Breaking

Wednesday, March 20, 2013

Wednesday, March 20, 2013

Anda Ketagih Internet?

Assalamualaikum!~

Adakah korang termasuk dalam kategori ketagih internet? Tak syak lagi...kita sumer warga blogger adalah orang yang ketagih internet! Kalau takda internet lagu mana nak update  blog ari-ari ye dop? Nak buka facebook & twitter? Nak baca online-news & yang paling disukai ramai...online-shopping??haha.

Ada yang ok je kalau takda internet sehari, ada gak yang 'meroyan' sampai nak baling modem/broadband ke dinding kalau internet buat hal/lembap ye dop? Tambah, kalau balik kampung..line internet langsung 'padam'! Haaa tu boleh membuatkan kiter bertukar jadi Godzilla tau!hehe. Tetapi, berapakah tahap ketagihan kiter? Setiap orang tak sama kan. Kenit terbaca mengenai beberapa tanda jika kiter ketagihan internet & cara mengukurnya. So, nak tengok Kenit ni penagih tegar atau tak? Jom check!~ huhu.



gambar: BH
Wednesday, March 20, 2013

Sihat Sebelum Sakit

Assalamualaikum...

Nikmat yang Allah kurniakan pada manusia ialah sihat sebelum sakit. Sudah menjadi lumrah pabila manusia dikelilingi dengan nikmat kaya & kesihatan maka manusia lupa mensyukuri nikmatNya. 

Namun, bila hidup dikelilingi dengan kesakitan & kepayahan manusia tidak mampu berbangga melainkan mengharapkan dirinya diampuni Allah. Itulah tanda yang jelas lagi terang bahawa betapa manusia itu lemah lagi tidak berdaya. 

Moga muhasabah ini mampu menerangkan hati yang gelap.... Maaf, kerana  sudah lama tidak update. Terima kasih pada yang telah add. 

Abah aku dimasukkan ke hospital Melaka atas kerana tidak sihat dari minggu lepas. Ku mohon agar kalian dapat mendoakan kebaikan & kesihatan abahku kembali baik. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa kalian...insyaAllah.Terima kasih....

Tuesday, March 19, 2013

Tuesday, March 19, 2013

Apo Kono Eh Jang?

Assalamualaikum!~

Bukankah orang-orang tuo dulu dah posan..kerano mulut, badan binaso. Den dah koba an banyak kali dah bondo ni hehehe. Sokarang, ekau gak yang malu. Malu bukan sajo sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM, tapi layi malu sebagai seorang manusio begolar Islam.

Lain kali jangan dibuek layi yo. Jadikanlah ini sebagai pengajaran. Jangan dibiasokan 'makan daging' saudara sendiri. Kolak di akhirat, kot mendapat sunggoh!



Tuesday, March 19, 2013

Geli Aku Mat!

Assalamualaikum!~

Buat ape nak sentap sangat nim, redho je la kalau orang kata ko dah berisi. Huh! Memang dah lama Kenit perasan...amalan mengunyah mesti dihentikan! Pagi, tadi sorang hamba Allah dah tegur kemain berisi Kenit ni. Sonang hati la tuuuuu! Bukan sonang hati dik nonnn....air-cond sejuk melampau! Maner tekak ni tak haus, perut tak berbunyi hehehehe.

Tak kisah la tu..jom kiter layan video ni. Paling kurang pun, korang mesti gelak sengsorang depan pc hehe.
Tuesday, March 19, 2013

Ritual Ganti Pakaian Mayat.

Assalamualaikum!~

Kelainan adat & tradisi kaum Toraja ini menjadikan mereka 'unik' di mata masyarakat dunia yang lain. Kaum Toraja berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Namun, berdasarkan kajian arkeologis, orang Toraja berasal dari Yunan, Teluk Tongkin, China. Pendatang dari China ini kemudian bercampur dengan penduduk asli Sulawesi Selatan. Kata tana artinya negeri, sedangkan kata toraja berasal dua kata yaitu tau (orang)dan maraya (orang besar atau bangsawan). Kemudian penggabungan kata-kata tesebut bermakna tempat bermukimnya suku Toraja atau berikutnya dikenal sebagai Tana Toraja.


Kaum Toraja sememangnya terkenal dengan sambutan ritual pelik apabila berlaku sesuatu kematian. Ritual ini telah pun menjadi kebudayaan bagi masyarakat Toraja. Apabila berlaku kematian di kalangan kaumnye, akan berlaku korban kerbau. Apa yang (tak) menarik, korban tersebut bukan di sambut secara sembelihan tatapi secara menetak leher kerbau tersebut dan membiarkannya seksa sehingga mati. Selain daripada itu, mereka juga menyambut hari kematian dengan mengadakan Laga Ayam dan membuatkan mayat 'berjalan' ke kampung!

Monday, March 18, 2013

Monday, March 18, 2013

Beruk Lagi Cerdik! (VIDEO)

Assalamualaikum!~

Walaupun hidung mancung tersumbat, sekurang-kurangnya video ni banyak membantu menceriakan hari kesumbatan hahahaha~ Pernah tengok sekumpulan manusia yang akalnya lagi rendah dari beruk?? Hahahaha ni Kenit nak tunjukla ni...jom tengok!~



Monday, March 18, 2013

Petik Jari Jer!

Assalamualaikum!~

Perghhh! memang tangkap sumbat betul idung mancung Kenit ni. Dari malam tadi, takleh nak lena. Muka sembab pun Kenit layankan jugak keje..takleh MC banyak keje wooooo! Selagi terdaya Kenit buat..tak daya aku membuta kejap! huahuahuahua~

Weh! lemah badan tau kene selsema ni. Siap ngan pakej batuk berkahak lagi. Kenit makan kuey tiow goreng pagi tadi pun takda rasa apa. Tu maknanya apa??? Idung tersumbat satu hal..kepala sakit pulak gara-gara tak cukup tido. Mood keje bukan kelaut lagi dah...keLONGGGGGKANGGGGGGG!

Sunday, March 17, 2013

Sunday, March 17, 2013

Bebas Rokok Selamanya.

Assalamualaikum!~

Sudah hampir 2 minggu abah kuar hospital. Alhamdulillah perkembangan kesihatan abah semakin memberangsangkan. Mak pun alhamdulillah sihat. Sejak abah dimasukkan ke hospital bulan lepas, Kenit mula terasa bimbang dengan tabiat merokok abah. Abah dimasukkan ke hospital tu pun disebabkan tu la. At least, itu merupakan salah satu sebab BESAR yang RELEVAN. Tahu tak, bila Allah turunkan azab pada hamba-hambaNya,  pada masa itulah kita akan mula menghargai nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada kita. 


Sunday, March 17, 2013

Petua Tidur Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum!~


gambar hiasan
SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Saturday, March 16, 2013

Saturday, March 16, 2013

Mencuri Tak Kira Tempat.

Assalamualaikum!~

gambar hiasan

Ia berlaku di tempat-tempat awam terutama di masjid & surau, seakan-akan sudah menjadi kebiasaan. Kalau lepas time solat Jumaat, solat terawih memang akan ada yang balik berkaki ayam. Yang hilang mungkin sepasang...dua pasang...berpasang-pasang. Bila dah ilang, orang yang dituduh tak lain tak bukan...Mat Pit (mat dadah). 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.