Islam Point Of View
Wednesday, May 15, 2013
Memperingati Hari Nakbah.
Assalamualaikum!~
Masih ingatkah kita pada saudara kita di Palestin? Tak banyak yang kita tahu kalau dengan hanya bergantung pada berita di media perdana sahaja. Masih banyak lagi info-info yang boleh kita perolehi melalui media alternatif.
Hakikatnya, saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan di negara2 yang sedang bergolak berjuang setiap hari demi mempertahankan tanahair mereka dari Zionis laknatullah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang Islam dan sesungguhnya jannah menanti para-para syuhada'.
Tahukah anda hari ini 15hb Mei adalah Hari Memperingati Nakbah Palestin? Kalau tak tahu, jom Kenit kongsikan ringkasan info mengenai Hari Nakbah ini.
Apakah Hari Nakbah?
- Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar, manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.
sumber :fb |