Wanita
Wednesday, May 29, 2013
Inspirasi Buat Anak-anak Kita - Iqbal El-Assaad.
Assalamualaikum!~
Menamatkan pengajian di Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q), Iqbal El-Assaad, 20, adalah doktor berbangsa Arab yang termuda.
Beliau adalah doktor perubatan termuda yang berjaya melakar sejarah dengan menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan Weill Cornell, Qatar. Ia merupakan yang pertama dalam sejarah 10 tahun Kolej tersebut.
Iqbal El-Assaad |
Semasa kecil, beliau belajar algebra dengan hanya memerhati adik beradiknya belajar. Sebelum hari lahirnya yang kelima, beliau melakukan aktiviti kegemarannya iaitu membaca buku dan menyelesaikan soalan matematik.