Breaking

Tuesday, December 18, 2012

Tuesday, December 18, 2012

Aku Tak Nak Transfer....Tulunnnnnn!~


Afternoon everybody!~ Urghhh biasa kalu dengar nak kene transfer, memang akak akan melompat hoorayyyyyy!! Tambah-tambah kalu dapat balik kampung sendiri kan. Tapi, kali ni akak memey tak mo transfer la..hadoowww!

Alkisahnyer, tengahari tadi waktu nak balik dari beli makanan, akak terserempak plak ngan pegawai yang pernah bekerja ngan akak masa kat Kuantan dulu. "Eh, anim bukan dapat Melaka ker?", tanya pegawai tu.
*aku dalam kebingungan dan terkebil2*..."Huh, maner plak Pn. Nana, saya kat Climate dah la", jawab aku yang masih lagi dalam kepingaan.

"Akak dengar anim mintak Melaka dulu kan? Diaorg kata anim dapat balik Melaka," katanya lagi. Aku lagi bengong, menjawab," Hah...maner plak Pn. Nana, kan diaorg reject permohonan saya, tu yang saya dapat Climate tu. Maner ader saya buat permohonan baru?", ah sudohhh! Takkan betul kot aku dapat transfer???

Hmmm,akak cakap dalam hati...takpelah, abaikan jer. Masa tu akak ok lagi, masih boleh makan dengan berseleranya*rugila plak kalu tak makan kan, nasi putih+sambal udang petai+sambal kentang+telur burung puyuh+sayur kobis+ayaq teh ais+donut coklat 2 keping*. Perrghhh! hamik ko selera GAJAH tul akak ni kan wahahahaha~Takper, sumer habis licin akak bedal, rezeki dapat bonus arini kan ahakzzz~

Pahtu tadi, waktu nak gi tingkat 6, terjumpa plak ngan sorang lagi rakan sekerja(sama gred), dia pun kabo bende yang sama gak, "akak dengaq anim dapat tukaq Melaka", adessss, ni kalu dah 2 orang cakap bende yang sama ni, memey nak jadik betul la ni. Akak pun jawab," Hishhh, maner plak kak, tu yang lama dulu..takkan la dapat kot. Jangan buat pasai aihhh", jawab akak.

"Napa, anim taknak ka?", dia tanya lagi. "Tak mo la saya kak, saya dah 'bahagia' kat Climate la ni, lagipun saya dah bayaq duit sekolah anak..habislah duit saya 'burn' gitu jer..RM1000+ tuuuuuu", akak dah mula gelisah dah ni!Akak menambah lagi," Camner saya nak buat ni kak, kalu betoi saya kene transfer, habisla saya...diaorg pun tak kabo kat saya awai2 kalu tak boleh saya buat persiapan," akak mula merungut. "Kalu dulu memey la saya nak, sebab masa tu memey ader problem pasai anak2 ni, tapi la ni ok dah settle dah..", yakin bebenor akak cakap macam tu.

So, biler sampai kat meja akak balik, hati dah tak tenang ni mula la nak meracau tak tentu pasai huhu. Terus akak refer 'masalah' ni pada senior akak, dan nasihatkan akak tepon sendiri tanya pada orang HR (Sumber Manusia). Risik punyer risik, ghuper2nyer memey betoi la nama akak ada dalam list transfer tu, disebabkan permohonan lama akak dulu. Akak ingatkan surat akak tu dah 'mati' biler akak transfer Climate ni, ghupernye idokkkkkk~

Mujuq la akak sempat cakap ngan orang HR tu, "Kalu ikutkan dari senarai ni, memang nama anim ada la untuk masuk Melaka," kata orang HR tu. Lalu, akak pun cepat2 caras," Encik, saya taknak balik Melaka sebab saya baru masuk Climate ni cik, lagipun saya dah bayar duit sekolah anak saya,". Terkejut beruk orang HR tu hehehehe," Hah???Taknak pulak?Oklah, so confirm la ni yer saya kuarkan nama awak yer. Surat tu terbatal la yer," Fuhhhhh! lega sehhhhhhhhhhhhhhh~

Memey dap dup dap dup jantung ni sebelum call dia tadi. Mujuq tak kuar surat transfer lagi, kalu tak....SAYONARAAAAAAAA!Sampai sini je la...lenguh taip laju semacam ni hahahaha~


Monday, December 17, 2012

Monday, December 17, 2012

Semangat Yang Hilang


Night shiny everyoneeee!~ But not really shiny for me..at least for another 2 weeks! Selalu jari jemari runcing ni laju jer menari atas keyboard incik somi, tapi malam ni memang tak berdaya!~ Mati kutu, mati jiwa, mati perasaan dan mati semangat biler anak2 takda di sisi. Ya Allah, camner nak tempuh untk 2 minggu seterusnya ni???

Nampak tak bear kat atas tu, bear tu macam akak la...tersangat rindu pada seseorang. Eh, bukan seorang tapi dua orang...lagipun, akak ngan bear tu pun tak jauh beza ghupernyer huhu.

Hari ni memang tak banyak entri yang akak post, ader perasan tak? Dari pagi sampai ke saat ni hanya satu entri jer yang akak post, sebab akak tkda semangat nak berblogging arini. Memang blogging is my passion, but My Pearls are EVERYTHING to me!~ Diaorg takda, rasa macam aura nak berblogging tu kurengggg la.

Baru akak tahu nak berblogging ni pun perlu aura tau hehehe~ Urghhhhh, rindu sangat kat My pearls 2 orang tu. Oh, by the way kalu korang masih tak tahu, anak2 akak bercuti di kampung sebab cuti incik somi dah luput. Dan akak plak takda cuti, kene tunggu tahun depan la plak. Tapi, kami memang 'tak berdaya' duk dalam umah ni, takda gelak tawa dan tangisan budak2...dah besa hingaq!~

Esok..lusa..tulat...tonggek...akak pun tak pasti samada akak bersemangat untuk 'menari' di sini. Memang My Pearls dah 'rembat' sekali semangat dan jiwa akak bersama diaorg...cuma kuatkan semangat je la sebab incik somi ader sekali.Huh.....Ya Allah, please give me strength...amin~


Monday, December 17, 2012

Wajah Comel Mangsa Serangan Di Connecticut

Polisi penggunaan senjata api yang tidak dikawal oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat telah meragut banyak nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa. Berikut adalah antara foto wajah anak-anak comel yang menjadi mangsa tembakan rambang di Sekolah Sandy Hook, Connecticut;
Grace Audrey McDonnell, 7 years.

Charlotte Bacon, 6 years.

Emilie Parker, 6 years.

Olivia Engel, 6 years.

Noah Pozner, 6 years.

Jessica Rekos, 6 years.

Dylan Hockley, 6 years.

Daniel Barden, 7 years.

Ana Marquez-Greene, 6 years.

Josephine Gay, 7 years.
Caroline Previdi, 6 years.

Sunday, December 16, 2012

Sunday, December 16, 2012

5 Ciptaan Manusia Yang Pelik Tapi Hebat


Pelik tapi hebat, guaner tu? Tak tahulah...sebab kat Malaysia belum ader lagi ciptaan seumpama itu. Tapi, di tempat lain kiter boleh tengok ciptaan yang pelik dicipta manusia. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan suatu nikmat yang tiada pada makhluk lain selain manusia, iaitu akal dan kebolehan mencipta! Jom kiter terjah 5 ciptaan manusia yang dikatakan pelik~

1. 
THE MILLAU VIADUCT- jambatan yang tertinggi di dunia;
menghubungkan antara Perancis dan Barcelona.


2.
Tempat parking konsep baru di Jerman

3.

Halte bus berhawa dingin pertama di dunia, di Dubai.

4.

Lif terlaju di dunia,di bangunan di Taipei 101 tingkat. Lifnya
boleh naik dari tingkat 5 menuju tingkat 89 dalam masa 39 saat.

5.
Restoran bawah laut yang boleh dilihat dari dalam , dibuka di
New Zealand.


P/S: Walaupun ciptaan manusia hebat , namun mana dapat menandingi ciptaan Pencipta kepada semua makhluk. Nak tengok hebat ke tidak...tengoklah pada diri anda. Itulah tanda Allah Maha Hebat!Allahuakbar~



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.