Breaking

Thursday, February 07, 2013

Thursday, February 07, 2013

Anak Syurgawi: Al-Fatihah Buat Adik Adam Syukri.

Assamualaikum sumer!~

Lama tak dengar khabar mengenai perkembangan terbaru adik Ahmad Adam Syukri. Terkejut aku bila baca twitter Fedtri Yahya di Facebook tadi. Dan bila aku baca di wall Ahmad Adam Syukri, banyak mesej yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah adik Adam. 


Innalillahiwainnailaihiroji'un...Allahurobi~


Sumber: fb
Thursday, February 07, 2013

Jangan Sesekali Cakap F*** Pada Hakim! (Video)

Assalamualaikum sumer!~

Jangan korang sesekali cari pasal dengan orang yang mempunyai kuasa untuk membuatkan hidup korang menderita!hahahaha. Itu termasuklah HAKIM!


Dari kiri: Penelope Soto & Hakim Jorge Rodriguez-Chomat

Tu laaa gatai sangat pi ketawa kat hakim tu pasaipa. Hang ingat lucu sangat ka kes hang ni??. Dan, inilah akibatnya bila hang buat mahkamah macam kelab malam!heeeee. Kes ni terjadi di Miami, seorang remaja dihadapkan di mahkamah atas tuduhan memiliki dadah Xanax dan semasa dia menghadap hakim untuk kesnya diadili. Jom kiter terjah video ni!~


Thursday, February 07, 2013

Anak Hilang.

Trend menculik kembali menghantui masyarakat kita. Ada yang hilang kemudian dijumpai kembali, namun ada yang tidak begitu bernasib baik. Pastinya, jenayah culik kanak-kanak kini telah menghantui ibubapa, malah kita semua.

Lepas sorang sorang kena culik, sasaran mereka terutama budak sekolah. Ibubapa mana yang tak susah hati mengenang nasib anak yang belum tentu hidup belum tentu mati di luar sana..keseorangan..kelaparan..dan barangkali sesuatu yang tidak diingini menimpanya. 
Thursday, February 07, 2013

Chef Riz Bercinta Dengan Mak Jemah?

Pagi ni 'tergerak' plak nak dengar ERA.fm dan masa warta berita kul 7pagt tadi, dj radio tu kata Chef Riz kini dikatakan sedang bercinta dengan Mak Jemah? MAK JEMAH???? Weh, setahu aku bukan ke Mak Jemah tu si Johan tu kan? Slot istimewa bersama Mak Jemah setiap hari tu kan? Takkan la Chef Riz bercinta ngan Johan kot?? GILER! Haru 1Malaysia kang!~hehehehe.

Kalu nak tahu MAK JEMAH mana yang sebenornya dimaksudkan oleh dj radio itu, jom kiter terjah gambo dia (^_^)
Thursday, February 07, 2013

Dipaksa Kahwin Perogol?Anda Sanggup?

Dalam Islam, kaum wanita sangat dipandang mulia dari pelbagai sudut kehidupan, sosial mahupun ibadah. Namun, bagi sesetengah masyarakat yang masih mendahulukan adat dan budaya kaum sendiri melebihi syariat agama menjadikan hidup kebanyakan wanita terus dihantui ketakutan dan penindasan, terutama di negara-negara yang masih kuat adatnya.

GULNAZ bersama anak perempuannya, Badam Bagh.

Wednesday, February 06, 2013

Wednesday, February 06, 2013

Al-Fatihah Buat Allahyarham Yahya Sulong.

Arwah Yahya Sulong

PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.
Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.
Wednesday, February 06, 2013

Cara Aku: Letak Iklan Churp-Churp Di Blog.

Assalamualaikum sumer!~

Sengkak perutku. Dari lunch, makan plak cream puff. Haddowwww! peberet den tuuuuu! 10 biji aku beli buat bekal ngunyah waktu petang tadi hahaha. Tadi, singgah plak kat Sany Char Kuey Tiow Subang Perdana. Pas ujan2 ni memang sedap mentekedarah kan hehehe.

Aperpun, terkezut aku bila ada sahabat request tuto gimana letak iklan di blog. Tak pernah lagi orang request tuto kat aku, maklumla aku kan 'junior' hehehehe!~*gediks!*

Wednesday, February 06, 2013

Wanita Dibakar Api: Apa Pengajarannya? (Video)

Aku mulakan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dan adalah tidak patut bagi lelaki mu’min dan tidak pula patut bagi perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan  kesesatan yang nyata.” 
(Surah al-Ahzab: ayat 36)

Apakah yang dapat korang lihat dalam video di atas? Adakah ia satu kemalangan yang tidak dijangka atau sesuatu yang lebih dari itu...kita sumer tahu. Inilah contoh dan pengajaran bagi sesiapapun yang ingin menentang dan melawan hukum Allah s.w.t.

Dapat dilihat sekumpulan wanita di India melakukan aksi protes di atas tangki air dengan cuba membakar jilbab yang sengaja dibawa.  Wanita-wanita ini mengenakan pakaian tradisional India (Sari) dilihat menjerit-jerit dan berteriak memprotes pemakaian hijab @ jilbab oleh wanita muslimah.

Tak lama selepas tu, salah seorang dari mereka mula membasahkan kain jilbab dengan bahan mudah terbakar (minyak tanah barangkali) lalu membakarnya. Namun, apa yang terjadi api itu pula yang menyambar tubuh wanita itu sehingga TERBAKAR! Subhanallah...


Dalam keadaan panik, wanita ini terus berlari turun dari tangga dengan api yang terus membakar dan menyelimuti seluruh tubuhnya. La haula wa laa quwwata illa billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua). Sementara itu, seorang lagi wanita yang berada di atas tangki air tadi masih terbakar.

Dapat dilihat beberapa orang lelaki cuba untuk memadamkan api di tubuh wanita berkenaan namun api masih marak dan wanita itu mula mengeras.

Teriakan dan jeritan histeria kedengaran dari para peserta protes yang berada di bawah yang sebahagian besarnya wanita dan ada juga kaum lelaki yang memakai pakaian khas agama Sikh.

Menurut informasi di Youtube, wanita itu adalah seorang guru dari Punjab. Sekali lagi, paparan video ini bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa pun. Tetapi, diharap kita beroleh pengajaran besar dari cerita ini.-sumber

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud:
    Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.”  
    (Surah Ibrahim: ayat 18)


    “Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.” 
    (Surah an-Nur: ayat 39)

P/S: Jangan sesekali kita melawan perintah Allah s.w.t, yang demikian itulah balasan buruk bagi orang-orang yang tidak mahu mentaati perintahNya.

Wednesday, February 06, 2013

Ujian Lulus, Lesen Tak Dapat.

Alahai mek...kesian ngan mek sorang ni. Ni baru 1st time aku baca pasal kes macam ni. 
Dah kuar duit, tenaga, masa dan bila dah lulus ujian...lesen tak dapat plak???
Ini boleh mendatangkan marah niiiiii....!
Jangan marah dulu...nanti kene jual baru tau!

Nurshazwani menunjukkan salinan dari JPJ
yang menyatakan dia hadir ujian berkomputer
dan lulus.
Wednesday, February 06, 2013

Yang Terhandal Pun Boleh Mati.

Assalamualaikum sumer~

Haaaa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya mati di tanah juga.....errkk cam peliks jer bunyi perumpamaan ni hehehe. Takpela, maksudnyer lebih kurang sama jugak. Sesungguhnya, kemahiran manusia itu sangatla terbatas dari pelbagai sudut. Sehandal mana pun seseorang itu dalam bidang yang diceburinya, ingatlah ia hanya pinjaman sementara dari Yang Maha Esa.

Setiap manusia tidak boleh lari dari kelemahan. Seperti firman Allah yang bermaksud;

"Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah”
 (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Maka, bila aku baca paper pagi ni pasai penembak terhandal @ SNIPER Amerika Syarikat,  telah MATI DITEMBAK, tiada apa yang perlu dihairankan. Sehandal mana pun skill menembak mereka, tapi yang menentukan hidup dan mati itu hanyalah Allah s.w.t dan tiada siapa yang boleh menafikan hak Allah.

Chris Kyle 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.