Breaking

Friday, January 11, 2013

Friday, January 11, 2013

Tak Malu Ker?

Dalam kereta tadi, pas antar opismate balik.....


Mira: "Buuuuu....naper auntie tu pakai pendek..?"

Kenit: "Aper yang pendek?"

Mira: "Kain la...naper kain auntie tu pendek bu?"

Kenit: "haha..oohhh tu bukan kain tu skirt. Naper Mira tak tanyer auntie tu tadi?"

Mira: "hmm...dia tak malu ker bu? Nampak kaki kan bu...?

Kenit: "haha....yo botui tu nak"


Friday, January 11, 2013

What Is Wrong With The Muslims?(Malay subtitle)




Di hari Jumaat yang sungguh barokah ini, ingin aku kongsikan suatu video yang telah menarik hatiku untuk mengenal gerangan lelaki yang berjaya menjadi ikon Islam seluruh dunia.

Walaupun beliau telah tiada lagi di dalam dunia ini, namun dakwah beliau masih diteruskan melalui video-video dan ceramah-ceramah beliau yang aku yakin, telah disambut baik oleh seluruh masyarakat dunia. Betapa tegasnya arwah dalam menyampaikan dakwah kepada non-muslim yang ketika itu.


Friday, January 11, 2013

Jangan Pegang Botol Air Ni!

Sekiranya anda berada di airport, JANGAN sesekali ringan tangan nak tolong pegangkan BOTOL AIR orang yang tak dikenali, awang k-pop ker, awek Brazil ker, Justin Bieber ker walaupun dalam masa yang singkat. Kenapa....??Tengok video ni yer anak-anak (^_^)


Korang tau aper dia dalam botol tu?? DADAH....memey haramjadah tul taktik pengedar dadah antarabangsa ni! Mereka menggunakan botol air & kita sebagai alat untuk menyeludup masuk dadah mereka ke mana2 negara. 

So, korang jangan TERPEDAYA dengan 'drama' mereka, tak kirala di mana korang berada sekali pun. Jangan nanti korang yang ke 'dalam' kerana diaorg....

Friday, January 11, 2013

Kitab Al-Quran Terbesar Di Dunia.



Seorang penulis kaligrafi dari Afghanistan menghabiskan masa selama 5 tahun untuk mencipta al-Quran terbesar di dunia dalam usaha untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Afghanistan kaya dengan warisan budaya dan tradisi yang telah terjejas akibat peperangan selama 30 tahun, tetapi masih dapat dipertahankan.

Friday, January 11, 2013

Penggunaan Nama Allah Dalam Kitab Bible: Boleh ke Tak?


::Pencerahan Mengenai Penggunaan Nama Allah dalam Kitab Bible::

Petang tadi dapat muzakarah dengan baba.


Saya: Baba..ada pendapat baba berkenaan penggunaan nama Allah dalam kitab Bible? kerana di Malaysia sekarang ada 2 pihak...satu membenarkan..satu lagi x membenarkan..

Thursday, January 10, 2013

Thursday, January 10, 2013

Popular Ker??


Nak tergelak pun ader biler baca kajian populariti yang dibuat ke atas PM dalam sinarharian ni. Tak faham aku..penting ker populariti seseorang untuk meraih sokongan dari orang lain?

Thursday, January 10, 2013

1st Snogurt



Macam biasa arini amik anak2 dari nurseri. Selalu aku lalu kat jalan besar Kg Pandan tu pasti terjeling ke arah satu kedai 'eskrem' yang kaler pink/ijau tu. Hajat di hati lama dah nak masuk, but since kedai tu pun baru lagi beroperasi dua tiga bulan lepas, maka kupendam ajer la hajat tu dulu huhu.

Thursday, January 10, 2013

Salah Suntik.

Ya Allah! Sesungguhnya tiap2 satu kejadian yang menimpa kita tu ada hikmahnya. Begitu juga dalam kejadian tragis yang menimpa keluarga di bawah ni. Walaupun, sangat perit untuk kita tanggung tambah2 zuriat yang lahir pada awalnya cukup sifat dan sihat, tapi akhirnya dijemput Ilahi yang lebih menyayanginya. Aku mendoakan semoga pasangan ini tabah dengan dugaan yang dihadapi mereka tika ini. Dan semoga Allah mengganjarkan mereka dengan ganjaran pahala yang banyak di atas kesabaran mereka.Aminn~

Memang kita sebagai hambaNya yang beriman kena redha dengan ketentuan yang tidak disangka ni kan. Ye la, 9 bulan 10 hari mengandung sihat sokmo, biler sampai hospital dah beranak tetiba diberitahu anak dah meninggal plak. Dah tu tak dapat nak peluk cium dan menyusukan. Ibu mana yang tak sedih...

Norehan & Mohd. Hilmi menunjukkan gambar anak sulung mereka,
Muhammad 
yang didakwa meninggal dunia selepas mendapat
suntikan yang salah dari 
pihak hospital swasta di Ipoh-SH
Thursday, January 10, 2013

Hampir Dirempuh Babi Hutan.

Hehehehe biler terbaca artikel pasai babi hutan ni, teringat aku suatu peristiwa yang aku alami 4 tahun lepas. Masa tu, aku masih tinggal dan keje di Kuantan. Keje plak keje syif, pasti ada syif malam dan syif siang kan.

Ditakdirkan hari itu aku keje syif malam, dan waktu itu Pantai Timur masih dalam musim tengkujuh. Maka, malam tu hujan renyai2 la. Aku drive sengsorang malam tu...kira2 kul 7.30mlm macam tu. Dan waktu tu, aku sedang sarat mengandungkan Mira. Niat asal nak amik cuti awal, tapi kukira waktu tu kalu amik cuti sangatla rugi sebab tak rasa anak bersalin lagi kan. So, aku keje cam biasa je la.

Thursday, January 10, 2013

Masuk Islam Demi Wang.


Morning glory everyoneeee!~ Dah baca berita ari ni..muka depan lagi! Perlakuan yang aku anggap 'jijik' dan tak pernah terfikir untuk melakukannya apatah lagi demi mendapatkan wang! Zaman sekarang ni, agama pun orang dah berani buat main-main yer. Ape nak jadi niiiii....

Gambar: HM

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.