Breaking

Saturday, December 29, 2012

Saturday, December 29, 2012

Dating & Dinner: Burger Bakar Bro

Kelihatan sangat romantik title di atas kan? hehehehe...mentang2 anak2 nun jauh di sinun bersama atuk dan wan, inilah kesempatan yang kami amik sebagai 'couple' untuk kuar berdua huhu.

Semalam akak dok canang pasai burger bakar dalam entri akak Burger Bakar Abg Burn,so malam ni akak ingat nak try la sodap ke tak. Walaupun, kami bukan pegi kat Burger Bakar Abg Burn, tapi incik somi bawak akak pegi satu tempat yang boleh tahan gak burger bakar dia...yummy!


Gerai Burger Bakar Bro
Lokasi Burger Bakar Bro ni terletak dekat dengan Mindef, belakang masjid Mindef tu la. Disebabkan ini adalah 1st time akak mencoba burger bakar so biler nak mengorder tu agak blur skek la hehehe.

Aperpun, kene la tengok menu dulu ye dop? Jom kiter terjah menu dulu yo!

Pilih jangan tak pilih

Dah tengok menu, ape lagi kiter horderrrr la!(^_^)

Woweeeeee burger bako dah sampaiiii...aper lagiiii kiter kasi bedal laaaaaaa!Yummyyyy bebeh!

nampak cam kecik je kan, tukang snap
amik gambo dekat sangat!


Bapok besau mulut akak nak ngap burger ni, jangan harap akak nak snap gambo sendiri..buruk nau ghuper tau!heeeeee~

So, biler dah makan kene la kasi komen skek kan hehehe, overall burger bako ni sodap jugak yo! cuma besau sangat nak ngap! Akak ni mulut keik je dik nonnnn...tapi best boleh tahan, tengoklah harganyer pulak kan!hehehehhe.


Friday, December 28, 2012

Friday, December 28, 2012

Gaji Minima: Kena Buang Lagi...


Di sebalik pengumuman perlaksanaan gaji minimum untuk lebih 50,000 pekerja di 3,600 stesen minyak seluruh negara oleh PM April lalu, sekali lagi mereka akan dihimpit apabila Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mahu mengurangkan pekerja kerana tidak mampu menanggung kenaikan kos akibat gaji minima yang bakal dilaksanakan berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Alahaiiii..kasihan pada nasib para pekerja yang berkhidmat dalam bidang ni. Bertambahla penganggur tahun depan. Dengan pengurangan pengambilan penjawat awam lagi, yang ni pun nak kene buang lagi....hmmm.

"Perlaksanaan gaji minima akan meningkatkan kos operasi pengusaha melebihi 30%," kata Datuk Hashim, Presiden PDAM dalam sidang media, hari ini.

"Kos operasi akan naik, bukan gaji sahaja, tetapi juga KWSP, Perkeso, kadar masa lebih tinggi..keseluruhan struktur, segala-galanya akan meningkat," kata Hashim lagi.-yahoo.com

Walaupun, beliau menjangkakan separuh dari semua pekerja asing yang bekerja di premis itu tidak akan diperbaharui kontrak mereka..which is good so that orang tempatan ader peluang cerah untuk memohon pekerjaan. Tapi, yang tak bestnyer, pengurangan pekerja tu la....

Diharap kedua2 pihak mengambil langkah terbaik menangani masalah gaji dan kos operasi ni secara baik. Dua-dua pun nak win-win situation kan, jangan sampai rakyat yang jadi mangsa wokeh!~Peace

P/S: Pihak yang satu ni nak amik hati rakyat, pihak yang satu nu nak jaga periuk nasi. Yang kene kepit tengah-tengah sampai 'sesak nafas' orang sendiri jugak...


Friday, December 28, 2012

Lagi Artis Wanita Bertudung..Siapa?

Ezlisa Loy
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, syukur pada Allah Tuhan Sekelian Alam Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Bertambah lagi seorang muslimah kiter yang telah berhijrah menutup aurat. Beliau adalah adik kepada pelakon muda terkenal tanah air, Elfira Loy. Beliau yang dimaksudkan ialah Ezlisa Loy, 16 tahun.*tergeliat skek lidah nak nyebut hehe*

Sungguh bertuah adik kiter ni diberikan hidayah di awal usia semuda 16 tahun. Akak umoq 16 tahun dulu pun masih 'free hair' lagi (T_T). Aperpun, akak bersyukur kini semua telah berubah dan berdoa agar perubahan baik ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hidayah yang diterima oleh adik Ezlisa kiter ni datangnya dari mimpi, di mana beliau mengalami mimpi kiamat yang cukup menggerunkan dirinya.

"Baru-baru ini saya mimpi tentang hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada benda bulat-bulat jatuh dari langit.

"Saya sangat takut, saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tak ada. Saya takut sangat.

"Kemudian saya terus tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari kiamat," katanya dalam Malaysiadigest.

Alhamdulilah dan tahniah kepada adik Ezlisa akak ucapkan. Semoga lebih ramai lagi artis wanita kiter yang menutup aurat lepas ni. Sedangkan orang kafir yang tak tutup aurat tu pun Allah dah tetapkan rezeki untuk diaorg, apatah lagi kiter ni muslimah yang mengaku Islam kalu ikut perintahNya, lagi beruntungla kiter dunia akhirat. Bukan saja Allah bagi kiter rezeki berlipat kali ganda, malah Allah bagi ganjaran syurga plak kerana menutup aurat, tak nak ker?

Nak tengok betapa cantiknya muslimah bila bertudung? Jom TERJAH SINI.
Friday, December 28, 2012

Bieber & Ganja




Encem jugak budak ni kalu dilihat dari tepi yer, macam muka abah akak masa kecik2 hehehe. Tapi, sayang dia 'makan' ganja plak dahhhhhhh! Omputih dengan ganja ni macam isi dengan kuku, macam KL dengan trafik jam*eh, ader ke gitu?*. Kalu dah nama artis tu tak sah hidup diaorg kalu tk amik 'obat'. Ni la jadiknya kalu terlalu diikutkan sangat pe'el si Beiber ni.

Nak kata stress duit ko banyak Bieb *akak panggil dia Bieb je la, manja skek hehe*, nak kata tak fofular, satu dunia kenal ko Bieb, tapi mungkin ko no.2 je la sebab si Spy Psy tu plak dah bolot no.1. Itu la....duit banyak tak menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan. Dadah tu jugak yang ko amik Bieb...Bieb...Bieb...

Sedap sangat ke ganja tu Bieb? Ke ko nak tampak 'macho' dan 'matured' di mata dunia? Ye la..macam culture diaorg ni, kalu tang pempuan umoq 16 tahun kalu masih ada dara tu maknanya dia 'low class'. Sama la jugak kesnyer dengan ganja/dadah. Kalu seorang remaja itu tk amik atau guna bende tu maknanya dia masih takda 'standard'. Standard apekejadah akak pun tak tahu, korang jgn tanya hehehe.

Korang nak tahu lebih lanjut, korang BACA SINI. Pada yang masih ber'idola'kan si Bieb ni..."sudah cukup cukup sudahhhhhh"*sambil nanyi penuh syahdu*. Tak perlu bagai nak sanjung orang amik dadah ni...cer kalu family korang amik dadah, suker tak?Peace!~


Friday, December 28, 2012

Kisah Benar: Budak Tinggal Dalam Kuboq 17 Tahun


Pernahkah hangpa dengaw cerita ni? Cerita seorang pemuda yang hidup selama 17 tahun dalam kuboq? Ni cerita betul. Hang pa jangan dok ingat dia tinggal di tempat yang dekat dengan kawasan kuboq. Dak! Bukan mcm tu yang hang pa pikiaq. Dia tak tinggal di tempat yang dekat dgn kuboq, tapi dia memang betul2 tinggal di dalam lubang kuboq. Ni bukan kisah seram malam Jumaat tapi ni kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita.

Macam mana ceritanya?

Hangpa mungkin tak akan percaya cerita ni, sebab pemuda ni lahir dari keluarga berada. Ayah dan ibunya orang yang terhormat dan memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Dalam pandangan masyarakat, kedua orang tua pemuda ini adalah orang tua yang sempurna namun orang hanya boleh menilai apa yang nampak di mata sahaja.

Orang ramai tak tau yang kedua orang tua dihormati nilah yang memasukkan anaknya ke dalam lubang kuboq dan menjalani hidup selama 17 tahun di dalam kuboq.

Setiap hari, si anak makan, minum dan tidoq di dalam lubang kuboq yang penuh kegelapan itu. Mereka langsung tak rasa bersalah dengan perbuatan mereka.

Si anak hanya boleh menjalani apa yang diberikan kedua orang tuanya, tanpa membantah sedikit pun. Menjelang tahun kelahiran si anak itu yang ke-17, orang tuanya berjanji akan memenuhi apa pun permintaan si anak sempena hadiah hari lahirnya.

Si anak pun pikiaq, inilah masanya dia nakmeminta satu permintaan yang didambakannya selama ini. Dia tak ingin lagi tinggal di lubang kuboq itu, walaupun diberi makan dan pakaian yang secukupnya tapi dia tak mahu selamanya hidup di dalam lubang kuboq, tapi apakah orang tuanya benar-benar akan memenuhi permintaanya?

Hari itu pun tiba. Si anak menyambut hari lahirnya yang ke-17. Kedua orang tuanya datang menghampiri dan menanyakan hadiah apa yang dia inginkan.

Si anak menjawab," Ayah, Ibu...saya tak mau mintak bantak, saya nak mintak satu perkara saja." "Apa, Nak? katakalan, Ayah dan Ibu pasti akan penuhi permintaanmu."

"Janji?", si anak meminta kepastian.

"Tentu, nak. Ayah dan Ibu berjanji akan memenuhi permintaanmu.."

"Ayah...Ibu...sebenan-aqnya- saya tidak mahu lagi tinggal di dalam kuboq ni."

"Apa? Apa maksud kata2mu itu nak?", ayahnya bertanya kehairanan.

"Ayah dah janji nak penuhi permintaan saya kan? dan hanya itu permintaan saya.."

"Ya nak. Ayah dah janji..tapi...ta-pi Ayah tak paham, nak."

"Ayah, sudah 17 tahun saya tinggal di sini, tapi tak pernah pun saya mendengaq ayah atau ibu membaca al-Quran. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa rumah yang tidak pernah dibacakan al-Quran di dalamnya adalah seperti kuboq. Saya tak mau tinggal di dalam kuboq ni lagi.."

Si ayah dan ibunya terdiam.

"Ayah dan Ibu tak pernah mengajaq saya bagaimana membaca al-Quran. Ya..memang rumah ini mewah, besaq dan orang ramai melihatnya sebagai istana yang gah. Tapi mereka tak tau, bahawa di mata Rasulullah s.a.w, rumah ini tak lebih macam kuboq. Jika Ayah dan Ibu tak  mau menepati janji memenuhi permintaanku tak mengapa tapi ajaqlah saya membaca al-Quran, agar rumah ini bercahaya dengan cahaya al-Quran."

------------------------------------------------------------------------------------------

Renungan untuk kita selepas baca cerita kat atas ialah di manakah kita selama ini makan, minum, tidoq dan menetap? di rumah kayu?rumah taman?rumah banglo?atau di dalam lubang kuboq?Kerana Rasulullah s.a.w mengibaratkan rumah yang tidak pernah dibacakan al-Quran di dalamnya, rumah itu seperti kuboq....

Kredit: Zun Nuun

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.