Breaking

Tuesday, January 15, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Mari "Listen" | Kosong - Mr Bie (Parodi)


Memey sedap lagu Najwa Latif ni, tapi hok parodi punyer adalah yang TERBAEKKKKKK! Meh pakat2 dengar lagu parodi ni wokeh~

Pesan Mr Bie;

"Jangan asyik listen aja"




Tahniah Mr Bie...! 

Ingat yer pesan Mr Bie ni, terutama pada yang bergelar MAHASISWA. Tentu korang tak mo jadi Miss/Mr listen listen listen kan? Peace!~(^_^)

And...alamakkkkkkkkkk!~


Back-up pleaseeee~

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias..kita tak terlepas dari terkena tempias. Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias..tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas..hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks dalam disleksia cuba kekal dalam konteks..bila dunia seolah tak memahami..kau sudi selami, dalami dan mengalami.-Malique (Teman Pengganti)



Tuesday, January 15, 2013

Kenyataan dari Wakil UUM mengenai Isu Sharifah Zohra Jabeen.



Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

INTAFF Society Committee 2012 via We Are All Bawani


Tuesday, January 15, 2013

Abg Burn Brilliant

Wah!wah!wah! Masuk ni dah dua kali Kenit makan burger bakar Abg Burn. Malam kelmarin terjah, malam tadi terjah lagi! Tapi, paling happening malam tadi la..sebab Abg Burn jual Burger Bakar seringgit jer yop!~

Kami kuar rumah pas maghrib gitu, incik somi ikut hiway KESAS tak la jam sangat. Kalu ikut FEDERAL kami tak sampai lagi la gamaknya. Aritu Kenit dah citer kan pasai promosi Burger Bakar Abg Burn di FB. Kalu korang nak tahu, check SINI & SINI.

Dan semalam, sekali lagi Kenit sekeluarga berpeluang menerjah gerai burger Abg Burn yang bessttt!


Kami kuar awai pasai tahu dah orang pasti kerumun nak beratur awal. Burger bakar seringgit..maner nak dapat yop??hehehe. Kami sampai dalam kul 8.50malam. Waktu tu aderla dalam 30 orang dah beratur dah.


Mujuq kami sampai awai. Memang time tu ramai yang dah sampai nak beratur. Kebanyakkan mereka budak2 muda mungkin students kot. Ader gak yang datang dari jauh, bawak anak2 sekali sebab promo abg burn ni, seorang hanya boleh beli satu burger. 


Pukul 9.30mlm-10 mlm abg burn 'tutup' jap sebab nak prepare burger bakar sebanyak mungkin. Takla tertunggu2 nanti orang yang beratur belakang tu kan. Dah siap sedia jer atas meja..hulur duit..bagi resit..dapatla burger bakar beef cheese!hehehe

1 minit lagiiii!~

Fuh! Tak pernah lagi Kenit beratur semata2 nak beli makanan hehehe tapi malam tadi aura keharuman burger bakar memey terserlah di segenap penjuru restoran Le Lac ni, membuatkan kakiku tak lenguh berdiri walaupun dah dekat sejam nunggu!huhu.

beef cheese yang siap dibungkus...banyak tuuuu!~


Dan akhirnya, tepat pukul 10 malam, burger bakar abg burn DIBUKAAAAA! Sumer siap dengan duit seringgit, dengan anak2 Kenit sekali beratur pegang duit hehehe.




Syiokkkk! memey syiokkk! kami dapat beli 4 biji beef cheese abg burn malam tu haha. Lebih syiok lagi, my Pearls tak makan pun burger bakar tu...wah! kami laki bini la yang sebat..dua seorang hahaha!~ 


Best sangat ker burger bakar Abg Burn ni? Nak tau best ke tak, korang tengok sendirila panjang ke tak panjang barisan beratur ni...




Panjang sampai boleh buat L-shape lagi hehe. Pendek kata, memey puas dan berbaloi la burger bakar abg burn ni. Puas kami menyantap malam tadi..




Mekasih Abg Burn buat promo yang sangat terbaek ni! Gerai burger biasa pun takda lagi yang buat promo sebegini. Sumer balik dengan muker senyum hehe. Pasni buat la lagi yer abg burn...heeeee(^_^)



Tuesday, January 15, 2013

Listen!Listen!Listen!



FB Hilal Asyraf (Official)
Morning glory everyoneee!~ Aper kecoh2 ni? Semalam baru sempat bukak FB dan tengok update terkini, alih2 nama Sharifah Zohra Jabeen tetiba menjadi fofular dengan citer pasal beliau hampir di setiap status di 'News Feed' aku. Apeke heinyer yong??

Aku tak tahu staram pong, maklum skarang ni jarang dah bukak FB. So, setiap kali aku bukak FB, pasti aku check update dari adik Hilal Asyraf (Official) dulu, sebab setiap update beliau tentang apa saja aku suka baca. Tapi, biler aku baca status dari adik Hilal Asyraf (Official) malam tadi pasal satu video forum di UUM dan biler aku godek2 pasal Cik Puan yang sedang fofular ni...baru ku tahu....




Monday, January 14, 2013

Monday, January 14, 2013

Berita Gembira Pengguna Lebuhraya!


Wowweeeeee!~ Dia turun lagiiiii...hooray!hehe Alhamdulillah... yeah! Berita penurunan harga sebegini la yang dinantikan oleh sumer orang ye dop? Tambah2 lagi kalu harga barang makanan huhu. La ni sumer harga barang naik mendadak, sampai pak menteri takleh nak kawal dah. Sumernyer ada alasan tersendiri biler ditanya naper harga naik.

Artikel SH
Monday, January 14, 2013

Tak Selamat Dah Ke?....

artikel HM
Rendah sangat ke kualiti tahap keselamatan sistem perbankan di negara kita ni? Atau kad bank kita ni yang bermasalah? Abah aku pun pernah kene lebih kurang seghuper ini jugak. Kad atm dia diduplicate. 

Monday, January 14, 2013

45 Minit Bersama UAI.

Alhamdulillah tercapai jugak impian Kenit nak pi ceramah UAI. Memang lama dah berhajat nak pi dengar ceramah beliau dari masa Kenit kat Kuantan lagi. Kadang2 biler beliau ader buat ceramah di surau2 berdekatan dengan opis, tapi Kenit tidak berkesempatan untuk pergi sebab keje syif malam. 

Jadi, biler Kenit check kt FB jadual ceramah beliau ader dekat2 dengan area rumah Kenit, aper lagi terus ajak incik somi pi la hehe.

Malam tadi tajuk ceramah beliau ialah Maulidur Rasul. Ternyata, memang ramai sungguh muslimin dan muslimat membanjiri padang AU2 Keramat ini. Kenit dan family siap2 'booking' angle yang sesuai untuk mendengar UAI hehe. Ni je la yang termampu pun, sebab terlampau ramai mengalahkan konsert menyanyi!~


Sunday, January 13, 2013

Sunday, January 13, 2013

Oh Abg Burn!

Heeeee seronok sungguh hari ni walaupun penat tak ilang lagi. Kenit gagahkan jugak diri meng'update' blog sebelum beradu. Penatttttt! Siang bawak anak2 beriadah. Malam pekena makan baekkkkk punyer!  

Alkisahnyer, sejak dua menjak ni Kenit menjadi tertarik untuk merasai burger bakar yang tengah jadi kegilaan orang ramai Kenit pun nak try jugak la kan sedap sangat ke burger bakar yang orang dok canang2 tu kan.So, ader satu page kat FB pasai burger bakar. Nama dia Burger Bakar Abg Burn.

So, godek punyer godek memey terkenal la burger abg burn ni. Kalu korang nak tahu lebih lanjut tentang Burger Bakar Abg Burn, korang terjah je la link ni yek. Promosi abg burn memey terbaeeekkk la!~hehehe.

Antara jajahan Burger bakar abg burn ni yang dekat ngan umah aku ialah di Seksyen 7 & Seksyen 13 Shah Alam. So, tadi kitaorg pergi yang kat Seksyen 13, Shah Alam. Tak susah nak cari pun lokasi abg burn ni, dekat sangat ngan Stadium Melawati tu, kat Restoran  Le Lac.

Saturday, January 12, 2013

Saturday, January 12, 2013

Kronologi Himpunan Kebangkitan Rakyat.



9.20am: Masjid Negara - Kawasan masjid mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.


9.37am: Kelab Sultan Sulaiman - Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima. Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Saturday, January 12, 2013

Himpunan Keluarga Di Putrajaya.

Macam dah jadik trend plak himpunan2 ni sume yer. Yang sana buat, yang sini pun nak buat. So, aku pun nak buat jugak la kan...kene la 'up-to-date' skit kan hehehe. Seperti yang dijanjikan pada My Pearls arini nak bawak diaorg gi jenjalan kan, so kitaorg pun decide bawak diaorg men gelongsor..ala playground tu la. My Pearls panggil 'gelongsor' huhu. Mula2 budak2 ni mintak gi Tesco Ampang main gelongsor kat sana...cehhhh! Aper barang gi Tesco tu, belakang umah jer! Biler2 boleh gi anak oiii~

Kita gi jauh skek la yer, since i tak pernah lagi menjejakkan kaki ke..uollss know where kan hehe. (tuuu, kat title tuu) Sumer orang dah gi Putrajaya, even incik somi dulu masa bujang pun dah gi sana dah. Aku jer yang terperuk di Kuantan tu, even kalu balik KL pun takda sapa nak bawak aku jejak kaki kat sana huhu...sodih tak cito den ni?huhu.

Maka, disebabkan anak2 nak main gelongsor, kami berhimpun di sinunnnn....
Putrajaya...here i comeee~

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.