Breaking

Wednesday, February 27, 2013

Wednesday, February 27, 2013

Aku Sokong Orang Melayu Tapi....

Assalamualaikum!~ 

Bila gigi kau dalam kesakitan yang takleh diterima akal dan jiwa dan kau memerlukan rawatan...mana kau pergi? Opkos kau gi klinik gigi kan. 

Now...bila kau dah sampai klinik dan kau diberitahu DOKTOR BELUM MASUK LAGI MUNGKIN LAMBAT MASUK...kau 'panas' tak??? Kau 'meroyan' kan??

Apasal orang MELAYU suka meniaga main2 ha??!! Kau taknak meniaga naper kau buka klinik??Orang buka klinik pagi doktor mestila ada waktu pagi..ni kau masuk tengahari..camner kau meniaga? Dah tu punyer kuang ajo punyer asisstant cakap belakang pintu jer bukan nak hadap kami betul2!!

 Aper kau beromen ke dalam bilik tu???!Macam ni ka aku nak support MELAYU meniaga? Aku support MELAYU meniaga...tapi aku support MELAYU YANG RAJIN & BERSOPAN SANTUN. Hat yang MELAYU MALAS & KUANG AJO tu...takkan aku jejak kaki lagi ke tempat kau.

Thursday, February 21, 2013

Thursday, February 21, 2013

Mata Keranjang....!

Assalamualaikum sumer!~

Hamboiiii hamboiiii pagi-pagi dah bikin aku 'fanasssss'. Bukan 'fanasss' sebab takda angin, tapi 'fanass' hati! Ini yang buat aku nak membebel macam ustazah ni hehehe. Tak sangka dalam dunia blog pun masih ada yang punya 'mata keranjang'! 

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Sapa yang suker sangat tengok gambar bogel ni ha?? Tak takut ke biji mata tu nanti aku korek ngan playar hehehe. Jangan nak macam-macam kat sini. Aku blogger yang penuh tulus ikhlas. Setiap entri aku adalah mengenai apa sahaja KECUALI yang bogel membogel ni! Apatah lagi gambar bogel cikgu!

Jadi anak-anak sekalian, jangan buat nakal macam ni lagi k. Duduk diam-diam baik-baik kat depan pc dan tengok apa yang HALAL sahaja. Jangan nak menggatalkan diri dengan tengok benda yang boleh 'merosakkan' pahala korang.

 Sekian...tulus ikhlas dari ustazah Hanim (^_^)

Thursday, February 21, 2013

Animal Lovers Should See This! (VIDEO)

Assalamualaikum sumer!~

NOT ONLY animal lovers, but ALL OF YOU should see and change today!

sumber: fb
KEBENARANNYA, kita hidup dalam dunia dan suasana yang TIDAK KISAH, TIDAK MAHU AMBIL TAHU, TIDAK PEDULI. Masyarakat dunia lebih taksub kepada "saya" & "kebendaan"  dan hanya menutup sebelah mata bila beralih kepada alam....tak kisah...tak hirau.

Sedangkan sesama manusia sudah lali menyakiti satu sama lain, apatah lagi pada binatang & alam sekitar. Bolehkah kita dikatakan bijak & maju? 

Wednesday, February 20, 2013

Wednesday, February 20, 2013

Makanlah Anak....

Assalamualaikum sumer!~

Dah 3 hari my Pearls ajak mengeteh pas balik keje. Kelmarin diaorg ajak ngeteh kat kedai mamak pekena roti canai. Semalam, ajak gi makan yong tau foo plak warung yong tau foo yang masuk dalam JJCM dulu tu. Petang tadi, diaorg 'pau' aku KFC plak hahahaha. Kuat makan jugak anak-anak aku ni...maaaaaacammmmmmm ibu diaorg jugak wehehehe!~


beria nau makannyer!
Wednesday, February 20, 2013

April Pulak....!

Assalamualaikum sumer!~

mstar.com.my

Hok aloh! lambatnyeeeeeee. Kalaulah benar bagai dikata, keras kejung la orang menunggu nak mengundi hehehe. Ramai yang dah tak sabo ni nak pangkah memangkah parti pilihan masing-masing. 

Wednesday, February 20, 2013

Kakitangan Kerajaan Terima Kenaikan Gaji & Elaun Perumahan?

Assalamualaikum sumer!~

Betoi ka??? Hamboiii suker bebenor orang keje jaan (ikut slang Mira) kalu sebut pasai naik gaji ye hehehe. Memang aku berpendapat orang keje jaan ni terlampau 'dimanjakan' sangat  terutama dalam hal membabitkan gaji & elaun. Tapi, dah orang bagi...korang hambik la kan!hahahaha. Bak kata orang-orang tua, rezeki halal jangan ditolak musuh keparat jangan dicari!heeeee~


Wednesday, February 20, 2013

Kempiskan Perut Buncit Anda!

Assalamualaikum sumer!~

Perubahan fizikal badan mampu mempengaruhi cara pembawaan diri seseorang di khalayak ramai. Jika dahulu perut buncit selalu dikaitkan dengan perasaan malu dan tiada keyakinan diri. Namun, kini masyarakat semakin boleh menerima fenomena perut buncit terutama pada kaum lelaki. Lihat saja artis/pelakon sekarang yang tidak lagi hanya bergantung pada paras rupa yang hensem dan badan berketak-ketak, seperti Zalif & Angah Raja Lawak. Mereka telah memecahkan taboo yang menganggap bahawa hanya yang kacak dan sasa saja boleh jadi artis.



gambar hiasan

Tuesday, February 19, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Bakul Serbaguna.

Assalamualaikum sumer!~

Akhirnya bakul yang aku tempah dah pun sampai. Macam-macam design cute akak ni tunjukkan, rasa cam nak rembat habis sumer! hehehehe mujur dompet aku tak berapa nak 'warassssss'....! Aku beli bakul ni sebab nak letak toys anak-anak dara aku tu...pening kepala tiap kali diaorg main mesti bersepah macam tongkang pecah! Kalu men patung Barbie tu...boleh tahan 2 jam je pastu konpem kene 'kerat 14' ngan diaorg. Habis berterabur tangan, kaki, kepala, badan, ditanggalnya baju, dikoyaknyer skirt.... yang tinggal....??

Aku pun dah lama tercari-cari solution camner nak kumpulkan toys diaorg kat satu tempat yang senang diaorg amik & simpan balik lepas main. Kalu guna kotak alamatnya tak lama la nyawa kotak tu...habis dikoyak-koyaknya buat main..! Apekejadahnye anak-anak aku ni....sumer benda nak dikoyaknya wahahaha ganazzzzzzzz.....!

Dan bakul ini bakal menjadi 'penyelamat' aku hehehe...


ada 2 jenis design - polka dot love & flower

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.