ganja, dadah, ecstacy) dan bersenang-senang semata.

Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bergembira, ketawa dan tidak ada yang dilakukan lagi melainkan bergembira, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik.

Pengalaman pertama saya mengenai islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11 (Lihat juga video kami pada bahagian video, salah satu video terbaik-memberikan bukti, "Konspirasi Tragedi WTC san bukti dilakukan "orang dalam" sendiri).

Saya ingat, saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa sebenarnya yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari kepada teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka baha "pelancong" telah menyatakan perang terhadap Amerika..kerana saya belum pernah mendengar istilah "pengganas" sebelum kejadian itu.

Mencari Islam 

Seterusnya, saya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya memohon memasuki tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam).

Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu "percaya" dan "mengikuti" Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal hal-hal jahat yang "mereka katakan" tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan 'ketika itu pun' saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan.

Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain.

Oleh sebab itu, saya terfikir untuk mencari maklumat tentang Islam di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keIslaman yang ditayangkan dalam "Islam channel" Inggeris).

Beliau mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang "mereka" tuduhkan perihal Muslim dari apa yang pernah saya dengar.

Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah "Buku Pegangan pengganas," dalam genggaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Britain) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam.

Tetapi.... begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), ".. it hit me immediately", itu menghentam saya, .. dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya. Ia benar-benar menusuk jauh ke dalam hati saya. Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di dalam neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca hal ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah.

Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid. Saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan "Saya sedang berada di masjid! ..."

Dengan perasaan sangat terkejut Ibu saya mengatakan, "Tidak, kamu tidak boleh berada di Masjid, kamu seorang Kristian! Kristian tidak pergi ke masjid."

Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk.

Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat dahsyatnya media massa dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam "war on terror"). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya kepada saya selama ini.

Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya pada masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk agama Islam.

Dan saranan saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, janganlah mencari sumber hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datanglah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. ini kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. Dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam (anda akan keliru). Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu.

Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda. Banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah menganut Islam, akhirnya saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua, bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam. 


Sumber: www.onislam.net

Friday, December 14, 2012

Bahasa Melayu Rosak Kerana Orang Melayu

Morning again everyoneee!~hehehe. Tadi masa akak dok racing kat Federal pagi ni, sambil dengar kat ERA.fm terdengar pulak tentang masalah penggunaan bahasa yang serius di kalangan pelajar sekolah dan ipt yang semakin membimbangkan. 

Mungkin ramai yang tahu tentang wujudnya masalah ni kan, tapi menganggap ia remeh dan kecil. Akak sendiri pun tidak pasti bila sebenarnya fenomena bahasa sms ini wujud. Tapi, setahu akak di FB memang ramai sahabat2 yang menggunakan bahasa sms ni.

Artikel dari BH

Tak dinafikan trend budak2 sekarang suka benda yang ringkas2 dan cepat. Semua benda nak tulis cepat, ringkas dan trendy. Kadang2 akak pun tak faham apekejadahnya yang dia cuba nak bagitau. Tergagap2 mulut akak nak baca ayat dia satu2...

contoh:
1. " itter windu ar kat kow"
2. " suker ngat lettew"

Dah lama akak tak jadi segagap ini wahahaha~ susah giler nak baca ayat di atas 1st time dulu, macam baru nak kenal huruf je! Akak once pernah berkata2, "Mala'un mana la yang ajar bahasa ni" wahahaha~ Serius, memang bahasa gini tak boleh dibawa masuk dalam mana2 majlis!(^_^)


Dah lama2 tu baru akak perasan yang bahasa sms ni dah jadi trend di kalangan anak-anak muda sekarang, dan kini dah tak terbendung lagi dah. Sampai nak jawab exam pun digunanya! Mana boleh gitu dik, penat cikgu BM kiter dulu ajar cara eja dan sebutan BM yang betul. Alih-alih korang plak yang 'merosakkan' bahasa yang digunakan lebih 76 juta orang seluruh dunia!

Maka, sebagai orang yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian perlulah kiter memelihara kemurniaan bahasa kiter sendiri. Supaya, lebih ramai lagi orang luar tertarik nak belajar bahasa kiter ni.


P/S: Bak kata arwah P.Ramlee pada Sudin dalam Seniman Bujang Lapok, "Bahasa melambangkan bangsa tau!" Dah, kalu bahasa pun rosak, bangsa kiter pun orang senang nak pijak2, kan?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.