Breaking

Wednesday, April 10, 2013

Wednesday, April 10, 2013

What You Give You Get Back (VIDEO)

Assalamualaikum!~

Everything you do in life, there are consequences for that. Whether it affects you or other people it depends on how you do good or bad. Judging someone before he/she gets the chance to explain or say sorry is something we do everyday in life (like habit or routine). What would you do/think if this (situation in the video) is you?




Wednesday, April 10, 2013

Pendaftaran Tahun 1 2014 - Daftar Darjah 1 Online.

Assalamualaikum!~

Haihhh dah besar dah anak dara sulung aku ni. Pejam celik pejam celik nak darjah satu dah tahun depan. Disebabkan Kenit keje di negeri Selangor terchenta ini, maka anak2 pun kena ikut la sekolah di sini jugak. 

Jenuh la Kenit kalau budak2 ni sekolah kat KL, dah la public holiday tak sama kang susah Kenit nak ulang alik amik diaorg. Kalau sekolah kat Selangor ni at least dekat sikit ngan Kenit. Senang Kenit nak pi sekolah kalau ada urusan dan amik diaorg.

Orang kata, kalau duk KL susah nak dapat sekolah kat Selangor ni. Priority akan diberi pada parents yang tinggal di Selangor je. Ye ke? Aiseh...ni yang kacau ni. 

Takpe...Kenit cuba isi dulu permohonan. Apa yang penting....kitaaaa cuba!




Dah siap isi! Sekarang kena print surat ni dan pegi ke sekolah tu untuk dapatkan cop sekolah tu. Pastu tunggu la keputusan dari PPD Selangor samada lulus atau tak. Hurmmm harap2 lulus la....

Kalau korang nak daftar sekolah anak nanti bolehla isi permohonan secara online dulu kat address bawah ni...


Wednesday, April 10, 2013

Jom Daftar Nuffnang!~

Assalamualaikum!~

Sejak dua menjak ni Nuffie semakin pemurah dengan limpahan iklan di Nukilan Kenit. Terima kasih atas support korang yang sentiasa menerjah di blog Kenit ni hehe. Semoga bahan bacaan yang Kenit paparkan memberi (walau tidak banyak, sedikit sudah memadai) panduan buat korang di sana.

Kenit mengaku Kenit bukan 'cikgu' yang pakar dalam bab tutorial letak iklan ni hahaha. Sumer yang Kenit dapat ni pun hasil tunjuk ajar blogger-blogger otai kita! hehehe. Kenit ikut step-by-step, kalu tak jadi jugak, macam yang blogger-blogger otai kita cakap, 'try and error' je lah hehehe.

So, atas permintaan seorang sahabat blogger kita....

Saya akan tunjuk sedaya upaya ok? hehehe. Jom mula!~

Tuesday, April 09, 2013

Tuesday, April 09, 2013

Lendir Hagfish Pengganti Lycra?

Assalamualaikum!~

Cuba tengok pakaian kita, fabrik apa yang digunakan pada baju yang kita pakai? kapas? polimer? linen?sutera? Kesemua jenis fabrik tradisional ini telah lama digunakan dalam industri fesyen seluruh dunia, tul tak? Samada material itu dari bahan semulajadi atau sintetik, semuanya boleh menjadi kombinasi yang baik untuk menghasilkan kain atau baju melalui teknologi canggih.

Tapi, pernah tak anda terfikir untuk memakai baju dari bahan materialnya berasaskan lendir hagfish? First of all, mesti ramai yang tertanya2...WHAT IS HAGFISH? Apekejadahnya natang (binatang) tu? hehehehehe. Macam HACKFISH ke? Ikan kene hack ke? hehehe. Untuk pengetahuan korang, puas Kenit cari maksud HAGFISH dalam bahasa Melayu tapi hampa....! So, kita guna je lah terma HAGFISH ni ye. Kenit pun baru tau je istilah HAGFISH ni hehehe. Takpe, jom kita sama2 belajo yek!


HAGFISH tinggal di dasar laut.
Tuesday, April 09, 2013

Nuffnang Bagi Lagi (^_^)

Assalamualaikum!~

Wowweeeeeeeee! seronok sakan Kenit bila Nuffnang bagi CPC lagi untuk penutup bulan Mac lepas. 'Toche' Nuffnang dan tak lupa juga terima kasih pada Colgate & Twisties hehe. Terima kasih juga pada korang yang sudi terjah Nukilan Kenit tak kira siang malam. Double thanks jugak pada sahabat2 regular yang selalu menyumbangkan klik korang pada iklan2 Kenit di atas, tepi dan di bawah hehehe. Takda paksaan wokeh!~

Monday, April 08, 2013

Monday, April 08, 2013

Pengumuman : Iklan Jawatan Kosong Di MOSTI.

Assalamualaikum!~

Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses membuat pengisian beberapa jawatan kosong di MOSTI serta jabatan-jabatan di bawahnya seperti berikut;


  1. Pemandu Kenderaan Gred R3                            - 9 jawatan
  2. Pembantu Am Pejabat Gred N1                         - 17 jawatan
  3. Pekerja Rendah Awam Khas Gred R3                 - 1 jawatan
  4. Pekerja Rendah Awam Gred R1                        - 4 jawatan

surat iklan jawatan dari MOSTI. Sorry, gambar blur plak hehe
Monday, April 08, 2013

Pengumuman: Perkhidmatan myUSSD Bagi Projek myGov Mobile.

Assalamualaikum!~

Bagi anda yang sering berurusan dengan kerajaan, dan memerlukan maklum balas dengan segera, terdapat satu perkhidmatan myUSSD *158#  melalui sms yang telah dibangunkan oleh MAMPU yang dilaksanakan di bawah projek myGOV Mobile. myUSSD *158# merupakan perkhidmatan interaktif berasaskan menu yang disediakan melalui telefon mudah alih.

Pengguna telefon mudah alih bagi tiga syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Celcom, Maxis dan DiGi boleh mengakses perkhidmatan ini dengan membuat panggilan ke *158#. Antara perkhidmatan agensi yang Kerajaan yang disediakan melalui myUSSD *158# adalah,

Monday, April 08, 2013

Bagaimana Memilih Kanta Yang Sesuai?

Assalamualaikum!~

Bagi orang macam Kenit (yang berkaca mata), kami memang amat memerlukan panduan untuk memilih cermin mata yang sesuai. Dan, kupasan itu telah pun Kenit kongsikan di dalam entri Bagaimana Memilih Cermin Mata Yang Sesuai? Kalau anda belum terjah lagi, bolehlah terjah sekarang hehe.

Arini, Kenit nak kongsi tentang bagaimana nak memilih kanta yang sesuai? Ini pun atas permintaan dari rakan kita yang nak tau pasal pemilihan kanta. Terima kasih kerana memberi Kenit peluang untuk berkongsi ilmu dengan korang hehe. Rasa cam tak layak je....

Seperti yang Kenit bagitau dalam entri lepas (di atas), pemilihan kanta cermin mata merupakan elemen terpenting bila kita nak beli cermin mata. Tambah-tambah lagi, kalau kita jenis yang rabun jauh/dekat/masalah penglihatan lain kan. Jadi, pemilihan perlulah sesuai dan membuatkan kita selesa nak melihat. Perkongsian maklumat ini pun Kenit tumpang ambil dari website yang khusus dalam kepakaran dalam bidang optamologi hehe. So, jom kita terjah!~

Sunday, April 07, 2013

Sunday, April 07, 2013

M.A.N.I.F.E.S.T.O

Assalamualaikum!~

Kehangatan PRU13 makin terasa di kalangan rakyat Malaysia. Dan, kehangatan ini makin dirasai apabila BN mengumumkan manifestonya malam tadi secara langsung di televisyen. Oh, lupa plak...BN telah mengubah manifestonya kepada AkuJanji.

Kenit dah tengok manifesto BN, tapi belum berpeluang tengok manifesto PR. Rasanya, tak adil kan, kalau kita hanya beri peluang pada sebelah pihak saja untuk membentangkan manifesto mereka. Lagipun, rakyat nak tahu jugak apa manifesto yang dibawa oleh PR. So, hari ni Kenit nak 'bentang' kan MANIFESTO kedua-dua pihak di blog Kenit. Amacam....?hehehehe.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.