Breaking

Tuesday, March 05, 2013

Tuesday, March 05, 2013

Abah Dah Balik!

Assalamualaikum!~ 

Setelah seminggu lebih abah di spital akhirnya abah dapat balik arini. Syukur alhamdulillah...keadaan abah pun semakin baik & batuk pun dah tak teruk macam dulu. 

Tapi, ada satu lagi berita gembira buat kami semua. Tapi tu nantila aku citer bila aku dah balik kl nanti. Mak pulak tersangatla 'rindu' ngan 'anak angkat'  kesayangannya...apalagi kalu bukan ayam-ayam kampung tu. 

Turun je dari kete, terus mak masuk reban wat 'spotcheck' haha. Bila ayam-ayam dah 'kenal' mak, baru mak masuk umah heeeee. Aku tau mak pun 'rindu' ngan ayam-ayam tu. Walaupun abah & mak dah balik umah aku still kene stay  2@3 ari lagi utk amik surat dari doktor. Dan, lagi aku kene pantau kesihatan abah agar dia benar-benar boleh handle dirinya sendiri dgn baik. Im glad he's back....

Monday, March 04, 2013

Monday, March 04, 2013

GANGSTER CELOP!

Assalamualaikum!~ 

Apa yang terjadi memang diluar jangkaanku. Kukira sudah sehabis daya aku 'menabur bakti'..tapi apakan daya... nasi sudah menjadi bubur huhu.  Yang pergi takkan kembali...yang masih hidup akan terus aku jaga & bagi makan huhu. Errkkk... korang paham tak aper yang aku ngomel tadi? 

Hurm...aku nak luah perasaan sedih sikitla. Arini sekor ayam mak aku mati..! Camner leh mati? Aku pun tak tau. Pak Jelan pi bagi makan petang tadi tengok ayam tu dah 'keras'! Pelik aku....pagi tadi aku cuci reban sumer ayam cargas lagi. 

Masa bagi makan kul 10 & tengahari pun diaorg bukan main aktif siap leh patuk tangan aku..macam 2 hari tak makan! Pak Jelan kata montot ayam berdarah..keracunan ker???? Biler aku tanya mak, mak kata kawan dia yang patuk ayam tu sampai mati...! Tapi naper kat montot?Mak kata diaorg gaduh kot pasal tak cukup makan.  

Boleh tahan gangster ayam-ayam mak aku ni wehehe! Tak cukup makan diaorang boleh patuk kat montot yer?? Aku punyerla jaga makan minum diaorg...bagi makan sampai 4 kali sehari tak cukup jugak??! Haiyaaaaa..ini ayam-ayam manyak gangster arrr..ni baru betul GANGSTER CELOP..!

Sunday, March 03, 2013

Sunday, March 03, 2013

7 Years of Wonders!

Assalamualaikum!~ 

Tahu tak apa yang specialnyer hari ni?Opkos korang tak tahu hehe. Takpe biaq aku habaq la ye...*chet! macamla ader orang nak caring pun!* hohoho aku tetap nak share jugak huhu. Hari sangatla specialnya pasai...pada tarikh inilah aku & pak jelan bergelar suami isteri....eeeeee malunyer aiiiiiissss *tutup muka ngan tangan* 

Setahun perkenalan ..akhirnya selepas 3 bulan pertunangan kami disatukan. 7 years....full of love...full of stories...full of adventures...full of love-hate-love. Aku nak citer banyak pun laptop takda atas riba. Ni pun taip kat hp terhegeh-hegeh pasai jari lagi besaq dari keyboard! seksa jari haku haihhhh...! Aperpun, tahun ni tk dapat nak celebrate seperti tahun sebelumnya.....abah masih di spital kan.

 Pagi tadi aku dah hadap ayam-ayam, tengahari hadap anak2 & pak jelan. Petang plak gi melawat abah & mak di spital. Malam barula kami ada masa skit heeee. Takda cake, takde bunga ros tapi kami treat anniversary dengan hidangan lambchop di warung Panglima 7 dekat dengan masjid Kandang wahaha!Hey, okla tu... romantik tau! pak jelan siap suap ai lagi hehehe. Semoga Allah terus memberkati hidup kami sekeluarga....aaaminnnnn~

Saturday, March 02, 2013

Saturday, March 02, 2013

Kami Semakin Serasi.

Assalamualaikum!~

Sejak seminggu aku jaga ayam-ayam kampung mak ni aku dapat rasakan kami semakin 'serasi'.SERASI????? wahaha macam kapel kapel pulok! Dulu kalu aku bagi makan HARAM diaorg nak makan. Dah lama - lama ni barulah diaorg mula 'kenal' tuan baru hehe.Pagi-pagi aku dah hadap taik diaorg..basuh reban, alih ayam, tukar alas baru dan bagi makan. Mula-mula memang berbirat habis tangan aku tapi skrg dah boleh panggil 'pro cikin' wahaha!

Friday, March 01, 2013

Friday, March 01, 2013

Good News!

Assalamualaikum!~ 

Mak cakap abah berselera betul makan lauk ngan nasi spital arini. Mungkinkah abah lebih bersemangat sebab doktor kata minggu depan abah boleh 'discharge'? Tapi, tak pasti pulak la samada isnin @ jumaat...kesian mak & abah. 

Aku kesian tengok mak dah hampir  seminggu 'berkampung' di spital temankan abah. Abah pulak menghitung hari bila la nak boleh kuar spital. Tak sanggup rasanya nak hadap makanan spital tu lagi hehe. 

Tapi apakan daya, telankan jugak la asalkan tekak & perut  tak meragam. Tadi aku tengok diaorg hidangkan nasi putih+sup ayam+timun goreng. TIMUN GORENG???Tak pernah lagi aku jumpa orang makan timun goreng heeeee. Kalu dibuat ulam bolehla gak diterima tekak huhu. Sup pulak takda ghuper sup...cam air celop ngan ayam je huhu. Takpela abah...asalkan copek sihat dan copek kuar spital.

Thursday, February 28, 2013

Thursday, February 28, 2013

Best Jugak...

Assalamualaikum!~ 

Best jugak main ngan ayam ni yer. Bukan main kejor- kejor hehe. 

Alaaaa nak citer panjang-panjang pun tak syiok jugak sebab aku update kat phone je. Tunggula nanti aku dah boleh hadap laptop aku citer arr. 

Patutla mak suka bela ayam kampung....

Wednesday, February 27, 2013

Wednesday, February 27, 2013

Aku Sokong Orang Melayu Tapi....

Assalamualaikum!~ 

Bila gigi kau dalam kesakitan yang takleh diterima akal dan jiwa dan kau memerlukan rawatan...mana kau pergi? Opkos kau gi klinik gigi kan. 

Now...bila kau dah sampai klinik dan kau diberitahu DOKTOR BELUM MASUK LAGI MUNGKIN LAMBAT MASUK...kau 'panas' tak??? Kau 'meroyan' kan??

Apasal orang MELAYU suka meniaga main2 ha??!! Kau taknak meniaga naper kau buka klinik??Orang buka klinik pagi doktor mestila ada waktu pagi..ni kau masuk tengahari..camner kau meniaga? Dah tu punyer kuang ajo punyer asisstant cakap belakang pintu jer bukan nak hadap kami betul2!!

 Aper kau beromen ke dalam bilik tu???!Macam ni ka aku nak support MELAYU meniaga? Aku support MELAYU meniaga...tapi aku support MELAYU YANG RAJIN & BERSOPAN SANTUN. Hat yang MELAYU MALAS & KUANG AJO tu...takkan aku jejak kaki lagi ke tempat kau.

Thursday, February 21, 2013

Thursday, February 21, 2013

Mata Keranjang....!

Assalamualaikum sumer!~

Hamboiiii hamboiiii pagi-pagi dah bikin aku 'fanasssss'. Bukan 'fanasss' sebab takda angin, tapi 'fanass' hati! Ini yang buat aku nak membebel macam ustazah ni hehehe. Tak sangka dalam dunia blog pun masih ada yang punya 'mata keranjang'! 

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Sapa yang suker sangat tengok gambar bogel ni ha?? Tak takut ke biji mata tu nanti aku korek ngan playar hehehe. Jangan nak macam-macam kat sini. Aku blogger yang penuh tulus ikhlas. Setiap entri aku adalah mengenai apa sahaja KECUALI yang bogel membogel ni! Apatah lagi gambar bogel cikgu!

Jadi anak-anak sekalian, jangan buat nakal macam ni lagi k. Duduk diam-diam baik-baik kat depan pc dan tengok apa yang HALAL sahaja. Jangan nak menggatalkan diri dengan tengok benda yang boleh 'merosakkan' pahala korang.

 Sekian...tulus ikhlas dari ustazah Hanim (^_^)

Thursday, February 21, 2013

Animal Lovers Should See This! (VIDEO)

Assalamualaikum sumer!~

NOT ONLY animal lovers, but ALL OF YOU should see and change today!

sumber: fb
KEBENARANNYA, kita hidup dalam dunia dan suasana yang TIDAK KISAH, TIDAK MAHU AMBIL TAHU, TIDAK PEDULI. Masyarakat dunia lebih taksub kepada "saya" & "kebendaan"  dan hanya menutup sebelah mata bila beralih kepada alam....tak kisah...tak hirau.

Sedangkan sesama manusia sudah lali menyakiti satu sama lain, apatah lagi pada binatang & alam sekitar. Bolehkah kita dikatakan bijak & maju? 

Wednesday, February 20, 2013

Wednesday, February 20, 2013

Makanlah Anak....

Assalamualaikum sumer!~

Dah 3 hari my Pearls ajak mengeteh pas balik keje. Kelmarin diaorg ajak ngeteh kat kedai mamak pekena roti canai. Semalam, ajak gi makan yong tau foo plak warung yong tau foo yang masuk dalam JJCM dulu tu. Petang tadi, diaorg 'pau' aku KFC plak hahahaha. Kuat makan jugak anak-anak aku ni...maaaaaacammmmmmm ibu diaorg jugak wehehehe!~


beria nau makannyer!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.